Maulidur Rasul - Di Mana Kedudukan Kita. Bila tiba tarikh 12 RabiulAwal setiap tahun kita akan kedengaran dimana-mana tentang adanya sambutan Maulidur Rasul. Bukan sahaja di negara kita Malaysia, malah mungkin di negara-negara lain yang penduduknya ramai Islam akan menyambut Hari Kelahiran Nabi Besar Muhammad S.A.W. Alhamdulillah masih ada ramai orang Islam di dunia ini yang sayangkan Nabi Muhammad S.A.W.
Sambutan Maulidur Rasul dibuat dengan macam-macam acara keagamaan. Adanya ceramah,perarakan Islamik,nasyid dan macam-macam lagi. Tidakkah kita terfikir adakah dengan sambutan yang kita buat sehari dalam hari ini sahaja boleh membuatkan Nabi Muhammad S.A.W suka dan redha kepada kita?
Maulidur Rasul - Di Mana Kedudukan Kita? |
Tapi berbeza dengan sahabat Nabi Muhammad S.A.W. yang belum tahu apa-apa lagi tentang Nabi Muhammad S.A.W. pada masa itu. Mereka tak buat apa-apa sambutan pun. Adakah semasa Nabi Muhammad S.A.W. lahir sahabat seperti Saidina Abu Bakar R.A, Saidina Umur R.A, Saidina Usman R.A dan sahabat-sahabat besar yang lain membuat sambutan besar-besaran keatas kelahiran Nabi Muhammad S.A.W. Rasanya sahabat-sahabat Nabi tersebut tak buat apa-apa pun. Tetapi kenapa mereka dapat REDHA ALLAh dan Nabi Muhammad S.A.W. GEMBIRA dengan mereka. Ada jawapan tak?
Kenapa sahabat-sahabat dapat REDHA ALLAH? Sebabnya mereka buat segala perintah Allah dan mengikuti segala sunnah-sunnah Nabi Muhammad S.A.W. dalam kehidupan mereka. Ramai dikalangan sahabat-sahabat Nabi Muhammad S.A.W. memeluk Islam semasa mereka semua dah dewasa TETAPI dalam jangka hayat meraka yang singkat sahaja mereka mampu membuatkan Allah S.W.T REDHA kepada mereka sehinggakan ada dikalangan sahabat Allah S.W.T kirim salam kepada mereka semasa mereka masih hidup lagi. Tapi kita dan umat hari ini dimana kedudukan kita disisi Allah? Tepuk dada tanya iman diri sendiri...Rasanya dimana kedudukan kita semua di sisi Allah S.W.T.
Jika kita lihat sahabat-sahabat dahulu,mereka bukan macam kita,mereka MEMELUK AGAMA ISLAM, Kita Alhamdulillah lahir-lahir dah Islam. Tapi mengapa kita tak dapat buat dan tak mampu buat seperti sahabat dapat. Keredaan Allah S.W.T. Itulah sepatutnya yang kita kejar dan usahakan. Bukan maksud untuk kita semua meninggalkan dunia yang kita usahakan sekarang, cuma sekadar 50-50 pun dah kira Alhamdulillah.
Sekurang-kurangnya dapatlah kita semua menjaga solat diri kita dan ahli kelurga kita, Tak kira suami,isteri mahupun anak-anak dan adik beradik. Jika kita cuai dalam solat macam mana kita nak jaga perintah Allah yang lain-lain lagi. Jika tak tahu solat kenalah belajar. Begitu juga dengan Al-Quran, hari ini siapa yang dapat khatam Al-Quran dua(2) kali khatam setiap tahun,jika dapat Alhamdulillah. Jika tak dapat,kita akan susah nanti di akhirat, Sebabnya saya pernah dengar ustaz bagitahu dalam hadis bahawa Al-Quran akan tuntut kita dihadapan Allah S.W.T pada hari akhirat sekiranya kita tak dapat khatam Al-Quran 2 kali khatam setiap tahun. Ini belum masuk bab tutup aurat dengan sempurna,kadang-kadang ada antara kita yang tak tutup aurat dengan sempurna letak gambar dalam blog mahupun Facebook. Tolonglah sayangi diri kita semua. Tutuplah aurat dengan sempurna mengikut syariat Islam.
Rasa macam dah panjang pula, jadi sempena 12 RabiulAwal tahun ini, harapnya kita berazam untuk mengikuti kesemua perintah Allah S.W.T dan sunnah-sunnah Nabi Muhammad S.A.W. Jika tak mampu semua terus, sedikit-sedikit kita amalkan,insyallah harap-harap sebelum kita meninggal dunia kita dapat amalkan agama yang sempurna sebagaimana yang dikehendaki oleh Allah S.W.T dan Nabi Muhammad S.A.W. Kita kena tanamkan azam dan kesungguhan agar kita pun dapat jadi macam sahabat-sahabat Nabi Muhammad S.A.W. Mereka semua dapat REDHA ALLAH S.W.T. " Keredaan Allah S.W.T yang harus dikejar, suatu hari nanti kita semua akan bertemu Allah S.W.T. Sediakan bekalan sebaiknya, kerana lepas kita mati tiada lagi peluang kedua untuk kita baiki amalan kita", Bersama-sama bermuhasabah diri sendiri.. Wallahualam.
No comments:
Post a Comment