Sunday, July 20, 2014

Nuffnang Boleh Cash Out

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Nuffnang Boleh Cash Out. Alhamdulillah Nuffnang boleh cash out, ini merupakan kali pertama bagi tahun ini dapat cash out hasil buat duit dengan blog bagi program Nuffnang. Rasa macam tak nak keluarkan lagi. Sebab raya pun dah dekat, kalau cash out pun tak sempat rasanya nak buat duit raya kali ini. Sebabnya kalau saya cash out pun rasanya dapat dalam masa 30hari kalau ikut dalam terma dan syarat nuffnang " Please also allow about 30 days from the end of the month for your payment to be processed and sent. " Kira tak apalah, saya simpan dulu bagi duit dalam Nuffnang beranak lagi.

Nuffnang Boleh Cash Out, nuffnang,
Nuffnang Boleh Cash Out
Suka sebenarnya buat duit dengan Nuffnang ini. Saya hanya perlu letak kod iklan sahaja dan pihak Nuffnang akan tentukan sendiri sama ada banyak ke sikit hasil yang kita akan dapat. Biasanya akan dapat 25sen bagi satu iklan yang diklik bagi pemilik akaun berstatus " Glitterati ". Tetapi yang dapat hasil 25 sen ini lambat juga. Jika nak best buat sampai blog kita ada pihak " advertiser " sudi letak iklan mereka dalam blog kita. Yang ini dalam nuffnang mereka panggil "CPUV (COST-PER-UNIQUE-VISIT) CAMPAIGNS ". Jika dapat CPUV CAMPAIGNS ini memang best. Duit akan masuk sahaja dalam akaun Nuffnang selagi tempoh CPUV CAMPAIGNS yang melekat dalam blog kita tak habis lagi. CPUV CAMPAIGNS inilah yang selalu di tunggu-tunggu oleh mereka-mereka yang buat duit dengan Nuffnang. Dapat yang ini lagi banyak lagi mereka suka. Saya pun suka juga jika selalu dapat CPUV CAMPAIGNS. Tetapi ini semua bergantung kepada pihak Nuffnang nak bagi ker tak. Jika blog kita terpilih, Alhamdulillah banyaklah dapat. Jika tak terpilih lambatlah sikit nak dapat.

Sebenarnya mudah sahaja nak dapat CPUV CAMPAIGNS ini, anda kena rajin update blog, ramaikan pelawat yang masuk ke blog anda setiap hari dan macam-macam lagi. Banyak lagi tips nak dapat CPUV CAMPAIGNS ini. Jika nak baca dengan lebih jelas lagi anda boleh baca dalam tips yang saya cerita ini "Tips nak dapatkan CPUV Earning dari Nuffnang" Insyallah jika anda ikut tips-tips yang saya bagi tersebut. Anda dengan mudah akan dapat CPUV CAMPAIGNS dari en.Nuffnang. Kira anda akan dapat macam yang saya tunjuk dibawah ini. Tapi saya dapat sikit-sikt sahaja. Ramai lagi kawan-kawan blogger yang dapat lagi banyak pada saya. Kira syukur apa yang dapat. Ada rezeki nanti insyallah masuk lagi.

CPUV (COST-PER-UNIQUE-VISIT) CAMPAIGNS, CPUV Earning,
CPUV CAMPAIGNS yang melekat.
Kepada anda yang ada blog dan belum masukkan iklan apa-apa dalam blog. Saya sarankan anda masukkan iklan Nuffnang ini. Tak perlu buat apa sangat. Hanya daftar dan masukkan kod iklan nuffnang dalam blog. Kemdian tunggu dan tengok dalam akaun anda. Banyak ke sikit yang dapat. Bila dah cukup RM50. Anda dah boleh nak "Cash Out" duit tersebut. Dah cash out boleh lah buat apa yang patut. Anda boleh daftar nuffnang disini.

Sebenarnya banyak cara lagi jika anda nak maju dalam dunia blog ini. Ada macam-macam cara dan usaha nak buat duit dengan blog ini. Pada saya, anda kena buat  dan belajar. Jika tak belajar kita akan susah nak maju dalam sesuatu bidang yang kita ceburi. Nak buat duit dengan blog pun sama juga. Belajar dan praktikkan, insyallah lama-lama anda akan nampak jalan macam mana nak buat duit dengan blog ini. Saya nak kongsikan sedikit panduan menulis dengan baik agar anda dapat menjadi bukan sahaja blogger malahan lebih daripada itu, Jika berminat anda boleh tengok dan buat keputusan sendiri jika nak maju dan jadi blogger yang berjaya. Boleh tengok sendiri panduan menulis disini.--->> Rahsia Penulis.

Buat duit dengan blog pun boleh jadi jutawan jika kena dengan ilmu yang kita ada. :-)

Saturday, July 19, 2014

Buat Duit Raya Dengan Jobdirumah

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Buat Duit Raya Dengan Jobdirumah. Alhamdulillah hari raya semakin dekat. Dah kumpul duit raya ker? Jika dah banyak "bekal" duit raya tak ada masalah rasanya. Tapi kepada yang masih atau sedang mengumpul bekalan duit raya saya nak kongsi tips buat duit raya dengan Jobdirumah. Kenapa jobdirumah?

Buat Duit Raya Dengan Jobdirumah, jobdirumah
Buat Duit Raya Dengan Jobdirumah
Saya nak cerita, saya ada buat kerja dalam jobdirumah. Kerjanya anda akan dapat dengan membuat pendaftar dengan jobdirumah. Saya ringkaskan di bawah ini cara nak dapat duit raya dengan jobdirumah.

1) Berdaftar dengan jobdirumah. Boleh daftar di sini --> Daftar Jobdirumah
2) Baca betul-betul dan baca sampai faham panduan dan video yang pihak jobdirumah bagi cara untuk anda dapatkan kerja dalam jobdirumah. Baca berkali-kali dan rujuk balik panduan tersebut jika kurang faham.
3) Setelah berdaftar anda akan dapat senarai email kerja kosong setiap hari dari pihak jobdirumah melalui emai yang anda daftar tersebut.
4) Mohon kerja yang anda rasa mampu buat dan bila dah dapat kerja teruskan buat kerja tersebut sampai siap.
5) Setelah siap, hantar kerja yang dah siap tesebut dan dapatkan bayaran/gaji atas kerja yang telah anda siapkan.
6) Dah dapat bayaran boleh dapatkan kerja lain pula. Caranya bermula ikut langkah 3 balik. Ulang dan ulang proses ini.

Sedikit Pesanan Sebagai Panduan untuk dapat kerja dalam Jobdirumah.
1) Anda boleh mohon banyak kerja sampingan dalam jobdirumah tetapi jangan banyak sangat takut nanti anda tak sempat nak siapkan kesemuanya.
2) Buat kerja yang mudah dahulu, lama-lama anda akan biasa dengan kerja dalam jobdirumah.
3) Tidak semestinya kerja susah bayar mahal. kerja senang bayar murah. Semuanya bergantung kepada rezeki anda. Kena pandai cari insyallah boleh sahaja dapat kerja yang mudah dibayar dengan "gaji" yang mahal. Ini antara contoh kerja dalam jobdirumah.
4) Baca sampai faham panduan yang pihak Jobdirumah bagi. Berpandukan panduan dan video panduan tersebut insyallah anda mampu dapat ribuan ringgit. Banyak bayaran dalam USD. Nanti kira sendir yea.

Tips diatas saya kongsikan sebagai panduan, bila dan buat nanti akan tahu dengan sendirinya. Jika saya bagitahu semuanya juga nanti anda tak faham juga, sebab tak buat sendiri. Bila anda buat anda akan faham insyallah.

Kepada yang dah daftar boleh buat yea. Boleh kumpul banyak-banyak duit raya dan buat duit raya dengan jobdirumah. Kepada yang belum dan berminat nak buat duit raya dengan jobdirumah. Anda boleh daftar cepat-cepat disini --->> Daftar Jobdirumah.

Selamat kumpul-kumpul duit raya dengan jobdirumah kawan-kawan. Seronok dapat buat kerja sampingan 2014 dan dapat duit raya macam ini.

Friday, July 18, 2014

Nenek tiri PM antara mangsa MH17

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Puan Sri Siti Amirah, nenek tiri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, merupakan salah seorang daripada 43 rakyat Malaysia yang dikenalpasti berada dalam pesawat MH17 yang terhempas di Ukraine.

Sumber dari keluarga memberitahu, Siti dalam perjalanan pulang ke Jogjakarta, Indonesia dari Amsterdam dan merancang untuk transit di KLIA.

mh17
MH17
Berusia 83, Siti pernah menjadi isteri kedua Tan Sri Mohammad Noah Omar, datuk kepada Datuk Seri Najib. Tan Sri Mohammad meninggal dunia pada tahun 1990.

Menurut The Star, Siti ke Amsterdam untuk bercuti bersama anak perempuannya. Anak perempuannya bagaimanapun tidak pulang bersama.

Siti dan anak perempuannya dikatakan mahu menyambut hari raya di kampung halaman mereka di Jogjakarta.

Ramai juga dikalangan kenalan kita yang terlibat dalam kejadian kapal terbang MH17 ini.

Berikutan dengan kejadian MH17 ini juga Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak membuat pengumuman bahawa bendera negara Malaysia akan dikibarkan separuh tiang bermula malam ini sehingga 21 haribulan Julai.

Ini sebagai tanda penghormatan kepada tragedi yang menimpa pesawat Malaysia Airlines MH17 yang terhempas di sempadan Ukraine-Russia.

Perdana Menteri turut putuskan untuk memanggil Sidang Parlimen tergempar bagi membentangkan usul mengutuk serangan ke atas pesawat MH17.
Sumber

Semoga kita semua redha atas kejadian ini. Semoga kita semua dapat bersabar di atas ujian Allah SWT ini.
Anda dah tengok "Iklan Raya Petronas 2014". Jika belum boleh tengok yea.

Punca MH17 Ditembak Bentuk Hampir Sama Pesawat Presiden Rusia

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Punca MH17 Ditembak Bentuk Hampir Sama Pesawat Presiden Rusia. Terdapat laporan yang mengatakan bahawa peluru berpandu yang digunakan untuk menembak jatuh pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 tersalah sasaran kerana pada mulanya ia disasarkan untuk pesawat yang membawa Presiden Rusia; Vladimir Putin.

Punca MH17 Ditembak Bentuk Hampir Sama Pesawat Presiden Rusia
Dikhabarkan bahawa reka bentuk warna pada kedua-dua pesawat berkenaan adalah hampir sama iaitu jalur merah dan biru di bahagian badan pesawat dan fiuslaj pesawat.

Bagaimanapun perbezaan boleh dilihat apabila lengkung jalur berkenaan berada di hadapan bagi pesawat Putin manakala ia berada di bahagian belakang pesawat.

Pesawat rasmi kenamaan Rusia adalah jenis IL-96 dan pesawat MAS jenis Boeing 777-200 iaitu model sama dengan pesawat MH370 yang hilang pada 8 Mac lepas.

Memetik laporan laman web RT.com, pesawat kenamaan Rusia itu terbang pada laluan penerbangan yang hampir sama dengan jet Putin. Jet Presiden Rusia itu terbang hanya beberapa minit sebelum nahas malang itu berlaku.

Pesawat IL-96 itu berada di ruang udara sama pada pukul 3.44 petang (waktu Moscow) dan pesawat MH17 berada di ruang udara berkenaan selepas itu pada pukul 4.21 petang (waktu Moscow).

“Saya boleh katakan, pesawat Putin dan MAS berada di tempat sama dan pada ketinggian yang sama iaitu pada ketinggian 10,100 meter,” kata sumber yang dipetik RT.com.

Pada masa sama, terdapat laporan bahawa pesawat Presiden Rusia itu tidak terbang di ruang udara Ukraine ketika kejadian berlaku.

Menurut satu sumber kepada portal berita Gazeta.ru, pesawat Putin berlepas dari Vnukovo-3 iaitu sebuah terminal yang menerima pendaratan pesawat eksekutif tetapi pesawat itu tidak terbang di atas ruang udara negara yang sedang berkonflik dengan Moscow iaitu Ukraine.

“Putin hanya memiliki satu pesawat, pesawat itu sentiasa berlepas dari lapangan terbang Vnukovo-3, tetapi sudah beberapa ketika pesawat itu tidak terbang di ruang udara Ukraine,” kata sumber berkenaan.

Presiden Putin dikatakan pada ketika itu dalam perjalanan pulang dari Brazil ke Moscow, Rusia.

Jika dilihat warna kedua-dua pesawat, sememangnya agak sukar untuk dibezakan jika dilihat dari permukaan bumi dengan jarak ketinggian melebihi 10km sebegitu rupa.

Penerbangan MH17 terhempas malam tadi (waktu Malaysia) di Ukraine berhampiran sempadan Rusia ketika dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur dan membawa bersama 283 penumpang dan 15 anak kapal.

Ketika kejadian, pesawat itu dijangka memasuki ruang udara Rusia pada pukul 5.20 petang waktu tempatan tetapi ia tidak berlaku. – sumber

#prayformh17, #doakanmh17, #mh17,

Jika inilah antara puncanya. Nampaknya kita semua kena lebih berhati-hati semasa menaiki pesawat. Banyakkan berdoa. Semoga ada kebaikan selepas ini akan menyusul. Anda dah tengok Iklan Raya Petronas 2014. Jika belum boleh lihat disini. " Iklan Raya Petronas 2014 " ada yang nak berbuka di Buffet Ramadhan Casa Ombak ker hari ini?

Thursday, July 17, 2014

Pesawat MAS MH17 Terhempas di Ukraine

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Pesawat MAS MH17 Terhempas di Ukraine. Lagi berita yang berat untuk kita sebagai rakyat Malaysia menerimanya. Pesawat MAS MH17 terhempas di Ukraine di percayai telah ditembak. Bila tahu berita ini rasa macam tak percaya. Namun setelah memeriksa sendiri kebearannya. Berita ini setakat ini adalah benar. Berikut antara berita tentang pesawat MAS MH17 yang dikatakan terhempas di Ukraine dikeluarkan oleh laman web MAS

Malaysiaairlines Website
Malaysiaairlines Website
" Media Statement : MH17 Incident
Released at 12:30am/18 July 2014
Malaysia Airlines confirms it received notification from Ukrainian ATC that it had lost contact with flight MH17 at 1415 (GMT) at 30km from Tamak waypoint, approximately 50km from the Russia-Ukraine border.
Flight MH17 operated on a Boeing 777 departed Amsterdam at 12.15pm (Amsterdam local time) and was estimated to arrive at Kuala Lumpur International Airport at 6.10 am (Malaysia local time) the next day.
The flight was carrying 280 passengers and 15 crew onboard.
More details to follow."
Sumber: Malaysiaairlines 

Facebook Malaysiaairlines
Facebook Malaysiaairlines 
Juga terdapat maklumat tersebut di dalam Facebook Malaysiaairlines 

Pesawat Malaysia ditembak jatuh - Penasihat Menteri Dalam Negeri Ukraine_BH
Pesawat Malaysia ditembak jatuh - Penasihat Menteri Dalam Negeri Ukraine_BH
Sumber dari berita harian online juga menyatakan kenyataan daripada Penasihat Menteri Dalam Negeri Ukraine bahawa Pesawat Malaysia ditembak jatuh

KIEV: Seramai 280 penumpang, 15 kru maut selepas pesawat ditembak jatuh di Ukraine, kata Penasihat Menteri Dalam Negeri Ukraine yang dipetik Interfax, agensi berita negara itu.

Menurut sumber lain, pesawat itu ialah jenis Boeing 777 yang terbang dari Amsterdam ke Kuala Lumpur terhempas dekat bandar Donetsk, kubu kuat pemisah pro Russia, Anton Gerashchenko.

Pesawat berkenaan ditembak dengan peluru berpandu dari darat ke udara. 

Setakat ini, tiada pengesahan lanjut mengenai laporan berkenaan walaupun pegawai Russia berkata, penduduk tempatan menjumpai bangkai pesawat.

Gerashchenko dipetik sebagai berkata: "Sebuah pesawat awam yang terbang dari Amsterdam ke Kuala Lumpur ditembak jatuh oleh sistem anti-pesawat Buk....280 penumpang dan 15 kru terbunuh." - Reuters 
sumber: BH online

Berikutan dengan penyebaran dan berita ini juga. PM Datuk Seri Najib Razak juga melahirkan rasa terkejut beliau di atas kejadian tersebut.

PM lahirkan perasaan terkejut
Bagi mengetahui lebih lanjut lagi tentang kes Pesawat MAS MH17 Terhempas di Ukraine, anda boleh lihat update terkini di dalam laman twitter Malaysia Airlines disini : https://twitter.com/MAS

Berikut adalah rakaman video yang di ambil oleh penduduk tempatan disana.


Semoga ada perkhabaran yang baik selepas ini. Sama-sama berdoa di dalam keberkatan bulan Ramadhan  untuk kesejahteraan penumpang dan mereka yang terlibat. Semoga Allah bagi ketenangan dan ketabahan kepada rakyat Malaysia dan keluarga yang terlibat. Amin.

Iklan Raya Petronas 2014

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Iklan Raya Petronas 2014. Setiap tahun rasanya apabila menjelang hari raya iklan inilah yang paling kita tunggu. Iklan Raya Petronas, sebabnya mungkin antara kita boleh membuat kesimpulan sendiri. Iklan Raya Petronas banyak memberi kesan yang baik kepada kita semua dan memberikan pengajaran yang berguna disebalik iklan yang hanya memakan masa beberapa minit tersebut.

Iklan Raya Petronas 2014
Iklan Raya Petronas 2014
Iklan Raya Petronas Yang Memberi Pengajaran
Teringat sebelum ini tentang iklan Petronas yang lama-lama terutamnya Iklan Raya Petronas- Burung Murai.
Iklan Raya Petronas - Burung Murai
Iklan Raya Petronas - Burung Murai
Iklan Petronas 2007 - Burung Murai.
Pada saya semua iklan Petronas memberi banyak pengajaran kepada setiap penonton yang melihatnya. Antara iklan yang paling menyentuh perasaan adalah Iklan Petronas Raya Burung Murai. Iklan ini mengisahkan seorang ayah yang telah kematian isterinya. Bila tiba hari raya anak dan cucu si ayah tersebut makan-makan dan bergembira menyambut hari raya. Apabila mereka mencari ayah mereka, anak lelaki kepada pakcik tersebut nampak ayahnya sedang mengelamun di bawah pokok di depan rumah. Bila si anak tersebut pergi dan bermulanya kisah burung murai tersebut, si ayah bertanyakan si anak burung apakah di atas pokok tersebut. Anaknya menjawap "Burung Murai" berkali-kali si ayah mengulangi pertanyaan tersebut dan anaknya pun turut menjawap pertanyaan si ayah tersebut dan akhirnya... (sebak nak cerita) nak tahu anda boleh lihat sendiri Iklan Raya Petronas 2007 burung murai.

Iklan Raya Petronas 2014 -Ke Pangkuan Bonda.
Pada tahun ini juga Iklan Raya Petronas 2014 memaparkan kisah yang sesuai untuk kita jadikan pengajaran dan panduan di dalam kehidupan kita. Ianya mengisahkan tentang cerita ringkas mengenai kisah yang bertajuk "Ke Pangkuan Bonda". Anda nak tengok, boleh lihat iklan tersebut. Nak cerita lebih nanti tak seronok pula. Takut nanti ada yang menangis pula. Boleh saksikan sendiri Iklan Raya Petronas 2014 ini.

Somoga terhibur dengan Iklan Raya Petronas 2014 Ke Pangkuan Bonda. Tengok nanti terlepas pula. Boleh juga tengok " Kisah di sebalik Emas "

Tuesday, July 15, 2014

Tarikh dan Masa Istiwa Matahari Di Malaysia

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Tarikh dan Masa Istiwa Matahari Di Malaysia. Alhamdulillah kita masih berada di bulan Ramadhan yang penuh berkat ini. Pada hari ini kita bakal diketemukan lagi dengan Tarikh dan Masa Istiwa Matahari di bumi Malaysia. Pada masa tersebut kedudukan matahari adalah betul-betul berada tepat di atas Kaabah. Fenomena ini dipanggil  Istiwa A'zam.

Tarikh dan Masa Istiwa Matahari Di Malaysia
Tarikh dan Masa Istiwa Matahari Di Malaysia
Pada waktu tersebut carilah dimana kedudukan matahari di saat itu, maka itulah arah kiblat yg betul kerana matahari betul-betul di atas kaabah pada waktu tersebut. Bila tiba waktu tersebut kita akan dapat melihat sendiri arah kiblat sama ada di rumah, pejabat, di kebun-kebun atau tempat kerja sambilan kita yang mana tempat kita menunaikan ibadat solat. Tidak perlu kompas mahupun pengesahan dari mana-mana jabatan agama tentang arah kiblat pada masa tersebut. Kita sendiri boleh menentukan arah kiblat tersebut. Baiknya Allah SWT kepada kita semua hambaNya. Tidak perlu bersusah payahkan. Allah SWT sediakan kemudahan kepada kita.

Tarikh dan Masa Istiwa Matahari di Malaysia.

Alhamdulillah bagi kita yang berada di bumi Malaysia. Tarikh dan Masa Istiwa Matahari di Malaysia adalah seperti berikut pada setiap tahun:

TARIKH: 28 Mei    MASA:Tepat pukul 5.16 petang.
TARIKH: 16 Julai  MASA:Tepat pukul 5.28 petang.

Macam Mana Nak Tentukan Arah Kiblat Berpandukan Waktu Istiwa Matahari?

Caranya mudah sahaja macam ini:-
1) Sediakan tiang atau kayu yang lurus, jika nak guna pen atau batang penyapu pun boleh jika tak ada kayu yang lurus bagi tujuan tersebut.

2) Pastikan jam anda telah diselaraskan mengikut waktu SIRIM atau dengan merujuk pada jam di warta berita tv, coder astro atau menghubungi 1051 dengan telefon anda  bagi mendapatkan waktu SIRIM. Mudah sahaja, call no tersebut dan anda akan terus dapat mendengar waktu di Malaysia mengikut waktu dan masa yang paling tepat mengikut waktu SIRIM. Jam di SIRIM adalah JAM yang menjadi jam rujukan waktu paling tepat di Malaysia. Jika nak tahu lebih lanjut boleh ke laman web SIRIM MALAYSIA.

3) Kemudian tegakkan tiang di kawasan yang terdedah kepada cahaya matahari pada waktu tersebut, samaada anda nak pegang atau cucuk tiang tersebut terpulang kepada anda.

4) Perhatikan arah BAYANG yang terhasil pada  waktu tersebut dan arah bayang yang terhasil adalah mengarah kearah kiblat yang sebenar terus dari kaabah.

5) Tandakan bayang tersebut menggunakan cat, atau pen sebagai rujukan.

Alhamdulillah dah selasai anda bolehlah buat tanda yang lebih terang lagi. Insyallah anda boleh ikut arah yang telah ditandakan tadi untuk mendapatkan arah kiblat bagi bilik-bilik lain dalam rumah anda bagi tujuan menentukan arah kiblat yang sebenar. Raya pun dah dekat, nanti ramai saudara mara yang berkunjung untuk berhari raya dan solat di rumah anda.

Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat yang berguna kepada kita semua bagi menentukan arah kiblat yang betul dan ini akan dapat memperbaiki lagi MUTU SOLAT yang kita kerjakan selama ini.

Seseorang yang menjaga solatnya, Allah SWT akan menjaganya. Bersama-samalah kita memperbaiki dan mempelajari dengan lebih baik lagi solat kita. Sesungguhnya solat adalah perkara pertama yang akan di soal pada hari akhirat. Jika baik solat, maka amalan lain Allah SWT akan terima dengan mudah, namun jika solat  tidak sempurna takut-takut nanti amalan lain juga Allah tolak. Ini kerana solat merupakan Tiang Agama. Dapatkan tips dan panduan bagi MENCANTIKKAN lagi mutu solat kita melalui perkongsian ilmu oleh Ustaz Hasnan disini --->> Rahsia Solat (Rujuk disini)

Selamat beramal di bulan Ramadhan yang penuh berat ini. Ada masa petang nanti boleh berbuka di Buffet Ramadhan Casa Ombak.