Saturday, January 25, 2014

Sekolah Yang Cantik Menarik Minat Pelajar

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Kata cikgu Sekolah Yang Cantik Menarik Minat Pelajar. Betul ker semua ini? Saya setuju juga dengan kenyataan ini. Jika sekolah tak cantik, kurang sikit pelajar yang nak ke sekolah. Jika sekolah tersebut cantik, pasti ramai pelajar yang nak ke sekolah tersebut.

Contohnya hari ini, ada sesetengah sekolah yang bersekolah ganti hari ini untuk mereka ambil cuti lama sedikit sempena CNY 2014. Semua orang suka bila sekolah cuti lama,masing-masing boleh rancang untuk balik kampung lama-lama. Jika sekolah cantik pasti ramai pelajar yang nak datang ke sekolah hari inikan. Sebab rindu kat sekolah mereka yang cantik tu.

Banyangkan jika sekolah tak cantik, semangat nak ke sekolah pun boleh jadi kurang, ditambah pula jika cikgunya garang-garang macam cikgu Matematik dan Bahasa Inggeris saya dulu, mesti palajar nak pergi sekolah pun malas bila ada sekolah ganti macam hari ini.

Jadi nak dapat sekolah cantik, kenalah cantikkan sekolah kita yea, caranya jangan buang sampah di merata-rata tempat dan selalu adakan aktiviti gotong-royong di sekolah. Insyallah lama-lama sekolah tersebut akan bertambah cantik. Tetapi jika ada projek bangunan baru seperti sekolah di Desa Mahkota ini kan best. Cantik sekolah ini. Mesti ramai yang tertunggu-tunggu nak masuk belajar di sekolah ini.

Sekolah Desa Mahkota yang cantik.

Sekolah ini dahlah cantik. Bangunan barunya diilhamkan oleh arkitek tanah air yang ternama. Sekolah cantik pasti menarik minat pelajar ke sekolah bukan. Barulah jadi Sekolahku Rumahku.

No comments:

Post a Comment