Biar Betul Susu Badan Ibu Bahaya Untuk Bayi? Bila cari info tentang penyususan ibu kepada anak saya jumpa satu artikel tantang susu ibu. Masa mula-mula baca agak terkejut juga. Katanya ada kajian yang dilakukan bahawa susu ibu bahaya untuk bayi. Anak-anak yang minum susu ibu boleh jadi gemuk dan boleh cenderung menjadi lelah dan sebagainya. Rasa terkilan juga. Cuma sebelum ini banyak artikel yang kata kebaikan susu ibu kepada anak-anak. Tetapi bila baca artikel bahaya pula susu ibu kepada anak rasa macam tak betul pula.
Kebaikan Susu Ibu |
Kata orang bukti dari Al-Quran tak pernah menipukan. Jika susu ibu tak baik untuk bayi. Mesti Allah S.W.T dah bagitahu dalam Al-Quran tentangnya. Jika kita rujuk Al-Quran terdapat ayat-ayat Al-Quran tentang Penyususan Susu Ibu kepada anak.
Saya sertakan beberapa petikan ayat Al-Quran tentang Susu Ibu dan yang berkaitan dengannya. Semoga ianya berguna untuk ibu bapa dan anak-anak.
“Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan).” (Surah Luqman: ayat 14)
"Dan Jika mereka menyusukan (anak-anakmu) untukmu, maka berikanlah pada mereka upahnya; dan mesyuaratlah di antara kamu (segala sesuatu dengan baik; dan jika kamu menemui kesulitan, maka perempuan lain boleh menyusukan (anak itu) untuknya"
(Surah At-Thalaq, Ayat 6)
Jika kita lihat dalam Al-Quran Allah S.W.T macam perintahkan para ibu memberi susu kepada anak-anak. Jika tak mampu baru boleh ambil langkah lain seperti bagi upah kepada orang lain untuk menyusukan anak kita atau pun guna cara biasa kita guna hari ini dengan bagi susu formula.
Di bawah ini saya sertakan pertikan artikel tersebut untuk tatapan bersama. Ingat susu ibu adalah susu yang terbaik untuk anak-anak kita.
Susu Badan Ibu Bahaya Untuk Bayi.
Biasa kita dengar kajian kesihatan buktikan bahawa susu ibu banyak kebaikan bukan sahaja untuk ibu malah juga lebih banyak khasiat untuk bayi. Namun kali ini kajian kesihatan terbaru temui bahawa susu ibu tidaklah sebaik mana.
Anak yang minum susu ibu dilihat lebih cenderung alami kegemukan dan obese serta lebih cenderung alami masalah lelah berbanding mereka yang minum susu tepung.
Bukanlah nak katakan susu ibu seratus peratus tidak baik untuk kesihatan anak kerana masih menyediakan nutrisi dan tingkatkan imuniti dalam badan bayi, hanya dinasihatkan agar menyusu paling lama sekadar 6 bulan - Boleh baca di sini artikel tersebut.
Dapatkan buku panduan untuk Rahsia Anak Soleh (klik sini). Anak adalah anugerah daripada Allah S.W.T kepada kita semua. Jika baik didikan yang kita berikan. Maka baiklah anak kita nanti. Namum jika salah didikan yang kita berikan. Rosaklah anak-anak kita. Semoga panduan ini dapat membatu kita semua dalam mendidik anak-anak yang boleh menjadi penyejuk mata kepada kita semua. Amin.
No comments:
Post a Comment