Showing posts with label Ibu Bapa. Show all posts
Showing posts with label Ibu Bapa. Show all posts

Wednesday, September 3, 2014

Kisah Ayah Tak Kisah.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Kisah Ayah Tak Kisah, cerita ini saya dapat dari group whatsapp. Bila baca ada betulnya juga. Bila dah jadi ayah, mungkin apa yang dicoretkan ini dirasakan BETUL pula. Rasanya memang yang tulis ini adalah seorang ayah. Jika pihak IBU membacanya tak pasti mereka boleh rasa apa yang AYAH ini rasa. Boleh baca di bawah ini yea.
_____________________________

Kisah Ayah Tak Kisah.
Kisah Ayah Tak Kisah.

Siapa ayah...abah...dady..abi..??????
Salam...berbahagialah dan bergembiralah menjadi seorang ayah....
Bila ibu tak tenteram ketika mengandungkan anak,ayah menemani ibu..ayah tak kisah.

Bila mak beranak,ayah jaga mak,ayah masak ayah jaga anak yg lain,ayah tak kisah.

Bila anak nangis,mak marah anak,ayah marah balik mak,mak gi pujuk anak,ayah tak kisah.

Bila dapat gaji,ayah bagi duit kat mak untuk cukupkan belanja,ayah tak kisah.

Bila baju sekolah dan baju harian dah buruk,ayah suruh mak beli baju baru,sedang baju sendiri dah lusuh,seluar dalamnya dah tetas,ayah tak kisah.

Bila ayah lepaskan anaknya untuk bernikah,tiada yang tanya perasaan ayah yang menangis dihati melepaskan anak tercinta,ayah tak kisah.

Bila anak peluk mak,tunjukkan sayang mak,ayah pendam rasa,ayah tak kisah.

Bila anak nak balik ayah ingatkan mak makanan kegemaran anak,mak masak dapat pujian, ayah tak kisah.

Bila anak berjaya dalam pelajaran,ayah nangis gembira di dalam bilik,tiada yang tahu, ayah tak kisah.

Bila anak telefon duk cakap rindu kat mak,tapi langsung tak nak cakap dengan ayah,ayah sedih tapi janji mak happy,ayah tak kisah.

Begitulah pengorbanan seorang ayah.Dia tak kisah bajunya carik,dia tak kisah badannya letih,dia tak kisah jika tiada yang merinduinya,dia tak kisah jika semua pujian dilemparkan pada mak..kerana yang dia kisah..agar anaknya membesar dengan baik,cantik baju dan akhlaknya,agar isterinya bahagia,agar keluarganya hidup sempurna..ayah seorang jeneral yg tak pernah mintak credit atas segala usaha murninya, so ..sayangilah ayah kita sebagaimana kita sayangi mak kita...ayuh!!!

Dari seorang ayah
Bacalah..sedih?? jom kita renung-renungkan, laksanakan peranan kita sebagai ANAK? Betulkah yang ditulis oleh penulis ni? Wahai IBU atau pun AYAH. Apa yang anda rasa??
__________________________

P/S:
Hari ini adalah hari terakhir untuk kawan-kawan yang nak dapatkan "  Panduan Peperiksaan Online Penguasa Kastam W41 " sebelum jam 12 malam ini " Contoh Soalan  Peperiksaan Online Penguasa Kastam W41 " akan ditutup. Lepas tu jika nak juga kena cari maklumat sendiri lah. Sebelum TERLEPAS, saya sarankan kawan-kawan yang nak ambil " Peperiksaan Online Penguasa Kastam W41 " dapatkan ebook panduan ini yea. Bila dah jadi macam Siti( cerita Siti ), dah selesai masalah. Dapatkan perkongsian dibawah ini ( klik ebook ). Selamat maju jaya kawan-kawan.


Saturday, August 30, 2014

Ubat Bahaya: Peringatan Untuk Para Ibu Bapa

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Ubat Bahaya: Peringatan Untuk Para Ibu Bapa.Saya dapat cerita ini dari group whatsapp yang dikirim oleh rakan group. Kisah tentang ubat yang pada kita, kita merasakan ubat boleh membantu kita untuk menyembuhkan penyakit. Tetapi apa yang terjadi tentang cerita tersebut. Ubat telah menjadi ancaman yang sangat merbahaya kepada anak-anak ini.

Ubat Bahaya: Peringatan Untuk Para Ibu Bapa.
Ubat Bahaya: Peringatan Untuk Para Ibu Bapa.

Seorang guru memuatnaik status mengenai kejadian anak muridnya yang telah dimasukkan ke ICU setelah pengsan berpunca daripada ubat demam yang disimpan dalam peti Ais.

Malah, adik kepada anak murid Cikgu Adi turut menerima kesan yang sama seperti abangnya. Ini rasanya mesti kes ubat yang telah di simpan terlalu lama. Saya ada bertanya kepada rakan doktor saya, menurut beliau jika ubat antibiotic boleh makan sampai 7 hari sahaja dari masa yang kita perolehi ubat tersebut dari farmasi. Jika dah lebih 7 hari kita boleh lupuskan ubat tersebut.

Ubat Bahaya: Peringatan Untuk Para Ibu Bapa.
Melalui update terkini Cikgu Adi, kedua-dua beradik itu akhirnya dapat diselamatkan dan kini dalam keadaan stabil di Hospital.

Semoga kejadian ini menjadi pengajaran buat ibu-bapa diluar sana agar sentiasa memeriksa ubat yang disimpan dipeti ais. Menurut cerita ibu dua beradik ini, ubat yang disimpan tidak sampai 3 bulan. Namun, doktor mengatakan ubat yang disimpan dalam tempoh yang lama boleh menjadi racun yang membunuh. Ubat yang disangka boleh mengubati sakit boleh jadi racun yang boleh membunuh juga.

Berhati-hati dalam menyimpan ubat dan menggunakannya kembali. Jika rasa was-was jangan guna dan pergi ke klinik atau farmasi untuk mendapatkan ubat baru.

Untuk ingat saya dan kawan-kawan juga.

Bagi kawan-kawan yang akan menduduki Peperiksaan Online PENGUASA KASTAM GRED W41 pada hari sabtu depan. Hari ini Contoh Soalan Peperiksaan Online PENGUASA KASTAM GRED W41 sudah di terbitkan. Anda boleh mendapatkannya bagi tujuan belajar dan membuat persedian yang lebih awal untuk exam nanti. Selamat maju jaya kawan-kawan.
Anda boleh dapatkan nya disini--->>  "Peperiksaan Online PENGUASA KASTAM GRED W41"

Thursday, February 6, 2014

Berbaktilah Kepada Kedua Ibu Bapa

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Berbaktilah Kepada Kedua Ibu Bapa. Hari ini jumpa lagi kita dengan Jumaat, Penghulu segala hari. Hari yang penuh barokah. Hari ini saya nak berkongsi sedikit cara-cara kita nak berbaki kepada kedua ibu bapa kita. Semoga perkongsian ini memberi ingat kepada kita semua. Banyak jasa ibu bapa kepada kita, Bila mereka dah tak ada,baru kita terasa, bagi yang masih ada ibu bapa. Hargailah ibu bapa anda dengan sebaiknya. Kerana SYURGA itu terletak juga pada keredaan mereka kepada kita.

Bagi mendapat keredaan Allah S.W.T. reda ibu bapa juga penting,Jika mereka suka kepada kita, kita akan selamat dan berbahagia di dunia dan akhirat, namun jika sebaliknya. Kita kena cari jalan berbakti kepada kedua ibu bapa. Bagi mencari keredaan Allah S.W.T juga. Jagalah tingkah laku kita agar tidak menyusahkan dan menyakiti hati mereka. Banyak cara yang boleh kita buat untuk berbakti kepada kedua ibu bapa. Antaranya adalah :-

Berbaktilah Kepada Kedua Ibu Bapa
Berbaktilah Kepada Kedua Ibu Bapa.

1. Menghulurkan bantuan kewangan @ material
Ada ibu bapa yang berdepan dengan masalah kewangan. Mereka tidak dapat lagi melakukan tugas seharian disebabkan faktor usia. Jika bekerja, tetapi tidak mencukupi untuk menampung perbelanjaan keluarga yang semakin meningkat.
Justeru menjadi tanggungjawab anak memberi nafkah atau bantuan kewangan kepada ibu bapa. Sumbangan itu tidak seberapa berbanding yang dibelanjakan ibu bapa untuk membesar dan mendidik anak.

2. Menyediakan tempat tinggal
Dalam kes ibu bapa yang hilang tempat tinggal atau tidak sesuai untuk didiami, menjadi tanggungjawab anak menyediakan tempat tinggal lebih sesuai kepada ibu bapa.
Paling baik jika ibu bapa dibawa tinggal bersama agar dapat menjamin keselamatan dan keperluan harian mereka diuruskan dengan baik.

3. Memberi kasih sayang
Kasih sayang adalah sebagai membalas kasih sayang yang selama ini dicurahkan ibu bapa. Jadi, seharusnya kasih sayang itu dibalas sebaik-baiknya.
Anak yang baik tidak melupakan jasa dan kasih sayang ibu bapa. Anak soleh sentiasa memohon kepada Allah S.W.T. agar ibu bapa mereka diberkati dan dicucuri rahmat.

Firman Allah S.W.T. bermaksud :
"Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua seperti mereka mencurahkan kasih sayang memelihara dan mendidikku ketika kecil." (Surah al-Isra, ayat 24)

4. Memberi perhatian
Ibu bapa yang diabaikan akan kesunyian. Mereka terasa disisih dan dan seperti tidak dipedulikan. Hal ini memberi tekanan perasaan dan menyebabkan kemurungan. Keadaan ini jika berterusan memberi kesan kepada kesihatan fizikal dan mental ibu bapa.
Ramai ibu bapa yang disisihkan dan dihantar ke rumah penjagaan orang tua. Sukar diterima akal anak mendakwa tidak mampu menjaga ibu bapa, sedangkan mereka mampu menjaga dan membesarkan beberapa anak.

5. Memenuhi permintaan
Ibu bapa sering memerlukan bantuan anak untuk melaksanakan sesuatu keperluan. Permintaan itu mungkin dalam bentuk kewangan, tenaga dan masa.
Memenuhi permintaan ibu bapa perlu diutamakan berbanding melakukan tugas lain. Sesungguhnya, memenuhi permintaan ibu bapa lebih baik berbanding melakukan ibadat sembahyang sunat, berpuasa sunat dan seumpamanya.

Malah, keutamaan berbakti kepada ibu bapa lebih utama daripada berjihad di medan perang. Diriwayatkan daripada Bukhari dan Muslim, Ibnu Umar berkata : Saya telah bertanya kepada Nabi Muhammad S.A.W. : "Apakah perbuatan disukai oleh Allah?" Lalu Baginda S.A.W. bersabda : "Sembahyang pada waktunya." "Kemudian apa?", tanya saya lagi. Baginda S.A.W. menjawab : "Berbakti kepada kedua ibu bapa." Saya bertanya, "Apa lagi?" Jawab Baginda S.A.W. : "Berjihad pada jalan Allah."

6. Melakukan apa yang disukai
Ibu bapa tentu mengharapkan anaknya melakukan sesuatu yang baik pada pandangan mereka. Melakukan perkara yang tidak sukai ibu bapa bermakna melakukan perbuatan derhaka. Anak derhaka kepada ibu bapa tidak mendapat keberkatan dalam kehidupannya. Sesiapa derhaka kepada ibu bapa disegerakan balasan di dunia dan tidak terlepas di akhirat.

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud ;
"Dua kejahatan yang disegerakan balasan di dunia ialah zina dan menderhaka kepada kedua-dua ibu bapa." (Hadis riwayat at-Tirmizi).

Dalam hadis lain diriwayatkan al-Hakam bermaksud:
"Semua dosa akan ditangguhkan Allah, yakni balasan menurut kehendak-Nya hingga ke hari kiamat, kecuali balasan menderhaka kepada kedua-dua ibu bapa. Maka, sesungguhnya Allah menyegerakan balasan kepada pelakunya pada masa hidupnya sebelum mati."

7. Bercakap dengan lemah lembut
Satu cara menjaga perasaan ibu bapa adalah bercakap lemah lembut dengan mereka. Suara hendaklah direndahkan dan jangan membantah permintaan mereka.

Firman Allah S.A.W. bermaksud:
"Tuhanmu telah memerintahkan, supaya kamu tidak menyembah selain Allah S.A.W., dan hendaklah berbuat santun terhadap kedua-dua orang tua. Jika salah seorang telah lanjut usianya atau kedua-duanya telah tua, janganlah sekali-kali engkau berani berkata terhadap mereka dan janganlah engkau suka menggertak mereka. Tetapi, berkatalah dengan sopan santun dan lemah lembut." (Surah al-Israk, ayat 23).

Sesungguhnya, anak ditegah membantah kata-kata ibu bapa dengan suara tinggi atau bermaksud merendahkan kedudukan ibu bapa. Lebih baik berdiam diri daripada berkata-kata yang mungkin menyinggung perasaan ibu bapa. Kemudian jika ada kesempatan, gunakan cara yang lembut untuk menjelaskan keadaan sebenar. Tidak dapat dibayangkan jasa mereka yang mengandungkan kita selama 9 bulan 10 hari.

8. Menghadiahkan kejayaan
Jadi, jika memperoleh kejayaan dalam pelajaran, mendapat pekerjaan, dinaikkan pangkat dan seumpamanya, seharusnya dimaklumkan kepada ibu bapa. Ibu bapa dibawa bersama-sama dalam majlis untuk meraikan kejayaan itu.

9. Meluangkan masa bersama-sama
Anak yang tinggal berasingan dengan ibu bapa perlu kerap meluangkan masa mengunjungi mereka. Ibu bapa berasa senang menerima kunjungan dan menatap wajah anaknya.

10. Mendoakan kebaikan untuk ibu bapa
Anak perlu sentiasa mendoakan kebaikan untuk ibu bapanya. Amalan mendoakan kebaikan untuk ibu bapa perlu diteruskan walaupun mereka meninggal dunia.

Doa untuk ibu bapa, jasa ibu bapa
Doa untuk ibu bapa..

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:
"Apabila meninggal seseorang itu, maka terputuslah segala amalannya, melainkan tiga perkara iaitu sedekah jariah yang berterusan memberi manfaat, ilmu yang memberi kebaikan diajarkan kepada orang lain dan anak yang soleh yang sentiasa mendoakan kebaikan kepada kedua ibu bapanya." (Hadis riwayat Muslim).


Kebaikan yang dilakukan oleh anak terhadap ibu bapa sebenarnya amat sedikit. Kita tidak mampu untuk membalas jasa ibu bapa sepenuhnya biarpun dia berbakti sepanjang hayatnya.
Gunakan kesempatan yang ada untuk melakukan kebaikan terhadap ibu bapa. Masa untuk anak berbakti kepada ibu bapa sebenarnya semakin suntuk. Lambat laun ibu bapa akan meninggal dunia.
Bertindaklah sebelum terlambat, selagi ibu bapa atau salah seorangnya masih hidup. Berbaktilah kepada kedua ibu bapa. Salam Jumaat kawan-kawan.

Thursday, May 16, 2013

Bayar Jadi Percuma

Assalamualikum dan Salam Sejahtera.

Salam Jumaat juga saya ucapkan kepada kawan-kawan di alam maya. Malam tadi terbaca cerita anak dan ibu, bila baca kisah ni terharu rasanya bila mengenangkan banyak jasa ibu kepada kita. Tapi semuanya dah tak mampu nak balas kecuali mampu sedekahkan pahala dan doa sahaja buat ibu tercinta.
Saya masukkan di blog ini sebagai renungan kita bersama di hari Jumaat yang penuh berkat ini.


Si anak memberikan sehelai kertas kepada si ibu,

1) Tolong pergi kedai : RM4.00
2) Tolong jaga adik : RM4.00
3) Tolong buang sampah : RM1.00
4) Tolong kemas bilik : RM2.00
5) Tolong siram bunga : RM3.00
6) Tolong sapu sampah : RM3.00
     Jumlah : RM17.00

Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.

Percuma, jasa ibu bapa, pengorbanan ibu bapa
Percuma

1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA
2) Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA
3) Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA
4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA
5) Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu -PERCUMA 
Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku : PERCUMA.

Si anak menitiskan air mata lantas memeluk ibunya

Apa pun yg kita buat tidak akan mampu membalas jasa ibu kita... The Great Women in our Life.

Wallahu a’lam


Wednesday, May 8, 2013

Wordless Wednesday - Hargai Jasa Ibu Bapa

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Apabila IBU atau BAPA kita menghembuskan nafas terakhir. Maka hilanglah sudah satu keberkatan dari Allah S.W.T terhadap kita, iaitu DOA dari Ibu Bapa terhadap anak-anaknya.

Hargai Jasa Ibu, ibu
Hargai Jasa Ibu
Cintailah Ibu Bapa selagi ada, Mohonlah kemaafan dari mereka atas dosa-dosa kita terhadap mereka, Ziarahilah mereka selalu, telefon dan hubungi mereka jika berjauhan, bertanyakan khabar berita, Doakan mereka setiap kali doa dipanjatkan kepada Allah S.W.T.

Sayangi Ibu Bapa kita, Kerana hilangnya pasti tiada ganti..

Kisah Anak Soleh