Friday, August 23, 2013

Wang Tunai RM5000 untuk Blogger

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Salam Syawal kepada rakan-rakan semua.Saya doakan semoga rakan-rakan sentiasa sihat. Hari ini saya ingin berkongsi tentang Segmen yang dianjurkan oleh Bloggerwanita.com iaitu Segmen " Wang Tunai RM5000 untuk Blogger "

Wang Tunai RM5000 untuk Blogger

Segmen ini  sebelum telah dibuat pada tahun 2012 dan terbuka pada 100 blogger pilihan. Kini ia telah dibuka semula atas permintaan ramai dan menurut panganjur lagi "baki wang masih banyak perlu diberikan pada blogger, maka dengan rasminya program ini telah dibuka semula pada 2013". Menarik bukan perkongsian dari Bloggerwanita.com ini.

Kepada yang berminat :-

Program Wang Tunai RM5000 ini untuk mereka yang berdaftar sahaja. TERBUKA KEPADA SEMUA BLOGGER.Cara berdaftar adalah  rakan blogger hanya perlu buat post tentang program RM5000 dan linkkan ke laman post ini  dengan tajuk “ Wang Tunai RM5000 untuk Blogger ”.

Blogger-blogger yang terpilih akan bersaing sesama mereka untuk menjadi Top 10 Referrrel ke blog ini iaitu 10 blog yang membawa trafik tertinggi ke blog BloggerWanita.com dengan mengikut pengiraan Google Analytic.

Setiap satu trafik yang disumbangkan ke blog BloggerWanita.com akan dibayar sebanyak RM0.05. Jika rakan blogger mampu membawa 10000 trafik ke blog ini, maka bayaran pada bulan tersebut adalah RM500 ( RM0.05 X 10000) dan seterusnya.

Terbuka kepada semua warga Blogger di Malaysia, tidak kira lelaki atau perempuan dan tanpa mengira status pagerank atau Alexa Rank.

Rakan blogger juga perlu LIKE Facebook BloggerWanita.com atau Follow Twitter BloggerWanita.com atau daftar email di Feedburner BloggerWanita.com sebagai syarat untuk menerima wang tunai nanti. [TIDAK WAJIB]

Bayaran wang tunai akan dibayar pada setiap bulan ke akaun Maybank secara online. Bank lain masih diterima jika tidak memiliki akaun Maybank.

Program RM5000 adalah fasa pertama yang akan dilancarkan pada 1 April 2012 sehingga RM5000 tercapai untuk diberikan kepada blogger. [MASIH BERJALAN ]

Rakan blogger boleh menggunakan banners yang disediakan di sini untuk tujuan promosi. Tidak dibenarkan menggunakan iframe atau apa-apa script yang boleh menipu trafik.

Pihak penganjur berhak untuk menukar syarat pada bila-bila masa jika perlu sahaja.

Tambahan:

1) Bayaran akan dibuat hanya setelah jumlah wang tunai terkumpul Rm5 atau lebih bagi memudahkan proses pembayaran.
2) Pastikan top referrel menghantar butir bayaran seperti Nama Penuh, Email, Bank dan No akaun ke Bloggerwanita@@gmail.com
3)Semua blogger yang menyertai program ini WAJIB berdaftar sebagai Rakan VIP Bloggerwanita.com bagi memudahkan info terbaru tentang program ini disampaikan dan juga mudah membuat follow up kepada peserta dan pemenang. Daftar Rakan VIP BW sekarang

Penaja bagi Program Wang Tunai RM5000 untuk Blogger adalah BloggerWanita.com.

Berminat? bolehlah submit link post bertajuk “ Wang Tunai RM5000 untuk Blogger ” di ruangan komen disini. Selamat Berjaya.



Tuesday, August 20, 2013

My Dream Getaway Contest Anjuran PETRONAS

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Salam Syawal saya ucapkan kepada semua rakan-rakan Muslim. Semoga Ramadhan yang berlalu memberi Rahmat kepada kita semua.

Hari ini saya nak berkongsi peluang mendapat Duit Raya atau pun Duit Merdeka yang di anjurkan oleh syarikat PETRONAS negara kita. Nama peraduan ini My Dream Getaway Contes anjuran PETRONAS lebih daripada 1,000 hadiah besar-besar yang berjumlah RM1,500,000 untuk dimenangi. Peraduan ini bermul dari 8 June sehingga 31 August 2013.Hadiahnya agak lumayan untuk dimenangi. Berikut adalah antara hadiah yang akan diberi kepada pemenang yang bertuah:-

My Dream Getaway Contest PETRONAS
My Dream Getaway Contest PETRONAS


1) Grand Prize x 5
Holiday Voucher worth RM35,000 + RM20,000 cash + Nikon DSLR camera worth RM5,000 + Gift Card worth RM3,000 + Mesra reward points worth RM15,000

2) Second Prize x 5
Holiday Voucher worth RM30,000 + RM15,000 cash + Nikon DSLR camera worth RM5,000 + Gift Card worth RM3,000 + Mesra reward points worth RM10,000

3) Third Prize x 5
Holiday Voucher worth RM25,000 + RM10,000 cash + Nikon DSLR camera worth RM5,000 + Gift Card worth RM3,000 + Mesra reward points worth RM8,000

4) Consolation Prizes x 700
Air Asia Voucher worth RM1,000 x 100 / Samsung camera worth RM1,000 x 100 / Gift Card worth RM500 x 200 / Mesra reward points worth RM200 x 300

5)Monthly Prizes x 300
(only for Mesra Card Members)
Air Asia Voucher worth RM500 x 100
*100 prizes up for grabs each month during contest period

LUMAYAN HADIAH-HADIAH tersebutkan.

Bagi saya kita kena sertai My Dream Getaway Contest yang di anjurkan PETRONAS ini. Ini adalah antara tanda TERIMA KASIH DARI PETRONAS kepada semua rakyat Malaysia yang dah banyak menolong mereka dan negara.

Untuk mengetahui macam mana nak menyertai dan  syarat-syarat peraduan ini,saya sertakan link yang kawan-kawan boleh lawati.

1) www.mymesra.com.my

2) FB PETRONAS BRANDS

Nak tahu lebih terperinci tentang peraduan ini,kawan-kawan boleh cari kat link di atas ini atau boleh guna khidmat en.google kita. Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin kepada semua rakan-rakan blogger. Perkongsian mendapat duit raya ini saya kongsikan kepada kawan-kawan yang tak sempat dapat duit raya dari saya pada tahun ini. Yang dah dapat pun masih boleh sertai juga. Ada yang dapat duit Raya dari saya ker?

Thursday, August 1, 2013

TV Alhijrah: Iftar Cara Rasulullah S.A.W bersama Ustaz Badli Shah.

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Salam Ramadhan kepada semua umat Islam. Hari ini saya nak berkongsi Tips Berbuka Puasa atau Iftar Cara Rasulullah S.A.W yang saya dapat semasa menonton rancangan " Cinta Ilmu " TV Alhijrah semalam. Kuliah ini disampaikan oleh Ustaz Badli Shah pada waktu petang sebelum waktu berbuka puasa. Antara Tips Berbuka Puasa atau Iftar Cara Rasulullah S.A.W adalah

1- Berbuka dengan Baca Doa dan Bismillah
Hendaklah kita semasa berbuka puasa berdoa kepada Allah S.W.T. Kata ustaz juga doa pada waktu sebelum berbuka puasa adalah Mustajab iaitu waktu penerimaan doa di sisi Allah S.W.T. Sebelum berbuka kita doa panjang-panjang pun tak apa. Semua doa dan hajat yang  kita minta pada masa tersebut.Insyaallah akan dikabulkan oleh Allah S.W.T.

2- Segerakan Berbuka Puasa
Apabila azan maghrib dilaungkan kita hendaklah menyegerkan berbuka puasa.Dalam perjalan sekali pun sediakan bekalan untuk berbuka jika kita rasa kita akan lambat sampai ke destinasi yang ingin kita tuju. Paling kurang sediakan asam atau air meneral takut tak sempat sampai ke tempat berbuka.Paling bagus bawa buah kurma siap-siap.Kalau tak ada berbuka dengan asam atau gula-gula pun boleh jika tak ada kurma.

Kurma, Iftar, berbuka puasa, Sunnah buka puasa dengan kurma,
Kurma

3- Berbuka Dengan Kurma
Rasulullah S.A.W berbuka dengan kurma basah,tak ada kurma basah berbuka dengan kurma kering, tak ada kurma minum air kosong.Ada orang tanya tak boleh ker jika kita berbuka dengan buah lain. Ustaz tersebut bagitahu kita kena ikut setiap Sunnah Rasulullah S.A.W kerana dalam Sunnah ada kejayaan. Rasulullah S.A.W suka berbuka puasa dengan kurma basah dan bersahur dengan kurma kering.

4- Segerkan Solat Maghrib
Waktu solat maghrib di segerakan kerana waktu Maghrib amat singkat.Makan ringkas kurma atau kuih dan air sedikit.Lepas tu solat dan selepas solat baru sambung makan berat.

5-Makan Secara Sederhana
Jangan makan secara berlebihan.Ramadhan dah berlalu 20 hari boleh timbang berat badan kita.Jika berat badan turun ok la,tetapi jika naik berat badan kita,pasti ada yang tak kena sikit dengan puasa kita.

6-Mengajak orang berbuka bersama kita.
Sesiapa bagi makan berbuka kepada orang berpuasa,kita akan dapat pahala puasa dengan tidak mengurangkan pahala puasa orang tersebut juga. Bagus jika ajak orang berbuka dengan kita,tak pun kita berkongsi juadah berbuka dengan bersedekah kepada jiran-jiran dan saudara mara di tempat kita tinggal.

Semoga kita dapat jadikan Tips Berbuka Puasa atau Iftar Cara Rasulullah S.A.W ini sebagai panduan untuk kita meneruskan perjuangan puasa kita di hari-hari akhir bulan Ramadhan yang penuh keberkatan ini.

Wallah'hualam.