Wednesday, January 29, 2014

Bekerja Dari Rumah Boleh Jana Pendapatan Sampingan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Bekerja dari rumah boleh jana pendapatan sampingan. Diam tak diam bulan Januari 2014 dah nak habis. Rasa macam sekejap sahaja masa berlalu. Jika dikira ikut bulan, lagi 11 bulan masuk tahun 2015 pula. Pantas betul masa sekarang. Tahun 2014 bagi saya agak menarik dan penuh dengan bunga-bunga harapan. Jika difikirkan masalah pasti tak habis. Itu adalah cabaran yang harus kita tempuhi sebagai manusia biasa. Tahun 2014 ini saya berazam nak dapat pendapatan yang lebih baik lagi dengan perniagaan online. Kata orang menjana pendapatan online walaupun kita tidak mempunyai kedai mahupun pejabat yang nyata. Hanya bekerja dari rumah. Boleh ke?

Macam mana nak buat semua tu, banyak sebenarnya peluang bisnes online yang boleh kita buat jika kena dengan cara dan ikut panduan yang diberikan. Ramai antara kita dah merasa duit tambahan melalui kerja-kerja yang dibuat dengan hanya kita bekerja dirumah.

Satu peluang bisnes online yang boleh anda ceburi sekarang ini adalah Program JOBDIRUMAH. Mesti ramai antara kita yang pernah dengar tentang jobdirumah ini. Dengan hanya bekerja dirumah, anda mampu untuk mendapat RM300-RM500 satu minggu. Mengikut kerajinan dan kesungguhan kita untuk buat kerja yang kita dapat.

Testimoni Pelanggan Jobdirumah Terbaru 2014
Testimoni Pelanggan Jobdirumah Terbaru 2014
Nak dapat RM300-RM500 seminggu bukan mudah,tapi jika kena dengan rezeki kita lebih daripada itu pun boleh dapat. Caranya dengan buat pendaftaran dengan JOBDIRUMAH. Selepas berdaftar anda akan diberi panduan dan video tutorial macam mana nak buat kerja-kerja yang terdapat dalam laman web jobdirumah. Anda berpeluang untuk bekerja dari rumah tanpa ada tekanan daripada bos dan tak perlu bersusah payah menempuh kesesakan trafik. Anda boleh bekerja di dalam zon selesa anda. Menarik kan?
Jika berminat, anda boleh membuat pendaftaran disini. --> Jobdirumah

Bagi mereka yang bekerja di pejabat juga boleh join jobdirumah ini. Ini kerana, masa kerja boleh dituntukan oleh anda bagi menyiapkan sesuatu kerja/tugasan yang anda buat dalam jobdirumah. Hasil pendapatan jobdirumah ini boleh juga menampung perbelanjaan harian kita yang semakin meningkat pada 2014. Lebih banyak peluang pekerjaan yang ditawarkan dalam jobdirumah pada tahun 2014 ini. Boleh pilih mana yang berkenan dan yang mampu menjana pendapatan yang lumayan. Pendaftaran masih dibuka. Anda boleh mendaftar di sini. --> Pendaftaran Jobdirumah

Selamat menjana pendapatan sampingan kawan-kawan. Bekerja dari rumah boleh jana pendapatan sampingan. Kerja dirumah best ;-)

Tuesday, January 28, 2014

Wordless Wednesday - Jimatkan Bil Elektrik Anda?

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Hari ini nak berkongsi gambar Wordless Wednesday hasil saya dengan ebook Jimat elektrik yang ditulis oleh Mat Borhan. Panduan yang diberikan senang untuk diikuti dan kesannya bil elektrik rumah saya dapat dijimatkan macam ini. Tak perlu bayar, Kerajaan Malaysia tolong bayarkan. Terima kasih dan Alhamdulillah. Boleh guna duit tersebut untuk belanja dapur atau benda-benda lain.

Jimatkan Bil Elektrik Anda
Berjaya juga berjimat ke tahap ini..
Bagi yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang ebook jimat elektrik ini. Boleh tengok sendiri di laman web Jimat Elektrik disini. Bagi anda yang bil elektrik tinggi. Insyallah jika ikut panduan yang diberikan dalam ebook jimat elektrik ini, anda mampu mengurangkan bil anda sehingga 30% ke 50% daripada biasa. Kita boleh jimatkan elektrik jika tahu cara yang betul dan ikut panduan yang diberikan oleh mereka yang pakar. Mulakan langak bijak anda dengan panduan jimat elektrik  hari ini dan anda akan lihat hasilnya bila bil-bil elektrik dapat dijimatkan pada bulan-bulan akan datang menjadi lebih rendah luar biasa.

Jika berminat boleh dapatkan dengan laju-laju buku tersebut disini.-->> Panduan Jimat Elektrik Mat Borhan. Semoga berjaya kawan-kawan.

Monday, January 27, 2014

Jobdirumah Rezeki Tanpa Diduga

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Jobdirumah rezeki tanpa diduga. Rezeki Jobdirumah awal tahun 2014 boleh saya banggakan. Dapat kerja seterusnya melalui jobdirumah. Kali ini datangnya daripada kenalan atas kerja yang saya buat sebelum ini. Betullah jika kita buat kerja dengan cemerlang dan memenuhi hati "majikan" kita. Tak mustahil mereka akan datang cari atau rekemenkan orang lain untuk kita. Terima kasih yea Mrs S. Dah siap  nanti saya akan update proses seterusnya.

jobdirumah, Jobdirumah Rezeki Tanpa Diduga,
Saya terima dengan hati yang berbunga kerja baru tu.. 

Kali ini dapat buat "kerja" berkaitan kemahiran yang saya ada. Kawan Mrs.S nak bayar RM300. Berbaloi juga. Kerjanya saya target dalam 7-8 hari insyallah siap. Jika buat betul-betul satu dua hari pun boleh siap, tetapi sebab nak buat dengan terbaik dan cemerlang saya minta 7-8 hari. Boleh rehat-rehat sikit. Tak ada nak mengadap benda tu 24jam kan. Saya pun ada juga komitmen lain yang perlu dibuat. Dengan kerja harian dan keluarga kena pandai bagi masa untuk siapkan kerja-kerja dari jobdirumah.

Mengenai jobdirumah
Bagi yang belum tahu tentang jobdirumah, saya nak cerita sedikit sebanyak apa yang saya tahu dan dapat dari jobdirumah sejak menyertai Program jobdirumah. Jobdirumah adalah laman web yang memberi peluang kepada kita untuk menjana pendapatan walaupun kita berada dirumah. Kira mudah cakap. Kita berpeluang MENJANA PENDAPATAN walaupun tidak pergi kerja di pejabat atau pun mana-mana kedai. Caranya begini:-

1) Daftar dengan Program Jobdirumah disini

2) Lepas daftar anda akan diberi panduan dan video tutorial macam mana nak dapat kerja dari pihak majikan melalui laman web Jobdirumah.
.
3) Anda kena mohon kerja yang dihantar setiap hari ke email anda. Baca dengan tetiti kerja yang ingin dipohon. Anda dinasihatkan memohon kerja yang senang dahulu dan yang mampu anda buat sahaja. Bila dah mahir boleh buat kerja-kerja lain.

4) Bila dah dapat kerja, buat kerja tersebut dan hantar kepada pihak "majikan" yang anda dapat tadi. Buat sebaik mungkin, jika mereka berpuas hati dengan kerja anda mereka akan cari anda lagi untuk kerja akan datang. Alhamdulillah rezeki lagi.

5) Apabila pihak majikan telah berpuas hati dengan kerja yang anda hantar. Anda akan dibayar atas kerja tersebut. Bayaran bergantung kepada jumlah yang mereka janjikan sebelum ini dan lain-lain lagi.

Sedikit tips bagi buat kerja jobdirumah

-Apabila anda dapat panduan yang diberikan oleh pihak jobdirumah. Baca beberapa kali keseluruhan panduan dan fahami betul-betul video tutorial yang diberikan.

-Buat kerja sehabis baik.

Berminat menambah pendapatan dengan jobdirumah. Daftar dengan segera di sini.
-->> Daftar Jobdirumah.

Semoga berjaya kawan-kawan menjana duit secara online.

Sunday, January 26, 2014

Cara Jimat Elektrik Yang Berkesan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Cara jimat elektrik yang berkesan. Alhamdulillah sejak saya guna tips yang ditunjukkan dalam buku jimat elektrik nampaknya sudah membuahkan hasil. Bulan Januari 2014 ini bil elektrik rumah saya tak perlu bayar. Bawah RM 20 dan dibayar oleh kerajaan Malaysia. Terima kasih kerajaan Malaysia.

Jika sebelum-sebelum ini bil elektrik walaupun penggunaanya bagi saya tak banyak. Namun masih kena bayar juga. Risau dengan tarif bil yang naik tempoh hari jadi saya pun mencari kaedah macam mana cara nak jimat elektrik. Alhamdulillah jumpa buku cara jimat elektrik ini. Saya ikut tips yang diberikan dalam buku ini dan hasilnya saya tahu cara yang terbaik untuk jimatkan penggunaan elektrik di rumah.

Cara Jimat Elektrik yang Berkesan, jimat elektrik,
Cara Jimat Elektrik yang Berkesan.
Ada yang kata jika nak jimat elektrik mudah sahaja. Jangan guna perkakasan elektrik di rumah kita. Jika tak guna, nak masak kena guna kayu api dan arang nampaknya. Malam-malam guna lilin sebagai lampu. Nak kipas guna kertas kotak keras. Tak kan tinggal di rumah sekarang ini nak guna semua tu. Sebenarnya boleh sahaja kita guna semua perkakasan elektrik di rumah. Cuma kadang-kadang bila salah guna dan membazir itulah yang menyebabkan bil elektrik rumah kita naik melambung. Jika kita tahu menggunakan perkakasan elektrik dengan cara sepatutnya. Pasti masalah pembaziran elektrik tidak akan berlaku.

Kebanyakan di rumah-rumah kita sekarang ni ada macam-macam perkakasan elektrik. Dari pada lampu, kipas angin, penyejuk penyaman udara, televisyen, dapur elektrik, hud dapur, periuk nasi elektrik, cerek air elektrik, peti sejuk, penyejuk beku makanan, ketuhar gelombang mikro, mesin basuh, pengering elektrik, pemanas air, pengering rambut, komputer, seterika, pembersih vakum, mesin jahit elektrik, pengisar, lampu taman serta macam-macam lagi. Nak tutup semua tu tak mahu guna pasti masalah yang akan berlaku. Tetapi jika tahu cara penggunaannya. Pastinya pembaziran elektrik dapat dielakkan. Jika nak tahu semua ini. Saya cadangkan kawan-kawan lihat buku panduan jimat elektrik ini.

Dapat jimat elektrik nanti, pastinya perbelanjaan untuk elektrik dapat digunakan untuk menampung perbelanjaan lain atau boleh dimasukkan ke dalam akaun simpanan bulanan kita. Dapatkan panduan jimat elektrik dengan segera. Jangan nanti bila bil dah melmbung naik tinggi baru kita nak marah kat pihak lain pula. Setiap kita memainkan peranan dalam penjimatan elektik di rumah.

Jimat elektrik, Jimat duit poket kita.

P.S Mungkin anda mengatakan bahawa panduan ini tidak perlu sangat kerana di rumah anda tidak menggunakan peralatan elektrik yang digunakan. Tahukah anda dengan panduan ini, anda akan lebih mendapat penjimatan yang tidak disangka-sangka kerana kemungkinan ada peralatan elektrik yang anda telah salah kaedah penggunaannya. Jadi nak tahu sila rujuk panduan jimat elektrik ini yea. Gunakan elektrik di rumah dengan bijak dan berhemah.

Saturday, January 25, 2014

Sekolah Yang Cantik Menarik Minat Pelajar

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Kata cikgu Sekolah Yang Cantik Menarik Minat Pelajar. Betul ker semua ini? Saya setuju juga dengan kenyataan ini. Jika sekolah tak cantik, kurang sikit pelajar yang nak ke sekolah. Jika sekolah tersebut cantik, pasti ramai pelajar yang nak ke sekolah tersebut.

Contohnya hari ini, ada sesetengah sekolah yang bersekolah ganti hari ini untuk mereka ambil cuti lama sedikit sempena CNY 2014. Semua orang suka bila sekolah cuti lama,masing-masing boleh rancang untuk balik kampung lama-lama. Jika sekolah cantik pasti ramai pelajar yang nak datang ke sekolah hari inikan. Sebab rindu kat sekolah mereka yang cantik tu.

Banyangkan jika sekolah tak cantik, semangat nak ke sekolah pun boleh jadi kurang, ditambah pula jika cikgunya garang-garang macam cikgu Matematik dan Bahasa Inggeris saya dulu, mesti palajar nak pergi sekolah pun malas bila ada sekolah ganti macam hari ini.

Jadi nak dapat sekolah cantik, kenalah cantikkan sekolah kita yea, caranya jangan buang sampah di merata-rata tempat dan selalu adakan aktiviti gotong-royong di sekolah. Insyallah lama-lama sekolah tersebut akan bertambah cantik. Tetapi jika ada projek bangunan baru seperti sekolah di Desa Mahkota ini kan best. Cantik sekolah ini. Mesti ramai yang tertunggu-tunggu nak masuk belajar di sekolah ini.

Sekolah Desa Mahkota yang cantik.

Sekolah ini dahlah cantik. Bangunan barunya diilhamkan oleh arkitek tanah air yang ternama. Sekolah cantik pasti menarik minat pelajar ke sekolah bukan. Barulah jadi Sekolahku Rumahku.

Thursday, January 23, 2014

Kisah Menarik Minggu ini.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Salam Jumaat kawan-kawan..Sekejap sahaja masa berlalu. Diam tak diam dah masuk Hari Jumaat lagi. Diam tak diam bulan Januari dah masuk minggu ke-4, cepat betul masa berlalu. Macam mana dengan azam tahun baru dah mula mengorak langkah untuk dicapai atau masih di dalam perancangan. Ada beberapa perkara saya nak kongsi minggu ini.

manis bila bertudung,
Macam-macam cerita..

1) Iklan Petronas sempena CNY 2014 - Menarik bila tengok iklan ini, sejak-sejak harga minyak naik dan harga barang naik,PETRONAS pun buat Iklan macam ni. Penuh dengan pengajaran dan motif tersendiri. Terbaik Petronas.

2) Rumah di Bandar KL - Bila bercakap tentang rumah, ramai antara kita akan suka duduk di rumah sendiri. Bukan di rumah sewa. Tetapi dengan keadaan ekonomi sekarang. Mampukah kita dengan mudah untuk tinggal di rumah sendiri dan bukannya menyewa. Sebenarnya ada caranya. Cuma kita kena belajar dan berusaha untuk mengetahui macam mana kita nak membeli dan memiliki rumah sendiri. Jika nak tahu saya kongsikannya di sini. -->> Rahsia Memiliki Rumah Sendiri

3) Dapat duit dengan Jobdirumah - Ada yang bertanya saya,macam mana nak buat duit dengan jobdirumah sedangkan kita masih sibuk dengan kerja utama kita. Bagi saya mudah sahaja, Pertama kita kena pilih kerja yang mampu kita buat, jangan minta kerja yang tak mampu kita buat. Kedua - buat kerja tersebut masa ada waktu lapang. Insyallah ada waktunya dalam 24jam tersebut kita luangkan untuk buat kerja yang kita terima. Jika tak ada, kena bagi masa. Insyallah kita akan dapat HASILNYA. Daftarlah sekarang jika belum berdaftar yea. Saya dah dapat komisen ke-3 beberapa hari lepas. Yang ini tak termasuk dengan kerja yang saya buat. Boleh daftar disini dan NIKMATI HASILNYA ->> Pendaftaran Jobdirumah.

4) Tahniah buat kawan baik saya - Insyallah sabtu ini beliau akan menamatkan zaman bujangnya bersama gadis pilihan hati dan keluarga. Semoga rumah tangga yang bakal dibina akan kekal sehingga ke akhir hayat. Malam nanti ada kenduri doa selamat di rumahnya. "Jumpa malam nanti bro".  Nanti jawap akad baik-baik yea, jangan gemuruh nanti. Banyakkan berselawat. Nak honeymoon di Brazil ker. Melancong sahaja di kampung saya. Nanti saya belanja.

Tuesday, January 21, 2014

JobdiRumah Bayaran Komisen Kali Ketiga Dari Jobdirumah

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
JobdiRumah Bayaran Komisen Kali Ketiga Dari Jobdirumah. Alhamdulillah ada rezeki masuk lagi dengan Jobdirumah. Ini kira bayaran untuk kali pertama dalam tahun ini. Boleh buat tambah-tambah belanja dengan hasil jobdirumah ini. Walaupun tak banyak,kira boleh menaikan semangat juga untuk teruskan bersama dengan Program Jobdirumah ini.

JobdiRumah Bayaran Komisen Kali Ketiga Dari Jobdirumah, jobdirumah, Bayaran Jobdirumah,
Bayaran jobdirumah..duit poket lagi..

Tentang Jobdirumah.
Bagi saya jobdirumah ini banyak membantu saya untuk menambahkan pendapatan sampingan. Dengan hanya bekerja di rumah kira boleh tambahkan duit poket, ianya berbaloi-baloi dah macam celcom pula. Dari kita sibuk dengan laman sosial yang lain. Bagus sertai program jobdirumah ini. Waktu kerja biasa buat kerja di pejabat, balik dari kerja atau pun ada masa terluang boleh buat jobdirumah ini. 

Saya pernah dapat kerja untuk buat kerja yang agak mudah. Tak sangka pula pihak yang tawarkan kerja tersebut bagi bayaran yang agak tinggi kepada saya. Mungkin sebab mereka dah percaya dengan kerja-kerja sebelum ini yang saya buat. Jadi saya terima dengan hati yang GEMBIRA.

Itulah bila kita buat kerja dengan BAIK. Tak mustahil "majikan" dalam jobdirumah akan cari kita lagi untuk kerja yang lain. Yang penting buat kerja dan hantar kerja kita mengikut kehendak yang diinginkan oleh pihak majikan. Tak susah jika baca betul-betul panduan yang diberikan.

Bagi yang belum sertai Progaram Jobdirumah ini, saya galakkan anda menyertainya. Tak rugi join jobdirumah ini. Dapat satu dua kerja pun dah berbaloi untuk bayaran balik modal yang dibuat semasa pendaftaran.

Tak susah dengan kerja jobdirumah. Jika betul caranya, anda akan dapat lebih banyak dari apa yang saya pernah dapat. Nasihat saya untuk mereka yang menyertai program jobdirumah ini.

1) Baca dengan teliti DAN berkali-kali sampai anda faham panduan yang diberikan.

2) Bila dah dapat kerja- Buat kerja sehabis baik.

3) Bila mereka SUKA dengan kerja anda. Tak mustahil mereka akan hubungi anda terus untuk kerja yang lebih LUMAYAN.

Kepada yang berminat, daftar cepat-cepat dengan progaram Jobdirumah
-->> Pendaftaran Jobdirumah.

Bersama menjana pendapatan online. Selamat maju jaya kawan-kawan bersama Jobdirumah.

Sunday, January 19, 2014

Resepi Kangkung Goreng Belacan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Sememangnya kangkung antara sayur-sayur yang populor sehari dua ini. Jadi bagi mamberikan rasa sedap kepada kangkung yang tengah popular ini. Saya nak berkongsi Resepi Kangkung Goreng Belacan. Masuk dapur nanti buat Resepi Kangkung Goreng Belacan yang istimewa ini yea.

Resepi Kangkung Goreng Belacan
Kangkung yang segar..Terus dari ladang..

Bahan-bahan untuk masak Kangkung Goreng Belacan
- kangkung *potong ikut suka & bersihkan
- 2 sudu tea lada lumat
- 3ulas bawang merah*tumbuk
- 2ulas bawang putih * tumbuk
- 5biji cili padi* tumbuk
- setengah cawan air asam jawa
- sedikit belacan bakar
- sedikit minyak menumis, garam & gula

Cara-cara membuat Kangkung Goreng Belacan
- panaskan minyak, tumis bahan yang ditumbuk & belacan bakar hingga naik bau..
- masukkan lada lumat. biar pecah minyak sedikit.. baru masukkan kangkung, gaul hingga sebati
- masukkan air asam jawa.. gula & garam secukup rasa
- masak hingga naik bau & mendidih seketika..
- siap.. sedia dihidang

Mudah bukan, disamping sedap makan kangkung ini, ianya juga adalah langkah untuk kita berjimat cermat pada tahun 2014 ini. :-) Selamat mencuba Resepi Kangkung Goreng Belacan kawan-kawan. Bila dah berjimat makan kangkung. Tidak mustahil dapat pergi tengok bola FIFA 2014 dengan percuma di Brazil nanti. Kepada anda yang suka makan cupcake juga. Peluang untuk buat cupcake dengan cara mudah pun ada. Anda nak cuba, boleh tengok cara-cara nak buat cupcake sendiri yea.

Wednesday, January 15, 2014

Tips Balik Kampung Dengan Selamat

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Tips Balik Kampung Dengan Selamat. Siapa yang tak nak balik kampung dengan selamat. Siap ada lagi lagu "Berhati-hati dijalan raya".  Sampai ke kampung halaman dengan selamat kerana ramai yang menanti kepulangan kita.

Telah menjadi kebiasaan kita rakyat Malaysia bila ada cuti panjang kita akan balik ke kampung halaman. Seronok balik kampung rasa tenang sahaja. Dapat lari sekejap daripada kesibukkan kerja dan kesesakan kota. Ada beberapa tips yang ingin saya kongsi sebagai panduan kita balik ke kampung dengan selamat diantaranya ialah :-

1) Pastikan kenderaan anda berada dalam keadaan baik.

2) Pastikan anda mempunyai tidur yang cukup sebelum perjalanan yang jauh.

Tips Balik Kampung Dengan Selamat
Jaga-jaga dengan abang kamere ini juga.. ;-)
3) Jika boleh cuba untuk memandu pada siang hari kerana anda bebas untuk melihat.

4) BELAJAR untuk mengenali tanda-tanda mengantuk seperti menguap , mata letih dan berair , sukar memberi tumpuan atau mengangguk-angguk sekali-sekala. Jika ini terjadi bermakna ia adalah masa untuk berehat.

5) APABILA mengantuk , berhenti dan tidur atau rehat di kawasan rehat dan perhentian serta mengawasi persekitaran rehat anda.

6) SELEPAS setiap dua atau tiga jam memandu, berehat 10 minit untuk kekal segar.

7) ANDA boleh minum teh atau kopi untuk sentiasa segar tetapi jangan mengambil minuman beralkohol.

8) JANGAN memandu apabila berasa lapar kerana tubuh memerlukan pemakanan yang baik untuk sentiasa segar.

9) APABILA memandu, elakkan mengambil ubat-ubatan yang boleh menyebabkan mengantuk seperti ubat selsema dan batuk.

10) CUBA untuk bertenang dan bersabar dan mengurus kemarahan anda semasa di jalan raya.

Tidak ada yang lebih berharga dan penting daripada keselamatan. Marilah kita semua melatih diri untuk mendisiplinkan diri sebagai pemandu yang mematuhi undang-undang dan pemandu bertanggungjawab manakala di jalan raya. Diharap tips balik kampung dengan selamat ini dapat membantu perjalanan pulang ke kampung.

Bagi kawan-kawan yang balik kampung untuk bercuti, saya ucapkan selamat balik kampung dengan selamat. Semoga selamat balik dan kembali." Happy Holidays" kata orang puteh.. ;-)

JIKA SEMPAT Boleh Layan lagu ini Sekejap.

Lagu Balik Kampung – Sudirman

Perjalanan jauh tak ku rasa
Kerna hati ku melonjak sama
Ingin berjumpa sanak saudara
Yang selalu bermain di mata

Nun menghijau gunung ladang dan rimba
Langit nan tinggi bertambah birunya
Deru angin turut sama berlagu
Semuanya bagaikan turut gembira

Balik kampung oh oh…( 3X )
Hati girang
Ho ho… Balik kampung (3X)
Hati girang

Terbayang wajah-wajah yang ku sayang
Satu-satu tersemat di kalbu
Pasti terubat rindu di hati
Menyambut kepulangan ku nanti..

Boleh lihat tips balik kampung dengan selamat ini juga.

Tuesday, January 14, 2014

Maulidur Rasul - Di Mana Kedudukan Kita?

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Maulidur Rasul - Di Mana Kedudukan Kita. Bila tiba tarikh 12 RabiulAwal setiap tahun kita akan kedengaran dimana-mana tentang adanya sambutan Maulidur Rasul. Bukan sahaja di negara kita Malaysia, malah mungkin di negara-negara lain yang penduduknya ramai Islam akan menyambut Hari Kelahiran Nabi Besar Muhammad S.A.W. Alhamdulillah masih ada ramai orang Islam di dunia ini yang sayangkan Nabi Muhammad S.A.W.

Sambutan Maulidur Rasul dibuat dengan macam-macam acara keagamaan. Adanya ceramah,perarakan Islamik,nasyid dan macam-macam lagi. Tidakkah kita terfikir adakah dengan sambutan yang kita buat sehari dalam hari ini sahaja boleh membuatkan Nabi Muhammad S.A.W suka dan redha kepada kita?

Maulidur Rasul - Di Mana Kedudukan Kita? 
Jika kita lihat dalam sejarah kelahiran Nabi Muhammad S.A.W rasanya hanya Abu Jahal(bapa saudara Nabi S.A.W) sahaja yang mengadakan kenduri besar-besaran apabila Nabi Muhammad S.A.W lahir di dunia ini,saya pernah dengar ustaz bagitahu Abu Jahal telah menyembelih 100 ekor untuk orang ramai kerana terlau gembira menerima anak saudara lelaki yang baru iaitu Nabi Muhammad S.A.W. Oleh sebab itu juga seksaan keatas Abu Jahal di neraka diringankan setiap kali tibanya tarikh 12 RabiulAwal setiap tahun kerana Abu Jahal gembira dengan kelahiran Nabi Muhammad S.A.W. sebelum mengetahui bahawa anak saudaranya adalah Nabi akhir zaman.

Tapi berbeza dengan sahabat Nabi Muhammad S.A.W. yang belum tahu apa-apa lagi tentang Nabi Muhammad S.A.W. pada masa itu. Mereka tak buat apa-apa sambutan pun. Adakah semasa Nabi Muhammad S.A.W. lahir sahabat seperti Saidina Abu Bakar R.A, Saidina Umur R.A, Saidina Usman R.A dan sahabat-sahabat besar yang lain membuat sambutan besar-besaran keatas kelahiran Nabi Muhammad S.A.W. Rasanya sahabat-sahabat Nabi tersebut tak buat apa-apa pun. Tetapi kenapa mereka dapat REDHA ALLAh dan Nabi Muhammad S.A.W. GEMBIRA dengan mereka. Ada jawapan tak?

Kenapa sahabat-sahabat dapat REDHA ALLAH? Sebabnya mereka buat segala perintah Allah dan mengikuti segala sunnah-sunnah Nabi Muhammad S.A.W. dalam kehidupan mereka. Ramai dikalangan sahabat-sahabat Nabi Muhammad S.A.W. memeluk Islam semasa mereka semua dah dewasa TETAPI dalam jangka hayat meraka yang singkat sahaja mereka mampu membuatkan Allah S.W.T REDHA kepada mereka sehinggakan ada dikalangan sahabat Allah S.W.T kirim salam kepada mereka semasa mereka masih hidup lagi. Tapi kita dan umat hari ini dimana kedudukan kita disisi Allah? Tepuk dada tanya iman diri sendiri...Rasanya dimana kedudukan kita semua di sisi Allah S.W.T.

Jika kita lihat sahabat-sahabat dahulu,mereka bukan macam kita,mereka MEMELUK AGAMA ISLAM, Kita Alhamdulillah lahir-lahir dah Islam. Tapi mengapa kita tak dapat buat dan tak mampu buat seperti sahabat dapat. Keredaan Allah S.W.T. Itulah sepatutnya yang kita kejar dan usahakan. Bukan maksud untuk kita semua meninggalkan dunia yang kita usahakan sekarang, cuma sekadar 50-50 pun dah kira Alhamdulillah.

Sekurang-kurangnya dapatlah kita semua menjaga solat diri kita dan ahli kelurga kita, Tak kira suami,isteri mahupun anak-anak dan adik beradik. Jika kita cuai dalam solat macam mana kita nak jaga perintah Allah yang lain-lain lagi. Jika tak tahu solat kenalah belajar. Begitu juga dengan Al-Quran, hari ini siapa yang dapat khatam Al-Quran dua(2) kali khatam setiap tahun,jika dapat Alhamdulillah. Jika tak dapat,kita akan susah nanti di akhirat, Sebabnya saya pernah dengar ustaz bagitahu dalam hadis bahawa Al-Quran akan tuntut kita dihadapan Allah S.W.T pada hari akhirat sekiranya kita tak dapat khatam Al-Quran 2 kali khatam setiap tahun. Ini belum masuk bab tutup aurat dengan sempurna,kadang-kadang ada antara kita yang tak tutup aurat dengan sempurna letak gambar dalam blog mahupun Facebook. Tolonglah sayangi diri kita semua.  Tutuplah aurat dengan sempurna mengikut syariat Islam.

Rasa macam dah panjang pula, jadi sempena 12 RabiulAwal tahun ini, harapnya kita berazam untuk mengikuti kesemua perintah Allah S.W.T dan sunnah-sunnah Nabi Muhammad S.A.W. Jika tak mampu semua terus, sedikit-sedikit kita amalkan,insyallah harap-harap sebelum kita meninggal dunia kita dapat amalkan agama yang sempurna sebagaimana yang dikehendaki oleh Allah S.W.T dan Nabi Muhammad S.A.W. Kita kena tanamkan azam dan kesungguhan agar kita pun dapat jadi macam sahabat-sahabat Nabi Muhammad S.A.W. Mereka semua dapat REDHA ALLAH S.W.T. " Keredaan Allah S.W.T yang harus dikejar, suatu hari nanti kita semua akan bertemu Allah S.W.T. Sediakan bekalan sebaiknya, kerana lepas kita mati tiada lagi peluang kedua untuk kita baiki amalan kita", Bersama-sama bermuhasabah diri sendiri.. Wallahualam.

Sunday, January 12, 2014

Macam Mana Nak Membeli Barang Di IKEA.

Assalamualaikm dan Salam Sejahtera.
Macam best pula tajuk kali ini. Macam Mana Nak Membeli Barang Di IKEA. Ramai antara kita yang tahu tentang IKEA bukan. Sebuah Gedung Pasaraya besar yang terletak di Damansara. Memang jika pergi ke IKEA rasa nak angkut semua barang nak bawa  balik rumah kita. Mana tidaknya, boleh dikatakan semua barang keperluan bagi mereka-mereka yang nak masuk ke rumah baru atau yang nak beli perabot baru ada disana.

Macam Mana Nak Membeli Barang Di IKEA
Macam Mana Nak Membeli Barang Di IKEA??
Gedung pasaraya IKEA ini memang sesuai untuk mereka-mereka yang nak beli perabot.Pada sayalah. Jika nak beli benda lain pun boleh juga. Mudah sebenarnya nak membeli barang di IKEA ini. Jika nak senang sebelum pergi ke IKEA tu kita tengok dahulu senarai barang yang kita nak beli tersebut. Boleh tengok di laman web IKEA Malaysia di www.ikea.com/my/ms. Macam-macam barang keperluan perabot yang kita boleh beli disini dengan harga yang berpatutan. Barangan tersebut kebanyakkannya di kumpulkan dari seluruh dunia dan di jual di IKEA. Insyallah barangan IKEA bermutu dan dijamin kualitinya.

Macam Mana Nak Membeli Di IKEA.Caranya mudah sahaja.

1)Bila sampai disana bagi yang ingin membuat rujukan boleh mendapatkan salinan katalog IKEA sebagai rujukan barangan yang ingin dibeli. Pihak IKEA menyediakan pita pita pengukur, pensil dan pad nota kepada anda untuk menulis maklumat produk dan senarai harga barangan yang anda inginkan. Sila dapatkan beg kuning yang besar untuk anda mengambil barangan kecil kegemaran anda. IKEA juga menyediakan troli untuk kemudahan anda.

2)Bagi menjamin kepuasan pelanggan, pihak IKEA ada menyediakan bilik pameran bagi pelanggan menguji dan membuat perbandingan tentang barang yang ingin dibeli.

3)Dengan melihat tanda harga anda akan dapat melihat segala maklumat tentang barangan tersebut termasuklah warna,bahan,saiz, ciri-ciri dan cara penjagaannya. Ianya juga akan menyertakan lokasi untuk anda mandapatkan barangan tersebut. Jika tak jumpa juga, anda boleh tanya staf IKEA dan mereka akan mamberikan lokasi yang tepat kedudukan barangan tersebut di dalam Gedung IKEA.

4)Selepas dah tahu, tulis lokasi barang tersebut dengan peralatan menulis yang disediakan oleh pihak IKEA.

5)Bila dan jumpa,anda boleh mengambil sendiri barangan IKEA tersebut kerana setiap barang di IKEA didatangkan dan dibungkus dengan pek leper bagi memudahkan pelanggan membawa pulang barangan yang di beli.

6)Bila dah dapat barang tersebut anda boleh bawa pulang barang tersebut. Susun elok-elok barangan yang dibeli di dalam kereta anda atau pun di atas bumbung kereta anda.

7)Dah dapat barang anda boleh bawa balik barang tersebut. Anda akan di beri manual pemasangan barang tersebut.

Setelah semuanya telah dibayar dan anda berubah fikiran untuk produk tersebut. Maka anda boleh melihat sendiri tentang polisi pemulangan di IKEA. Insyallah dalam masa 100 hari anda akan dapat balik wang tersebut insyallah.

Friday, January 10, 2014

Peluang Menonton Secara LIVE FIFA 2014 di BRAZIL

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Selamat berhujung minggu kawan-kawan. Bagi yang bekerja selamat bekerja. Bagi yang bercuti selamat bercuti, gunakan sebaiknya cuti hujung minggu bersama keluarga dan membuat aktiviti yang berfaedah, ini kerana masa yang berlalu tak akan kembali lagi.

LIVE FIFA 2014 di BRAZIL,
Jom Menang Contest Maybank FIFA 2014..

Hari ini saya nak berkongsi satu peluang yang ditawarkan oleh Maybank Malaysia. Peluang untuk kawan-kawan Menonton Bola Sepak FIFA 2014 secara LIVE di Brazil. Pemenang-pemenang yang bertuah akan berpeluang untuk melihat sendiri perlawanan FIFA 2014 di Brazil. Menarik bukan?

Bukan semua orang dapat pergi Brazil tengok bola secara LIVE. Hanya 10 sahaja yang akan bertuah. Biasa kita tengok kat TV dirumah ataupun di kedai-kedai mamak sahaja. Tapi kali ini berpeluang menonton FIFA 2014 di Brazil secara Live. Pergi dan balik secara PERCUMA. Jika kawan-kawan berminat boleh dapatkan maklumatnya yea.

Insyallah siapa-siapa yang menang jangan lupa bagitahu saya juga yea. Saya pun nak berkongsi juga kegembiraan kawan-kawan dapat pergi Brazil tengok FIFA 2014. Saya ada kerja nak buat sikit hujung minggu kali ini. Rasa nak menang kereta Hyundai jugalah. Ada siapa-siapa dah hantar penyertaan Contest Menang Kerata Hyundai ker tak?

Thursday, January 9, 2014

Panduan Jimat Elektrik

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Tahun baru 2014 bil elektrik naik lagi. Terpaksa kita pengguna kena hadapi kenaikan tarif elektrik yang baru ini. Nampaknya kena ada backup plan untuk menghadapi semua ini. Kena tahu sedikit sebanyak cara Panduan Jimat Elektrik bagi menjimatkan penggunaan elektrik di rumah. Kena berjimat cermat dalam penggunaan elektrik di rumah, jika tak bil elektrik naik melambung.Siapa yang kena bayar. Jawapnya kita kena bayar.

Panduan Jimat Elektrik
Jimatkan Pengunaan Elektrik anda
Adakah kita semua tahu bahawa, tarif elektrik domestik kini dikaji semula setiap enam bulan. Peningkatan kos bahan api bagi menghasilkan tenaga elektrik akan dikongsi bersama dengan pengguna. Ini bermakna jika bahan api meningkat, maka tarif elektrik juga meningkat.

Alhamdulillah ada juga cari dalam internet dan tengok dalam website yang menceritakan macam mana nak jimatkan pengunaan elektrik kita. Boleh digunakan panduan ini sebagai menghadapi kenaikan tafir elektrik yang baru bagi tahun 2014 ini. Saya suka dengan panduan yang diberikan oleh penulis Ebook Jimat elektrik Mat Borhan. Panduan yang diberikan nampaknya mampu mengurangkan pengunaan guna tenaga elektrik di rumah saya. Terima kasih bro Mat Borhan.

Didalam ebook jimat elektrik ini juga menceritakan macam mana kita nak jimatkan pengunaan elektrik di dapur, bilik tidur,ruang tamu malahan di dalam stor rumah sekali ada diceritakan panduan ini. Rasa berbaloi-baloi memilik buku panduan jimat elektrik ini.

Mat Borhan juga ada menceritakan tentang alatan di rumah yang boleh mambawa pembaziran penggunaan elektrik di rumah kita. Macam-macam alatan yang diceritakan disini,contohnya seperti Lampu, Kipas Angin, Penyejuk Penyaman Udara, Televisyen, Dapur Elektrik, Hud Dapur, Periuk Nasi Elektrik, Cerek Air Elektrik, Peti Sejuk, Smart phone dan macam-macam lagi.

Bagi yang berkeluarga mahupun yang tinggal dengan kawan-kawan bujang bagus untuk mempraktikkan panduan jimat elekterik ini. Hasilnya kita akan perolehi bila bil bulanan yang sampai pada bulan akan datang. Memang jauh berbeza dengan bulan sebelum ini. Jika berminat dengan panduan Jimat elektrik Mat borhan ini. Boleh dapatkan tipsnya Panduan Jimat Elektrik disini. Insyallah ianya berbaloi-baloi. Jimat elektrik,jimat duit poket anda. ;-)


Wednesday, January 8, 2014

Jobdirumah Memberi Pendapatan Yang Lumayan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Apa khabar kawan-kawan? Macam mana merasai suasana tahun baru 2014. Harapan saya semuanya sihat dan sentiasa beroleh ketenangan. Walaupn tahun 2014 ini banyak berita yang kurang menarik untuk dihadapi dan didengari namun kehidupan ini mestilah diteruskan.

Hari ini saya nak berkongsi cerita tentang program jobdirumah. Jobdirumah memberi pendapatan yang lumayan, Banyak kerja-kerja yang menarik ditawarkan didalam jobdirumah pada awal tahun 2014. Rasanya jika dapat 3 ke 4 kerja dalam masa sebulan sudah mampu untuk membayar bil air, bil elektrik dan belanja dapur untuk 5 ke 6 bulan akan datang rumah saya. Banyak kerja menarik yang pihak jobdirumah tawarkan. Saya pun ada dapat juga. Alhamdulillah.

Testimoni Pelanggan Jobdirumah

Jika dilihat dengan kerja-kerja yang ditawarkan pada awal tahun macam ini,sememangnya lumayan.Ada kerja yang di bayar dengan harga RM500 banyak bukan? Jika dapat 4 kerja macam ini dah dapat RM2000. Lepas bil air dan bil elektrik untuk bulan-bulan mendatang.

Jobdirumah ini sememangnya banyak membatu saya memperolehi pendapatan sampingan dan mengisi duit poket bulanan saya. Ramai juga mereka-mereka yang dah berjaya dengan program jobdirumah ini. Seronok sebenarnya menyertai jobdirumah ini. Buat kerja di rumah, tak perlu nak bersesak-sesak di jalan raya,nak bayar minyak nak pergi kerja,nak bayar KTM atau LRT dan macam-macam lagi.

Jobdirumah ini sesuai untuk mereka-mereka yang rajin nak dapatkan duit tambahan. Bagi yang dah gaji ribu-ribu dan banyak kosong kat belakang tu tak perlu join pun tak apa. Sebabnya dah kurang risau nak bayar bil dan macam-macam yang perlu dibayar setiap bulan kan? Tapi ada juga tau orang gaji macam tu buat jobdirumah. Kata mereka "boleh tambah duit poket nak bayar tol masa pergi kerja".

Jobdirumah Memberi Pendapatan Yang Lumayan
Antara Pendapatan Jobdirumah..Alhamdulillah.

Apapun harapan kita bagi tahun 2014. Sememangnya perbelanjaan kita semakin bertambah. Jadi antara langkah bijak untuk menghadapinya. Boleh join program-->> jobdirumah ini.

Bagi yang belum daftar. Boleh daftar jobdirumah dan dapatkan kerja dirumah anda. Kena rajin bila buat jobdirumah. Baru banyak duit masyuk ;-)
Belum mendaftar? Buatlah pendaftaran laju-laju disini -->> Pendaftaran Jobdirumah di sini.

Tuesday, January 7, 2014

Rezeki Dari Allah S.W.T

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Apa khabar kawan-kawan? Hari ini Wordless Wednesday nak berkongsi tentang Rezeki Dari Allah kepada kita dan berbelas Ehsan degan makhluk Allah yang lain. Semoga ianya memberi manfaat kepada kita semua.

Rezeki Dari Allah
Rezeki Dari Allah
Kadang-kadang Allah hantar kucing untuk uji kita, betapa kita berkira-kira atau tidak untuk memberi sedikit rezeki yang di kurniakan Allah kepada kita untuk insan dan makhluk lain. Ini belum dapat durian runtuh lagi. Jika dapat durian runtuh tak pasti sama ada sikap kita macam mana.

Dapatkan panduan dan tips berkat rezeki disini---->> Rahsia Berkat Rezeki
Rezeki yang berkat menjamin ketenangan jiwa di dunia dan di akhirat.

Thursday, January 2, 2014

Selamat Tahun Baru 2014

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Selamat tahun baru 2014 kawan-kawan. Saya harap semuanya sihat dan bertambah ceria. Tahun 2013 sudah meninggalkan kita. Tahun 2013 tak mungkin kembali lagi.
Pastinya banyak kenangan dan peristiwa yang akan mekar diingatan kita sepanjang tahun 2013 yang lalu. Pastinya banyak kenangan manis dan pahit sepanjang tahun 2013. Namun kehidupan mesti diteruskan juga bukan. Jadikan apa yang kita belajar dan perolehi pada tahun 2013 sebagai pembakar semangat untuk kita terus mencipta kejayaan pada tahun 2014 ini.

2014
2014 kini kembali.. apa yang dah jadi dengan azam 2013??
Macam mana dengan azam,harapan dan cita-cita tahun 2013..Adakah semuanya sudah tercapai? Jika sudah syukur Alhamdulillah, jika belum kena bawa juga azam tahun lepas yang belum tercapai tersebut masukkan sekali ke dalam azam tahun ini. Insyallah dengan azam dan perancangan yang baik azam tersebut akan boleh dicapai. Jika tak cepat insyallah lambat laun akhirnya akan tercapai juga.

Bukan semua orang yang berjaya mereka terus berjaya. Tak ramai orang yang mendapat nasib sebegitu. Kebanyakannya mereka akan gagal terlebih dahulu. Bila gagal tengok balik punca kegagalan tersebut. Bila dah tahu puncanya baiki dan insyallah suatu hari nanti kita akan berjaya. Kejayaan bukan datang dengan mudah,sememangnya ianya memerlukan usaha yang gigih dan berterusan. Tanpa usaha dan semangat yang teguh, pastinya kita akan mudah tewas dan mengalah di pertenghan jalan. Ayuh bangun dan bagkit untuk terus mencipta kejayaan yang lebih baik untuk diri kita.

Bagi mendapatkan kehidupan yang baik penuh dengan cabaran. Bagi mereka yang berjaya mengharungi cabaran ini sahaja yang akan layak untuk digelar mereka yang berjaya. Tidak kira diri arah mana kita tuju untuk mendapat kejayaan,pastinya pelbagai macam dugaan dan halangan yang perlu di tempuhi. Jika kita berjaya melepasinya, insyaallah kita akan sampai ke destinasinya, namun jika kita tewas maka kita akan kecundang dan akan tersungkur jatuh. Satu perlu diingat, kita jangan cepat putus asa. Kita kena kuat berusaha bagi menggapai cita-cita yang diinginkan. Jangan cepat mengalah, sifat mudah putus asa dan mengalah Allah tak suka.

Sebagai seorang Islam kita kena sentiasa kuatkan semangat kita. Kita ada Allah S.W.T, setiap masalah yang datang jadikan Allah tempat untuk kita mengadu dan memohon pertolongan. Jika kita jaga perintah Allah. Allah akan jaga kita dan bantu kita di dalam setiap pekerjaan kita. Jagalah solat dan perintah Allah yang lain dengan baik. Insyallah Allah akan bantu jika kita menghadapi masalah di dalam kehidupan ini. Kita juga harus ingat, setiap perkara yang berlaku semuanya dari Allah. Allah bagi ujian sebab Allah nak tengok macam mana keadaan kita. Sentiasalah bersangka baik dan berharap pada Allah. Insyallah kita pasti akan berjaya di dunia dan di akhirat. Wallahualam.

PS:/ Menangi RM80 000 untuk masalah rawatan rambut cara  berkesan