Tuesday, October 29, 2013

Bonus Istimewa Fifefly Malaysia

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Semalam saya dapat email berharga daripada syarikat penerbangan Malaysia Fifefly, hebat juga mula-mula terfikir bila dapat email daripada  syarikat penerbangan Malaysia Fifefly ini, sebelum ini ada la juga pernah dapat email cinta daripada seseorang. Email tersebut saya letak kat bawah ini untuk tatapan kawan-kawan.

 syarikat penerbangan Malaysia Fifefly
Tahniah Malaysia ada Firefly
-------------------------------------------------------

From: Firefly Penerbangan Malaysia <firefly@airline.com.my>

Subject: Bonus Istimewa
To:

Firefly Penerbangan Malaysia
Pusat Operasi
Tingkat Mezzanine
Lapangan Terbang Pulau Pinang
11900 Bayan Lepas
Pulau Pinang Malaysia.


The September 2013 Big Apple Program Promosi Ulang Firefly telah
dijalankan di Ibu Pejabat Asia Pacific Regional kami di sini di Pulau
Pinang, Malaysia. The September 2013 Big Apple Program Promosi Ulang
Firefly didaftarkan dan teratur selaras dengan Lembaga Permainan Asia
(AGB) dan Dunia Akta Peraturan Loteri (WLRA).

Kami sangat senang untuk secara rasmi memaklumkan kepada anda bahawa
Firefly Penerbangan Malaysia telah meluluskan alamat e-mel anda
sebagai pemenang bertuah Big Apple Program Promosi Firefly Ulang kita
untuk menerima jumlah pembayaran sebanyak $ 110,000,00 (Seratus Dan
Seribu United State Dollar) dengan Bilangan Tiket email:
BTS-01ABD-04-12-668 dan Nombor Rujukan: MY/221/10012 dalam batch B /
91.102 secara rawak menarik yang seterusnya dipilih alamat e-mel anda
kerana ini tahun September 2013 pemenang bertuah.

Maka, nasihat untuk menghubungi Firefly Pegawai Penghantaran Syarikat
Penerbangan Penjaga cek kemenangan kepada anda dengan maklumat berikut
dinyatakan di bawah:

Firefly Big Apple Ulang Penghantaran Pegawai Hubungi Maklumat:

Hubungi Nama: Felix Romeo
Alamat e-mel: fireflyclaim[at]5d6d.cn

Nama 1.Full: .......
Alamat 2.Residential: .....
3.Country: ......
4.Occupation: ......
5.Telephone: ...

Ikhlas,

Harris Yong
(Pengerusi)
Big Apple Ulang Jawatankuasa Pertubuhan Firefly
Dan bagi pihak Firefly Penerbangan Malaysia, Asia Pasifik.

------------------------------------------------

Nampak tak permainan disitu, syarikat penerbangan Malaysia Fifefly nak bagi duit $ 110,000,00 (Seratus Dan
Seribu United State Dollar). Disitu pun dah salah tulis, bukan sikit banyak tu. Tak habis nak makan setahun kalau saya guna semua itu.

Cukup la,cukup sudah..cukup sampai disini saja,daripada menangung susah,lebih baik ku tak layan saja. Sebenarnya ini email tipu, mana ada zaman gawat macam sekarang ini orang nak bagi duit mudah-mudahkan. Sebenarnya ini bukan email daripada syarikat penerbangan Malaysia Fifefly. Email ini daripada orang yang menipu orang lain dengan cara yang mudah, Harap-harap tak ada yang TERKESAN dengan email menipu macam ini.

Jadi kepada kakak,abang dan adik-adik yang dapat email macam ini abaikan sahaja, jangan kita semua tertipu dengan propaganda macam ini. Kalau rokok pun ada yang tipu dengan menjual rokok tipu , inikan pula dengan tak perlu menjual mereka nak tipu kita jugakan. Macam-macam dengan dunia sekarang ini. Ada cadangan tak jika kita dapat email macam ini, apa yang perlu kita buat?


Thursday, October 24, 2013

Jobdirumah - Aku Ingin Bebas Bekerja

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
"Bebas bekerja, biar betul ko ini?", tanya kawan saya. "Betul la,aku ingin bebas bekerja",jawap saya.. Sambil kawan saya menggaru-garu dagunya buat-buat fikir sesuatu.
"Ada ker 10 syarikat kat Malaysia hari ni yang bagi kebebasan kepada pekerja dia untuk datang kerja atau tak datang kerja ikut suka hati dia? ada tak?",tanya saya. Dia buat-buat fikir lagi. "Aku sendiri pun tak tahu,ini pula ko..hahaha",jawap saya. Saya menepuk bahu dia dan berlalu dari situ nak pergi sambung kerja. Nanti bos nak tengok.

Inilah satu situasi yang biasa kita semua akan dengar bila ada orang cerita tentang kebebasan bekerja. Saya rasa jika kita nak kerja sendiri baru kita bebas nak datang kerja atau tak datang kerja kan? Tapi jika kita jadi pemilik syarikat yang besar pun,belum tentun nak bagi pekerja kita bebas nak datang kerja atau pun tak kan. Bergantung kepada jenis perniagaan yang kita jalankan, kalau semua tak datang kerja siapa nak jawap telefon,nak pergi mesyuarat, nak pergi tengok projek,nak pergi naik pelanta minyak,nak bawak kapal,nak periksa stok dan macam-macam lagi. Jadi macam mana pun kerja tersebut bergantung kepada jenis perniagaan kita.

Lagkah pertama nak mulakan semua ini kita kena belajar buat bisnes atau perniagaan,kita kena cipta perniagaan yang kita minat. Kita boleh bagi komitmen  dan fokus kepada perniagaan tersebut, Insyallah sikit demi sikit kita akan nampak jalannya. ""Tak ada orang yang berjaya dalam buat perniagaan kat dunia ni boleh berjaya dalam masa satu dua hari sahaja. Biasanya mereka akan berjaya selepas beratus atau beribu hari selepas mereka mula melangkah untuk buat perniagaan tersebut. Lepas tu baru kita akan rasa sayang dan cinta dengan perniagaan yang kita jalankan"".

Satu peluang kerja saya nak kongsi disini ialah program kerja JOBDIRUMAH, yang mana dengan kerja ini kita akan lebih mudah untuk menuju kearah kebebasan bekerja pada suatu masa nanti. Peluang kerja tersebut hanya dengan kita bekerja dirumah sahaja. Dengan hanya bekerja dirumah mengikut kebebasan waktu yang kita ada.Kita jadi kuli dan bosnya juga, Jobdirumah boleh tambah duit poket kita ker?

Contoh Pendapatan Jobdirumah,,duit jobdirumah
Contoh Pendapatan Jobdirumah
Tak perlu nak kejar dateline projek nak kena hantar,nak melayaan kerena pelanggan yang macam-macam,nak tempuh jem,sesak-sasak dan bermacam bagai kisah lagi. Melalui Jobdirumah ini,setiap hari pihak jobdirumah akan menghantar email kepada anda untuk anda memilih kerja-kerja yang di buka oleh pihak syarikat yang inginkan anda buat kerja tersebut.

Anda boleh memilih kerja tersebut bergantung kepada kemampuan dan masa yang anda ada. Bila dah setuju nak buat kerja yang diberi anda boleh mulakan kerja tersebut, Bayaran akan diberikan kepada anda setelah selesai tugasan yang anda lakukan. Anda akan mendapat bayaran mengikut  bayaran persetujuan syarikat dan anda. Anda bebas memilih kerja.Mesti best,kita kerja nanti kita akan dapat bayaran.tak perlu nak pening-pening dengan pelanggang atau majikan bukan?

Bagi mengetahui lebih lanjut lagi tentang program Jobdirumah ini, anda boleh ke website Jobdirumah. Semoga anda berjaya. Saya nak sambung buat kerja. ;-)

Monday, October 21, 2013

Internet Percuma Disisi Hotlink

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Suka saya sorang-sorang bila melihat aksi mamat dalam iklan Hotlink yang terbaru ini tentang internet percuma, ada dua iklan yang Hotlink siarkan tentang aksi mewakili rakyat Malaysia yang menggunakan internet secara tegar melalui handphone masing-masing.

Aksi pertama seorang yang mencari senarai rangkaian wifi yang terdapat pada hp beliau,kerana yang tersenarai disitu semuanya wifi yang mengandungi password, akhirnya dia dapat juga wifi percuma yang diambil di bas rapid KL, dapat la internet percuma sekejap sms makwe dia,tetapi sekejap sahaja,intenet tersebut putus bila bas tersebut meninggalkan kawasan itu,akhirnya tak dapat dia nak Whatsapp makwa dia. Ada sesiapa pernah tengok aksi ini yang sebenar tak,selain yang iklan ni?

Internet Percuma Disisi
Handphone ni ada internet percuma tak?

Aksi kedua,lebih kurang jalan cerita yang sama,seorang mamat yang nak sms marka juga,tapi yang ini berlainan tempat pula, mamat ini pergi tumpang internet percuma dekat kedai makan yang agak baik sikit,sebab dia bagi internet percuma  kepada pelanggang yang datang ke kedai tersebut.Yang lawaknya pelayan kedai tersebut beberapa kali dengan aksi yang "manis" nak mempelawa mamat tersebut untuk melihat menu yang dia pegang,tetapi bila pelayan ni menuju ke arah mamat tersebut,mamat tu tak nak, bila agak lama baru pelayan tu perasan yang mamat tersebut berdiri dekat kedai dia hanya untuk mendapatkan wifi percuma. Rasanya yang ni ada orang buat tak?hahahaha.. ramai kot yang buat sebelum ada internet sendiri kat phone kan?

Bagus la Hotlink kali ini buat promosi internet percuma, kena dengan masa dan keadaan sakarang, sebab ramai yang memerlukan internet pada handphone sekarang ini. Bagi saya, ada internet kat handphone lagi jimat jika nak bandingkan kita SMS atau MMS yang biasa ni kan? Rasanya mana lagi berbaloi?

Bestnya blogger Hutan Kabut dapat panggilan percuma sempena hari jadi beliau yang ke-23, Selamat Hari Lahir diucapkan.


Sunday, October 20, 2013

Sahabat Sejati Sukar Dicarikan?

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Sahabat sejati sukar dicarikan? Sahabat adalah orang yang paling rapat dengan kita selepas ahli keluarga kita bukan?, malah ada dikalangan kita yang sahabat menjadi orang no 1 yang akan tahu sesuatu dari kita sebelum orang lain mengetahui perkara tersebut. Betul tak macam tu? Berikut beberapa tips di dalam kita manjalin persahabatan dengan sahabat dan kawan-kawan kita.


sahabat sejati
Sahabat sejati sukar dicarikan..

TIPS dalam BERSAHABAT:

1) Memberitahunya bahawa kita kasih dan suka kepadanya.
Rasulullah s.a.w bersabda: "Jika seseorang kasih kepada seseorang maka hendaklah dia memberitahu temannya"
(HR Abu Daud)

2) Apabila berpisah dengan sahabat maka hendaklah kita mendoakan sahabat kita tanpa pengetahuannya.
Rasulullah s.a.w bersabda: "Setiap hamba Muslim yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuannya pasti akan didoakan malaikat dengan berkata engkau juga akan mendapat seumpamanya"
(HR Muslim)

3) Sentiasa bermanis muka ketika berjumpa dengan sahabat.
Rasulullah 
s.a.w bersabda: "Janganlah kamu meremehkan kebajikan sedikitpun, sekalipun dengan berjumpa temanmu dalam keadaan wajah yang ceria"
(HR Muslim)

4) Segera bersalaman ketika bertemu.
Rasulullah 
s.a.w bersabda: "Setiap dua orang Islam yang berjumpa dan bersalaman pasti akan diampunkan dosa keduanya sebelum mereka berpisah"
(HR Abu Daud)

5) Sentiasa menziarahi sahabat kita.
Rasulullah 
s.a.w bersabda: "Hendaklah kamu menziarahi sesekali, nescaya akan bertambah kasih sayang antara kamu"

6) Memberi hadiah
Rasulullah s.a.w bersabda: "Hendaklah kamu saling memberi hadiah nescaya kamu akan berkasih sayang"
(HR Thabrani)

7) Membantu sahabat-sahabat dalam kesusahan.
Rasulullah s.a.w  bersabda: "Orang yang berjalan untuk menunaikan hajat sahabatnya lebih baik daripada orang yang beriktikaf selama dua bulan."
(HR Hakim) 


-Budak bersahabat dengan Kereta.
-Bersahabat sehingga Berkahwin

Sumber: Ukhuwah Islamiah (Dr.Abdullah Nasir Ulwan)

Wallah hualamm, Semoga Bermanfaat.



Thursday, October 17, 2013

Cara Menurunkan Berat Badan Dengan Sihat dan Berkesan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Semua orang inginkan berat badan yang idealkan. Kita akan jadi risau jika berat badan kita semakin hari semakin meningkat. Badan kita semakin membesar,seluar, kain baju kita makin hari makin tak berapa nak muat.Jika kita timbang,alat penimbang menunjukkan bacaan yang semakin bertambah. Mesti kita gelabahkan, risau,tiap-tiap hari kita akan fikir macam mana nak turunkan berat badan kita.

Betul tak??..Macam mana nak turunkan berat badan saya ni..

Saya akan kongsikan bagaimana cara untuk kita menurunkan berat badan dengan cara selamat dan berkesan. Semoga perkongsian sihat ini dapat membantu anda semua yang inginkan berat badan yang ideal dan cantik mengikut keinginan kita semua.

Cara Menurunkan Berat Badan Dengan Sihat dan Berkesan
Macam mana nak turunkan berat badan saya ni...
Berikut merupakan beberapa cara yang boleh digunakan untuk menurunkan berat badan dengan cepat dan juga sihat.

1)Kunyah makanan lebih lama dari biasa. Ini akan membuatkan anda berasa cepat kenyang lantas akan mengurangkan pengambilan makanan.

2)Kurangkan pengambilan makanan yang tidak sihat sedikit demi sedikit. Makan makanan yang kurang lemak. Kurangkan makanan yang mengandungi jumlah gula yang tinggi seperti air bergas, kuih muih, dan makanan ringan.

3)Jika anda terasa lapar, makan hanya sedikit sahaja nasi dan banyakkan makan buah-buahan dan sayur-sayuran untuk menghilangkan rasa lapar.

4)Jangan makan lewat malam. Jika anda tergolong dalam golongan ini, kurangkan pengambilan sedikit demi sedikit dan makan selewat-lewatnya 3 jam sebelum masuk tidur.

5)Jika anda terbangun dari tidur pada waktu malam dan terasa lapar, minum air kosong atau makan sebiji buah seperti epal atau pisang.

6)Jangan terlepas atau sengaja melepaskan waktu makan anda dengan tujuan untuk menurunkan berat badan. Anda hanya akan berjaya menurunkan metabolisme badan sahaja dengan cara ini. Langkah terbaik adalah makan 5-7 hidangan sederhana sehari.

7)Kawal nafsu makan anda kerana ia akan membuatkan anda makan lebih dari yang sepatutnya. Inilah sebabnya anda perlu makan 5-7 kali hidangan sehari demi untuk mengawal nafsu makan anda.

8)Jika anda masih gagal mengawal nafsu makan, anda boleh membeli 'protein shakes' dan memakannya di antara hidangan dua kali sehari iaitu antara sarapan dan makan tengahari serta antara makan tengahari dan makan malam.

9)Anda boleh menggunakan pil diet untuk mempercepatkan lagi proses menurunkan berat badan. Tetapi ia akan menjadi sia-sia jika anda tidak mengamalkan cara pemakanan yang betul dan sihat.

10)Tingkatkan aktiviti fizikal anda. Latih diri berjalan sekurang-kurangnya 400 meter sehari. Anda tidak semestinya perlu pergi ke gym atau berjogging di padang permainan. Objektif utama adalah untuk membakar lebih banyak kalori. Lakukan aktiviti seperti park kereta anda lebih jauh dari destinasi yang hendak dituju dan pilih untuk menggunakan tangga daripada menggunakan lif.

11)Buat senaman 'sit up' dan 'push up' setiap kali bangun tidur pada waktu pagi dan pada waktu petang  selepas balik kerja. Lakukan sebanyak 20 kali setiap set. Tambah jumlah 'sit up' dan 'push up' dari hari ke hari sehingga mampu untuk membuat 100 kali setiap set. Dengan cara ini, anda bukan sahaja boleh menurunkan berat badan dengan cepat, malah berpotensi untuk mendapat abs yang cantik berketul-ketul.

Bagi mendapatkan panduan berat badan yang ideal dan berkesan ini, anda boleh rujuk di laman web
-->> Teknik Bakar Lemak Pantas .
Di dalam teknik bakar lemak pantas ini, akan diterangkan cara yang lebih terperinci lagi bagaimana menurunkan berat badan dengan sihat dan berkesan.

Sekian,semoga kita semua sihat dan ceria sentiasa. Dapatkan panduan untuk menjimatkan elektrik di rumah anda.

Wednesday, October 16, 2013

Lawak: Bisnesman Melayu Yang Gila

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Ada seorang lelaki Melayu datang ke bank di New York City.
Lelaki ini mahu pinjam duit sebanyak USD5,000 dolar dengan bank.
Beliau gunakan duit itu untuk menampung kos perjalanannya ke China. Atas urusan bisnes.

Gila dan Bodoh
Pegawai bank yang menguruskan pinjaman lelaki itu minta barang sebagai jaminan.Lelaki itu bersetuju. Beliau berikan kereta Ferrari miliknya sebagai jaminan.

"Gila!"

Perkataan yang terkeluar daripada pegawai bank itu. 

Ferrari
Ferrari ni parking tak betul kan??
Kereta Ferrari bernilai USD1 juta dijadikan sebagai jaminan untuk pinjaman serendah USD5,000 sahaja.Pegawai bank menganggap lelaki Melayu itu kurang bijak.

Si Gila Yang Bijak
Selepas mencapai persetujuan bersama, kereta itu disimpan dalam garaj bawah tanah milik pihak bank.Selepas 2 minggu, lelaki Melayu itu kembali ke bank.

Beliau bayar USD5,000 beserta nilai bunga sebanyak USD15.41 dolar.Pegawai bank itu ucapkan terima kasih atas kerjasama yang berjalan dengan lancar.
Kemudian beliau bertanya kepada lelaki itu,

"Kami dapati tuan adalah seorang jutawan. Kenapa tuan buat pinjaman USD5,000 daripada pihak bank?"

Lelaki itu melemparkan senyuman sebelum berkata,

"Di mana lagi tempat parking di New York City yang boleh saya gunakan, untuk simpan kereta dalam keadaan 100% selamat..."

Tambahnya lagi,

"Dengan hanya bayaran USD15.41 selama 2 minggu?"

Lelaki Melayu ini mengamalkan teknik pinjaman cerdik. Dek kerana harga minyak naik melambung, Petronas PRIMAX  pun nak kurangkan beban rakyat Malaysia juga.

Beliau tetap untung kerana dapat berjimat ribuan ringgit!

P:s// Hanya berkongsi cerita, kadang-kadang kita kena belajar sesuatu daripada kisah kejayaan orang lain juga. Dah join Program Jobdirumah??. Bagi yang belum rugi lambat Join. Ramai yang dah dapat tambah pendapatan walaupun hanya berada di rumah. Boleh join Jobdirumah


Thursday, October 10, 2013

JobDiRumah - Penipu ker?

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Hari ini saya nak berkongsi cerita tentang program Jobdirumah yang saya sertai. Sebelum ini saya ada menceritakan dapat duit poket dari JobdiRumah. Adakah JobDiRumah Penipu, boleh percaya ker dengan JobDiRumah ini, jobdirumah tipu lah?

Mari saya ceritakan tentang Program JobDiRumah penipu ini, sebenarnya JobDiRumah bukanlah program yang menipu, JobDiRumah Penipu.. Tak adalah.. JobDiRumah ini telah banyak mambantu rakyat Malaysia di dalam menjana pendapatan tambahan. Disini saya sertakan contoh mereka-mereka yang telah berjaya apabila mereka menyertai program JobDiRumah ini.


Testimoni Pelangan Jobdirumah
Testimoni Pelangan Jobdirumah

Sebenarnya banyak lagi testimoni kajayaan yang telah dicapai oleh mereka-meraka yang telah menyertai program JobdiRumah ini, anda semua boleh tengok di  bahagian Testimoni Kejayaan Pelangan Jobdirumah  mereka-mereka yang telah menyertai program JobdiRumah ini.

Bagi menyertai Program Jobdirumah ini anda handaklah mempunyai syarat kelayakan minimum seperti berikut :-

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas

Lain-lain
- Boleh bekerja tanpa pengawasan
- Boleh mengikut arahan
- Sanggup bekerja keras
- Berfikiran positif
- Bermotivasi tinggi
- Berdisiplin diri 

Bagi menyertainya anda boleh melihat sendiri di ->> laman JobdiRumah

Penerangan Mengenai Jobdirumah.com:

Jobdirumah.com merupakan penyedia khidmat latihan asas dan sumber pekerjaan alternatif kepada anda yang berminat. Perkhidmatan yang disediakan adalah panduan dalam bentuk penerangan bertulis dan video tutorial tentang bagaimana, cara apa, dan dimana hendak mencari kerja di rumah dari sumber - sumber yang betul.

Untuk kemudahan ahli, Jobdirumah.com akan menolong mencari kekosongan baru dan dihantar terus ke email setiap pagi secara percuma. Jika ada kerja yang ahli fikirkan sesuai dgn kemahiran, ahli boleh buat permohonan kepada majikan.

Bagi mengetahuinya anda boleh melihat sendiri di ->> JobdiRumah

Sekian,terima kasih


Tuesday, October 8, 2013

JobDiRumah - Dapat Duit Poket Melalui JobdiRumah

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Hari ini saya nak berkongsi peluang untuk MENJANA PENDAPATAN SECARA ONLINE DI RUMAH dengan program Jobdirumah.

jobdirumah.com
Jobdirumah.com

Mula-mula saya pun tidak percaya juga dengan program Jobdirumah ini. Takut dengan penipuan yang bermacam-macam di internet sekarang ini.Yea la,takut nanti duit kita keluar tetapi tidak mendapat hasil yang diinginkan.

Bagi yang belum pernah dengar mengenai Program Jobdirumah dan berasa sangsi dengan kesahihannya, hanya satu yang ingin saya nyatakan di sini.

” Jobdirumah adalah program buat duit yang boleh dipercayai dan terbukti berkesan MENJANA PENDAPATAN SECARA ONLINE DI RUMAH anda“.

Sebenarnya program Jobdirumah ini bukanlah program yang menipu, program Jobdirumah ini merupakan ahli Persatuan Usahawan Internet Malaysia (PUIM),yang didaftarkan atas nama Kliks Solution  yang merupakan pengurus kepada program Jobdirumah.com.

Persatuan Usahawan Internet Malaysia (PUIM)
Persatuan Usahawan Internet Malaysia (PUIM)

Bagaimana Job Di Rumah berfungsi?

Secara mudahnya, terdapat dua cara bagaimana kita boleh menjana wang melalui program Jobdirumah ini.

1)Mempromosikan program Jobdirumah kepada pengguna-pengguna lain terutamanya kepada mereka-mereka yang berminat untuk menjana pendapatan secara online.Caranya dengan mendaftar untuk menjadi ahli kepada program ini secara percuma disini -->> Jobdirumah.com .

2)Melakukan kerja-kerja yang terdapat di dalam program Jobdirumah.Untuk bermula, anda dikehendaki untuk membayar bayaran pendaftaran sebanyak RM50.00 (sekali bayaran sahaja untuk semur hidup).Setelah itu anda akan diberi panduan bagaimana hendak menjadi freelencer tugasan online dengan gaji yang lumayan dan paling penting 'anda dibayar'.

Pendaftaran hanya RM50 sekali seumur hidup, selepas itu pihak jobdirumah akan memberikan email,Video tutorial cara membuat permohonan kerja, Maklumat asas perkara yang perlu di sediakan sebelum membuat permohonan kerja yang  ditawarkan. Anda boleh memilih kerja yang anda nak buat dan bayaran kepada anda akan dibayar dalam USD.

Antara Syarat Kelayakan Jobdirumah:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Daripada hasil pembacaan di internet, didapati ramai yang telah berjaya menjana wang yang lumayan dengan program Jobdirumah ini.

Walaupun begitu, seperti juga kebanyakan pekerjaan atau program mencari duit yang lain, untuk berjaya anda perlu rajin berusaha, fokus dengan kerja dan memberikan komitmen yang tinggi di dalam setiap kerja yang dilakukan.

testimonial jobdirumah
Testimonial jobdirumah

Jadi, kalau anda mahu mendapat peluang untuk mendapatkan kerja sampingan atau sambilan secara online dengan mudah, boleh daftar di Jobdirumah.com. Ada banyak tawaran kerja yang boleh anda mohon setiap hari, malah setiap jam. Tidak perlu buang masa lagi untuk mencari peluang kerja sampingan di akhbar atau media lain. Pilihan di tangan anda, pilihan kerja juga di tangan anda.

Bayangkan kalau anda mencari kerja secara manual, berapa modal anda perlu keluar untuk setiap surat permohonan dan kos interview yang perlu anda keluarkan untuk mendapatkan kerja tersebut. Melalui Jobdirumah.com segalanya akan disediakan dengan lebih mudah dengan kos yang lebih murah.

Teringin? Boleh daftar di sini ->> JobdiRumah

Semoga anda berjaya.