Showing posts with label Waktu Solat Malaysia. Show all posts
Showing posts with label Waktu Solat Malaysia. Show all posts

Tuesday, July 15, 2014

Tarikh dan Masa Istiwa Matahari Di Malaysia

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Tarikh dan Masa Istiwa Matahari Di Malaysia. Alhamdulillah kita masih berada di bulan Ramadhan yang penuh berkat ini. Pada hari ini kita bakal diketemukan lagi dengan Tarikh dan Masa Istiwa Matahari di bumi Malaysia. Pada masa tersebut kedudukan matahari adalah betul-betul berada tepat di atas Kaabah. Fenomena ini dipanggil  Istiwa A'zam.

Tarikh dan Masa Istiwa Matahari Di Malaysia
Tarikh dan Masa Istiwa Matahari Di Malaysia
Pada waktu tersebut carilah dimana kedudukan matahari di saat itu, maka itulah arah kiblat yg betul kerana matahari betul-betul di atas kaabah pada waktu tersebut. Bila tiba waktu tersebut kita akan dapat melihat sendiri arah kiblat sama ada di rumah, pejabat, di kebun-kebun atau tempat kerja sambilan kita yang mana tempat kita menunaikan ibadat solat. Tidak perlu kompas mahupun pengesahan dari mana-mana jabatan agama tentang arah kiblat pada masa tersebut. Kita sendiri boleh menentukan arah kiblat tersebut. Baiknya Allah SWT kepada kita semua hambaNya. Tidak perlu bersusah payahkan. Allah SWT sediakan kemudahan kepada kita.

Tarikh dan Masa Istiwa Matahari di Malaysia.

Alhamdulillah bagi kita yang berada di bumi Malaysia. Tarikh dan Masa Istiwa Matahari di Malaysia adalah seperti berikut pada setiap tahun:

TARIKH: 28 Mei    MASA:Tepat pukul 5.16 petang.
TARIKH: 16 Julai  MASA:Tepat pukul 5.28 petang.

Macam Mana Nak Tentukan Arah Kiblat Berpandukan Waktu Istiwa Matahari?

Caranya mudah sahaja macam ini:-
1) Sediakan tiang atau kayu yang lurus, jika nak guna pen atau batang penyapu pun boleh jika tak ada kayu yang lurus bagi tujuan tersebut.

2) Pastikan jam anda telah diselaraskan mengikut waktu SIRIM atau dengan merujuk pada jam di warta berita tv, coder astro atau menghubungi 1051 dengan telefon anda  bagi mendapatkan waktu SIRIM. Mudah sahaja, call no tersebut dan anda akan terus dapat mendengar waktu di Malaysia mengikut waktu dan masa yang paling tepat mengikut waktu SIRIM. Jam di SIRIM adalah JAM yang menjadi jam rujukan waktu paling tepat di Malaysia. Jika nak tahu lebih lanjut boleh ke laman web SIRIM MALAYSIA.

3) Kemudian tegakkan tiang di kawasan yang terdedah kepada cahaya matahari pada waktu tersebut, samaada anda nak pegang atau cucuk tiang tersebut terpulang kepada anda.

4) Perhatikan arah BAYANG yang terhasil pada  waktu tersebut dan arah bayang yang terhasil adalah mengarah kearah kiblat yang sebenar terus dari kaabah.

5) Tandakan bayang tersebut menggunakan cat, atau pen sebagai rujukan.

Alhamdulillah dah selasai anda bolehlah buat tanda yang lebih terang lagi. Insyallah anda boleh ikut arah yang telah ditandakan tadi untuk mendapatkan arah kiblat bagi bilik-bilik lain dalam rumah anda bagi tujuan menentukan arah kiblat yang sebenar. Raya pun dah dekat, nanti ramai saudara mara yang berkunjung untuk berhari raya dan solat di rumah anda.

Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat yang berguna kepada kita semua bagi menentukan arah kiblat yang betul dan ini akan dapat memperbaiki lagi MUTU SOLAT yang kita kerjakan selama ini.

Seseorang yang menjaga solatnya, Allah SWT akan menjaganya. Bersama-samalah kita memperbaiki dan mempelajari dengan lebih baik lagi solat kita. Sesungguhnya solat adalah perkara pertama yang akan di soal pada hari akhirat. Jika baik solat, maka amalan lain Allah SWT akan terima dengan mudah, namun jika solat  tidak sempurna takut-takut nanti amalan lain juga Allah tolak. Ini kerana solat merupakan Tiang Agama. Dapatkan tips dan panduan bagi MENCANTIKKAN lagi mutu solat kita melalui perkongsian ilmu oleh Ustaz Hasnan disini --->> Rahsia Solat (Rujuk disini)

Selamat beramal di bulan Ramadhan yang penuh berat ini. Ada masa petang nanti boleh berbuka di Buffet Ramadhan Casa Ombak.

Wednesday, March 12, 2014

Aplikasi Waktu Solat Terbaik Android

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Aplikasi Waktu Solat Terbaik Android. Ramai antara kita yang ada gadget android. Sejak Samsung, Htc, 9 technology dan macam-macam lagi mula memperkenalkan telefon pintar android dengan harga mampu milik.

Gadget android begitu sekali mendapat sambutan. Trend mempunyai telefon pintar android sudah menjadi kebiasaan. Siapa sahaja ada telefon atau peralatan android. Kesan dari persaingan ini dapat kita lihat sehinggakan pesaing-pesaing mereka terpaksa memperkenalkan aplikasi persis seperti android juga.

Aplikasi waktu Solat terbaik untuk Android
Aplikasi waktu Solat terbaik Android

Hari ini saya nak berkongsi satu aplikasi android iaitu Aplikasi Waktu Solat. Pada saya Aplikasi waktu solat android ini adalah yang terbaik setakat ini yang pernah saya cuba. Sebelum ini ada juga guna aplikasi waktu solat lain. Tetapi oleh kerana telefon pun jadi macam lembab. Saya beralih kepada aplikasi waktu solat android ini.

Waktu solatnya mengambil terus daripada  Portal e-Solat JAKIM. Jadi ketepatan waktunya insyallah boleh dipercayai. Namun kena berjaga-jaga juga, kadang-kadang pihak mereka terlambat nak update data tersebut yang menyebebakan ada ketikanya waktu solat tidak dapat dilihat.

Ciri-ciri Istimewa Aplikasi Waktu Solat Android.
  • Terdapat waktu solat setiap Zon dalam negeri-negeri di Malaysia daripada JAKIM e-Solat www.e-solat.gov.my.
  • Boleh update terus daripada internet.
  • Grafik yang menarik dan tidak melembabkan gadget android anda.
  • Terdapat kompas untuk menunjukkan arah kiblat.
  • Terdapat peringatan waktu solat seperti 10,20,30 minit ke waktu solat seterusnya.
  • Boleh lihat berapa masa yang tinggal untuk masuk waktu solat 5 waktu termasuklah waktu solat duha,imsak dan syuruk.
  • Boleh set nada dering waktu solat sebagai peringatan
  • Terdapat juga aplikasi untuk mengetahui masjid dan surau yang terdekat dengan anda.( Dihubungkan dengan Google Map)
Macam Mana Nak Dapatkan Aplikasi Waktu Solat Android.
Caranya mudah sahaja. Masuk ke dalam Google Play gadget telefon anda dan search Waktu Solat. Gambarnya seperti yang di bawah. Berwarna hijau ada gambar bulan sabit dan bintang.

Aplikasi Waktu Solat Android
Aplikasi Waktu Solat Android - Google Play
Jika anda nak muat turun daripada komputer anda, anda boleh pergi ke laman web ini  waktu solat dan muat turun aplikasi tersebut dan masukkan ke dalam gadget android anda. Bagi mengetahui lebih lanjut lagi tentang aplikasi waktu solat ini.anda boleh rujuk maklumat di bawah.
Banyak lagi aplikasi waktu solat, Anda boleh pilih dan cuba sendiri juga mengikut kesesuain gadget android anda. Semoga dengan perkongsian ini, anda dan saya dapat menjaga solat walau di mana kita berada. Jika kita pelihara dan jaga solat dengan baik. Allah S.W.T akan menjadi penjaga terbaik untuk kita. Solat 5 waktu terbaik bagi lelaki adalah dengan berjemaah di masjid atau di surau manakala wanita bersolat awal waktu di rumah. Baiki dan belajarlah solat menjadi lebih baik. Hanya solat yang sempurna akan diterima Oleh Allah SWT. Dapatkan tips dan panduan untuk solat yang lebih baik.
Anda boleh rujuk panduan tersebut di sini ---> Rahsia Solat.
Wallahualam.