Wednesday, September 3, 2014

Contoh Soalan Peperiksaan Online Penguasa Kastam W41

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Contoh Soalan Peperiksaan Online Penguasa Kastam W41. Alhamdulillah sedikit panduan untuk calon-calon yang akan menduduki Peperiksaan Online Penguasa Kastam W41 pada 6 September 2014 nanti. Pastinya rujukan dan panduan yang dicari disaat ingin menduduki Peperiksaan Online Penguasa Kastam W41 nanti.

Berita Baik Buat Calon Peperiksaan Online Penguasa Kastam W41 
Anda boleh mendapatkan panduan yang berguna daripada  pihak Tim Infokerjaya yang akan menerbitkan panduan Peperiksaan Online Penguasa Kastam Gred W41 bagi peperiksaan pada 6 september nanti. Dijangkkan panduan ini akan dikeluarkan pada 31 Ogos 2014.

Panduan dan contoh soalan ini bukanlah dikeluarkan oleh pihak Kastam mahupun SPA. Ianya adalah contoh soalan yang telah diadaptasi daripada peperiksaan sebelum ini, dan  ianya diyakini mempunyai format yang sama bagi Peperiksaan Online Penguasa Kastam W41 pada kali ini.

Tim Infokerjayan
Pihak Tim Infokerjaya telah membantu ramai calon yang akan menduduki peperiksaan kemasukan kerajaan Malaysia. Sejak tahun 2009, pakej rujukan daripada Tim Infokerjaya telah membantu lebih 63,000 graduan seluruh negara dalam kerjaya terutamanya peperiksaan kemasukan kerajaan. Di atas permintaan dan desakan calon, pihak Tim Infokerjaya membuka jualan untuk Panduan Peperiksaan Online Penguasa Kastam Gred W41.

Beberapa Maklumat Tentang Kastam Malaysia untuk Panduan Colon Peperiksaan Online Penguasa Kastam Gred W41.

Nota 1 : Struktur Organiasi Bahagian Penguatkuasaan
Struktur organisasi Bahagian Penguatkuasaan boleh dibahagikan kepada 3 peringkat iaitu :
1. Ibu Pejabat
2. Negeri
3. Stesen

Ibu Pejabat
  • Bahagian Penguatkuasaan di Ibu Pejabat diketuai oleh Penolong Ketua Pengarah Kastam (Penguatkuasaan) berjawatan JUSA B.
  • Beliau bertanggungjawab terus kepada Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Penguatkuasaan & Pematuhan).
  • Beliau dibantu oleh dua orang Ketuan Cawangan berjawatan Gred JUSA C dan 3 Pegawai berjawatan Gred W54
Negeri 
Bahagian Penguatkuasaan diketuai oleh :

  • Timbalan Pengarah Kastam berjawatan Gred W54 (bagi negeri yang diketuai oleh Pengarah berjawatan JUSA C)
  • Penolong Kanan Pengarah Kastam Gred W52 atau W48 (bagi negeri yang diketuai oleh Pengarah berjawatan Gred W54).
Nota 2 : 8 Fungsi Bahagian Penguatkuasaan
1. Menjalankan operasi risikan ke atas anasir-anasir penyeludupan ke arah meningkatkan tindakan Penguatkuasaan penyeludupan dan penyelewengan.
2. Menjalankan operasi mencegah penyeludupan secara bersepadu dan terkoordinasi melalui kaedah rondaan di darat dan laut, mengadakan sekatan jalan raya dan pemeriksaan ke aras premis yang disyaki.
3. Menjalan siasatan mengenai sebarang aktiviti penyeludupan dan penyelewengan sama ada yang diterima melalui ampoma, aduan dari orang awam atau hasil dari aktiviti risikan yang dijalankan dan menyelesaikan siasatan di dalam tempoh masa yang telah ditetapkan.
4. Melaksanakan operasi ke atas sasaran atau kawasan hitam penyeludupan bagi tujuan mematahkan saluran penghantaran sindikit, memecahkan rangkaian sindiket serta melemahkan kekuatan sindiket sehingga berjaya dihapuskan melalui tindakan serbuan, penngelidahan, operasi dan perang saraf.

Nota 3 : 5 Tugasan Utama Bahagian Penguatkuasaan
Terdapat 5 tugasan utam bagi Bahagian Penguatkuasaan Kastam.

1. Pencegahan dan Rampasan
2. Siasatan
3. Pendakwaan
4. Narkotik
5. Risikan

Nota 4 : Piagam Pelanggan Bahagian Penguatkuasaan, Ibu Pejabat
1. Semua aduan awam dan maklumat yang lengkap yang diterima dari orang awam hendaklah diambil tindakan dalam tempoh 24 jam.
2. Menjalankan siasatan yang lengkap dan kemaskini dalam tempoh 3 bulan dari tarikh kes diperolehi bagi membolehkan keputusan dibuat.
(Akan diterangkan dengan lebih jelas lagi di dalam Panduan Peperiksaan Online Penguasa Kastam W41)

Nota 5 : Struktur Organisasi Jabatan Kastam
Struktur organisasi jabatan kastam terbahagi kepada beberapa bahagian utama seperti berikut :
Bahagian Penguatkuasaan
Bahagian Pengurusan Pematuhan
Bahagian Kastam
Bahagian Cukai Dalam Negeri
Bahagian Perkhidmatan Teknik
Bahagian KPSM (Khidmat Pengurusan Sumber Manusia)

Nota 6 : Fungsi Bahagian Pengurusan Pematuhan
1. Menjalankan auditan ke atas pelesen / pengimport dengan sistematik, cekap dan berkesan.
2. Memastikan hasil dipungut dengan betul dan tepat bagi mengelak kehilangan hasil.
3. Memantau dan menyelaras aktiviti auditan di negeri-negeri dan menilai keberkesanan program auditan.
4. Mengkaji dan menilai





Nota 40:  [ (Ada 40 nota kesemunya. Akan diterangkan dengan lebih jelas lagi di dalam Panduan Peperiksaan Online Penguasa Kastam W41) <<<---(klik sini untuk mendapatkannya)


FORMAT PEPERIKSAAN PENGUASA KASTAM GRED W41
Berdasarkan format peperiksaan online terbaru yang dikeluarkan oleh pihak SPA Malaysia. Peperiksaan Penguasa Kastam W41 mempunyai beberapa Seksyen utama iaitu;
  • Seksyen A: Pengetahuan AM
  • Seksyen B: Daya Menyelesaikan Masalah
  • Seksyen C: Ujian Psikometrik/Ujian Sahsiah
Seksyen A:
Pengetahuan Am Mengenai Malaysia dan Alam Sekeliling 
Penerangan Format: Ianya adalah seksyen pertama dalam kertas penilaian dan merupakan seksyen yang mempunyai banyak soalan menguji pengetahuan anda. Anda diberikan masa 40 minit untuk menjawab 50 soalan. Ianya tertakluk kepada perubahan. Tapi secara umumnya itu adalah format yang digunapakai sehingga tahun ini seperti yang telah dinyatakan dalam edaran umum SPA tahun 2014. Sedikit berbeza dengan peperiksaan bertulis jawatan lain sebelum ini (45 minit/60 soalan). Sekali lagi formatnya;
  • Tempoh: 40 minit
  •  Jumlah Soalan: 50 soalan
Berikut merupakan Contoh Soalan Peperiksaan Penguasa Kastam W41 Seksyen Pengetahuan AM 

80 Contoh Soalan & Jawapan akan diberikan
Ini BUKAN SOALAN RAMALAN. Hanya contoh sahaja [Ingat]

Soalan tambahan Penguasa Kastam Gred W41

1. Struktur Organiasi Bahagian Penguatkuasaan Struktur organisasi Bahagian Penguatkuasaan boleh terbahagi kepada

I. Ibu Pejabat
II. Negeri 
III. Stesen
IV. Daerah

A. I dan II
B. I, II dan III
C. II, III dan IV
D. I, II, III dan IV

2. Berapa lamakah tempoh yang diperlukan untuk memaklumkan keputusan sebutharga dan tender barang-barang lucuthak?

A. 24 jam
B. 3 hari
C. 7 hari
D. 2 minggu

Akan diterangkan dengan lebih jelas lagi di dalam Panduan Peperiksaan Online Penguasa Kastam W41) <<<---(klik sini untuk mendapatkannya)

Seksyen B:
Daya Menyelesaikan Masalah

Penerangan Format :Seksyen B pula adalah berkaitan dengan daya menyelesaikan masalah yang perlu dijawab dalam masa 45 minit, sebanyak 40 soalan. Kebanyakan calon mengeluh yang masa yang diberikan sama sekali tidak mencukupi. Secara umumnya format yang digunapakai tahun 2012/13 adalah sama dengan format  tahun-tahun sebelum ini sejak tahun 2009 lagi. Sekali lagi, format tahun ini untuk sesi 5 Ogos 2014 adalah;
  • Tempoh: 45 minit
  • Jumlah Soalan: 40 soalan
Soalan-soalan yang diajukan dalam seksyen ini adalah berkenaan kemahiran logik, interpretasi dan...

Berikut merupakan Contoh Soalan Peperiksaan Penguasa Kastam W41 Daya Menyelesaikan Masalah

60 Contoh Soalan & Jawapan akan diberikan
Ini BUKAN SOALAN RAMALAN. Hanya contoh sahaja [Ingat]

1. Sebuah syarikat pengeluar pakaian bayi telah menerima lesen Akta Cukai Jualan 1972. Cukai sebanyak 10% akan dikenakan bagi setiap unit barang yang dijual. Kirakan jumlah cukai yang perlu dibayar sekiranya harga jualan sepasang pakaian bayi dijual dengan harga RM19.90.

A. RM1.09
B. RM1.90
C. RM1.90
D. RM1.99

Soalan 2 dan 3 berpandukan kepada pernyataan di bawah.

Pada awal tahun 2013, Jamal dibayar dengan gaji sebanyak RM2,750 sebagai Pegawai Pemasaran disebuah syarikat konsultasi pengiklanan. 6 bulan kemudian beliau menerima elaun sara hidup sebanyak RM350 sebulan. Di bulan terakhir tahun tersebut, beliau menerima bonus sebanyak 2 bulan gaji.

2. Kirakan jumlah pendapatan yang diterima oleh Jamal untuk tahun tersebut.

A. RM22,700
B. RM24,800
C. RM35,100
D. RM41,200

3. Kirakan berapakah purata pendapatan Jamal bagi tahun 2013?

A. RM3,333.33
B. RM3,433.33
C. RM4,334.30
D. RM4,434.30

Akan diterangkan dengan lebih jelas lagi di dalam Panduan Peperiksaan Online Penguasa Kastam W41) <<<---(klik sini untuk mendapatkannya)

Seksyen C:
Ujian Psikometrik

Penerangan Format: Seksyen C pula adalah berkaitan dengan Ujian Psikometrik perlu dijawab dalam masa 60 minit, sebanyak 200 soalan. Nampak seperti banyak soalan dan terma yang menggerunkan, tetapi percayalah seksyen ini pasti bakal menjadi seksyen yang paling mudah bagi anda pada 6 September ini. 
Ya, mudah pada hari peperiksaan sahaja tetapi ada jerat besar untuk anda pada seksyen ini. Kami akan kongsikan kepada anda tetapi sebelum itu sekali lagi ini formatnya;
  • Tempoh: 60 minit
  • Jumlah Soalan: 200 soalan
Calon-calon dikehendaki menjawab item-item yang mengukur gagasan ......

Berikut merupakan Contoh Soalan Peperiksaan Penguasa Kastam W41 Seksyen Ujian Psikometrik

100 Contoh Soalan & Jawapan akan diberikan
Ini BUKAN SOALAN RAMALAN. Hanya contoh sahaja [Ingat]

1. Tanpa ganjaran yang lebih, tidak adil bekerja lebih masa.

A. Ya B. Tidak

2. Jika orang lain mencapai prestasi yang lebih baik, rasa cemburu tidak seharusnya ada.

A. Ya B. Tidak

3. Walaupun ada orang main taktik kotor, saya tidak mudah meradang.

A. Ya B. Tidak

4. Saya tidak mudah mengaku kalah sungguhpun kerja ada banyak cabaran.

A. Ya B. Tidak


Akan diterangkan dengan lebih jelas lagi di dalam Panduan Peperiksaan Online Penguasa Kastam W41) <<<---(klik sini untuk mendapatkannya)

Ini adalah Contoh Soalan Peperiksaan Online Penguasa Kastam W41.  Bagi calon-calon yang berminat dan ingin mendapatkan Panduan Lengkap Contoh Soalan Peperiksaan Online Penguasa Kastam W41. Anda boleh dapatkannya di sini--->>  Panduan Peperiksaan Online Penguasa Kastam W41) <<<---(klik sini untuk mendapatkannya)

Selamat maju jaya buat semua calon-calon Peperiksaan Online Penguasa Kastam Gred W41. Semoga dengan panduan ini anda semua akan lulus dengan jayanya pada peperiksaan kali ini. Calon yang dijemput untuk peperiksaan ini dijangka hampir 50 000 orang. Jadilah yang terbaik dan jawaplah dengan penuh persediaan. Tanpa persediaan yang rapi, anda mungkin sukar untuk menjawapnya. Dapatkan panduan di atas bagi membantu anda menjawap soalan dengan baik sewaktu peperiksaan online ini nanti. Semoga dapat membantu. Kongsikan dengan rakan-rakan yang akan menduduki peperiksaan ini juga.


JIKA ANDA INGIN MENDAPATKAN RUJUKAN TEMUDAGA KASTAM. BOLEH BACA CERITA SAYA INI SEBAGAI PANDUAN TEMUDUGA NANTI--->>  Tata Cara Menghadapi Temuduga Kastam Gred W41 (klik sini)

No comments:

Post a Comment