Wednesday, January 15, 2014

Tips Balik Kampung Dengan Selamat

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Tips Balik Kampung Dengan Selamat. Siapa yang tak nak balik kampung dengan selamat. Siap ada lagi lagu "Berhati-hati dijalan raya".  Sampai ke kampung halaman dengan selamat kerana ramai yang menanti kepulangan kita.

Telah menjadi kebiasaan kita rakyat Malaysia bila ada cuti panjang kita akan balik ke kampung halaman. Seronok balik kampung rasa tenang sahaja. Dapat lari sekejap daripada kesibukkan kerja dan kesesakan kota. Ada beberapa tips yang ingin saya kongsi sebagai panduan kita balik ke kampung dengan selamat diantaranya ialah :-

1) Pastikan kenderaan anda berada dalam keadaan baik.

2) Pastikan anda mempunyai tidur yang cukup sebelum perjalanan yang jauh.

Tips Balik Kampung Dengan Selamat
Jaga-jaga dengan abang kamere ini juga.. ;-)
3) Jika boleh cuba untuk memandu pada siang hari kerana anda bebas untuk melihat.

4) BELAJAR untuk mengenali tanda-tanda mengantuk seperti menguap , mata letih dan berair , sukar memberi tumpuan atau mengangguk-angguk sekali-sekala. Jika ini terjadi bermakna ia adalah masa untuk berehat.

5) APABILA mengantuk , berhenti dan tidur atau rehat di kawasan rehat dan perhentian serta mengawasi persekitaran rehat anda.

6) SELEPAS setiap dua atau tiga jam memandu, berehat 10 minit untuk kekal segar.

7) ANDA boleh minum teh atau kopi untuk sentiasa segar tetapi jangan mengambil minuman beralkohol.

8) JANGAN memandu apabila berasa lapar kerana tubuh memerlukan pemakanan yang baik untuk sentiasa segar.

9) APABILA memandu, elakkan mengambil ubat-ubatan yang boleh menyebabkan mengantuk seperti ubat selsema dan batuk.

10) CUBA untuk bertenang dan bersabar dan mengurus kemarahan anda semasa di jalan raya.

Tidak ada yang lebih berharga dan penting daripada keselamatan. Marilah kita semua melatih diri untuk mendisiplinkan diri sebagai pemandu yang mematuhi undang-undang dan pemandu bertanggungjawab manakala di jalan raya. Diharap tips balik kampung dengan selamat ini dapat membantu perjalanan pulang ke kampung.

Bagi kawan-kawan yang balik kampung untuk bercuti, saya ucapkan selamat balik kampung dengan selamat. Semoga selamat balik dan kembali." Happy Holidays" kata orang puteh.. ;-)

JIKA SEMPAT Boleh Layan lagu ini Sekejap.

Lagu Balik Kampung – Sudirman

Perjalanan jauh tak ku rasa
Kerna hati ku melonjak sama
Ingin berjumpa sanak saudara
Yang selalu bermain di mata

Nun menghijau gunung ladang dan rimba
Langit nan tinggi bertambah birunya
Deru angin turut sama berlagu
Semuanya bagaikan turut gembira

Balik kampung oh oh…( 3X )
Hati girang
Ho ho… Balik kampung (3X)
Hati girang

Terbayang wajah-wajah yang ku sayang
Satu-satu tersemat di kalbu
Pasti terubat rindu di hati
Menyambut kepulangan ku nanti..

Boleh lihat tips balik kampung dengan selamat ini juga.

No comments:

Post a Comment