Wednesday, July 24, 2013

Tips Peperiksaan Pegawai Teknologi Maklumat Gred F41 27 Julai 2013

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Hari ini saya nak berkongsi sedikit maklumat tentang Peperiksaan Pegawai Teknologi Maklumat Gred F41 yang akan diadakan pada 27 Julai 2013 di seluruh Malaysia.

Di sini saya sertakan sedikit panduan Peperiksaan Pegawai Teknologi Maklumat Gred F41 ini yang saya perolehi daripada laman web SPA.

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia 

Sukatan Peperiksaan :-

Peperiksaan ini mengadungi empat seksyen iaitu:-

(i) Seksyen A - Pengetahuan Am Mengenai Malaysia dan Alam Sekeliling
(ii) Seksyen B - Daya Menyelesaikan Masalah
(iii) Seksyen C - Esei Bahasa Inggeris
(iv)Tidak dinyatakan - PENAKSIRAN PERSONALITI

SEKSYEN A - PENGETAHUAN AM MENGENAI MALAYSIA DAN ALAM 
SEKELILING

Dalam seksyen ini, calon dikehendaki mengetahui secara umum berkenaan hal-hal yang berkaitan dengan bidang teknologi maklumat dan komunikasi, keselamatan ICT, pengurusan sumber manusia dan organisasi, pentadbiran kerajaan, bidang ekonomi, bidang sosial serta perkembangan-perkembangan semasa yang lain.
Soalan-soalan akan ditarafkan kepada peringkat pengetahuan am yang difikirkan patut diketahui oleh rakyat Malaysia yang mempunyai Ijazah Sarjana Muda Kepujian di dalam pelbagai bidang akademik. Siswazah-siswazah yang sering mengikuti perkembangan-perkembangan dunia melalui media massa dan media elektronik seperti surat khabar, majalah, internet dan buku-buku akan berkelebihan untuk menjawab soalan-soalan ini.
Masa : 40minit 
Bilangan Soalan : 50 

Contoh Soalan:

1. Malaysian Cyber Security Agency (MCSA) telah ditubuhkan pada tahun 2006 dengan 
tujuan menangani masalah keselamatan komputer internet di Malaysia. Sebelum tahun 
2006, MCSA dikenali sebagai 
A Malaysian Computer Emergency Response Team. (MyCERT)
B. Government Computer Emergency Response Team. (GCERT)
C. National IT Security Emergency Response Center. (NISER)
D Jawatankuasa IT Untuk Internet kerajaan. (JITIK)

SEKSYEN B – DAYA MENYELESAIKAN MASALAH

Dalam kertas ini, calon-calon dikehendaki menyelesaikan masalah-masalah dengan menggunakan pendekatan seperti berikut:

i) Kebolehan Menggunakan Logik
Dalam seksyen ini, calon dikehendaki menggunakan segala pengetahuan, kemahiran berfikir serta kemahiran mengaplikasi maklumat-maklumat yang diberikan untuk memilih jawapan yang paling tepat dalam menyelesaikan masalah-masalah yang dikemukakan

ii) Kebolehan Menginterpretasi Data
Calon akan diberikan beberapa soalan penyelesaian masalah yang menggunakan perangkaan. Perangkaan yang diberi perlu dianalisis untuk menyelesaikan masalah-masalah yang dikemukakan.

iii) Konsep-konsep Matematik
Konsep Matematik yang digunakan termasuklah algebra dan geometri. Asas-asas Matematik yang digunakan adalah tidak melebihi sukatan peperiksaan Tingkatan 5 (SPM). Walaupun ada di antara calon mempunyai kelayakan dalam bidang matematik di peringkat universiti, ini tidak bermakna memberi kelebihan bagi mereka menjawab soalan berbanding calon daripada bidang lain kerana soalan-soalan yang dikemukakan adalah lebih kepada bentuk soalan logik.

Masa : 45 minit
Soalan : 40 (aneka pilihan)

Contoh Soalan Kemahiran Logik:

Sebanyak 12 keping kad berlabel seperti berikut dimasukkan ke dalam sebuah 
beg. Jika sekeping kad dicabut keluar secara rawak, apakah kebarangkalian untuk 
mendapat kad bertanda A?
S A T U M A L A Y S I A
A. 5/12 
B. 2/6 
C. 1/4
D. 1/3 
Jawapan: D
Teknik menjawab
Jumlah semua kad = 12 keping
Jumlah kad bertanda A = 4 keping
Kebarangkalian kad bertanda A dicabut = 4/12
= 1/3

Contoh Soalan Kebolehan Menginterpretasi Data:

1. Jadual berikut menunjukkan bilangan pengunjung ke sebuah taman tema pada 
cuti Hari Malaysia tahun lepas. Sekiranya seorang pengunjung dipilih secara 
rawak, cari kebarangkalian pengunjung yang dipilih adalah seorang kanak-kanak.
Bilangan Pengunjung Lelaki Perempuan
Dewasa 52 68
Kanak-Kanak 104 136
A. 1/3
B. 2/3
C. 1/4
D. 2/4
Jawapan: B
Teknik Menjawab:
Jumlah pengunjung = 52 + 68 + 104 + 136 
= 360 orang
Jumlah pengunjung kanak-kanak = 104 + 136
= 240 orang
Kebarangkalian pengunjung kanak-kanak dipilih = 240/360 
= 2/3

Contoh Soalan Konsep-konsep Matematik:

1. 8 pasukan bola sepak mengambil bahagian dalam sebuah pertandingan. Jika 
perlawanan diadakan secara liga (setiap pasukan mesti bertemu antara satu 
sama lain) berapakah jumlah permainan yang akan dilangsungkan dalam
pertandingan tersebut? 
A. 28 
B. 49 
C. 56 
D. 62 
Jawapan: A 
Teknik menjawab:
8 pasukan mengambil bahagian di mana setiap pasukan mesti bertemu 
antara satu dengan lain. Oleh itu, setiap pasukan perlu bermain sebanyak 
7 kali. Ini bermakna terdapat 56 (8x7) permainan. Tetapi setiap pasukan 
bertemu dengan pasukan lain hanya sekali, untuk mengelakkan 
pengiraan dua kali maka jumlah permainan ialah
8x7 = 28

SEKSYEN C – ESEI BAHASA INGGERIS

Tujuan seksyen ini adalah untuk mengukur daya kreativiti dan kebolehan calon dalam penguasaan Bahasa Inggeris. Penilaian adalah berdasarkan pendapat-pendapat calon yang disusun dengan jelas, teratur dan munasabah.
Masa : 1 Jam
Soalan : 3 Soalan Pilih 1 (esei)

Panduan Menjawab Soalan

Nasihat-nasihat berikut diharap dapat membantu calon-calon dalam peperiksaan ini. 
Soalan Objektif 
(Soalan-soalan di dalam Seksyen A dan B) 

(a) Calon perlu peka bahawa kesemua calon yang menduduki peperiksaan ini 
adalah dari pelbagai bidang akademik. Soalan-soalan yang dikemukakan juga 
meliputi kesemua bidang akademik. Oleh yang demikian terdapat beberapa 
soalan yang berkemungkinan sukar untuk individu tertentu menjawab kerana 
berada di luar bidang pengkhususan. Soalan-soalan tersebut, walau 
bagaimanapun, mungkin sesuai untuk calon lain yang berpengetahuan dalam 
bidang tersebut. Oleh itu, jika terdapat soalan yang tidak boleh dijawab 
dinasihatkan agar calon tidak membuang masa dan terus menjawab soalansoalan yang berikutnya. Apabila masa mengizinkan kembali kepada soalan 
tersebut. 

(b) Soalan objektif adalah soalan aneka pilihan, 4 opsyen jawapan dikemukakan dan 
calon perlu memilih 1. Jawapan yang dikehendaki bukan sahaja yang betul 
tetapi yang paling tepat. Apabila membaca dan mengkaji ke semua opsyen yang 
dikemukakan kerana yang diperlukan adalah jawapan yang paling tepat. Dengan 
meninggalkan jawapan-jawapan yang difikirkan salah, opsyen jawapan akan 
berkurangan dan ini dapat membantu dalam proses pemilihan jawapan yang 
tepat.

(c) Bagi merekod jawapan, calon dibekalkan borang khas yang akan diproses 
menggunakan komputer. Ditegaskan agar calon menggunakan pensil 2B sahaja. 
Jika alatulis-alatulis lain digunakan, jawapan calon tidak diambilkira kerana 
komputer tidak dapat memprosesnya. Jika calon perlu membuat perkiraan, 
jawapan contoh dan sebagainya, gunakan kertas lain atau buku soalan. Borang 
yang dibekalkan adalah khusus untuk merekod jawapan. 

PENAKSIRAN PERSONALITI:-

Calon-calon dikehendaki menjawab item-item yang mengukur gagasan personaliti calon iaitu kepimpinan, kebolehan sosial, komunikasi, toleransi, kerjasama, integriti, disiplin dan kejujuran.
Masa : 30 minit
Soalan : 94 (aneka pilihan)

Penutup

Calon sekali lagi dinasihatkan supaya cuba mendapatkan markah yang terbaik. Jika lulus, 
calon mungkin berpeluang untuk dipanggil temu duga. Hal ini bermakna peluang untuk 
dipertimbangkan ke jawatan Pegawai Teknologi MaklumatGred F41 adalah lebih baik. 
“Selamat Maju Jaya” 
Bahagian Peperiksaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia


Selamat Maju Jaya kepada mereka-mereka yang menduduki peperiksaan "Peperiksaan Pegawai Teknologi Maklumat Gred F41" 27 Julai 2013 nanti. 



Friday, July 19, 2013

Hidup Cara Islam

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Alhamdulillah syukur kepada Allah S.W.T sebab bagi kita semua peluang untuk meneruskan ibadat puasa di Bulan Ramadhan yang penuh keberkahan ini. Diam tak diam hari ni dah masuk hari ke 10 kedua bulan Ramadhan.

Hidup Cara Islam
Hidup Cara Islam
Sebaiknya baki masa yang masih ada ini kita gunakan sebaiknya untuk mendapat ganjaran yang besar di sisi Allah S.W.T. Dalam sepuluh hari yang lepas kita boleh cuba hitung amal baik kita. Berapa banyak dah Al-Quran kita dapat baca? Berapa banyak solat terawih kita dapat buat? Berapa banyak dah kita bagi sedekah? Berapa banyak kita dah zikir pada Allah? Berapa banyak dah kebaikan dan pahala yang kita buat? dan berapa banyak juga dosa dan larangan Allah S.W.T dah kita langgar.

Jika jawapan kita,kita dah banyak buat kebaikan Alhamdulillah Syukur pada Allah S.W.T yang bagi taufik kepada kita untuk buat baik. Tetapi jika banyak keburukan dan dosa yang kita buat. Kita cepat-cepat bertaubat dan cuba UBAH balik diri kita untuk jadi lebih baik macam yang Allah S.W.T dan Rasulullah S.A.W suka.

IsyaAllah jika kita berazam nak buat baik dan doa pada Allah S.W.T.Insyallah Allah S.W.T akan bantu dan bimbing kita. Salam Ramadhan kepada semua umat Islam. Ingat Allah S.W.T selalu :-)


Wednesday, July 17, 2013

Dua Sunnah Rasulullah S.A.W Yang Berbeza

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Salam Ramadhan saya ucapakan kepada sahabat semua sahabat . Semoga sihat hendaknya disamping menjalani Ibadat Puasa yang sudah hampir seminggu kita bersamanya. Alhamdulillah syukur kepada Allah S.W.T kerana masih di beri peluang kepada kita untuk berpuasa di bulan Ramadhan pada tahun ini lagi. Semoga dengan kehadiran Ramadhan ini membawa kita lebih dekat kepada Allah S.W.T yang Maha Mencipta dan Maha Memelihara kita semua. Selawat dan salam juga kepada insan yang Mulia junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W serta keluarga Baginda dan Sahabat Rasulullah S.A.W.

Hari ini saya nak berkongsi tentang dua Sunnah Rasulullah S.A.W yang berbeza. Saya dapat ini semasa mendengar kuliah di awal Ramadhan semasa menunaikan ibadat Solat Terawih di surau. Sunnah tersebuat ialah tentang amalan khatam Al-Quran di bulan Ramadhan.
Khatam Al-Quran 30 Juzuk
Khatam Al-Quran 30 Juzuk

Pertama
Khatam Al-Quran 30 juzuk sebulan di Bulan Ramadhan

-Menurut Ustaz tersebut,untuk mendapatkan sunnah ini kita perlu khatam Al-Quran  30 juzuk di dalam Bulan Ramadhan. Macam mana nak khatam Al-Quran 30 juzuk ini kita boleh buat macam-macam cara asalkan kita baca sendiri dan sempurnakan bacaan 30 juzuk Al-Quran. Allah S.W.T bagi kita masa 24jam setiap orang. Kita kena bahagi-bahagi masa supaya ada masa kita di bulan yang mulia ini untuk kita sempurnakan bacaan 30 juzuk Al-Quran. Jika hari bekerja kita sebuk dengan kerja,kita boleh baca Al-Quran sebelum dan selepas balik dari kerja. Selepas solat subuh kita boleh baca beberapa helai lembaran Al-Quran. Begitu juga apabila balik dari kerja sebelum tiba waktu berbuka kita boleh manfaatkan masa yang ada dengan mambaca Al-Quran. Balik dari solat terawih sebelum tidur juga kita boleh baca Al-Quran. Semasa waktu rehat di tempat kerja juga kita boleh baca Al-Quran,sebab bulan puasa kita tak perlu nak makan tengahari dah. Jadi masa yang ada bagus jika kita manfaatkan dengan membaca Al-Quran. Boleh juga kita kurangkan masa baca akhbar dengan kita dan mengantikan dengan membaca Al-Quran.Insyallah jika kita manfaatkan masa lapang kita dengan membaca Al-Quran dan kurangkan masa menonton tv.Insyaallah dengan usaha dan doa kita Allah S.W.T akan bantu kita untuk sempurnakan bacaan 30 juzuk Al-Quran di bulan Ramadhan ini. Saya ada kongsi tips untuk khatam Al-Quran dalam masa 30 hari disini 

Kedua
Mendengar bacaan Al-Quran 30 juzuk di dalam solat Terawih

- Mendengar bacaan Al-Quran 30 juzuk di dalam solat Terawih, maknanya kita kena dengar imam terawih baca Al-Quran 30 juzuk sehingga khatam sepanjang bulan Ramadhan.Pastinya ada yang bertanya macam mana nak dapat ni? Jawapan yang mudah dapat saya bagitahu. Kita kena cari masjid @ surau yang imam terawihnya baca 1 juzuk satu hari dalam solat terawih. Alhamdulillah kita di Malaysia dah banyak masjid dan surau yang imam terawihnya diimamkan oleh para Hafiz Al-Quran. Masjid dan surau yang diimamkan oleh hafiz biasanya mereka akan baca 1 juzuk satu hari dalam solat terawih.kebanyakkan masjid yang baca 1 juzuk satu hari ini solat terawih mereka buat sebanyak 20 rakaat. Saya tak pernah jumpa masjid yang buat 1 juzuk tetapi buat 8 rakaat solat terawih. Sebenarnya solat terawih 20 rakaat juga Sunnah Nabi Muhammad S.A.W. Nak tahu dengan lebih terperinci kita boleh tanya ustaz-ustaz tentang solat terawih 20 rakaat ini.

Semoga Allah bagi taufik kepada kita semua untuk mengamalkan dua Sunnah Rasulullah S.A.W yang berbeza ini. Dengan taufik dan hidayat
daripada Allah S.W.T sahaja kita akan dapat mengamalkan sunnah Rasulullah S.A.W. Selamat menjalani ibadat puasa yang penuh berkat ini. Wallahu'alam.