Sunday, July 29, 2012

Zakat Fitrah 2012 Seluruh Malaysia


Assalamualaikum .
Hari ni saya nak berkongsi info zakat fitrah 2012 di seluruh Malaysia. Kadar ini telah ditetapkan oleh Jawatankuasa fatwa Negeri dengan disahkan oleh Majlis Agama Islam setiap negeri. Zakat adalah salah satu daripada rukun Islam yang lima. Oleh itu zakat adalah wajib kepada semua orang-orang Islam.
Tujuan kewajipan membayar zakat dalam syariat adalah untuk memenuhi keperluan golongan fakir miskin, orang yang dibebani hutang dan para musafir dan tunjang kepada kemaslahatan kaum Muslimin seperti untuk berjihad di jalan Allah. InsyaAllah, semoga anda semua dapat menunaikan kewajipan ini.
 Info Kadar Zakat Fitrah  2012 Seluruh Malaysia
NegeriKadar Zakat Fitrah 2012/1433H (RM)
Perlis6.00
Kedah7.00
Pulau Pinang7.00
Perak7.00
Selangor7.00
Negeri Sembilan6.50
Melaka6.50
Johor5.00/8.00
Pahang7.00
Terengganu4.50/7.00/7.60
Kelantan7.00
Sarawak6.50
Sabah7.00
WP Kuala Lumpur, Putrajaya, Labuan7.00
Bayaran zakat fitrah juga boleh dibuat melalui perkhidmatan pesanan ringkas (SMS) untuk pengguna Celcom dan Maxis.
Berikut adalah kaedah membuat bayaran menggunakan SMS.
CELCOM : Taip FITRAH [Jarak] [Negeri] dan hantar ke 21999 serta ikuti arahan seterusnya
MAXIS : Taip FITRAH [Jarak] [Negeri] dan hantar ke 22032 serta ikuti arahan seterusnya
Antara dalil yang mewajibkan Zakat Fitrah ialah hadis Rasulullah S.A.W. yang bermaksud:
Rasulullah  S.A.W. telah mewajibkan zakat fitrah segantang kurma atau segantang syair ke atas hamba, orang merdeka, lelaki, perempuan kecil, besar dari kaum muslimin dan disuruh mengeluarkannya sebelum orang keluar untuk sembahyang hari raya. [Hadis riwayat al-Bukhari]
Kadar zakat fitrah adalah bersamaan satu gantang beras iaitu atau bersamaan 2.3 kilo beras atau sesuatu yang sama nilai dengannya. Selamat menunaikan kewajipan kita sebagai umat Islam!
Walllah hu'alam.

Tuesday, July 24, 2012

Bersahur..

Assalamualaikum..


Hari ni dah 3-4 hari kita bersahur. Berat juga nak bangun. Nak tak nak kene bangun juga..
sebab bersahur kan Sunnah Nabi S.A.W. Hari ni saya nak kongsi sikit pasai sahur.. jadi lepas ni kene rajin-rajin kita bangun sahur yea..
Sebab dalam sahur ada macam-macam keberkahannya.



Nabi saw. bersabda, "Perbezaan antara puasa oang Islam dan puasa ahli kitab ialah makan sahur." (HR al-Tirmizi)

Nabi saw. bersabda, "Bersahurlah kamu semua kerana sesungguhnya pada waktu makan sahur itu terdapat keberkatan." (HR Bukhari)

Nabi saw. bersabda, "Sebaik-baik makanan sahur bagi orang mukmin adalah kurma." (HR Ibnu Hibban & Baihaqi)

Nabi saw. bersabda, "Bersahur ada keberkatan. Oleh itu, janganlah kamu meninggalkannya walaupun hanya meminum seteguk air. Sesungguhnya Allah dan malaikat-Nya berselawat ke atas orang-orang yang makan sahur." (HR Ahmad)

Selamat Bersahur semua. :-)

Saturday, July 21, 2012

Tips Bazar Ramadhan

Assalamualaikum..

Hari pertama puasa..tempat yang terfikir di fikiran kita bila tiba waktu petang ialah Bazar Ramadhan. Hari ni nak kongsi sedikit tips bila kita ke bazar ramadhan.

Bazar ramadhan macam-macam ada. Jika kita ke sana sebelum pegi bagus senaraikan dulu barang-barang yang nak kita beli. Jika tak senarai jawapnya tangan kita akan penuh plastik kuih dan lauk la bila balik dari bazar ramadhan.. Mana tak nya perut lapar.tengok apa pun nak. Jadi nak mengelakkan pembaziran lepas buka puasa. Senaraikan dulu yea kuih,air atau lauk yang kita nak beli.

Bila pegi sana..bagus nya pegi dan balik dengan segera setelah barang yang kita ingin beli dah dapat. Sebab nya jika lama-lama puasa kita boleh (kurus) kurang pahala. Sebab kat sana walaupun di bulan puasa masih ada yang tidak tutup aurat dengan sempurna. Jika tengok, silap-silap pahala puasa kita boleh kurang. Kadang-kadang tengah tunggu giliran nak dapatkan kuih atau barang yang kita nak beli tu lambat,kita boleh hilang sabar kerana menanti. Jadi nak selamat,pegi dan balik dengan segera.

Hari pertama ni.. Saya ucapkan selamat berbuka puasa. Semoga puasa kita di terima Allah. Malam nanti jangan lupa berterawih & bertadarus Quran.

Friday, July 20, 2012

Selamat Berpuasa kepada semua.

Assalamualaikum..

Alhamdulillah hari ni,hari pertama kita berpuasa. Di kesempatan ini..saya ingin memohon maaf jika terdapat salah silap semasa yang telah saya lakukan. Kita manusia tak lepas dari melakukan kesalahan.
Sebaik-baik nya selepas buat salah kita cepat-cepat minta ampun dengan Allah & minta maaf dengan manusia jika kesalahan yang kita buat itu ada berkaitan dengan manusia.

Sempena bulan puasa ni. Saya nak ucapkan selamat berpuasa kepada semua. Semoga puasa kita tahun ini lebih baik dari puasa tahun sebelum ini. Di bulan puasa ni kita kena banyak kan bertadarus Al-Quran. Ambillah sedikit masa dari 24jam yang kita ada ni untuk kita baca Quran.


Bulan puasa ni,setiap amalan fardu Allah gandakan 70 kali pahala. Satiap amalan sunat Allah gandakan pahala macam kita buat amalan fardu. Baik betul Allah dengan kita. Bulan ni macam bonus untuk kita dalam buat amal. Jadi kita kena manfaatkan betul-betul bulan Ramadhan ni. Semoga ibadat puasa kita di terima Allah.

Wallahhu'alam

Friday, July 13, 2012

Cuti Sabtu..

Assalamualaikum..
Hari ni cuti lagi. Hari sabtu kan. Kebanyakan kita yang bekerja cuti hari ni. Namun ada juga antara kita yang bekerja hari ni. Kepada yang bekerja. Teruskan kerja kita dengan penuh didikasi,kerana Allah.

Bagi yang bercuti hari ni. Manfaatkan cuti kita dengan sebaik mungkin. Gunakan masa cuti kita untuk kebaikan diri,keluarga dan agama. Bagi yang bujang boleh tolong-tolong kemas rumah :-)

Bagi yang dah berkeluarga gunakan masa cuti ni untuk mengeratkan hubungan baik dengan keluarga. Makan sama-sama,masak sama-sama,riadah sama-sama,pergi masjid sama-sama dan banyak lagi.

Untuk agama pula.. :-) Hari cuti-cuti macam ni la kita dapat gunakan masa kita sebaik mungkin. Boleh la kita solat duha sebelum tengahari menjelang zohor. Solat duha Allah akan mudahkan urusan kita sepanjang hari tu. Baikkan Allah. Bagi amal untuk kita buat& dengan amal tu dapat bantu kita. Pagi baca surah Yasin Allah akan mudahkan urusan kita juga. Hari cuti macam ni kita dapat pegi solat berjemaah dengan tenang tanpa perlu pk pasai kerja. Malam dapat duduk majlis Ilmu di Masjid@surau tempat kita tinggal. Bagus juga jika kita dapat luangkan masa selepas subuh dan selepas asar dengan berzikir pada Allah,berselawat ke atas Nabi S.A.W atas jasa-jasa Baginda pada kita dan beristigfar atas dosa-dosa kita pada Allah. Awal hari sebelum subuh, bagus kiranya dapat kita bangun untuk solat Tahjud. Hari cuti mengantuk dapat tidur pagi kejap.. :-)

Semoga dapat beramal. Allah suka pada kita, bila kita taat perintah Allah cara Nabi S.A.W :-) Insyallah..

Wednesday, July 11, 2012

Amalan di Malam Hari

Assalamualaikum.. Dah 2-3 hari tak menulis. Maaf sibuk sedik dengan kerja-kerja dunia yang tak abis-abis. Dunia ni keperluan kita,nak buang tak boleh. Ambik sekadar keperluan.. Sebabnya apa yang kita usahakan di dunia ni. Kita akan di pertanggungjawapkan di akhirat nanti. Jadi pandai-pandai la urus dunia ni supaya kat akhirat nanti amalan-amalan kita ni boleh bantu kita.. Amalan yang dapat bantu kita,adalah amalan baik kita. Amalan yang tak baik akan jadi beban kepada kita di akhirat nanti.

Malam ni saya nak kongsi sedikit amalan harian yang dapat bantu kita tambahkan pahala kita Insyallah. Saya pernah dengar ustaz mengajar,pada malam hari kita kena baca Al-Quran 10 ayat paling kurang. Sebab dengan baca Quran 10 ayat kita tidak akan digolongkan di kalangan orang yang LALAI disisi Allah pada malam tersebut. Jika kita baca 100 ayat Al-Quran kita akan digolongkan di kalangan orang-orang yang TAAT disisi Allah.

Amalan Nabi S.A.W, Sebelum tidur Nabi S.A.W akan baca Surah Al-Mulk (30 ayat) dan Surah As-Sajadah (30 ayat) serta Surah Al-Waqiaah ( 96ayat). Jadi jika kita dapat baca ketiga-tiga surah ni kita akan tergolong di kalangan orang yang TAAT pada malam tu. Jika tak mampu semua tu, sebelum tidur baca la apa-apa ayat Quran walaupun surah yang pendek bagi dapat 10ayat. Jika tidak rugi la kita sebab akan di golongkan di kalangan orang yang LALAI jika kita tak baca 10 ayat Quran pada satu-satu malam.
Jadi sekarang kita semua kene sama-sama usaha la yea.. Agar sebelum tidur dapat letakkan kita di golongan yang terbaik pada tiap-tiap malam.

Walaupun kita sibok dengan tv,fb,blog,twitt dan lain-lain lagi.. Cubalah luangkan masa & tenaga yang Allah bagi ni untuk bina akhirat kita sebelum kita jumpa Allah. Insyallah.
Sekian.. Wallahualam.

Saturday, July 7, 2012

Tolong Menolong..

Assalamualaikum..
Tolong!!.. Tolong!!.. Ungkapan yang menyebabkan kita akan tergerak ke arah permintaan tu. Biasanya bila orang minta tolong,sebagai seorang Islam tidak kira siapa orang yang meminta pertolongan tu.. Kita kena tolong orang tu,kerana ini adalah hak kita sesama hamba Allah.

Pertolongan yang di hulurkan bukannya diinginkan balasan. Cukup la kita tolong orang tu dan Allah yang akan balas pertolongan kita nanti. Kerana apa,bila kita tolong orang didalam kesempitan. Apabila kita susah dan inginkan pertolongan Allah akan tolong kita.
Jadi nak tolong orang tak perlu rasa takut @ khuatir,kerana bila kita susah Allah akan tolong kita. Jadi bila Allah tolong kita,tak ada siapa yang boleh tahan pertolongan Allah kepada kita. Tapi bila Allah tak tolong kita. Tak ada siapa boleh tolong kita..
Wallahualam.. :-)

Thursday, July 5, 2012

Malam Jumaat

Assalamualaikum..
Alhamdulillah esok hari Jumaat. Masih dapat berjumpa lagi kita dengan hari Jumaat kan. Hari Jumaat ni Penghulu segala hari. Hari yang mempunyai kelebihan yang tersendiri.

Banyak peristiwa besar terjadi pada hari jumaat. Antaranya hari jumaat ni Nabi Adam di ciptakan Allah. Hari jumaat juga akan terjadinya Kiamat pada dunia ni. Hari jumaat juga mempunyai satu masa yang mustajab untuk kita berdoa. Yang mana dalam waktu hari Jumaat 24 jam ni,ada satu masa jika kita berdoa pada masa tersebut. Doa kita akan di perkenankan Allah. Oleh sebab ianya istimewa. Maka Allah rahsiakan masa tersebut. Sebab tu pada hari Jumaat kita di galakan untuk memperbanyak kan berdoa.

Perkara sunat pula jika mampu kita amalkan yea. Seperti Mandi sunat hari Jumaat. Bagi yang bekerja dapat la sekiranya mandi pagi sebelum pergi kerja tu di buat terus mandi sunat Jumaat. Caranya mudah sahaja. Seakan mandi hadas cuma niat sahaja berbeza. Hari Jumaat juga di sunatkan memotong kuku,menipiskan misai,memotong bulu ari-ari. Semasa pergi solat Jumaat kita pergi la awal sebelum khatib memberi salam utk membaca khutbah. Memakai wangi-wangian semasa pergi ke masjid untuk solat Jumaat. Hari Jumaat juga kita di galakan untuk memperbanyakkan selawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W.

Banyak lagi kelebihan hari Jumaat,semoga sedikit perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada kita semua untuk menghargai nikmat hari Jumaat. Semoga kaum lelaki di seluruh Malaysia&dunia dapat memunaikan solat Jumaat dengan sempurna.

Monday, July 2, 2012

Solat

Assalamualikum..

Hari ni saya nak berkongsi sedikit tentang Solat.
Semua orang Islam tahu tentang Solat. Ada juga kita panggil sembahyang.
Solat kepada kita orang Islam adalah Tiang Agama. Sesiapa mendirikan Solat, dia menegakkan agama.
sesiapa yang meninggalkan solat, dia meruntuhkan agama. Hari ni bukan orang lain yang meruntuhkan agama kita.
tetapi kita yang beragama Islam yang meninggalkan solat yang meruntuhkan agama.

Cuba kita tengok kiri kanan kita, depan belakang kita. Berapa orang yang cukup mengerjakan solat 5 waktu?
kadang-kadang kerana kerja kita tinggalkan solat,
kadang-kadang kerana berjalan kita tinggalkan solat,
kadang-kadang kerana sakit tinggalkan solat,
kadang-kadang kerana penat kita tinggalkan solat,
kadang-kadang kerana sebab-sebab yang kecil kita tinggalkan solat.



Tak perlu kita tengok jauh-jauh.
Kita tengok diri kita,
Kita tgok anak-anak & keluarga kita,
Adik beradik kita. Adakah mereka-mereka ni MENJAGA SOLAT ..

Sebenarnya Solat kita ni seperti "berkata-kata" ngn Allah.
Kita boleh mengadu masalah kita kat Allah melalui solat.
Kita boleh memohon apa-apa hajat @ keperluan kita melalui solat.

Ayuh kita jaga solat kita.
Ayuh kita jaga solat keluarga kita.
Ayuh kita belajar dan perbaiki Qualiti solat kita.
Agar solat kita dapat menarik bantuan Allah kepada kita & umat hari ini.

Solat yang terbaik adalah solat Cara Nabi Muhammad S.A.W.
Solat 5 waktu secara berjemaah di masjid@surau di awal-awal waktu untuk lelaki.
Wanita solat awal waktu di rumah.
Solat berjemaah Allah bagi 27 pahala berbanding solat bersendirian..

Insyallah dengan kita jaga Solat, Allah akan jaga kita.
semoga kita semua di beri kekuatan untuk menjaga solat sampai akhir hayat kita.

Amin..