Wednesday, December 26, 2012

Bloglist Pokok Manggis Depan Rumah

Assalamualaikum.

Alhamdulillah hari ini dapat juga saya masukan senarai Bloglist Pokok Manggis Depan Rumah blog ini. Maaf kerana lambat update SEGMEN BLOGLIST POKOK MANGGIS DEPAN RUMAH. Terlebih dahulu saya mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang sudi menyertai segmen ini.

Bloglist Pokok Manggis Depan Rumah, pokok2u
Bloglist Pokok Manggis Depan Rumah 

Hampir 40 Bloglist Pokok Manggis Depan Rumah yang saya telah masukan ke dalam senarai Bloglist Pokok Manggis Depan Rumah. Penyertaan dari kawan-kawan amat menggalakan, terima kasih saya ucapkan. Kepada yang tidak berjaya mungkin dapat melihat kembali segmen yang dibuat. Maaf sekiranya saya ada tertinggal atau dengan sengaja saya tidak masukan mereka ini didalam senarai Bloglist Pokok Manggis Depan Rumah. Mungkin kita dapat melihat sendiri kesungguhan mereka untuk menyertai segmen ini.

Maaf dengan gambar yang saya tidak dapat print screen sepenuhnya, anda boleh melihat ke semua senarai Bloglist Pokok Manggis Depan Rumah yang terdapat pada ruangan Bloglist Pokok2u didalam blog saya pada bahagian sisi kanan.

Bloglist Pokok Manggis Depan Rumah, pokok2u, segmen
Bloglist Pokok Manggis Depan Rumah 

Selepas ini mudah untuk saya nak jalan-jalan ke blog kawan-kawan. Sekiranya  kawan-kawan memasukan blog saya di dalam ruangan bloglist  kawan-kawan. Sila tinggalkan komen di sini. Insyallah nanti saya akan memasukan blog kawan-kawan didalam Bloglist Pokok2u. Terima kasih. :-)



Saturday, December 22, 2012

POKOK GHARQAD - pokok yahudi

Assalamualaikum.
Selamat berhujung minggu. Harapan saya kita semua sentiasa sihat berada di dalam keadaan aman dan sejahtera. Hari ini saya nak berkongsi cerita tantang Pokok Gharqad atau lebih di kenali sebagai pokok yahudi.

pokok gharqad,pokok yahudi, gharqad,
POKOK GHARQAD - pokok yahudi

Nabi S.A.W. bersabda dalam sebuah hadis sahih yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari, Muslim dan al-Tirmidhi bermaksud: " Tidak akan berlaku kiamat sehinggalah akan berlaku peperangan di antara orang Islam dan Yahudi, maka pada waktu itu (tentera) Yahudi akan dibunuh oleh (tentera) Islam, sehingga apabila orang Yahudi berselindung di sebalik batu dan pokok, lalu batu dan pokok itu akan bersuara dengan katanya: 'wahai muslim, wahai hamba Allah, di belakangku ini ada Yahudi, marilah bunuhnya', kecuali POKOK GHARQAD (yang tidak bersuara), kerana sesungguhnya ia merupakan pokok Yahudi

" Hadis ini menceritakan tentang peristiwa akhir zaman iaitu waktu hampir kiamat. Pada waktu ini tentera Yahudi yang dipimpin oleh Dajjal akan berperang dengan orang Islam. Dalam peperangan ini, orang Islam akan dapat membunuh dan menewaskan orang Yahudi sehinggakan apabila mereka berselindung di sebalik mana-mana batu dan pokok untuk menyelamatkan diri, maka dengan izin Allah pokok dan batu akan memberitahu tentera Islam tentang Yahudi yang berlindung di sebaliknya. Akan tetapi satu pohon yang tetap berdiam diri dan akan bersekongkol dengan Yahudi iaitu pohon yang bernama Gharqad.

POKOK GHARQAD

Orang yahudi pada waktu ini sedang giat menanam pokok Gharqad secara berleluasa di Negara Haram Israel sebagai suatu persediaan menghadapi tentera Islam pada akhir zaman. Ini juga bermakna bahawa orang Yahudi sebenarnya memang tahu dan sedar tentang kebenaran Islam dan kebenaran hadis Nabi S.A.W. Keegoaan dan sikap bongkak mereka menyebabkan mereka tidak menerima ajaran Islam, sebaliknya terus berusaha memerangi umat Islam dari semasa ke semasa.

Ramai juga yang bertanya tentang bagaimanakah pokok Gharqad. Ada yang menyatakan bahawa ia pokok Krismas, dan ada pula yang menyatakan bahawa ia pokok ru, pokok kaktus dan sebagainya. Moga gambar pokok Gharqad yang dipapar di atas dapat menyelesaikan kekeliruan tentang gambaran pokok Gharqad. Dan yang pastinya pokok Gharqad tidak sesuai dengan iklim di Malaysia dan ia tidak tumbuh di tempat kita. Wallahu'alam.

Sumber

Wednesday, December 19, 2012

Wordless Wednesday - Adab Masuk Surau dan Masjid

Assalamualikum.

Wordless Wednesday hari ini saya nak berkongsi tentang adab masuk ke Surau atau Masjid. Semoga kita dapat manjaga adab kita semasa berada di dalam surau dan masjid.

Adab Masuk Surau,
Adab Masuk Surau

Maaf belum sempat nak update Segmen bloglist Pokok Manggis Depan Rumah lagi. Insyallah saya akan update dalam masa yang terdekat ini. Terima kasih kepada yang menyertai segmen ini.


Friday, December 14, 2012

SEGMEN BLOGLIST POKOK MANGGIS DEPAN RUMAH

Assalamualaikum.

Alhamdulillah.Saya sebagai penulis Blog Pokok Manggis Depan Rumah ingin menganjurkan SEGMEN BLOGLIST POKOK MANGGIS DEPAN RUMAH buat PERTAMA kalinya.

Dengan rasa rendah diri saya ingin menjemput kawan-kawan di alam maya menyertai segmen saya. Seperti kawan-kawan sedia maklum, blog saya TIDAK mempunyai bloglist lagi. Semoga dengan penyertaan kawan-kawan memudahkan saya meletakkan senarai bloglist pada blog saya.

Kepada kawan-kawan yang berminat blog kawan-kawan di letakkan di dalam senarai bloglist saya boleh menyertai segmen ini.

Sedikit syarat saya letakkan :-

Segmen, Bloglist, Pokok Manggis Depan Rumah, pokok, pokok2u,

1. TEMPEK BANNER DIATAS DALAM ENTRI KAWAN-KAWAN YANG BERTAJUK "SEGMEN BLOGLIST POKOK MANGGIS DEPAN RUMAH".
2. MESTI LAH FOLLOWER BLOG INI,
3. MEMPUNYAI BLOG.
4. MESTI LINKKAN  PENYERTAAN KAWAN-KAWAN KE BLOG INI.
5. HANYA LETAKKAN LINK PENYERTAAN KAWAN-KAWAN DI ENTRI INI SAHAJA.
6. LIKE KAT FB LAGI BAIK.TAK LIKE PUN TAK APA ;-)

TERIKH TUTUP PENYERTAAN ADALAH PADA 15 DEC 2012.

TERIMA KASIH saya dahulukan kepada kawan-kawan yang sudi menyertai segmen ini.

P/S:  Hanya komen yang tidak berkaitan akan di delete. Terima kasih kawan-kawan.


Thursday, December 13, 2012

Bonus Hari Jadi Celcom Bagi


Assalamualaikum.

Alhamdulillah, saya dapat Bonus Hari Jadi percuma daripada Celcom. Sebenarnya setiap tahun bila sampai tarikh hari jadi, Celcom akan hantar mesej pengesahan untuk bagitahu bahawa celcom akan bagi Bonus Hari Jadi Celcom. Terima Kasih en.Celcom yea. Jasamu dikenang.  Sebelum ini dapat bonus banyak guna celcom yang INI.

Sebelum sampai hari jadi kita, Celcom akan hantar mesej macam ini lebih kurangnya.

"Selamat Hari Jadi!Nikmati 7 hari PERCUMA panggilan/SMS ke no Teman 20. Cuma jawap BDAY YA sebelum tarikh lahir anda.Pastikan akaun anda aktif & Teman 20 telah diaktifkan."

Saya pun balas " BDAY YA ". Risau lambat-lambat balas takut tak dapat.

Lepas itu Celcom akan hantar mesej ini lepas saya balas.

"Bonus Hari Jadi: Terima Kasih! Nantikan ganjaran 7 hari PERCUMA panggilan/SMS ke nombor Teman 20 setelah anda menerima mesej bonus pada hari jadi anda"

Bonos Hari Jadi Celcom,celcom,
Celcom
Mesej ini biasa dihantar seminggu sebelum hari jadi saya. Jadi bila tiba tarikh tersebut, bonus celcom tersebut akan diberikan kepada pengguna.Jadi dalam tempoh satu minggu ini,dapat saya buat panggilan dan mesej ke no celcom yang telah saya daftar dalam Teman 20 saya. 24 jam boleh buat panggilan tak payah letak pun tak apa phone kalau larat nak bercakap lama-lama.

Dah lama saya guna Celcom setiap kali tiba hari jadi, bonus hari jadi dari Celcom antara yang ditunggu-tunggu. Terima kasih kasih celcom bagi bonus hari jadi kepada saya.

Sunday, December 9, 2012

Orang Jepun Sangat Tepati Masa

Assalamualaikum.

Apa khabar kawan-kawan. Maaf lama tak update blog Pokok Manggis Depan Rumah. Saya cuti panjang selepas saya masukkan SEGMEN BLOGLIST POKOK MANGGIS DEPAN RUMAH. Masa cuti sempat tengok sekejap-sekejap sahaja blog pokok2u. Hari ini rasa nak mula menulis balik.Hari ini nak bercerita sedikit tentang sikap Orang Jepun Sangat Tepati Masa.

masa
Masa itu emas
nuffnag, Orang Jepun Sangat Tepati Masa,
Keywords nuffnang
Buka nuffnang  rasa tertarik dengan keywords yang masuk ke blog saya hari ini. Keywords tersebut Orang Jepun Sangat Tepati Masa. Menarik keywords nuffnang yang masuk hari ini. Rasanya keywords ini masuk sebab ada yang buat carian  untuk kehebatan orang dari negeri matahari terbit ini yang menepati masa apabila berjanji . Rasanya sebab ada yang google dan jumpa keywords ini.

masa, tepati masa seperti orang jepun,
Orang Jepun Sangat Tepati Masa
Saya masih ingat lagi kisah kawan yang belajar di Jepun bercerita tentang sikap orang Jepun yang sangat menjaga  dan menepati masa. Dia cerita, orang Jepun sangat serius tentang masa contohnya jika kita berjanji dengan dia ingin berjumpa jam 3 petang. Tetapi kita pergi jumpa dia jam 3.02 petang. Jika dia dah tak ada di tempat yang kita janjikan, dan mereka pergi atau balik dari temujanji tersebut. perasaan mereka,mereka dah tak salah. kerana kita dah lewat dan tidak menepati masa dan lepas mereka kene macam itu,agak sukar untuk kita mendapat peluang kedua untuk kita buat temujanji dengan mereka. Tegas betul mereka dengan masa,sebabnya masa tersebut mereka datang dan kita tak ada pada masa yang dijanjikan.

Kita selalu dengar dengan kata-kata masa itu emas. Bagi orang Jepun masa amat berharga dan boleh setanding dengan emas. Dalam Islam pun ada surah khusus tentang masa kan. Surah Al-Asr

   "Demi masa, sesungguhnya manusia berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman & mengerjakan kebaikan serta saling berpesan (menasihati) untuk kebenaran & saling menasihati dengan kesabaran." [Al-Asr (103): 1-3]

Saya rasa  ramai di antara kita yang suka menangguh-nangguhkan kerja. Ramai juga yang gagal memilih dan mengutamakan apa yang utama di dalam hidup, sebab itu terjadi kadang-kadang yang dikejar tak dapat yang dikendong berciciran.

Memetik kata-kata Imam Nawawi. Terdapat dua nikmat yang selalu dilupakan oleh kita iaitu masa lapang dan sihat, kerana ia manusia selalu lapang dan sihat berbanding terlalu sibuk dan sakit. Namun, mungkin kerana terlalu banyak masa lapang & sihat itulah yang menyebabkan kita menjadi kurang bersyukur serta beralih fokus ke arah duniawi. Kita "bermewah-mewahan" dengan masa lapang dan masa sihat yang ada dalam diri kita.Bila masa dah nak nyawa-nyawa ikan baru kita sibuk dengan kerja yang nak disiapkan dan yang nak dihantar.

Kita kena berubah untuk mendisplinkan diri kita dengan masa yang kita ada 24jam sehari-hari.Agar masa kita tidak dibazirkan dan dipersolakan pada hari akhirat nanti. Peringataan ini untuk diri sendiri juga yang banyak juga terbabas dengan masa. Semoga Allah memberi taufik kepada kita untuk belajar menghargai dan menepati masa.
Masa, lima persoalan diakhirat,
Lima Persoalan
PS:- Terima kasih kepada yang menyertai segmen blog saya. Kepada yang belum  saya mempersilakan menyertainya. Nanti sampai masa saya update senarai blog yang berjaya. Terima kasih kawan-kawan.

Monday, November 12, 2012

SMS Tipu: Shell Nak Bagi Duit Free

Assalamualaikum.

Minggu lepas saya dapat sms pelik masa kerja. Terkejut juga Shell nak bagi duit free. Bila baca rasa nak tergelak juga. Yea la, tiba-tiba aje saya akan dapat duit free macam ini. Rupa-rupanya SMS Tipu Shell  nak bagi duit free.

" RM.0 Promotion's Tahniah sim kad Anda tlh meraih HADIAH PERCUMA "RM 19,000.00"dr SHELL HELIX No pin 552299 Sila Call di Talian SHELL SDN BHD 0128161645 TQ "

Ini no orang yang hantar sms (014-8747361). Saya tunjuk kat kawan dalam office. Kawan saya  cakap untung la sambil gelak-gelak. Rupanya tak cukup lagi geng-geng tipu orang dengan aktiviti penipuan macam ini. Jika nak diikutkan, cerita SMS tipu ini dah lama ada. Media massa pun ada cerita tentang sms tipu. Tapi masih geng-geng menipu meneruskan aktiviti mereka. Saya dah tahu sms tersebut tipu, cuma di sini nak berkongsi maklumat,takut kawan-kawan pun kena macam ini juga.

Jika ada pihak yang berwajib nak tangkap mamat/minah ini, dipersilakan telefon dua no di atas. Tangkap aje orang-orang macam ini. Hidup pun nak susahkan orang. Letak dalam penjara lagi baik daripada menipu orang ramai.
SMS Tipu,Shell,Nak Bagi Duit Free, Shell tipu,
SMS Tipu
Pernah beberapa tahun lepas, saya dapat SMS tipu macam ini juga.Tapi SMS tipu tersebut atas nama Astro konon-konon. Sama juga cara dia orang buat, hantar SMS tipu lepas tu suruh orang call. Masa yang Astro tu saya call mamat tu. Dia minta no akaun bank,lepas tu tanya,bank yang saya bagi no akaun tersebut ada kad atau tak ada kad untuk pengeluaran duit.Saya sebenarnya dah tahu,jadi saya cakap bank tak ada kad. Terus dia jawap maaf yea, kami (orang yang menipu tu) tak boleh bagi duit sebab saya tak ada kad bank.Lawak aje kan.

Jika difikirkan, tak kan  syarikat yang besar macam Astro tak boleh call terus pelanggan jika nak bagi hadiah ker apa-apa yang macam ini. Ini tidak,hantar sms aje.itu pun pakai no hp..hahaha.. lawak-lawak. Mereka ingat kita yang mereka nak tipu tak sekolah macam mereka juga. Masa saya call,mamat yang jawap call cakap ada lorat Indonesia. Bukan saya nak cakap mereka tak baik.Ramai orang-orang Indonesia yang baik-baik cuma yang ini seorang yang tak berapa baik. Moga-moga dia insaf dan diberikan hidayat AMIN.

Kadang-kadang terfikir juga,kenapa manusia sanggup buat macam-macam yea.Tak rasa kasihan kat orang ker? Tak takut kat Allah ker mereka ini? Berusaha la sedikit dengan tubuh badan dan nikmat yang Allah bagi. Allah lagi suka orang yang berdikari mencari rezeki daripada orang yang meminta-minta dengan manusia. Tapi kes ini lagi parah. Menipu orang untuk mendapatkan duit. Macam-macam dunia sekarang. Dunia dah nak akhir zaman.

Jika berlaku kes-kes seperti ini, di mana kita nak buat aduan yea? Sekurang-kurangnya no hp mereka dah tak boleh digunakan lagi jika no mereka disekat, atau pun pihak berwajib boleh cari mereka ini melalui no hp mereka. Kawan-kawan tahu tak?

Saturday, November 10, 2012

Hakikat Perkahwinan Sebenar


Ada banyak alasan manusia dalam melihat sudut perkahwinan , hakikat yang manakah paling membahagiakan?

Cuba kita lihat dan manakah pilihan kita???

1. Jika hakikat perkahwinan adalah kerana SEKS, maka pasangan akan kerap bertengkar jika layanan di bilik tidur tidak memuaskan.

2. Jika hakikat perkahwinan adalah kerana HARTA, maka pasangan bakal bercerai jika bangkrap.

3. Jika hakikat perkahwinan adalah kerana KECANTIKAN, pasangan bakal lari jika rambut mula beruban dan muka kerepot atau badan jadi gemuk.

Perkahwinan,Isteri,Suami,Keluarga, tips perkahwinan
Perkahwinan 
4. Jika hakikat perkahwinan adalah kerana ZURIAT, maka pasangan akan cari alasan untuk pergi jika pasangan tidak dapat memberi anak.

5. Jika hakikat perkahwinan adalah kerana KEPERIBADIAN, pasangan akan lari jika orang berubah tingkah lakunya.

6. Jika hakikat perkahwinan  adalah kerana CINTA, hati manusia itu tidak tetap dan mudah terpikat pada hal-hal yang lebih baik, tambahan pula manusia yang dicintai pasti MATI / PERGI.

7. Jika hakikat perkahwinan adalah kerana IBADAH kepada ALLAH, sesungguhnya ALLAH itu KEKAL dan MAHA PEMBERI HIDUP kepada makhlukNYA. Dan ALLAH mencintai hambaNYA melebihi seorang ibu mencintai bayinya . Maka tak ada alasan apa pun di dunia yang dapat meretakkan rumah tangga kecuali jika pasangan menderhakai ALLAH.

Friday, November 9, 2012

Nuffnang Error

Assalamualaikum.

Malam ni saya buka Nuffnang saya, saja nak buka tengok takut-takut ada peningkatan dalam earnings saya. Bila buka page ni


Lepas tu masukkan email dan password.


Saya tak dapat masuk dalalm page biasa yang saya dan kita yang join Nuffnang ni. Balik-balik Nuffnang  keluar error. 
Nuffnang Error
Saya tak pasti saya seorang sahaja yang mengalami masalah ni, atau rakan-rakan Nuffnang pun mengalami masalah yang sama juga. Saya harapkan masalah ini dapat di atasi dengan sebaiknya. Nuffnang  hebat untuk selesaikan masalah sebegini. Masalah database error yang dihadapi ini mungkin disebabkan sedikit kesilapan teknikel. Semoga masalah ni dapat di selesaikan. Saya suka Nuffnang :-)
Kawan-kawan pun error macam saya juga atau tidak?




Thursday, November 8, 2012

Petua Lahir Anak Soleh

Assalamualaikum..
Selamat Hari Jumaat kawan-kawan. Hari ni saya nak berkongsi info Petua Lahir Anak Soleh, Semoga ianya memberi manfaat kepada kita semua.

Allah SWT berfirman dalam surah ar-Rum ayat 30 yang bermaksud: “(Tetaplah atas) fitrah Allah yang menciptakan manusia menurut fitrah itu. (Hukum-hukum) ciptaan Allah tidak dapat diubah. Itulah agama yang benar. Tapi sebahagian besar manusia tidak mengetahui.”

Dalam sebuah hadis riwayat al-Bukhari daripada Abu Hurairah : “Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud, “setiap anak dilahirkan dalam keadaan fitrah (tidak mempersekutukan Allah) tetapi orang tuanya yang menjadikannya seorang Yahudi atau Nasrani atau Majusi.”

Sebenarnya, setiap manusia yang lahir ke dunia dalam keadaan suci bersih dan yang membentuknya menjadi baik atau buruk adalah kedua ibu bapanya sama ada secara langsung atau tidak langsung.

Anak Soleh,Anak Solehah, Baik, Sejuk hati ibu,
Anak soleh
Namun, sebelum mahu membentuk anak menjadi salih, ibu atau bapa hendaklah berusaha menjadi ibu yang salihah dan bapa yang salih.
Justeru, pertama, perlu kita mempertingkatkan ketakwaan kepada Allah SWT agar anak meniru sikap yang kita paparkan. Jangan sekali-kali meninggalkan sembahyang atau apa-apa disyariatkan kita lakukan.

Kedua, banyakkan memohon kepada Allah SWT dengan menggunakan doa yang ma’thur iaitu doa daripada al-Quran atau Hadis.

Antaranya doa terbaik yang dipetik daripada al-Quran iaitu ayat 38 surah ali-Imran : “Rabbi Hab li Min Ladunka Zurriyatan Toiyibatan, innaka sami’ud du’a.” Maksudnya: “Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisi-Mu zuriat keturunan yang baik, sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan.”

Begitu juga surah Ibrahim ayat 40: “Rabbij’alni muqiimas solati wamin zurriyati rabbana wa taqabbal du’a.” Maksudnya: “Wahai Tuhanku Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankan doa permohonan ku.”

Ketiga, suami isteri perlu hindarkan diri daripada sering bertengkar. Ini disebabkan, pertengkaran itu boleh menyebabkan wujud suasana tidak harmoni dalam hubungan suami isteri dan dibimbangi mempengaruhi anak.

Keempat, jauhi daripada melakukan perkara fasik atau maksiat. Apabila ibu atau ayah sukakan perkara maksiat boleh membawa kerosakan besar dalam hubungan suami isteri, begitu juga anak. Berusahalah mewujudkan suasana baik sebagai mana firman-Nya dalam surah ar-Rum ayat 21 yang bermaksud: “Dan antara tanda yang membuktikan kekuasaan-Nya dan rahmat-Nya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki) isteri-isteri daripada jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati (Sakinah) dan hidup mesra dengannya dan dijadikan-Nya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang (mawaddah) dan belas kasihan (rahmah)…”

Kelima, banyakkan membaca al-Quran ketika mengandung. Tidak semestinya membaca ayat pilihan seperti surah Yusuf dan surah Maryam. Sebaik-baiknya, baca sehingga khatam kemudian diulang. Begitu juga apabila anda ingin membesarkan anak, dengarkan anak dengan bacaan al-Quran kerana ia boleh mempengaruhi jiwanya. Dapatkan Panduan untuk mendapatkan Anak Pintar dan Cerdas <<<--disini

WALLAHUALAM

Wednesday, November 7, 2012

Ahli Syurga Dan Ahli Neraka

Assalamualaikum..
Saya nak berkongsi sedikit kisah hari ni.. Semoga ianya menjadi pedoman untuk kita semua.

Ada ketikanya kita tertanya-tanya pada diri sendiri, kenapakah diri ini sering ditimpa kesusahan dan sentiasa diuji..

Bergembiralah wahai teman, kerana Syurga itu memang tersedia untuk mereka yang susah dan berjaya melepasi setiap ujian yang diberi.



Diriwayatkan daripada Usamah bin Zaid r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda:

Ketika aku berdiri di hadapan pintu Syurga ternyata kebanyakan orang yang memasukinya ialah dari kalangan orang-orang miskin.

Aku juga melihat para pembesar sedang ditahan kecuali penghuni Neraka, di mana mereka diarahkan terus pergi ke Neraka.

Ketika aku berdiri di hadapan pintu Neraka ternyata kebanyakan orang yang memasukinya adalah kaum wanita.


Diriwayatkan daripada Harithah bin Wahab r.a katanya: Aku mendengar Nabi s.a.w bersabda:

Inginkah kamu aku beritahu tentang ahli Syurga?

Para Sahabat menjawab: Ya!

Rasulullah s.a.w bersabda: Mereka semua adalah orang yang lemah dan merendah diri, seandainya mereka bersumpah kerana Allah nescaya Allah akan memperkenankannya.

Kemudian baginda bersabda lagi: Inginkah kamu aku beritahu tentang ahli Neraka?

Mereka menjawab: Ya!

Baginda bersabda: Mereka semua adalah orang yang selalu diagung-agungkan dan bermegah-megah serta sombong.

WALLAHUALAM

Tuesday, November 6, 2012

Wordless Wednesday-Mana Yang Banyak?

Assalamualaikum.

Hari ni saya nak berkongsi gambar Wordless Wednesday dengan kawan-kawan. Semoga ianya memberi manfaat kepada kita semua. Nak tahu mana yang kita buka dan baca paling banyak dalam sehari-hari.



Rasa-rasanya yang mana yea kawan-kawan?

Monday, November 5, 2012

Pesanan Rasulullah S.A.W Kepada Wanita

Assalamualaikum...

Sedikit perkongsian hari ni untuk panduan kita semua, Semoga ianya memberi manfaat kepada kita semua..

1. Dunia ini ialah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita (isteri) solehah. (Riwayat Muslim)

2. Wanita yang memakai bau-bauan dan kemudian keluar melintasi lelaki ajnabi dengan niat mahu mereka mencium bau harumnya adalah perempuan zina. Dan setiap mata yang memandang juga adalah zina. (Riwayat Ahmad, Thabarani dan Hakim)

3. Wanita di kahwini kerana empat perkara iaitu hartanya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Maka carilah yang kuat beragama. Nescaya kamu beruntung.

Wanita

4. Apabila wanita sembahyang lima waktu, berpuasa sebulan di bulan Ramadhan, memelihara kehormatan serta taat pada suami, maka masuklah di mana mana pintu syurga yang dia kehendaki. (Riwayat dari Ahmad Ibnu Hibban, Thabarani, Anas bin Malik).

5. Perempuan yang melabuhkan pakaian dalam keadaan berhias bukan untuk suami dan muhrimnya adalah seumpama gelap gelita di hari kiamat. Tiada nur baginya. (Riwayat Tarmizi)

6. Apabila seorang wanita lari dari rumah suaminya, tidak terima sembahyangnya sehingga dia kembali dan menghulurkan tangan kepada suaminya memohon maaf. (Riwayat dari Hassan)

7. Wanita yang taat kepada suami, semua burung burung di udara, ikan di air, malaikat di langit, matahari dan bulan beristighfar baginya selama dia masih taat kepada suaminya dan diredainya (serta menjaga sembahyang dan puasanya).

8. Dari Muaz bin Jabal R.A. bersabda Rasulullah SAW : Mana-mana wanita yang berdiri di atas kakinya membakar roti untuk suaminya hingga muka dan tangannya kepanasan oleh api, maka di haramkan muka dan tangannnya dari bakaran api neraka.

9. Setiap wanita yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah S.W.T memasukkanya dalam syurga terlebih dahulu daripada suaminya (sepuluh ribu tahun) kerana dia memuliakan suaminya di dunia maka mendapat pakaian dan bau bauan syurga untuk turun ke mahligai suaminya dan menghadapnya.

10. Ya Fatimah R.A, jika seseorang wanita meminyakkan rambut suaminya dan janggutnya dan memotong kumisnya dan mengerat kukunya. Memberi minum Allah  S.W.T akan dia sungai syurga, diiringi Allah  S.W.T baginya sakaratul maut dan akan di dapati kubur menjadi sebuah taman dari taman taman syurga serta mencatatkan Allah  S.W.T baginya kelepasan dari neraka dan selamatlah ia melintasi titian Siratul-mustaqim.

WALLAHUALAM

Sunday, November 4, 2012

NIOSH minta AES ditangguh

Kuala Lumpur: Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (NIOSH) mencadangkan penangguhan sementara pelaksanaan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES), sehingga isu yang dibangkitkan pelbagai pihak ditangani dengan berkesan.

Pengerusinya, Tan Sri Lee Lam Thye, berkata kerajaan perlu meneliti AES secara menyeluruh sebelum sistem itu dilaksanakan, termasuk mendapatkan maklum balas masyarakat khususnya pengguna.
Tak perlu terburu-buru

Walaupun AES dianggap sistem yang baik untuk mengurangkan jumlah kematian akibat kemalangan jalan raya raya seperti di beberapa negara Eropah, beliau berkata ia tidak wajar dilaksanakan terburu-buru tanpa mendapat maklum balas dan kajian menyeluruh.

Katanya, pemasangan AES di sebanyak 14 lokasi mengundang rasa tidak puas hati pengguna kerana didakwa dipasang di lokasi tidak sesuai serta bukan lokasi berisiko.

google

Di samping itu, sudah tiba masanya kerajaan mengkaji semula had laju dengan mendapat pandangan pelbagai pihak, termasuk pengeluar kenderaan, pengguna, pakar dan badan bukan kerajaan (NGO) berkaitan.

“Saya kecewa kerana walaupun AES adalah sistem yang baik tetapi disebabkan banyak kontroversi, ia seolah-olah bertujuan menyusahkan dan bukan membantu orang ramai.
Perbetul persepsi

“Pihak berkuasa perlu memperbetulkan persepsi masyarakat terlebih dulu dengan memberikan pendidikan menerusi kempen kesedaran.

“Semua lapisan masyarakat perlu dibabitkan untuk memberi maklum balas, di samping kesedaran dan keyakinan bahawa AES boleh dilaksanakan dengan kerjasama orang ramai supaya kemalangan dapat dikurangkan,” katanya.

Lam Thye berkata, NIOSH menganggap kes kemalangan jalan raya di negara ini sebagai serius kerana saban tahun angka kematian membabitkan golongan pekerja meningkat.

Katanya, mengikut perangkaan, kemalangan membabitkan pekerja yang berulang alik ke tempat kerja meningkat daripada 17,170 pada 2001 kepada 24,809 kes pada 2011.

INFO

- Diperkenalkan pada 23 September lalu

- 14 lokasi maut di Perak, Selangor, Putrajaya dan Kuala Lumpur

- 63,558 pesalah trafik dikenal pasti memandu melebihi had laju atau melanggar lampu merah dalam fasa pertama.

- Akan diperluaskan di sebanyak 831 lokasi di seluruh negara

Kredit

Saturday, November 3, 2012

Antara Nasihat Empat Khalifah Islam

Assalamualaikum.
Selamat berhujung minggu kawan-kawan. Semoga hujung minggu kita ini terisi dengan aktivitti yang berfaedah kepada diri kita semua. Saya nak berkongsi Nasihat Empat Khalifah Islam. Semoga perkongsian ini bermanfaat kepada kita semua.

Keempat-empat khalifah Islam yang terkenal itu telah meninggalkan wasiat yang sangat berharga untuk kita semua. Marilah sama-sama kita manfaatkan wasiat yang amat berharga dan seterusnya jadikanlah ia sebagai amalan harian kita.

Saidina Abu Bakar R.A. Berkata :

- Orang yang bakhil itu tidak akan terlepas daripada salah satu daripada 4 sifat yang membinasakan, iaitu:

1. Ia akan mati dan hartanya akan diambil oleh warisnya, lalu dibelanjakan bukan pada tempatnya.
2. Hartanya akan diambil secara paksa oleh penguasa yang zalim.
3. Hartanya menjadi rebutan orang-orang jahat dan akan dipergunakan untuk kejahatan pula.
4. Adakalanya harta itu akan dicuri dan dipergunakan secara berfoya-foya pada jalan yang tidak
berguna.

Saidina Umar Al Khattab R.A. berkata :

- Orang yang banyak ketawa itu kurang wibawanya.
- Orang yang suka menghina orang lain, dia juga akan dihina.
- Orang yang menyintai akhirat, dunia pasti menyertainya.
- Barangsiapa menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga.

Nasihat
Saidina Othman Ibnu Affan R.A berkata :

Antara tanda-tanda orang yang bijaksana itu ialah:

- Hatinya selalu berniat suci
- Lidahnya selalu basah dengan zikrullah
- Kedua matanya menangis kerana penyesalan (terhadap dosa)
- Segala perkara dihadapainya dengan sabar dan tabah
- Mengutamakan kehidupan akhirat daripada kehidupan dunia.

Saidina Ali Karramallahu Wajhah R.A berkata :

- Tiada solat yang sempurna tanpa jiwa yang khusyu'.
- Tiada puasa yang sempurna tanpa mencegah diri daripada perbuatan yang sia-sia.
- Tiada kebaikan bagi pembaca Al-Quran tanpa mengambil pangajaran daripadanya.
- Tiada kebaikan bagi orang yang berilmu tanpa memiliki sifat warak (memelihara diri dan hati- hati dari dosa).
- Tiada kebaikan mengambil teman tanpa saling sayang-menyayangi. Nikmat yang paling baik ialah nikmat yang kekal dimiliki.
- Doa yang paling sempurna ialah doa yang dilandasi keikhlasan.
- Barangsiapa yang banyak bicara, maka banyak pula salahnya,siapa yang banyak salahnya, maka hilanglah harga dirinya,siapa yang hilang harga dirinya, bererti dia tidak warak sedangkan orang yang tidak warak itu bererti hatinya mati. "

WALLAHUALAM

Thursday, November 1, 2012

Surah Yasin-Hati AlQuran

Assalamualaikum..

Hari Jumaat dah hari ni. Kejap aje satu minggu. Baru aje rasa Hari Jumaat Raya Haji. Hari ni dah masuk Jumaat balik. Dah akhir zaman. Seminggu rasa sekejap aje. Hari ni saya nak berkongsi tentang Al-Quran,Surah Yasin. Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada kita semua.



RASULULLAH S.A.W. telah bersabda yang bermaksud:
"Bacalah surah Yassin kerana ia mengandungi keberkatan", iaitu:
1. Apabila orang lapar membaca surah Yaasin, ia boleh menjadi kenyang.
2. Jika orang tiada pakaian boleh mendapat pakaian.
3. Jika orang belum berkahwin akan mendapat jodoh.
4. Jika dalam ketakutan boleh hilang perasaan takut.
5. Jika terpenjara akan dibebaskan.
6. Jika musafir membacanya, akan mendapat kesenangan apa yang dilihatnya.
7. Jika tersesat boleh sampai ke tempat yang ditujuinya.
8. Jika dibacakan kepada orang yang telah meninggal dunia, Allah meringankan siksanya.
9. Jika orang yang dahaga membacanya, hilang rasa hausnya.
10. Jika dibacakan kepada orang yang sakit, terhindar daripada penyakitnya.
11. Rasulullah S.A.W bersabda: "Sesungguhnya setiap sesuatu mempunyai hati dan hati al-Quran itu ialah Yassin. Sesiapa membaca surah Yassin, nescaya Allah menuliskan pahalanya seperti pahala membaca al-Quran sebanyak 10 kali.
12. Sabda Rasulullah S.A.W lagi, "Apabila datang ajal orang yang suka membaca surah Yassin pada setiap hari, turunlah beberapa malaikat berbaris bersama Malaikat Maut. Mereka berdoa dan meminta dosanya diampunkan Allah, menyaksikan ketika mayatnya dimandikan dan turut menyembahyangkan jenazahnya".
13. Malaikat Maut tidak mahu memaksa mencabut nyawa orang yang suka membaca Yaasin sehingga datang Malaikat Redwan dari syurga membawa minuman untuknya. Ketika dia meminumnya alangkah nikmat perasaannya dan dimasukkan ke dalam kubur dengan rasa bahagia dan tidak merasa sakit ketika nyawanya diambil.
14. Rasulullah S.A.W bersabda selanjutnya: "Sesiapa bersembahyang sunat dua rakaat pada malam Jumaat, dibaca pada rakaat pertama surah Yaasin dan rakaat kedua Tabaroka. Allah jadikan setiap huruf cahaya di hadapannya pada hari kemudian dan dia akan menerima suratan amalannya di tangan kanan dan diberi kesempatan membela 70 orang daripada ahli rumahnya tetapi sesiapa yang meragui keterangan ini, dia adalah orang-orang yang munafik.

WALLAHUALAM

Wednesday, October 31, 2012

Macam Mana Nak Jawap di Sana

Assalamualaikum.
Saya nak berkongsi tentang solat hari ni. Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada kita semua. 


-Bukan susah pun nak solat kan. Orang macam ini pun bersolat. Macam mana orang yang bukan macam ni nak jawap kat akhirat jika mereka tak bersolat.

Daripada Abdullah bin Umar, bahawa pada suatu hari Rasulullah S.A.W menyebut tentang solat fardu dan baginda bersabda yang bermaksud: "Sesiapa yang menjaga solat, maka baginya cahaya, petunjuk dan pertolongan pada hari akhirat. Sesiapa yang tidak menjaga solatnya, maka tiadalah baginya cahaya, petunjuk atau pun pertolongan dan pada hari akhirat dia akan bersama dengan Qarun, Firaun, Haman dan Ubai bin Halaf." (HR. Ahmad)


Tuesday, October 30, 2012

Wordless Wednesday-Empat Persoalan Yang Perlu di Jawap

Assalamualaikum.
Hari ni tak ada yang nak di ceritakan sangat, Saya nak kongsi Wordless Wednesday ni dengan kawan-kawan. sebagai renungan untuk kita bersama.


Rasulullah S.A.W bersabda: Sekali-kali tidak akan berganjak kedua kaki seorang hamba pada Hari Kiamat nanti sehingga ditanya tentang empat perkara:
1. Tentang umurnya, kemana dia habiskan ?
2. Tentang masa mudanya, kemana dia pergunakan ?
3. Tentang hartanya, dari mana ia dapat dan kemana ia belanjakan ?
4. Tentang ilmunya, apa yang dia lakukan dengan ilmu tersebut ?
  (HR Al-Bazzar dan Al-Tabarany dengan sanad sahih)

WALLAHUALAM


Monday, October 29, 2012

Rahmat Allah S.W.T


Assalamualaikum.

Hari ni saya nak berkongsi tentang besarnya Rahmat Allah S.W.T. kepada kita. Semoga ianya memberi manfaat kepada kita semua.
Pada hari akhirat Allah S.W.T memanggil seorang hambanya serta berfirman Allah S.W.T  ” Hai hamba Ku apakah hal perbuatan kamu di dalam dunia selama hidup mu?” Maka sembah lelaki itu, “Ya Tuhan ku, aku tinggal di sebuah pulau dengan berbuat ibadat kepada engkau selama lima ratus tahun lamanya. Di pulau itu terdapat sepohon pokok delima yang sentiasa berbuah pada tiap-tiap tahun. Maka aku makan delima itu pada setiap hari sebiji dan tiadalah aku memerlukan yang lain lagi melainkan menyebut-nyebut nama mu dan puasa dan sembahyang sehinggalah mati aku dalam keadaan bersujud kepada mu”.


Firman Allah Taala, ” Benar engkau hai hamba ku, sekarang masuklah kamu ke syurga dengan RAHMAT KU”. Sembah lelaki itu pula, “ Ya Tuhan ku tiadalah mahu aku masuk ke syurga dengan rahmat mu, akan tetapi aku masuk ke syurga dengan amalku”. Berfirman pula Allah S.W.T  “Mari aku hisabkan akan dikau hei hamba ku, siapa yang memberi kuat atas mu mengerjakan ibadat selama lima ratus tahun itu di pulau itu? dan siapa pula memberi kuat ke atas engkau berpuasa, sembahyang?”. Sembah lelaki itu ” Ya Tuhan ku engkau jua yang memberi kuat.” Firman Allah S.W.T lagi, ” Siapa yang menumbuhkan pohon delima yang engkau makan buahnya pada setiap hari? Sembah lelaki itu ” Ya Tuhan ku engkau jua.” Firman Allah S.W.T lagi “Siapakah yang mengeluarkan air tawar daripada pulau yang dikelilingi oleh laut yang masin itu untuk engkau minum dan mandi?” Sembah lelaki itu ” Engkau jua ya Tuhan ku.” Firman Allah S.W.T lagi ” Siapa yang memperkenankan doa kamu apabila kamu meminta kepada ku untuk mati dalam keadaan bersujud kepada ku?” Jawab lelaki itu ” Engkau jua ya Tuhan ku”.

Allah Taala menitahkan kepada malaikat membawa segala amalan lelaki itu yang selama lima ratus tahun itu dan diletakkan di atas neraca timbangan. Kemudian Allah S.W.T mengambil cahaya pengelihatan daripada mata lelaki itu dan diletakkan pada daun neraca yang di sebelah lagi.

Maka didapati timbangan daripada cahaya pengelihatan mata lelaki itu lebih berat dari timbangan amalan lelaki itu. Amal soleh yang dilakukan selama lima ratus tahun oleh lelaki itu masih belum mampu mengatasi kurnia Allah S.W.T walau pun hanya salah satu dari kurnianya yakni cahaya pengelihatan.

Maka Allah Taala memerintahkan malaikat membawa lelaki itu ke neraka. Di tengah perjalanan ke neraka lelaki yang soleh tersebut bermohon, ” Ya Allah S.W.T, masukkanlah aku ke syurga mu dengan rahmat mu”. Allah S.W.T berfirman, ” Hai hamba ku masuklah engkau ke syurga dengan Rahmat Ku, engkaulah sebaik-baik hamba.” Maka masuk lah lelaki itu ke syurga dengan kerahmatan Allah S.W.T.

WALLAHUALAM

Wednesday, October 24, 2012

Selamat Hari Raya AidilAdha Kepada Semua

Assalamualaikum.

Dah nak Raya kita kan. Saya selaku pencerita blog Pokok Manggis Depan Rumah ingin mengucapkan Selamat Hari Raya AidilAdha/Haji/Korban kepada semua pembaca blog saya. Masa n3 ni berada disini,saya dah balik kampung. Beraya bersama keluarga tersayang. Esok semua umat Islam di Malaysia akan merayakan Hari Raya Korban ni.

Kepada yang balik kampung dengan memandu, berhati-hati di jalan raya. Saya doakan semoga kita semua selamat pulang ke kampung halaman dengan selamat. Pandulah kenderaan anda dengan berhemah,sopan dan dengan penuh kesabaran.Ingatlah orang tersayang yang sedang menunggu ketibaan kita dengan selamat di kampung. Raya Haji ni dah tak ada sangat yang main mercun. Raya Korban ni kita makan daging aje. Gunakan peluang Hari Raya ini untuk kita bertemu dengan adik beradik,saudara mara,rakan taulan untuk mengeratkan hubungan silaturahim sesama kita.



Kepada yang buat ibadah korban, ikhlas kan diri kita untuk menunaikan ibadah ini, ini kerana Allah hanya menilai tahap keikhlasan kita, Allah tak tengok selain daripada itu. Jangan kita buat ibdah korban dengan rasa nak tunjuk menunjuk dengan jiran tetangga @ saudara mara. Semoga amalan korban kita ini di terima Allah S.W.T.  Selamat Hari Raya, Maaf saya pohon salah silap kita semua di alam maya.

Allah S.W.T.telah berfirman dalam Surah Al-Haj ayat 37 :

Maksudnya: "Daging dan darah binatang korban atau hadiah tidak sekali-kali akan sampai kepada Allah, tetapi yan sampai kepadaNya ialah amal yang ikhlas berdasarkan taqwa dari kamu". 


Saya kongsikan sedikit Fadilat Ibadah Korban:-

Fadhilat dan Kelebihan Berqurban

1. Keampunan.-
Titisan darah qurban yang pertama adalah merupakan pengampunan bagi dosa-dosa yang telah lalu iaitu sebagai penebus dosa yang telah dilakukan.
‘Imran bin Hushain radhiallahu ‘anhushallallahu ‘alaihi wasallam bersabda kepada Sayyidatuna Fatimah radhiallahu ‘anha: meriwayatkan bahawa Rasulullah
Maksudnya: “Wahai Fatimah! Pergilah ke tempat (penyembelihan) qurbanmu dan saksikanlah ia, sesungguhnya titisan darahnya yang pertama itu adalah merupakan pengampunan bagimu di atas dosa-dosamu yang telah lalu.”
(Hadis riwayat al-Hakim)

2. Kebajikan (hasanah) yang dikurniakan kepada orang yang berqurban adalah sebanyak bulu binatang yang diqurbankan.
Zaid bin Arqam radhiallahu ‘anhu meriwayatkan:
Maksudnya: “Para sahabat Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bertanya: “Wahai Rasulullah! Apakah yang ada pada qurban itu?” Rasulullah menjawab: “Ia adalah sunnah bapa kamu Ibrahim” Mereka berkata: “Apa yang akan kami perolehi darinya wahai Rasulullah?”Rasulullah menjawab: “Bagi setiap helai rambut satu kebajikan” Mereka berkata: “Bagaimana pula dengan bulu wahai Rasulullah?” Rasulullah menjawab: “Bagi setiap helai bulu satu kebajikan.”
(Hadis riwayat Ibnu Majah)

3. Darah qurban yang tumpah ke bumi akan mengambil tempat yang mulia di sisi Allah subhanahu wa ta‘ala.
‘A’isyah radhiallahu ‘anha meriwayatkan bahawa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
Maksudnya: “Tidak ada amalan yang dilakukan oleh anak Adam pada Hari Raya Qurban yang lebih disukai Allah melainkan menumpahkan darah (menyembelih binatang qurban). Sesungguhnya binatang qurban itu akan datang pada Hari Kiamat bersama tanduk, kuku dan bulunya dan Allah memberi pahala ibadah qurban itu sebelum darah binatang qurban itu jatuh ke bumi. Oleh itu, elokkanlah qurban kamu.”
(Hadis riwayat at-Tirmidzi,Ibnu Majah dan Hakim)

4. Akan memperolehi kenderaan atau tunggangan ketika meniti titian al-Sirat al-Mustaqim di akhirat kelak.

Sabda Nabi Muhammad SAW (maksudnya): “Muliakanlah qurban kamu kerana ia menjadi tunggangan kamu di titian pada Hari Qiamat”.

“Tidak akan sampai kepada Allah daging-dagingnya dan tidak pula darah-darahnya. Tetapi akan sampai kepada Allah ialah ketaqwaan dari kamu. Demikianlah dipermudahkannya korban-korban kepada kamu supaya kamu mengagungkan Allah terhadap hidayah-Nya kepada kamu. Dan hendaklah kamu gembirakan orang-orang yang berbuat kebajikan.” (al-Hajj : 36-37)

Ancaman terhadap orang yang mampu melakukan qurban tetapi tidak melaksanakannya.

Daripada Abu Hurairah Radhiallahu ‘anhu katanya, sabda Nabi Sallallahu ‘Alaihi Wasallam:
Maksudnya: “Barangsiapa yang ada kemampuan untuk berqurban tetapi tidak melakukannya, janganlah dia hadir bersama kami di tempat sembahyang kami”.(HR Ahmad dan Ibnu Majah)



Tuesday, October 23, 2012

Dear Awak

Assalamualaikum..



Dear AWAK....
Awak kata awak sanggup jadi Bunga..Matahari.. Bulan... Awan.. Pelangi Dan Lain-lain... Tapi saya TAK MAU semua Tuu... Saya just nak AWAK jadi IMAM saya bolehh??


Monday, October 22, 2012

Kisah Seorang Hamba Dan Seekor Anjing


Diceritakan bahawa pada suatu hari*Abdullah bin Jaafarsedang berpergian. Ketika sampai di sebuah kebun kurma milik seseorang, dia berhenti untuk beristirehat. Didapatinya di situ ada seorang hamba abdi berkulit hitam yang menjaga kebun kurma tersebut. Tiba-tiba hamba abdi itu mengeluarkan bekalnya untuk makan yang berupa tiga potong makanan. Seekor anjing datang menghampirinya dan berpusing-pusing berhampiran si hamba sambil menyalak sebagai tanda ingin merasa makanan itu. Lidahnya pun dihulur-hulurkannya keluar.

Hamba abdi yang peka itu mencampakkan sepotong makanannya ke arah anjing dan dimakannya. Kemudian dicampakkannya pula sepotong lagi dan dimakannya pula. Ternyata anjing itu masih belum mahu lari juga. Maka hamba abdi itu mencampakkan lagi makanannya untuk ketiga kalinya dan dimakannya lagi. Maka habislah semua bekal si hamba kerana diberikan kepada anjing yang datang.

Abdullah bin Jaafar yang melihat perkara itu sangat hairan, kerana si hamba telah memberikan semua makanannya kepada anjing. “Wahai anakku, berapa banyakkah makananmu sehari di tempat ini?” tanya Abdullah bin Jaafar.


“Tiga potong saja yang kesemuanya telah dimakan anjing tadi.” Jawab si hamba.

“Mengapa engkau berikan semua kepada anjing itu? Dan engkau sendiri akan makan apa?” tanya Abdullah.

“Wahai tuan. Tempat ini bukanlah kawasan anjing. Jadi aku yakin dia datang dari tempat yang jauh, sedang bermusafir dan tentu dia sangat lapar. Sedang aku sendiri, biarlah tidak makan hari ini sehingga esok.” jawab si hamba.

Mendengar itu, Abdullah berseru: “Subhanallah. Bagus... bagus. Ternyata hamba itu lebih dermawan daripada saya.”

Kerana rasa terharunya dan merasa kedermawanannya masih dikalahkan oleh seorang hamba hitam, Abdullah bin Jaafar membeli kebun kurma dan hamba abdi itu dari tuannya. Kemudian dia memerdekakan si hamba, dan kebun kurma itu diberikan kepadanya. Setelah itu, dia pergi meninggalkan tempat itu untuk meneruskan perjalanannya.

WALLAHUALAM

Sunday, October 21, 2012

Kisah Pencuri Dan Seorang Abid


Di zaman Nabi Musa `alahi salam ada seorang hamba Allah S.W.T yang kerjanya mencuri. Sudah 40 tahun dia mencuri. Suatu hari, dia terlihat Nabi Musa `alahi salam sedang berjalan. Terlintas di hatinya untuk berjalan bersama Nabi Musa `alahi salam. Katanya; “Kalau aku dapat berjalan bersama Nabi Musa A.S, mudah-mudahan ada juga berkatnya untuk aku.”

Tetapi setelah difikirkannya semula, dia tidak jadi melangsungkan niatnya itu. Dia berkata, “Aku ini pencuri. Manalah layak pencuri macam aku ini berjalan bersama seorang nabi.” Sejurus kemudian, dia terlihat pula seorang abid berlari-lari anak mengejar Nabi Musa `alahi salam dari belakang. Si abid ini telah beribadah secara istiqamah selama 40 tahun dan dikenali orang. Si pencuri itu berkata di dalam hatinya, “Baik aku berjalan bersama si abid ini. Moga-moga ada juga baiknya untuk aku.”

Lantas si pencuri menghampiri si abid dan meminta kebenaran untuk berjalan bersamanya. Apabila ternampak sahaja si pencuri, si abid terkejut dan terus merasa takut. Dia berkata di dalam hatinya, “Celaka aku! Kalau si pencuri ini berjalan bersama aku, takut-takut nanti rosak segala kebaikan dan amalanku.”

Si abid terus berlari laju supaya si pencuri tidak dapat ikut. Si pencuri tadi terus mengikut si abid kerana hendak berjalan bersamanya. Akhirnya kedua-dua mereka sampai serentak kepada Nabi Musa `alahi salam.

Pencuri
Nabi Musa A.S. terus berpaling dan bersabda kepada mereka berdua, “ Aku baru sahaja mendapat wahyu dari Allah S.W.T supaya memberitahu kamu berdua bahawa segala amalan baik dan buruk kamu telah dimansuhkan oleh Allah.” Maka terkejutlah si abid dan si pencuri tadi. Berbahagialah si pencuri kerana segala dosanya mencuri selama 40 tahun telah diampunkan oleh Allah. Celaka dan dukacitalah si abid kerana segala amalan dan ibadahnya selama 40 tahun telah ditolak dan tidak diterima oleh Allah.

Rupa-rupanya si pencuri itu, walaupun kerjanya mencuri, dia tidak suka akan perbuatannya itu. Dia miskin dan tanggungannya banyak. Masyarakat ketika itu sudah rosak dan orang kaya enggan membantu fakir miskin. Dia mencuri kerana terpaksa. Oleh itu, setiap kali dia mencuri, dia amat merasa bersalah dan berdosa. Jiwanya terseksa dan menderita. Selama 40 tahun dia menanggung rasa berdosa itu dan selama itu juga jiwanya parah menanggung derita. Selama 40 tahun hatinya merintih meminta belas kasihan, keampunan dan mengharapkan kasih sayang Tuhan.

Si abid pula, amat yakin ibadahnya mampu menyelamatkannya. Dia yakin ibadahnya akan dapat membeli Syurga. Setiap kali dia beribadah, dia rasa dirinya bertambah baik. Setiap kali dia beribadah, dia rasa dirinya bertambah mulia. Selama 40 tahun si abid ini mendidik hatinya supaya merasa lebih baik dan lebih mulia setiap kali dia membuat ibadah. Hingga dia rasa tidak layak bergaul, inikan pula berjalan bersama orang yang hina dan berdosa. Dia rasa dia hanya layak berjalan bersama para Nabi.

Maha Suci Allah yang mengetahui segala isi hati manusia. Yang tidak melihat akan amalan-amalan lahir tetapi apa yang ada di dalam hati. Yang menilai hamba-Nya mengikut apa yang termampu oleh hamba-Nya dan tidak lebih dari itu. Yang menguji manusia dengan kesusahan dan nikmat untuk mengetahui siapa di kalangan hamba-hamba-Nya yang benar-benar berjiwa hamba dan merasa bahawa Allah itu Tuhannya.

Dari Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah S.A.W. bersabda: ”Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada rupa dan hartamu tetapi Allah melihat kepada hati dan amalmu.” (Riwayat Muslim)

Friday, October 19, 2012

Permainan Galah Panjang

Assalamaulaikum.

Apa khabar kawan-kawan semua, hari ni kita bercuti yea. Teringat dulu masa zaman kanak-kanak, Hari cuti sekolah adalah hari yang paling di tunggu-tunggu, sebab dah tak perlu bangun awal pagi,boleh tidur lama-lama sikit pagi jika tak ada hal yang nak di buatkan dan yang paling best adalah,dapat main puas-puas..hehehe..

 Hari ni saya nak berkongsi satu permainan tradisional yang saya main masa zaman kanak-kanak dulu.Nama permainan ni ialah Galah Panjang. Kalau dalam bahasa Kelantan nya main "Coh". Orang Kelantan tahu kot permainan ni. Permainan Galah Panjang ni dimainkan di atas gelanggang yang dilakar di atas tanah kosong. Permainan ini dimainkan oleh semua golongan masyarakat iaitu golongan kanak-kanak dan golongan dewasa. Ia juga dijadikan sebagai pertunjukan di pesta-pesta kebudayaan dan kadangkala dipertontonkan untuk pelancong.

 Salah seorang dari ahli kumpulan itu akan dilantik sebagai ketua. Tugas ketua kumpulan adalah sebagai mengawasi setiap penyerang yang masuk dan keluar dari gelanggang, iaitu disepanjang garisan permulaan, garisan tengah dan garisan disekeliling gelanggang. Manakala awak-awak hanya menjaga garisan melintang di dalam gelanggang.

Bahagian gelanggang galah panjang
Sebelum permainan dimulakan undian secara "wan tu som" dijalankan oleh kedua-dua ketua pasukan. Siapa yang menang akan menjadi pasukan penyerang. Penetapan pengiraan bertukar giliran akan ditentukan terlebih dahulu, samada hanya dengan cuitan ke badan pemain atau dengan menangkap pemain.

Kawasan permainan yang sederhana luas diperlukan, samada di atas tanah, kawasan bertar atau bersimin dan di atas padang. Tiada ukuran khas penetapan yang perlu dipatuhi, tetapi dianggarkan antara enam hingga lapan meter lebar dan jarak bagi setiap garisan lintang gelanggang antara tiga hingga empat meter. Jumlah garisan lintang bagi awak-awak tidak terhad, ia mengikut jumlah pemain bagi setiap pasukan.
Sebagai penanda garisan, akan digunakan tepung atau tali jika dimainkan di atas padang. Cat juga boleh digunakan sekiranya gelanggang simin. Tetapi kebanyakan kanak-kanak akan melorekkan garisan tersebut di atas tanah sahaja.

Cara Bermain
Sejurus sebelum permainan dimulakan, ketua pasukan penyerang akan menepuk tangan ketua pasukan bertahan di petak kepala gelanggang. Ini menandakan permainan sudah dimulakan dan awak-awak boleh mula menyerang, samada secara individu atau beramai-ramai.
Setiap pemain hendaklah melepasi semua garisan hingga ke garisan belakang sekali dan kembali semula hingga ke garisan hadapan tanpa dapat dicuit oleh pasukan bertahan. Jika salah seorang dapat dicuit oleh pasukan bertahan maka pasukan itu dikira mati. Pertukaran kedudukan akan dilakukan iaitu pasukan yang bertahan akan jadi pasukan penyerang dan sebaliknya.

Peraturan Permainan
Kesemua pemain pasukan penyerang akan dikira mati jika salah seorang dari mereka dicuit oleh pemain pasukan bertahan.
Pemain pasukan penyerang tidak boleh berundur kebelakang setelah melepasi garisan gelanggang, ia dikira mati yang akan menyebabkan pertukaran kedudukan pasukan.
Pasukan penyerang dikira mati jika terdapat pemainnya terkeluar dari garisan gelanggang.
Pasukan penyerang dikira menang jika salah seorang dari pemainnya dapat melepasi kesemua garisan hingga kembali ke garisan permulaan. Satu mata diberikan kepada pasukan ini dan permainan akan dijalankan semula.
Mana-mana pasukan yang dapat mengumpul mata tertinggi akan dikira memenangi perlawan tersebut.

Rasa-rasanya kan. Sekarang ni ada lagi tak permainan ni di mainkan?

Thursday, October 18, 2012

Pemuda Dan Dua Ekor Babi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Hari ini hari Jumaat, saya nak berkongsi cerita tentang anak yang soleh. Semoga ianya menjadi ikhtibar untuk kita semua.

Nabi Musa adalah satu-satunya Nabi yang boleh bercakap terus dengan Allah s.w.t. Setiap kali dia hendak bermunajat, Nabi Musa akan naik ke Bukit Tursina. Di atas bukit itulah dia akan bercakap dengan Allah s.w.t.. Nabi Musa sering bertanya dan Allah s.w.t. akan menjawab pada waktu itu juga. Inilah kelebihannya yang tidak ada pada nabi-nabi lain.
Suatu hari Nabi Musa telah bertanya kepada Allah s.w.t.. “Ya Allah, siapakah orang di syurga nanti yang akan berjiran dengan aku?”. Allah s.w.t pun menjawab dengan mengatakan nama orang itu, kampung serta tempat tinggalnya. Setelah mendapat jawapan, Nabi Musa turun dari Bukit Tursina dan terus berjalan mengikut tempat yang diberitahu. Setelah beberapa hari di dalam perjalanan akhirnya sampai juga Nabi Musa ke tempat berkenaan.

Dengan pertolongan beberapa orang penduduk di situ, beliau berjaya bertemu dengan orang tersebut. Setelah memberi salam beliau dipersilakan masuk dan duduk di ruang tamu. Tuan rumah itu tidak melayan Nabi Musa. Dia masuk ke dalam bilik dan melakukan sesuatu di dalam. Sebentar kemudian dia keluar sambil membawa seekor babi betina yang besar. Babi itu didukungnya dengan cermat. Nabi Musa terkejut melihatnya. “Apa hal ini?, kata Nabi Musa berbisik dalam hatinya penuh kehairanan.

Babi itu dibersihkan dan dimandikan dengan baik. Setelah itu babi itu dilap sampai kering serta dipeluk cium kemudian dihantar semula ke dalam bilik. Tidak lama kemudian dia keluar sekali lagi dengan membawa pula seekor babi jantan yang lebih besar. Babi itu juga dimandikan dan dibersihkan. Kemudian dilap hingga kering dan dipeluk serta cium dengan penuh kasih sayang. Babi itu kemudiannya dihantar semula ke bilik. Selesai kerjanya barulah dia melayan Nabi Musa. “Wahai saudara! Apa agama kamu?”. “Aku agama Tauhid”, jawab pemuda itu iaitu agama Islam. “Habis, mengapa kamu membela babi? Kita tidak boleh berbuat begitu.” Kata Nabi Musa.


“Wahai tuan hamba”, kata pemuda itu. “Sebenarnya kedua babi itu adalah ibubapa kandungku. Oleh kerana mereka telah melakukan dosa yang besar, Allah s.w.t. telah menukarkan rupa mereka menjadi babi yang hodoh rupanya. Soal dosa mereka dengan Allah s.w.t. itu soal lain. Itu urusannya dengan Allah s.w.t.. Aku sebagai anaknya tetap melaksanakan kewajipanku sebagai anak. Hari-hari aku berbakti kepada kedua ibubapaku sepertimana yang tuan hamba lihat tadi. Walaupun rupa mereka sudah menjadi babi, aku tetap melaksanakan tugasku.”, sambungnya.

“Setiap hari aku berdoa kepada Allah s.w.t. agar mereka diampunkan. Aku bermohon supaya Allah s.w.t. menukarkan wajah mereka menjadi manusia yang sebenar, tetapi Allah s.w.t. masih belum memakbulkan lagi.”, tambah pemuda itu lagi. Maka ketika itu juga Allah s.w.t. menurunkan wahyu kepada Nabi Musa a.s. ‘Wahai Musa, inilah orang yang akan berjiran dengan kamu di Syurga nanti, hasil baktinya yang sangat tinggi kepasa kedua ibubapanya. Ibubapanya yang sudah buruk dengan rupa babi pun dia berbakti juga. Oleh itu Kami naikkan maqamnya sebagai anak soleh disisi Kami.”

Allah s.w.t. juga berfirman lagi yang bermaksud : “Oleh kerana dia telah berada di maqam anak yang soleh disisi Kami, maka Kami angkat doanya. Tempat kedua ibubapanya yang Kami sediakan di dalam neraka telah Kami pindahkan ke dalam syurga.” Itulah berkat anak yang soleh. Doa anak yang soleh dapat menebus dosa ibubapa yang akan masuk ke dalam neraka pindah ke syurga. Ini juga hendaklah dengan syarat dia berbakti kepada ibubapanya. Walaupun hingga ke peringkat rupa ayah dan ibunya seperti babi. Mudah-mudahan ibubapa kita mendapat tempat yang baik di akhirat kelak.

Walau bagaimana buruk sekali pun perangai kedua ibubapa kita itu bukan urusan kita, urusan kita ialah menjaga mereka dengan penuh kasih sayang sebagaimana mereka menjaga kita sewaktu kecil hingga dewasa. Walau banyak mana sekali pun dosa yang mereka lakukan, itu juga bukan urusan kita, urusan kita ialah meminta ampun kepada Allah s.w.t. supaya kedua ibubapa kita diampuni Allah s.w.t. Doa anak yang soleh akan membantu kedua ibubapanya mendapat tempat yang baik di akhirat, inilah yang dinanti-nantikan oleh para ibubapa di alam kubur.

Erti sayang seorang anak kepada ibu dan bapanya bukan melalui hantaran wang ringgit, tetapi sayang seorang anak pada kedua ibubapanya ialah dengan doanya supaya kedua ibubapanya mendapat tempat yang terbaik di sisi Allah s.w.t. Dapatkan Panduan Didik Anak Soleh (klik sini) sebagai panduan kita semua di dalam mendidik anak-anak menjadi soleh dan solehah.

Wednesday, October 17, 2012

Kalaulah Bukan Kerana Allah Menutup Aib Kita

Assalamualaikum..

Pada zaman Nabi Musa A.S, bani Israel ditimpa musim kemarau yang berpanjangan. Mereka pun berkumpul mendatangi Nabi mereka. Mereka berkata, “Ya Kaliimallah, berdoalah kepada Rabbmu agar Dia menurunkan hujan kepada kami”. Maka berangkatlah Nabi Musa A.S  bersama kaumnya menuju padang pasir yang luas. Waktu itu mereka berjumlah lebih dari 70 ribu orang. Mulailah mereka berdoa dengan keadaan yang lusuh dan penuh debu, haus dan lapar.

Nabi Musa A.S berdoa, “Ilaahi! Asqinaa ghaitsak.. wansyur ‘alaina rahmatak.. warhamnaa bil athfaal ar rudhdha’.. wal bahaaim ar rutta’.. wal masyaayikh ar rukka’..” Setelah itu langit tetap saja terang benderang, matahari pun bersinar makin menyilau (maksudnya segumpal awan pun tak jua muncul). Kemudian Nabi Musa A.S berdoa lagi, “Ilaahi.. asqinaa”..


Allah pun berfirman kepada Nabi Musa A.S  “Bagaimana Aku akan menurunkan hujan kepada kalian sedangkan di antara kalian ada seorang hamba yang bermaksiat sejak 40 tahun yang lalu. Umumkanlah di hadapan manusia agar dia berdiri di hadapan kalian semua. Kerana dialah, Aku tidak menurunkan hujan untuk kalian”.

Maka Nabi Musa A.S pun berteriak di tengah-tengah kaumnya, “Wahai hamba yang bermaksiat kepada Allah sejak 40 tahun, keluarlah ke hadapan kami, karena engkaulah hujan tak  turun”. Seorang lelaki menjeling ke kanan dan kiri, maka tak seorang pun yang keluar di hadapan manusia, saat itu pula ia sedar kalau dirinya yang dimaksud.

Ia berkata dalam hatinya, “Kalau aku keluar ke hadapan manusia, maka akan terbuka rahsiaku. Kalau aku tidak berterus terang, maka hujan pun tak akan turun”. Maka hatinya pun gundah-gulana, air matanya pun menitis, menyesali perbuatan maksiatnya sambil berkata , “Ya Allah, Aku telah bermaksiat kepadaMu selama 40 tahun, selama itu pula Engkau menutupi aibku. Sungguh sekarang aku bertaubat kepadaMu, maka terimalah taubatku”.

Tak lama setelah pengakuan taubatnya tersebut, maka awan-awan tebal pun muncul, semakin lama semakin tebal menghitam, dan akhirnya turunlah hujan. Nabi Musa A.S pun kehairanan, “Ya Allah, Engkau telah turunkan hujan kepada kami, namun tak seorang pun yang keluar di hadapan manusia”. Allah berfirman, “Aku menurunkan hujan kepada kalian oleh sebab hamba yang kerananya hujan tak turun telah bertaubat kepadaKu”.

Nabi Musa A.S berkata, “Ya Allah, tunjukkan padaku hamba yang taat itu”. Allah berfirman, “Ya Nabi Musa A.S,  Aku tidak membuka aibnya sewaktu dia masih bermaksiat kepadaKu, apakah Aku perlu membuka aibnya sedangkan dia taat kepadaKu?”

sumber

Tuesday, October 16, 2012

Wordless Wednesday-Mati itu Pasti Akhirat itu Realiti


Assalamualaikum..

MATI itu PASTI.. AKHIRAT itu REALITI... Dan...
Kita Hidup Bukan Semata-mata Untuk Duniawi..
Tapi Juga Untuk DIA yang HAKIKI.. (^_^)


Monday, October 15, 2012

Bonus Setia Celcom Bagi.

Assalamualaikum..

Malam tadi saya dapat satu message dari Celcom. " Bonus Setia: Raikan Ulangtahun ke 72 Bulan bersama Celco Blue. Dapatkan Kredit PERCUMA bila anda tambah nilai minima RM10 pada 15/10/2012 atau keesokkan hari". Macam ni la lebih kurang message celcom hantar. Jadi pagi esok nya saya topup kredit RM 10. Lepas tu dapat la Kredit PERCUMA Bonus Setia yang Celcom bagi. Alhamdulillah dapat RM10 Percuma. Jimat sikit duit topup bulan ni.

Sebenarnya kalau ikut message tu (72 bulan) dah saya bersama celcom. 72 bulan kira-kira dah 6 tahun saya bersama celcom blue ni. Di samping saya guna dan habiskan duit untuk celcom ni, celcom tak kedekut bagi kredit-kredit percuma untuk saya. Bulan lepas saya dapat Bunus Hari Jadi Celcom.
Nanti ada masa saya cerita tentang bunus hari jadi. Sekadar berkongsi pengalaman bersama celcom. Sebagai pengguna, saya suka celcom. :-)

Celcom

Terima kasih en. Celcom. Sebenarnya sebelum saya menggunakan celcom ni, saya ada guna produk prabayar lain,tapi oleh sebab banyak tarikan yang Celcom bagi kepada pelanggan dia, saya pun bertukar kepada celcom. Diam tak diam,dah 72 bulan saya manjadi pengguna Celcom.. Kepada yang mencari-cari produk prabayar yang mempunyai banyak bonus, saya cadangkan anda memilih Celcom.

Ehm..macam nak promote CELCOM pula. Sebenarnya bukan saya promosi. Hanya berkongsi pengalaman bersama Celcom.