Malam tadi sempat tengok rancangan Semanis Kurma TV9, tajuknya " Siapa Ayahku?-Mambina Kembali Institusi Kekeluargaan Kita". Ianya mengupas isu kekeluargaan berkaitan Anak Luar Nikah. Memang menarik topik yang dibincangkan. Rasanya masa saya kecil-kicil dahulu jarang sangat nak jumpa kisah tentang anak luar nikah ini. Nak cari seorang contoh macam ini pun susah,inikan pula nak tengok contoh yang ramaikan.Susah dulu nak jumpa ke anak luar nikah.
Namun hari ini, jika kita tengok dan selidiki,masalah ini boleh dikatakan senang sekali kita jumpa dalam masyarakt hari ini. Jika bukan dalam keluarga,mungkin dalam keluarga terdekat kita akan ada kes ini. Jika tak ada,mungkin dalam kampung atau dalam taman perumahan kita, kita akan jumpa dengan kes-kes sebegini. Dunia dah nak kiamat? Takut jika difikirkan benda-benda macam ini boleh jadi pada diri sendiri, atau orang-orang yang kita sayang. Semoga Allah jauhkan kita semua dari benda-benda tak baik macam ini.
Dalam kupasan Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood dan Ustaz Wan Akashah pasangan suami isteri tersebut bersama seorang lagi penel yang juga ustaz, rasanya mereka bertiga banyak menunjukkan puncanya kerana kelemahan institusi kekeluargaan hari ini, senang cakap dalam keluarga sibuk dengan hal masing-masing sehingga terabai semuanya. Ibu bapa sibuk dengan kerja,persatuan dan sebagainya,anak pula dengan belajar dan kawan-kawannya sehingga menyebabkan nak jumpa pun jarang-jarang anak beranak.Masing-masing sibuk dan akhirnya tak ada keharmonian dalam keluarga dan menyababkan anak-anak mencari apa yang mereka suka dan lebih suka bersama kawan-kawan. Akhirnya macam-macam boleh jadi bila meraka yang masih mentah itu bersama. Walaupun bergaji RM 10 000 sebulan pun, jika keluarga kita musah. Tidak ada nilai wang RM10 000 tersebut.
Jadi nak bagi ibubapa yang sedar akan perkara ini merake yang pertama sekali kena berubah,belajar macam mana nak wujudkan balik nilai kasih sayang dalam keluarga,macam mana nak jadi ibubapa yang terbaik untuk anak-anak dalam dunia yang tanpa sempadan dan semakin mencabar ini. Sesuatu perlu dilakukan.Masih belum terlambat jika kita mahu keharmonian keluarga kita kembali terjalin dan selamat.
Penel From Smart To Wise Parenting Convention |
Barisan Penel From Smart To Wise Parenting Convention |
No comments:
Post a Comment