Macam best pula tajuk kali ini. Macam Mana Nak Membeli Barang Di IKEA. Ramai antara kita yang tahu tentang IKEA bukan. Sebuah Gedung Pasaraya besar yang terletak di Damansara. Memang jika pergi ke IKEA rasa nak angkut semua barang nak bawa balik rumah kita. Mana tidaknya, boleh dikatakan semua barang keperluan bagi mereka-mereka yang nak masuk ke rumah baru atau yang nak beli perabot baru ada disana.
Macam Mana Nak Membeli Barang Di IKEA?? |
Macam Mana Nak Membeli Di IKEA.Caranya mudah sahaja.
1)Bila sampai disana bagi yang ingin membuat rujukan boleh mendapatkan salinan katalog IKEA sebagai rujukan barangan yang ingin dibeli. Pihak IKEA menyediakan pita pita pengukur, pensil dan pad nota kepada anda untuk menulis maklumat produk dan senarai harga barangan yang anda inginkan. Sila dapatkan beg kuning yang besar untuk anda mengambil barangan kecil kegemaran anda. IKEA juga menyediakan troli untuk kemudahan anda.
2)Bagi menjamin kepuasan pelanggan, pihak IKEA ada menyediakan bilik pameran bagi pelanggan menguji dan membuat perbandingan tentang barang yang ingin dibeli.
3)Dengan melihat tanda harga anda akan dapat melihat segala maklumat tentang barangan tersebut termasuklah warna,bahan,saiz, ciri-ciri dan cara penjagaannya. Ianya juga akan menyertakan lokasi untuk anda mandapatkan barangan tersebut. Jika tak jumpa juga, anda boleh tanya staf IKEA dan mereka akan mamberikan lokasi yang tepat kedudukan barangan tersebut di dalam Gedung IKEA.
4)Selepas dah tahu, tulis lokasi barang tersebut dengan peralatan menulis yang disediakan oleh pihak IKEA.
5)Bila dan jumpa,anda boleh mengambil sendiri barangan IKEA tersebut kerana setiap barang di IKEA didatangkan dan dibungkus dengan pek leper bagi memudahkan pelanggan membawa pulang barangan yang di beli.
6)Bila dah dapat barang tersebut anda boleh bawa pulang barang tersebut. Susun elok-elok barangan yang dibeli di dalam kereta anda atau pun di atas bumbung kereta anda.
7)Dah dapat barang anda boleh bawa balik barang tersebut. Anda akan di beri manual pemasangan barang tersebut.
Setelah semuanya telah dibayar dan anda berubah fikiran untuk produk tersebut. Maka anda boleh melihat sendiri tentang polisi pemulangan di IKEA. Insyallah dalam masa 100 hari anda akan dapat balik wang tersebut insyallah.
No comments:
Post a Comment