Hidup Sederhana,Mudah cerita kita hidup dengan ringkas kot. Malam semalam ada ustaz mengajar di surau,menarik juga tajuk yang di kupas. Tentang hidup sederhana.
Islam tak larang kita kaya raya,jadi jutawan mahupun hartawan. Ramai dikalangan masyarkat kita hari ini yang menjadi jutawan dan hartawan. Cuma Islam menggalakan kita hidup sederhana. Bukan tak boleh cuma ini lagkah terbaik.Walaupun kita berpendapatan RM10 000 dan boleh tengok perlawanan bola sepak secara live di London pun kita digalakkan hidup sederhana.
Nasihat tips hidup sederhana fb Irfan Khairi. |
Kenapa Islam menggalakan kita buat macam ini:-
1)Nak jaga hati kita supaya jangan bangga diri dan hidup takbur. Bukan Allah S.W.T sahaja tak suka, malah manusia pun tak suka jika kita meninggi diri. Rasa hebat,ada macam-macam, boleh buat macam-macam. Walaupun orang nampak suka dengan kita, tetapi akan ada orang menyampahnya kan. Jadi nak selamat hidup sederhana walaupun kita ada macam-macam.
2)Jika kita tidak pilih hidup sederhana, kita akan ada ramai musuh,semua penyamun,perompak dan macam-macam pe.. lagi akan jadi musuh kita, daripada hidup gembira sebab kita ada macam-macam, hidup kita huru hara pula. Ada sahaja masalah,sibuk dengan harta dan dunia yang sementara,sehingga tak ada masa untuk beribadat kepada Allah Tuhan Yang Memelihara dan Yang Memberi Rezeki kepada kita.
3)Hidup sederhana akan buatkan hidup kita selamat dari pembaziran yang tak tentu hala. Lagi baik kita gunakan rezeki yang Allah S.W.T bagi tersebut untuk di sedekahan kepada orang miskin,anak yatim dikampung atau di negera kita, ramai anak-anak yatim yang berjaya sehingga meraka mampu berbakti kepada masyarakat dan negara. Anak-anak ini juga mempunyai impian untuk berjaya. Jika susah nak cari,ambil masa tengok BersamaMu TV3. Ramai orang-orang susah yang memerlukan bantuan kita. Ambil no akaun mereka, masukkan bantuan kewangan kepada mereka yang memerlukan. Bersedekah dengan cara sembunyi menghapuskan kemurkaan Allah S.W.T. Insyallah hidup kita akan bertambah berkat.
Banyak lagi yang ustaz tersebut sampaikan tentang hidup sederhana, hanya berkongsi sedikit sebanyak untuk tatapan bersama. Salam Tazkirah ;-)
No comments:
Post a Comment