Monday, September 30, 2013

Keris Peninggalan yang Perlu Dipelihara

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Malam tadi bila buka Tv3 ada Majalah 3 menceritakan tantang Keris. Keris Peninggalan yang Perlu dipelihara. Dari dulu sampai sekarang saya memang suka tengok Majalah 3. Sebabnya Majalah 3 banyak berkongsi cerita tentang perkara-perkara yang saya tak tahu lagi..

Cerita dan drama-drama saya tak layan sangat. Rasa tak menarik. Tapi jika cerita macam lakonan Allahyarham Tan Sri P.Ramli yang lawak-lawak saya tengok. Entah la rasa tak jemu tengok cerita lakonan beliau. Tapi bila tengok sesetengah drama Tv hari ni tengok sekajap pun dah rasa boring.Maaf saya kurang berseni. Tapi jika cerita Allahyarham Tan Sri P.Ramli ok aje. Semua drama-drama yang kat TV tu best-best, saya aje yang tak pandai nak menilainya kot.huhuhu.. Tak apa la.

Keris Taming Sari
Yang dikatakan Keris Taming Sari..hebatkan??
Berbalik kepada cerita Keris peninggalan yang perlu dipelihara yang saya sempat tengok tadi, pakcik dalam Majalah 3 bagitahu dia menerima sebilah keris dari "seseorang" macam misteri pulakan. Hampir 20tahun beliau menyimpan keris tersebut di kediamannya. Akhirnya beliau ingin menyerahkan keris tersebut kepada Pihak Muzium Negara untuk dipamerkan dan dijaga dengan baik oleh pihak Muzium Negara.

Alhamdulillah pihak Muzium Negara  melalui wakilnya telah datang ke rumah beliau untuk mengambil keris tersebut dan dihantar ke Muzium Negera. Sekarang ini keris tersebut berada didalam jagaan pihak Muzium Negara. Menurut beliau sesebuah keris itu mempunyai nilai sejarahnya yang tersendiri. Keris merupakan lambang kehebatan Masyarakat Melayu pada satu ketika dahulu. Sekarang keris sudah tidak digunakan lagi,dan ianya hanya menjadi bahan sejarah yang tersendiri.

Keris ini juga harus dijaga dan di simpan dengan baik sekiranya seseorang itu mempunyai koleksi simpan keris di rumah. Ini kerana keris merupakan senjata yang agak tajam dan merbahaya jika terkena pada anggota badan seseorang. Namun ianya bukan seperti bahaya jika kita bercakap dengan telefon semasa telefon dicas.

Banyak sebenarnya nilai-nilai dan kehebatan orang Melayu pada suatu masa duhulu. Dan sekarang ini,nilai-nilai sejarah tersebut semakin lupus ditelan arus kemodenan yang dilupakan oleh generasi muda mudi sekarang.
Maksud keris
Bentuk keris mempunyai maksud tersendiri..Siapa ada??

Dengan adanya pihak Muzium Negara merupakan sinar kebaikan dan pengekalan benda-benda bersejarah ini daripada hilang begitu sahaja di telan arus kemodenan. Bersama-samalah kita menjaga sejarah bangsa kita. Keris merupakan warisan bangsa yang perlu dipelihara daripada hilang begitu sahaja. Seperti juga dengan menjaga alam sekitar untuk generasi akan datang. Kedua-duanya sama penting untuk dipelihara dan dijaga bagi menjamin kehidupan yang lebih bermakna. Macam yang di buat oleh pasarmini speedmart. Ada siapa-siapa simpan keris tak di rumah?


Saturday, September 28, 2013

Pasarmini 99SpeedMart dan Hari Tanpa Plastik

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Masuk ke dapur perasan banyak barang-barang dapur yang dah nak habis. Hari minggu macam ni la berpeluang nak cari barang-barang keperluan yang dah nak habis. Gula, bawang, beras, kicap dan sos dah makin kurang.

Alhamdulillah cuti dapat beli barang dapur dan nak berkemas apa-apa yang tak kemas lagi kat rumah ni. Nanti tak pasai-pasai ada yang datang bertandang lihat rumah macam tongkang pecah.

Biasanya kedai yang menjadi pilihan pasarmini 99SpeedMart. Entah kenapa suka pergi kedai ni jika nak cari barang dapur. Bukan sebab nak tengok pekerja-pekerja kat sini yang comel-comel dan kacak-kacak. Cuma rasa selesa bila datang sini.

Pasarmini Speedmart
Dekat lagi Murah..memang betul la..
Pegi ke Pasarmini 99SpeedMart - "Dekat lagi Murah" hari ni nak cari barang dapur. Biasa la dah hujung-hujung bulan macam ni masa ni la nak beli balik barang-barang dapur yang dah habis.Kedai ini menjadi pilihan sebabnya bagi saya
  • Kedai ini bagus walaupun kedainya bukan macam pasaraya tapi bila nak barang keperluan dapur terutamnya tu ada.
  • Kedainya agak selesa berbanding kedai-kedai lain,ada aircond,ada bakul dan troli kalau nak bawa barang banyak.Kira macam mini pasaraya macam tu :-)
  • Semua barang keperluan dapur ada bila nak cari kat kedai ni.
  • TAPI yang NO.1 sebab kedai ni saya suka kerana,HARGANYA JAUH LEBIH MURAH berbanding dengan kedai-kedai lain hatta pasaraya sekali. Yea ker? jika tak percaya kita boleh datang dan bandingkan harganya pun.
  • Lagi SATU sebab saya suka, HARI SABTU kan HARI TANPA PLASTIK,dan kita yang datang beli barang-barang kat mana-mana pasaraya biasanya jika nak plastik kena beli dengan harga 20 SEN UNTUK SATU BEG PLASTIK. Teringat pula kisah  CINTA 20 sen antara Pasangan Razali & Izyan.
Berbeza dengan pasarmini  99SpeedMart ni kedai ni bagi kotak kat saya.Kita tak minta pun dia akan bagi.Ada tak kedai yang siapa-siapa pernah jumpa nak bagi kotak percuma. Bagus kan. Salah satu cara yang baik yang ditunjukkan oleh kedai ini yang mana tak pernah saya dapat kat kedai-kedai lain.

Mereka buat macam ni sebab nak menyahut seruan dunia dan kerajaan untuk menjaga dan memelihara bumi kita untuk kesejahteraan Generasi akan datang. Jom sama-sama Menjaga BUMI Hijau kita. Jangan guna Plastik lagi.Boleh ker?

Semoga kita semua menjadi penyumbang di dalam menghijaukan bumi kita untuk generasi akan datang. Ini satu cara sahaja. Ada 9 cara lagi nak hijaukan bumi  kita bagi kesejahteraan genersi akan datang. Selamat berhujung minggu kawan-kawan.


Thursday, September 26, 2013

Isteri Mat Yo mohon maaf

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Berikutan kekecohan pergaduhan antara Isteri Pemain bola sepak negara Mat Yo beberapa hari yang lepas, hari ini di dalam berita harian ada cerita tantang Isteri Mat Yo mohon maaf kepada mereka-mereka yang terlibat. Antara kandungan beritanya 

Kuala Lumpur: "Dengan rasa rendah diri, saya minta maaf kepada seluruh rakyat Malaysia atas tindakan saya sehingga menimbulkan kemarahan semua pihak.


mat yo
Mat Yo

“Saya percaya, kebenaran kes ini akan terbongkar. Tolong jangan hukum saya tanpa mengetahui apa yang berlaku,” kata Siti Aisya Adam, 24, isteri kepada pemain bola sepak negara, Norshahrul Idlan Talaha, ketika mengulas mengenai video dia bergaduh dengan pengawal keselamatan kini tersebar luas. 


Ibu kepada seorang cahaya mata itu berkata, dia tidak tahu apa motif sebenar individu yang menyiarkan video berkenaan, sedangkan kejadian perselisihan faham berlaku pada 12 September lalu, namun video berkenaan baru tersebar sejak Selasa lalu. 

------

Jika nak baca lebih terperinci boleh rujuk berita nya di berita harian online. Harap-harap dengan keluarnya berita ini dapat meredakan salah faham masyarakat tentang kisah yang sebenarnya. Sebab kita sendiri tidak mengetahui kisah di sebalik kejadian yang sebenarnya. Kerana di dalam Al-Quran sendiri Allah S.W.T ada berfirman: 

"Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini - dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan."

Juzuk : 26 Surah : AL-HUJURAAT No. Surah : 49 Ayat : 6

Saya sendiri tidak berbelah kepada mana-mana pihak. Cuma sebelum apa-apa baik kita menilai dahulu. Sebab di akhir zaman ini macam-macam perkara boleh berlaku. Jika berita tersebut betul dan kita join sekali,di dalam Islam kita di kira mengumpat dan sebaliknya jika berita tersebut tidak betul dan kita join sekali menceritakannya di dalam Islam kita di kira menfitnah

Berkahwin dengan hanya mengumpul 20sen

Jadi dua-dua tak boleh buat. Begitu tingginya Islam di dalam menjaga maruah dan harga diri seseorang Islam. Jadi pada hari Jumaat yang berkat ini. Bersamalah kita bermuhasabah diri kita untuk menjadi lebih baik di sisi Allah S.W.T. Perbanyakkan Istighfar pada Allah S.W.T dan berselawat keatas Nabi S.A.W. Wallahualam.


Wednesday, September 25, 2013

Saman AES Dikurangkan Kepada RM150 daripada RM300

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Teruja juga bila baca berita kat bawah ini. Saman AES dikurangkan kepada RM150 daripada RM300 sebelumnya..bukan di mansuhkan yea. Cuma dikurangkan Saman AES ini. Nampaknya hasrat Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (NIOSH)  atas penagguhan Sistem AES ini dah habis rasanya. Sebab AES akan kembali beroprasi mencari kesalahan...

"Berkuatkuasa hari ini, saman yang dikeluarkan menerusi Sistem Penguatkuasaan Automatik, AES akan dikurangkan kepada RM150 berbanding RM300 sebelum ini.Menurut pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein bagaimanapun kadar berkenaan akan meningkat bergantung kepada kesalahan dan tempoh bayaran yang dibuat.

AES kembali lagi..
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Pemandu dan Pengambilalihan Operasi Sistem AES di Putrajaya.Tambah beliau, kadar saman itu akan meningkat beransur-ansur dengan jumlah maksimum sebanyak RM300.

Bagi saman yang sudah dikeluarkan sebelum ini pula, ujarnya lebih banyak perbincangan akan diadakan dan beberapa cadangan akan dikemukan kepada jemaah menteri bagi menimbang kaedah yang sesuai untuk menyelesaikan isu berkenaan secara menang-menang.

Pada masa sama, beliau yang juga Menteri Pertahanan berkata, kerajaan memutuskan mengambil alih sepenuhnya operasi sistem AES daripada syarikat ATES dan Beta Tegap Sendirian Berhad menerusi syarikat milik penuh di bawah Menteri Kewangan diperbadankan iaitu AES Solutions Sendirian Berhad.

AES akan diperluaskan di beberapa kawasan 'hotspot' yang dikenalpasti sentiasa berlakunya kemalangan kerana memecut". sumber
-----------
Bila baca berita di atas ini, rasanya sama aje dengan saman-saman AES yang sebelum ni, balik kampung hari tu ada ahli keluarga yang kena saman ini. Memang jika kita bayar cepat hanya perlu bayar RM150 sahaja.tapi lama kelamaan jika tak bayar dalam tempoh yang di tetapkan saman tersebut boleh mencecah RM300. Banyak juga tu, minya naik 20sen barang-barang lain naik harga juga. Ini sekarang nak masuk bab nak kena bayar saman beratus-ratus ringgit pula. Harap-harap tak ada yang kena saman AES ni. Lepas elakkan diri daripada AES ini. Kita juga kena elakkan diri daripada merosakkan alam sekitar bagi menjamin alam sekitar kita selamat untuk generasi akan datang.

Menurut berita ini juga, AES akan di pasang di tempat-tempat lain lagi. Maknanya lepas ni lagi kena berhati-hati pemandu-pemandu di Malaysia memandu kereta, jangan sampai kena saman kat AES ini. Ada siapa-siapa tahu tips nak ELAK daripada kena SAMAN AES ini? Boleh kongsi di ruangan komen.. Terima kasih.


Tuesday, September 24, 2013

Kecurian di Surau

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Seperti biasa bila ada di rumah saya akan ke surau untuk solat berjemaah lima waktu. Kerana solat Lima Waktu bagi laki-laki sebaiknya di tempat di mana azan di laungkan, sama ada di masjid atau surau. Pergi ke surau ada jemaah surau bagitahu yang kipas dinding kat surau kami kena curi malam tadi. Hilang 6 buah semuanya. AJK surau dah buat laporan polis dan polis tengah menyiasat kes kecurian di surau ini. Harap-harap dapat tangkap pencuri yang bertuah tersebut.

Kecurian di Surau
Kecurian di Surau
Kerja siapa la yea? Harap-harap buka kerja Orang Islam, sebab tergamak pencuri tersebut curi kipas di surau.Tempat orang Islam solat boleh lagi dia curi kipas. Tapi tak tahu siapa yang buat " kerja baik " macam ni. Macam mana dia nak makan duit haram hasil jualan kipas yang di curi kat surau ni. Semoga pencuri tersebut di beri hidayat oleh Allah S.W.T dan bertaubat atas perbuatan mencuri. Semoga Allah pelihara kediaman kita dari kes-kes kecurian seperti ini.

Jadi nak lebih selamat jika keluar dari rumah kena baca DOA KELUAR RUMAH. Boleh amalkan doa tersebut untuk menjaga kediaman kita dari kes-kes kecurian macam ini. Paling kurang pun boleh baca AYAT KURSI 3X minta Allah lindungi diri,keluarga dan orang kampung kita dari kes-kes kecurian macam ini. Ini belum masuk kes nak jaga dan selamatkan alam sekitar untuk genarasi akan datang  lagi. Sama-sama la kita semua menjaga dan memeliharanya.


Thursday, September 19, 2013

Cara Mendidik Anak Yang Tak Betul Ustaz Don (Wajib tonton)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Salam Jumaat saya ucapkan kepada semua Muslimin dan Muslimat. Sedikit perkongsian ilmu tentang Cara Mendidik Anak yang di ajurkan oleh Ustaz Don di hari Jumaat yang penuh keberkatan ini. Pada hari jumaat ini kita di galakan perbanyakan selawat ke atas junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W. 




Kenapa anak melawan bila dewasa? Inilah puncanya. Cara mendidik anak yang tak betul (Wajib tonton)

Bagi anda yang sayangkan anak-anak anda, didiklah mereka dengan cara yang betul. Agar anda dan anak-anak anda beroleh kebahagianan di dunia dan di akhirat. Dapatkan tips dan panduaan Cara didik anak <<--disini.

Share agar semua mendapat manfaat daripada video ini. 


Wednesday, September 11, 2013

Cara Menguruskan Uri Anak

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Cara Menguruskan Uri Anak. Rasanya yang pernah melahirkan atau menimang cahaya mata dah tahu cara nak bersihkan uri ni.. Tapi saya tetap share untuk yang bakal ibu bapa pertama kali atau yang dah lupa cara nya. Ilmu yang baik untuk dikongsi bersama.

CARA MENGURUSKAN URI ANAK
Uri atau dikenali sebagai placenta, dan juga disebut tembuni.
Uri jangan dibuang atau ditinggalkan di hospital. Uri adalah teman rapat/kembar bayi semasa didalam kandungan dan uri amat penting kepada bayi.
Uri perlu ditanam dengan segera bagi mengelakkan uri busuk. Jangan disimpan uri hingga dua tiga hari baru dibasuh. Orang tua kata tidak elok. Kalau boleh, cepat-cepat basuh. Contohnya, kalau dapat uri pagi, petang dah tanam. Simpan di peti ais beku jika tak sempat basuh uri tersebut pada hari yang sama/segera. Uri perlu diuruskan dengan baik.
Jangan mengikut kepercayaan karut-marut masyarakat Melayu yang diwarisi turun-temurun. Semoga, kita dapat menghindarkan diri daripada amalan khurafat ini, yang dibimbangi boleh menjejaskan akidah kita tanpa sedar.
anak lelaki, Cara Menguruskan Uri Anak,
Anak Lelaki

Cara Menguruskan Uri Anak

1) Mulakan dengan baca Bismillahirahmannirrahim.

2) Cuci bersih-bersih hilangkan darah-darah. Jangan guna sabun/shampoo.

3) Bilas dengan air bersih sambil berselawat dan doa yang baik-baik (Untuk pastikan uri tersebut bersih dan suci)

4) Cuci uri dengan garam. Lumurkan garam dan cuci bersih-bersih.

5) Cuci uri dengan asam jawa. Lumurkan asam jawa dan cuci bersih-bersih. (Untuk hilangkan bau hanyir darah)

6) Perahkan 4 biji limau ke atas uri hingga naik bau limau dan untuk harumkan uri.

7) Letakkan dalam plastik/bekas mudah reput seperti plastic tesco/kotak mudah reput, letak garam kasar dan asam keping. Ikat seperti sup bunjut.

Letak dalam kain putih dan ikat kemas-kemas seperti sup bunjut.

9) Gali tanah sedalam mungkin, agak-agak tidak dibau/dikesan dan dikorek anjing nanti atau binatang –binatang lain nanti

10) Baca Bismillahirahmannirrahim dan selawat semasa letakkan uri dalam dalam dan timbus.

11) Tanam ditempat yang bersih dan selamat. Contohnya perkarangan surau/masjid.

12) Letak batu sebagai tanda bagi memastikan tidak digali oleh anjing dan binatang2 lain.

13) Jangan di letak lilin dan barangan sebagainya yang boleh mendatangkan syirik dan khurafat.

Hukum menanam uri adalah HARUS. (JAKIM)

• Uri tersebut perlu dibasuh dan ditanam di dalam tanah supaya ia tidak dimakan oleh haiwan.

• Uri orang-orang Islam adalah suci dan dengan itu tidak boleh di bakar atau dijual. Mana-mana orang Islam yang melahirkan anak di hospital dikehendaki membawa balik uri-uri itu untuk di tanam di tempat masing-masing

• Amalan menanam uri bayi dengan lada hitam, paku, pensil dan sebagainya adalah amalan khurafat.

-Tahniah dan Syabas kepada mereka yang menjadi ibu dan bapa. Semoga perkongsian cara menguruskan uri anak ini berguna untuk para ibu bapa yang bakal menjadi ibu dan ayah. Jadilah ibu bapa yang bertangungjawap kepada anak-anak kita dan keluarga.

Anak adalah anugerah Allah SWT kepada kita. Sebagai ibu bapa kita hendaklah mendidik anak dengan baik dan sempurna. Dapatkan Panduan dan tips yang berguna untuk mendidik anak pintar dan cerdas. Boleh rujuk panduan tersebut disini ---->>" Panduan Anak Pintar Cerdas ".  Manfaatkan ilmu untuk kebahagian anak anda dan keluarga tercinta.
sumber


Friday, September 6, 2013

Checklist Barang Keperluan Bersalin Ibu Semasa Di Hospital

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Bagi anda yang sedang menunggu kelahiran cahaya mata, pastinya persediaan untuk menyambut orang baru sudahpun mula dibeli. Di sini, saya ingin kongsikan checklist barang keperluan bersalin untuk ibu semasa di hospital sebagai panduan anda.

Keperluan Di Kaunter Pendaftaran
1. Rekod kesihatan
2. Birth Plan Record (Rekod lawatan kesihatan /mengandung)
3. Guarantee Letter / Kad Insurance (jika anda ada insurance perlindungan)
4. Surat Rujukan Doktor
5. Surat Jaminan Majikan
6. Sebarang dokumen / surat dari hospital
7. Kad Pengenalan


Elakkan membawa barang kemas. Jika terbawa bersama, anda dinasihatkan supaya menanggalkan semua barang kemas dan beri kepada suami atau keluarga untuk disimpan. Ini untuk mengelakkan dari kehilangan barang kemas sewaktu anda di dalam dewan bedah atau bilik bersalin. Barang kemas juga tidak boleh dipakai sewaktu di dalam dewan bedah. 

Contoh barang keperluan ibu
Contoh barang keperluan ibu (sumber google)

Barang-Barang Penjagaan Diri & Pakaian Ibu

1. Baju Kemeja T (T Shirt) yang longgar dan mempunyai bukaan di depan 
(memudahkan anda menyusukan bayi anda nanti) – 3 helai atau lebih
2. Stoking (2 pasang atau lebih)
3. Kain Batik 
4. Bengkung Moden – penting untuk dipakai selepas bersalin
5. Set mandian (jika bersalin dihospital kerajaan)
- Sabun,
- Berus Gigi
- Ubat Gigi
- Sikat rambut
- Pencuci muka
- Bedak
- Tuala
- Syampu
- Losyen

Nota : Bagi yang bersalin dihospital swasta, set mandian ini mungkin tidak diperlukan kerana biasanya ia disediakan dan telah dimasukkan di dalam pakej bersalin

6. Ubat bersalin / set bersalin - Panduan Memilih Set Bersalin
7. Tisu
8. Selipar
9. Pad / Tuala Wanita 
10. Seluar Dalam
11. Nursing bra / bra menyusu
12. Baju sejuk (sweater) 

Barang-barang lain 
1. Handphone dan charger – agar sentiasa dapat berhubung dengan keluarga anda
2. Kamera dan video kamera – untuk merakamkan detik-detik penting dalam hidup anda dan juga wajah bayi anda.
3. Cermin mata (jika anda rabun atau memakai contact lens)
4. Al-Quran (bagi orang Muslim-boleh baca sebelum bersalin,selepas bersalin tak boleh sebab ada darah nifas[berhadas besar])
5. Buku atau majalah – untuk mengisi masa lapang dan mengalih perhatian anda sewaktu
menunggu saat melahirkan
6. Termos air panas
7. Minuman segera seperti Milo 3 in 1, nestum, horlick dll. Jika anda lapar, sekurang-kurangnya ini boleh digunakan untuk mengalas perut sewaktu di hospital
8. Minyak angin 

Semoga perkongsian ini berguna kepada ibu-ibu yang bakal bersalin tidak lama lagi.
PS:-Dapatkan Tips Panduan Anak Pintar Cerdas <<---disini

Thursday, September 5, 2013

Tanda-Tanda Bersalin Dan Doa Yang Perlu Diamalkan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Bagi mereka  yang sedang menunggu hari untuk melahirkan anak, di sini saya kongsikan tanda-tanda bersalin dan doa yang perlu diamalkan. Pastinya saat menunggu kelahiran ini lebih mendebarkan berbandiang dengan Akak Adibah Noor mahu kongsikan bersama perkara paling BEST yang pernah berlaku dalam hidupnya 

Antara Tanda-Tanda Bersalin Dan Doa Yang Perlu Diamalkan :-

Tanda-Tanda Bersalin
Tanda-Tanda Bersalin

Kontraksi Rahim
Kontraksi adalah tanda awal dan isyarat yang paling penting yang menunjukkan anda sudah sampai masa untuk bersalin. Sekiranya kontraksi sudah ada, cuba perhatikan masa, tempoh dan berapa minit jarak diantaranya. Kontraksi yang sebenar berlaku secara teratur dan pada jarak yang konsisten. Sekiranya ia berlaku setiap 5 minit secara teratur dan semakin kerap, pergilah berjumpa dengan doktor untuk mendapat kepastian.

Kontraksi biasa atau Braxton Hicks contraction agak berbeza, ia kurang menyakitkan dan tidak teratur dan akan hilang dengan sendirinya tidak lama kemudiannya.

Sakit Belakang
Sakit belakang sering menjadi masalah utama wanita hamil, tetapi ia juga mungkin satu tanda kelahiran. Sakit ini akan semakin kerap dan kuat dan rasa lebih teruk pada bahagian bawah belakang.

Pecah Ketuban
Dalam cerita drama atau filem, wanita selalunya sedar yang mereka bakal melahirkan apabila ketuban mereka pecah. Tapi ia bukan realiti sebenar. Kebanyakkan wanita langsung tidak mengalami pecah ketuban sehinggalah disaat-saat akhir proses bersalin. Yang kerapnya, doktor yang akan memecahkan ketuban anda untuk mempercepatkan proses bersalin. Pecah ketuban berlaku pada segelintir wanita hamil sahaja dan sekiranya anda mengesyaki yang ketuban sudah pecah, jumpalah dengan doktor dengan segera.

Bloody Show
Disaat awal anda bakal melahirkan, selalunya terdapat lendir pekat bercampur darah keluar dari faraj. Ini adalah pluk mukus yang menghadang sebarang kemasukkan asing ke dalam serviks. Ia juga menghalang sebarang kuman dari merebak kepada bayi. Sekarang pluk ini sudah tiada dan bayi sudah boleh bergerak ke bawah dengan perlahan-lahan.

Serviks terbuka
Sebaik sahaja kontraksi berlaku, pangkal rahim anda akan menjadi lebih lembut dan lebih nipis. Walaubagaimanapun, cuma doktor sahaja yang boleh mengetahui perubahan ini semasa pemeriksaan faraj.





Antara amalan doa yang boleh dipraktikkan sepanjang menunggu hari kelahiran :
  • Surah Maryam
  • Surah Yassin
  • Surah Yusof
  • Surah Luqman
  • Surah Al-Hasyr: Ayat 3
  • Surah Al-Insyiqaq: Ayat 4
  • Surah Al-Ahqaf: Ayat 35
  • Surah An-Nazi'at: Ayat 46 (tiup pd air > sapu pada perut > minum)
  • Surah Az-Zariyat

Antara doa yang patut dibaca oleh bakal ibu untuk memudahkan proses bersalin :



"Kemudian jalannya dimudahkan" (Surah Abasa : ayat 20)


"Dan aku sentiasa menyerahkan urusanku bulat2 kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Melihat akan keadaan hamba2nya". (Surah Ghafir: ayat 44)


“Tidak ada Tuhan selain Engkau, Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku termasuk orang orang yang zalim". (Surah Al-Anbiya': ayat 87)


Bagi si suami yang bakal menjadi bapa, adalah baik bagi suami mendoakan si isteri bagi membantu memudahkan proses bersalin. Antaranya ialah :
  • Ayatul Kursi
  • Surah Al-A'raf : Ayat 54
  • Surah Al-Anbiya': Ayat 87 
Semoga perkogsian ini boleh dijadiak panduan kepada bakal-bakal ibu dan ayah. Pastinya ini akan lebih mendebarkan berbanding dengan Akak Adibah Noor mahu kongsikan bersama perkara paling BEST yang pernah berlaku dalam hidupnya

Sumber: Disini


Wednesday, September 4, 2013

Cara Menurunkan Berat Badan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Cara menurunkan berat badan. Saya tahu semua orang ingin menurunkan berat badan. Tapi ramai diantara kita tidak mengetahui cara yang sebenarnya untuk menurunkan berat badan. Malah mudah tertipu dengan pelbagai produk menurunkan berat badan diluar sana.

turunkan berat badan
Anda mampu menurunkan berat badan.

Tahukah kita semua bahawa Saudara Hafiz Wasa telah mendedahkan teknik terbaik untuk menurunkan berat badan.Cara ini didapati amat berkesan bagi menurunkan berat badan bagi mendapatkan berat badan ideal yang kita inginkan. Berpandukan cara menurunkan berat badan ini telah ramai yang berjaya menurunkan berat badan mereka.

Pastinya menarik bukan?

Ianya bukanlah rekaan semata-mata. Ia telah terbukti terhadap dirinya sendiri dan juga kepada beberapa orang rakannya.

Dan kini Saudara Hafiz Wasa telah dedahkan semua itu dalam Ebook terbaru beliau iaitu " Teknik Bakar Lemak Pantas "

Mungkin kita akan tertanya-tanya apakah isi kandungan ebook tersebut?

Ok, antara isi kandungan ebook berkenaan adalah :-

1) Cara mengira keperluan kalori individu
2) Bagaimana untuk merangka diet yang sesuai untuk diri sendiri.
3) Apakah aktiviti yang boleh dilakukan untuk membakar lemak dengan pantas dan berkesan.
4) Bagaimanakah untuk meningkatkan metabolisma diri.
5) Bagaimana gabungan senaman kardio dan senaman bebanan dapat membakar lemak-lemak degil yang ada pada diri anda.
6) Dan banyak lagi....

turunkan berat badan
Turunkan Berat Badan kita....
Bagi mengetahui lebih banyak lagi mengenai teknik menurunkan berat badan ini saya menjemput anda ke laman web Menurunkan Berat Badan ini (Klik Sini) bagi mendapatkan nasihat daripada saudara Hafiz Wasa.

Akhir kata dari saya, ini merupakan satu revolusi dalam negara kita dimana proses menurunkan berat badan tidak lagi mustahil! Untuk mengetahui teknik ini dengan lebih selamat lagi anda boleh ke laman web Ebook Menurunkan Berat Badan (Sila Klik disini).

Semoga perkongsian teknik menurukan berat badan ini berguna untuk kita semua bagi mendapatkan berat badan ideal yang kita semua impikan :-)