Salam Ramadhan kepada semua umat Islam. Hari ini saya nak berkongsi Tips Berbuka Puasa atau Iftar Cara Rasulullah S.A.W yang saya dapat semasa menonton rancangan " Cinta Ilmu " TV Alhijrah semalam. Kuliah ini disampaikan oleh Ustaz Badli Shah pada waktu petang sebelum waktu berbuka puasa. Antara Tips Berbuka Puasa atau Iftar Cara Rasulullah S.A.W adalah
1- Berbuka dengan Baca Doa dan Bismillah
Hendaklah kita semasa berbuka puasa berdoa kepada Allah S.W.T. Kata ustaz juga doa pada waktu sebelum berbuka puasa adalah Mustajab iaitu waktu penerimaan doa di sisi Allah S.W.T. Sebelum berbuka kita doa panjang-panjang pun tak apa. Semua doa dan hajat yang kita minta pada masa tersebut.Insyaallah akan dikabulkan oleh Allah S.W.T.
2- Segerakan Berbuka Puasa
Apabila azan maghrib dilaungkan kita hendaklah menyegerkan berbuka puasa.Dalam perjalan sekali pun sediakan bekalan untuk berbuka jika kita rasa kita akan lambat sampai ke destinasi yang ingin kita tuju. Paling kurang sediakan asam atau air meneral takut tak sempat sampai ke tempat berbuka.Paling bagus bawa buah kurma siap-siap.Kalau tak ada berbuka dengan asam atau gula-gula pun boleh jika tak ada kurma.
Kurma |
3- Berbuka Dengan Kurma
Rasulullah S.A.W berbuka dengan kurma basah,tak ada kurma basah berbuka dengan kurma kering, tak ada kurma minum air kosong.Ada orang tanya tak boleh ker jika kita berbuka dengan buah lain. Ustaz tersebut bagitahu kita kena ikut setiap Sunnah Rasulullah S.A.W kerana dalam Sunnah ada kejayaan. Rasulullah S.A.W suka berbuka puasa dengan kurma basah dan bersahur dengan kurma kering.
4- Segerkan Solat Maghrib
Waktu solat maghrib di segerakan kerana waktu Maghrib amat singkat.Makan ringkas kurma atau kuih dan air sedikit.Lepas tu solat dan selepas solat baru sambung makan berat.
5-Makan Secara Sederhana
Jangan makan secara berlebihan.Ramadhan dah berlalu 20 hari boleh timbang berat badan kita.Jika berat badan turun ok la,tetapi jika naik berat badan kita,pasti ada yang tak kena sikit dengan puasa kita.
6-Mengajak orang berbuka bersama kita.
Sesiapa bagi makan berbuka kepada orang berpuasa,kita akan dapat pahala puasa dengan tidak mengurangkan pahala puasa orang tersebut juga. Bagus jika ajak orang berbuka dengan kita,tak pun kita berkongsi juadah berbuka dengan bersedekah kepada jiran-jiran dan saudara mara di tempat kita tinggal.
Semoga kita dapat jadikan Tips Berbuka Puasa atau Iftar Cara Rasulullah S.A.W ini sebagai panduan untuk kita meneruskan perjuangan puasa kita di hari-hari akhir bulan Ramadhan yang penuh keberkatan ini.
Wallah'hualam.
No comments:
Post a Comment