Thursday, September 25, 2014

Perubatan Islam:PUSAT RAWATAN AL-QAYYUM KUALA LUMPUR

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Perubatan Islam:PUSAT RAWATAN AL-QAYYUM KUALA LUMPUR. Siapa tahu Pusat Rawatan Al-Qayyum ni?. Ada antara kita yang pernah buat rawatan di sini ker? Baiklah, jika yang dah ada nanti boleh kongsi ceritanya. Hari ini saya nak cerita tentang Pusat Rawatan Al-Qayyum Kuala Lumpur yang boleh anda kunjungi untuk mendapatakan rawatan perubatan Islam di sana.

Perubatan Islam - Pusat Rawatan Al-Qayyum
Maksud Perubatan Islam?
Perubatan Islam adalah perubatan yang terjamin suci,bebas dari segala unsur syirik, khurafat serta tidak bertentangan dengan Syariat Islam.

Tiada istilah ‘Perubatan Islam’ yang hanya merujuk kepada jampi atau bahan-bahan yang disebutkan oleh Nabi SAW semata. Berubat memang disuruh oleh Islam. Apa sahaja ubat yang mengikut kaedah perubatan yang betul maka ia adalah perubatan yang diizinkan oleh syarak. Ini termasuk perubatan dan ubat yang disebut oleh Nabi SAW, atau selainnya yang mengikut disiplin ilmu perubatan. Maka, perubatan moden, atau cina, atau india, atau melayu yang berasaskan kaedah yang benar, bukan haram, khurafat atau syirik maka ia adalah perubatan yang diizinkan oleh Islam. Bahkan jika diyakini boleh menyembuhkan seseorang yang sakit, maka ia disuruh oleh Islam tanpa mengira asal usul perubatan tersebut. " Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin "

Nabi SAW dalam hadis menyebut perubatan dan ubat secara umum, tanpa menghadkannya. Maka, setiap orang hendaklah berusaha mencari ubat yang paling berkesan. Dalam hadis yang sahih Nabi SAW bersabda:
“Berubatlah wahai hamba-hamba Allah, sesungguhnya Allah SWT tidak meletakkan penyakit, melainkan meletakkan untuknya ubat, kecuali satu penyakit, iaitu tua” (Riwayat Ahmad, Abu Daud, al-Tirmizi dan Ibn Majah).

Di dalam hadis yang lain Baginda SAW ada bersabda:
“Bagi setiap penyakit ada ubatnya. Apabila betul ubatnya, maka sembuhlah dengan izin Allah SWT.” (Riwayat Muslim).

Secara umumnya tujuan hadis-hadis perubatan ingin memberitahu kita bahawa kita disuruh untuk berubat berasaskan kepada bahan-bahan yang digunakan dalam perubatan yang diyakini boleh memberikan kesan. Nabi s.a.w menyebut bahan-bahan yang ada dalam masyarakat baginda dan digunakan serta memberi kesan pada zaman dan iklim baginda. Bahan-bahan itu boleh diambil iktibar, namun bukanlah pilihan yang terbaik bagi setiap masa dan keadaan. Bergantung kepada sejauh manakah ia berkesan untuk sesuatu tempat dan masa. Apa yang penting kita disuruh mencari yang berkesan tanpa mengira jenisnya.

Kesimpulannya setiap ubat yang bermanfaat adalah diiktiraf oleh Islam, tidak terbatas kepada apa yang disebutkan dalam hadis sahaja. Berdasarkan pendapat sebahagian ulama tadi, apa yang disebut dalam hadis juga perlu untuk diteliti dan dikaji semula kesesuaiannya kerana mungkin ada keadaan yang berbeza, atau di sana ada ubat yang lebih berkesan.

Sejarah Pusat Rawatan Al-Qayyum
Pusat Rawatan Al-Qayyum telah ditubuhkan oleh Tuan Indera Saifullah Tahir dan turut dibantu oleh Cikgu Abdullah Ibrahim pada 1 Februari 2011. Ianya merupakan sebuah 'Pusat Kesejahteraan Mesra-Pesakit Islamiah' (Islamic Patient-Friendly Wellness Centre) yang menyediakan perkhidmatan rawatan dan terapi Al-Quran yang merupakan perkhidmatan utama mereka.

Berpegang kepada prinsip "EKSKLUSIF, MENYELURUH, SISTEMATIK, TERBUKTI" mereka telah banyak mambantu pesakit berkaitan perubatan Islam. 

Pusat Rawatan Al-Qayyum memperjuangkan perubatan Islam yang terjamin suci dan bebas dari segala unsur syirik, khurafat serta tidak bertentangan dengan syariat Islam.

Pusat Rawatan Al-Qayyum juga berperanan sebagai sebuah 'Pusat Komuniti Setempat' di dalam hal-hal berkaitan Perubatan Islam, demi menyedarkan dan mengelakkan masyarakat Islam dari terlibat dan terjerumus dengan perkara-perkara yang merosakkan aqidah terutamanya dari tukang-tukang sihir, bomoh, pawang, dukun dan golongan yang sesat.

Kaedah Penyembuhan Holistik Islamiah yang diamalkan dan diusahakan oleh mereka bukanlah bermaksud untuk mengambil alih tugas dan peranan yang sedang dilaksanakan oleh para doktor di hospital-hospital dan klinik-klinik.

Tidak dapat dinafikan bahawa perubatan Allopati (Perubatan Moden) merupakan suatu pilihan utama masyarakat sebagai ikhtiar penyembuhan penyakit. Perubatan Allopati banyak bergantung kepada ubat-ubatan berasaskan dadah dan bahan kimia, teknologi pengesanan dan pembedahan yang serba canggih. Namun, terdapat banyak jenis penyakit dan masalah yang masih belum dapat disembuhkan oleh Perubatan Moden.

Pusat Rawatan Al-Qayyum
Rawatan di rumah pesakit- Bacaan wirid dan doa

Keistimewaan Pusat Rawatan Al-Qayyum
Mesti anda tertanya-tanya apa yang istimewanya Pusat Rawatan Al-Qayyum ni kan? Saya kongsikan sedikit tentang keistimewaan Pusat Rawatan Al-Qayyum ni:-

1)Ianya Berlandaskan Syariat Islam. Insyallah semua jenis kaedah rawatan yang dilakukan di sini adalah mengikut syariat Islam. Pada saya ini merupakan perkara utama yang perlu dititik beratkan sebelum anda menggunakan kaedah perubatan Islam. Ini kerana terdapat banyak perubatan yang kononnya Islamik tetapi mengandungi unsur-unsur syirik kepada Allah SWT dan tidak bertepatan dengan hukum syarak. Disini ianya menggabungkan khasit dan fadilat ayat suci Al-Quran, Sunnah, zikrullah, Asma'ul Husna serta doa-doa mutajab yang diyakini.

2)Rawatan Utama- Melalui Kaedah Penyembuhan Holistik Islamiah yang digunakan, para pesakit akan dirawat secara khusus yang mana kaedah rawatannya ini boleh menjadi rawatan utama atau pun rawatan sokongan kepada perubatan moden. Kaedah rawatan yang boleh mempercepatkan proses penyembuhan dan mengurangkan rasa sakit yang tidak dapat dilakukan oleh perubatan moden InsyAllah. Mereka menggabungkan kaedah perubatan Islam, tradisional, alternatif, komplimentari dan Suplimentari.

3) Rawatan Eksklusif dan Terjaga- Di sini mereka amat menjaga priversi setiap pesakit yang melakukan rawatan. Setiap pesakit yang datang akan diberikan layanan yang sempurna mengikut kesesuainya.Rawatan akan dilakukan di ruangan solat dan segala maklumat pesakit akan dilindugi bagi menjaga keselesaan dan menjaga maruah pesakit dan waris yang terlibat.

4) Suasana Selesa dan Kondusif-  Konsep rekabentuk dalaman (interior design) yang berkonsepkan Surau, Spa dan Klinik. Kemudahan tempat bersolat turut disediakan. Konsep gabungan ini amatlah disukai oleh para Pesakit yang datang kerana ianya sesuatu yang berbeza lain dari pusat perubatan Islam yang lain.

Lokasi Pusat Rawatan Al-Qayyum
Lokasi Pusat Rawatan Al-Qayyum

Bagaimana Hendak Mendapatkan Rawatan Atau Pertanyaan Dari Pusat Rawatan Al-Qayyum?
Sekiaranya anda berada disekitar Lembah Klang anda boleh terus pergi ke Pusat Rawatan Al-Qayyum atau pun anda boleh menghubungi mereka melalui cara-cara berikut:-

Alamat Pusat Rawatan Al-Qayyum

PUSAT RAWATAN AL-QAYYUM TM 
B3-1-K10, Ground Floor, Sri Meranti Apartment 
Bandar Sri Damansara, 52200 KUALA LUMPUR.

Email : alqayyum.holistic@gmail.com

Sekiranya anda ingin membuat Tempahan Rawatan, anda boleh manghantar SMS atau WhatsApp dengan cara berikut:-
TAIP SMS / WHATSAPP TEMPAH [nama], [lokasi anda], [penyakit/masalah],[tarikh temujanji], [masa temujanji]
Contoh: TEMPAH siti rohani, bangi, gangguan jin, 14 Okt 2014, 8 pm
HANTAR KE 017 243 6434 [Mu'alij Azlan Osman]
*TEMPAHAN SESI RAWATAN ANDA akan DISAHKAN seberapa segera.

Pertanyaan Segera: -
Sila hubungi KAUNSELOR RAWATAN anda antara jam 9:00 am - 5:00 pm, Isnin - Jumaat/ Rehat: 12:30 pm - 2:00 pm
017 243 6438 (Mu'alij Amirul Hasan)
017 243 6434 (Mu'alij Azlan Osman)
Sekiranya anda mempunyai apa-apa kemusykilan tentang kaedah atau persoalan yang ingin diajukan, anda boleh bertanya terus dari mereka. Anda boleh menghubungi Pusat Rawatan Al-Qayyum atau boleh menggunakan kaedah jaringan sosial di atas bagi memudahkan setiap pertanyaan anda terjawap dengan sempurna.

Ingin berubatan dengan kaedah Islam, Ingat Pusat Rawatan Al-Qayyum.

p/s: Mereka juga ada menyediakan "Kaedah Rawatan Jarak Jauh"- Peluang ini boleh dimanfaatkan oleh anda yang berada di luar dari Lembah Klang bagi mendapatkan rawatan .

“Dan kami turunkan dengan beransur-ansur dari Al-Quran ayat-ayat suci yang menjadi UBAT PENAWAR dan RAHMAT bagi ORANG YANG BERIMAN kepadanya.” (Al-Isro’: 82) 
Wallahulam.

No comments:

Post a Comment