Google Ucap Selamat Hari Lahir!!. Macam teruja aje nak tulis cerita ni. Tak ada apa sebenarnya, saje nak bagitahu dan mungkin anda semua pun pernah dapat semua ni. 26/09 hari lahir PMDR. Ramai yang ucap selamat hari lahir kat saya termasuk pakcik google. Macam mana google boleh tahu yea?Mungkin sebab masa nak daftar google ari tu masukkan tarik lahir. Jadi sebagai menghargai jasa saya guna perkhidmatan google. Mereka pun wishlah ucapan hari lahir ni kat saya. Terima kasih pakcik google yang budiman.
Google Ucap Selamat Hari Lahir!! |
Kadang-kadang ada tempat kerja yang buat sambutan hari lahir bulanan untuk staf mereka. Saya pernah dapat hadiah dan makan-makan kek sempena sambuta hari lahir saya. Mereka buat macam ni, mesti kita akan lagi bersemangat nak buat kerja kan.
Baiklah. nak buat makan-makan sikit sempena hari jadi saya. Sebenarnya bila umur semakin meningkat ini ada tandanya juga. Umur kita bertambah apa yang kita nampak. Tetapi hakikatnya kita semakin dekat dengan kematian kan? Masa kita berada di dalam dunia ni semakin pendek. Tak tahu bila Allah SWT nak jemput kita untk berjumpa denganNYA. Semoga kita semua sentiasa ingat tentang kematian kita juga. Sebab apa, Nabi SAW pun ada bersabda yang "orang yag cerdik, adalah orang yang sentiasa ingatkan mati dan membuat persedian untuk mati" . Jadi sentiasalah juga kita meningkatkan amal ibadat kita kepada Allah SWT. Semoga Allah SWT merahmati kita semua. Hari minggu nanti jika tak ada aktiviti apa-apa kawan-kawan boleh buat kerja di rumah. Insyallah boleh tambah pendapatan sampingan kita.
Terima kasih semua di atas persahabatan bersama saya dan PMDR selama ini. JazakAllah.
No comments:
Post a Comment