Monday, September 22, 2014

Rezeki Baru Dua Bulan Baby Scha-Awal Dah Ditawar ‘Job’

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Rezeki Baru Dua Bulan Baby Scha-Awal Dah Ditawar ‘Job’. Rasa menarik cerita ini nak dikongsi. Kisah ibu bapa baru yang juga artis di Malaysia yang saya rasa bebas dari segala gosip-gosip yang tidak sedap didengar. Bukan kata kerja artis tak baik. Cuma sebab mereka selalu menjadi terikan media dan dikenali ramai. Sebab tu bila artis buat itu dan ini semuanya dihebohkan. Tak tahu jika berita tersebut baik atau tidak.  Sebagai orang biasa, kita kena selidiki juga. Jangan nanti kita pun boleh dapat saham yang sama dengan yang lain-lain.

Baiklah, cerita tentang Rezeki Baru Dua Bulan Baby Scha-Awal Dah Ditawar ‘Job’. Ini anda boleh baca sendiri kat bawah ni. Comel tengok Babylaraalana Scha dan Awal ini. Macam ibu dan ayahnya juga.

"Semalam, genap dua bulan usia Lara Alana Ahmad Awaluddin atau lebih ‘dikenali’ sebagai Baby Lara di kalangan peminat ibu dan bapanya, pasangan selebriti terkenal, Scha Al-Yahya dan Awal Ashaari.

Dalam usia semuda itu, Baby Lara rupa-rupanya sudah mendapat tawaran untuk muncul dalam beberapa buah iklan.

Instagram‘Babylaraalana’
Instagram‘Babylaraalana’
“Sebenarnya, semenjak Baby Lara masih dalam perut lagi, sudah ada yang bertanya dan menawarkan job untuk Lara,” kata Awal.

Bagaimanapun, Awal dan Scha masih belum membuat sebarang keputusan kerana memikirkan Baby Lara masih terlalu muda untuk ‘bekerja’.

“Tengoklah macamana di masa-masa akan datang. Tapi sekiranya kami menerima offer itu suatu hari nanti, kami harap jangan ada yang salah sangka dan membuat tanggapan negatif.

“Mungkin sudah rezeki Lara. Jika sampai masanya kami terima tawaran itu nanti, wang bayaran yang akan diterima oleh Lara akan kami simpan dalam akaun Lara sendiri.

“Ia untuk kegunaan Lara apabila dia besar nanti,” ujar Awal semasa ditemui di pertunjukan fesyen koleksi musim luruh dan dingin 2014 untuk jenama ECCO di The Bee, Publika, Kuala Lumpur.

Awal dan Scha diundang sebagai tetamu khas di majlis produk kasut dan beg kulit dari Scandinavia itu.

Bercerita tentang Baby Lara yang dilahirkan pada 22 Julai lalu, Awal akui bahawa dalam usia semuda ini, anaknya sudah mempunyai peminat.

“Apabila saya atau Scha memuat naik gambar Lara di Instagram kami, jumlah yang ‘like’ mencecah daripada 40,000 sehingga 50,000 orang.

“Mungkin baby kami pun ada kekuatannya sendiri,” cerita Awal yang baru pulang daripada membawa isteri dan anaknya bercuti di Perth, Australia.

Menyedari hakikat bahawa peminat mereka juga mahu mengikuti perkembangan semasa Baby Lara, maka Awal dan Scha telah ‘membuka’ Instagram khas untuk Baby Lara.

Kini, si comel yang juga sudah bergelar selebriti cilik ini sudah memiliki Instagramnya sendiri yang menggunakan nama ‘Babylaraalana’. Setakat ini (ketika berita ini ditulis), jumlah pengikutnya sudah mencecah seramai 393 orang.Sumber

Jika anda nak tengok Instagramnya.. Anda boleh search kat Instagram dan taip " Babylaraalana ". Insyallah boleh jumpa nanti.

No comments:

Post a Comment