Monday, February 24, 2014

Macam Mana Nak Lulus Ujian Memandu JPJ Dengan Sekali Ambil?

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Macam Mana Nak Lulus Ujian Memandu JPJ Dengan Sekali Ambil?. Bila ingat tentang ujian memandu pasti antara kita akan teringat kenangan masa kita ambil lesen kereta dulu. Ada yang berkali-kali masuk ujian komputer nak dapatkan syarat untuk proses seterusnya. Yang paling biasa kita dengar, ada antara kita yang terpaksa berkali-kali kena buat ujian memandu dengan JPJ dan tak lepas-lepas.

"Jika ada antara kita yang tak ada lesen memandu lagi, berita baik untuk anda, sebuah buku yang akan membantu anda untuk lulus ujian lesen memandu dengan sekali ambil sahaja telah di terbitkan. Saya cadangkan anda beli ebook disini-->> Jom Belajar Memandu (klik sini). Insyallah anda akan berpeluang untuk lulus ujian lesen memandu dengan cepat"


Macam Mana Nak Lulus Ujian Memandu JPJ Dengan Sekali Ambil, Jom belajar Memandu,
Macam Mana Nak Lulus Ujian Memandu JPJ Dengan Sekali Ambil?
Percaya atau tidak saya pernah jumpa beberapa "orang lama-lama" yang memandu tanpa ada lesen memandu?. Rupanya mereka memandu tanpa ada lesen. Saya pernah jumpa beberapa orang macam tu. Walaupun mereka memandu nampak mahir, tetapi mereka tak ada lesen. Kenapa jadi macam ni? Jawapnya sebab tak lepas ujian memandu. :-). Pakcik-pakcik..

Mereka-mereka yang ada kereta, tak semestinya mereka ada lesen. Sebaliknya juga mereka yang ada lesen, tak semestitinya mereka tahu memandu. Anda percaya tak?

Kenapa ini terjadi? saya akan berikan contohnya di sini.
1) Bawa kereta tak ada lesen
a) Cuba sekali tetapi tak berjaya - Pak Bono(bukan nama sebenar) Beliau telah berusaha pergi ambil lesen memandu kereta, tetapi gagal dalam cubaan pertama. Lepas tu rasa susah dengan ujian yang macam-macam cara. Beliau ambil keputusan untuk memandu tanpa ada lesen. Beliau tak tahu cara mudah nak lulus ujian memandu kereta sebab tak ada yang membantu.

b) Fobia dengan peperiksaan- Mak Temah(bns). Last ambil peperiksaan masa SPM. Lepas SPM oleh kerana minat berniaga kecil-kecilan di kampung dan jodohnya cepat beliau berkahwin. Oleh kerana sibuk dengan perniagaan dan keluarga tak ambil lesen memandu. Sebab yang besar sekali takut dan fobia dengan peperiksaan. Beliau dah tak nak masuk peperiksaan. Katanya peperiksan terakhir adalah SPM. Tak ada peperiksaan lagi dah. Pergi beli barang di pasar dan hantar anak sekolah bawa kereta tanpa ada lesen memandu.

2) Ada lesen tetapi tak tahu memandu - Masalah ini normal kita dengar, ramai juga yang mengalami masalah ini. Biasanya terjadi kepada golongan wanita, mereka bayar dengan bayaran yang tinggi untuk lulus ujian memandu. Bila dah dapat lesen masuk jalan raya rasa  fobia, nak berselisih dengan lori besar
 pun dan berpeluh dan basah tangan yang memegang steering. Akhirnya lesen disimpan sekadar hiasan sahaja di dalam dompet.

Sebenarnya banyak lagi cerita yang kita dapat dengar tentang kisah lesen memandu ini, setiap orang ada kisah tersendiri.

Kisah Saya Ambil Lesen Memandu.
Oleh kerana saya bukan datang dari keluarga yang senang. Jadi saya tak ambil lesen memandu awal. Lepas belajar sekolah menengah saya masuk universiti.

Masa di universiti pun saya tak ada lesen memandu lagi. Nak bawa motor atau kereta memang saya tak ada semua tu. Pergi kuliah kadang-kadang naik bas universiti sediakan dan kadang-kadang tumpang kawan-kawan. Macam tulah perjalan saya saya di universiti.

Masa tahun akhir di unversiti, saya kena praktikal di Jabatan kerajaan berdekatan dengan kampung saya tinggal. Nak pergi naik bas memang susah nak sampai bila waktu kerja jam 8.00pagi dah kena punch kad. Stesen bas nak ke pejabat tersebut jauh juga. Nak berjalan memang tak daya. Mesti berpeluh baru sampai.

Bila dah jadi macam tu saya ambil keputusan ambil lesen motor. Alhamdulilah motor abang ada satu di kampung, bila dah lulus lesen motor. Saya pergi praktikal dengan motor. Masa tu nak ambil lesen motor tak ada mahal lagi macam sekarang. Sekarang nak bayar proses macam-macam itu ini dah beratus-ratus nak kena bayar. Dulu tak banyak macam ini.

Bila dah ada lesen motor. Abang bagi tahu nak sponsor saya ambil lesen kereta. Alhamdulillah rezeki datang bergolek. Jadi bila dah ada lesen motor saya tak perlu lagi nak buat peperiksaan komputer. Lagi senang prosesnya. Jadi saya minta persetujuan penyelia praktikal saya di pejabat tersebut. Saya minta nak ambil lesen kereta. Sebabnya mingkin akan ada hari yang saya tak dapat datang praktikal kerana akan ada ujian memandu dengan JPJ pada hari bekerja. Alhamdulillah beliau izinkan. Katanya sekali aje tau, sambil tersenyum sinis.. Lega rasa.

Setelah berdaftar dan memenuhi syarat untuk belajar kereta. Saya mula belajar kereta. Jurulatih saya seorang pak cik yang agak berumur. Dari penampilannya jika dia bekerja mugkin dah dekat nak pencen rasanya. Beliau ajar saya dengan baik. Beliau selalu menekankan cara nak lulus ujian memandu dengan JPJ. Beliau bagitahu tips-tips yang berguna dan minta saya ingat apa-apa yang perlu buat masa test JPJ nanti. Ada tempat kena buat macam tu, dan ada tempat kena buat macam ni. Pesanan tersebut saya masih ingat lagi bila lihat adik-adik yang naik kereta perlahan sahaja bila memandu kereta sekolah memandu di atas jalan raya.

Alhamdulillah bila tiba hari untuk ujian memandu saya berjaya dengan sekali test sahaja. Syukur. Ucapan terima kasih saya kepada pak cik yang mengajar saya. Ibu bapa dan abang saya. Alhamdulillah Allah bagi lulus.

Wanita paling ramai tak lulus ujian memandu kereta.
Saya masih ingat lagi semasa hari ujian memandu JPJ. Saya lihat sebuah kereta terpaksa ditunda dengan lori  penunda kereta. Bila bertanya-tanya dapatlah jawapannya. Seorang kakak terlanggang penghalang jalan depan tempat turun bukit tersebut. Macam mana terjadi saya tak dapat nak pastikan sangat. Rasanya lepas turun bukit beliau tertekan minyak dan bukannya tekan brek kereta. Bila dah laju gabra inilah jadinya. Ringkas cerita, penghalang jalan tu jadi mangsa kereta tersebut.

Alhamdulillah saya pun gabra juga, tetapi pesanan jurulatih saya dan tips yang diberikan membuatkan saya dapat lepasi semua ujian tersebut dengan jayanya. Bagi saya masa ujian memamdu tersebut JPJ sebelah saya ini macam hantu, senyap dan diam tak kata apa-apa. Dah lah bermisai takut rasa, cuak betul pandu kereta masa tu. Saya lepas dengan sekali ambil sahaja ujian lesen memandu.

Macam Mana Nak Lulus Ujian Memandu JPJ Dengan Sekali Ambil?
Jika anda tak ada lesen memandu lagi atau pun rasa teringin nak ambil lesen memandu. Saya nasihatkan anda ambil segera. Sekarang ini proses nak dapatkan lesen memandu setiap tahun semakin sukar, dengan bayarannya yang semakin meningkat pula dan macam-macam lagi. Ada juga yang menyediakan pakej pasti lulus dengan bayaran yang melampau tinggi. Saya nasihatkan jangan ambil pekej tersebut. Jangan buang duit anda.

Jangan bazirkan duit  yang melampau dan masa anda untuk dapatkan lesen memandu. Sebenarnya mudah sahaja nak dapatkan lesen memandu. Anda cuma perlu tahu cara paling senang dan mudah nak lulus ujian memandu dan anda lakukannya. Insyallah anda akan dapat lulus ujian memandu dengan sekali ambil sahaja. Semua panduan tentang lulus ujian memandu dengan sekali ambil sahaja terdapat dalam ebook panduan tersebut. Dapatkan ebook ini untuk lulus dengan sekali ambil sahaja.
Boleh dapatkanya di sini-->> Jom Belajar Memandu. (klik sini)

No comments:

Post a Comment