Wednesday, May 29, 2013

Cuti Sekolah Semua Cuti

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera

Hampir seminggu dah cuti sekolah kali ini. Bila cuti sekolah pasti ramai yang suka kan. Terkenang masa zaman kanak-kanak dulu.Terutamanya bagi anak-anak dan adik-adik kita yang masih bersekolah. Ibu bapa tak kurang juga gembiranya. Bagi anak-anak yang bersekolah mereka tidak perlu lagi sibuk pagi-pagi nak bersiap ke sekolah.Tapi kena bangun awal juga untuk solat subuh. Pada sebelah siang pula boleh main puas-puas. Malam pun sama,tak ada sangat nak dengar suara ibu atau ayah yang minta mereka tidur awal.
Kira masa cuti sekolah ini jadual harian banyak yang berubah dari rutin harian mereka.Pendek kata cuti sekolah semua cuti la kan?

Cuti Sekolah Semua Cuti, cuti sekolah, zaman kanak-kanak
Cuti Sekolah Semua Cuti

Bagi ibu bapa pula,bila cuti sekolah mereka pun suka juga, betul tak kakak-kakak dan abang-abang?. Mana tidaknya bagi ibu bapa masa hari sekolah, meraka pun akan jadi macam anak-anak yang bersekolah juga. Bagun pagi nak kena kejutkan dan mandikan anak-anak, nak kena sediakan sarapan dan bekalan anak ke sekolah. Nak kena cari jadual sekolah anak, nak cari baju,seluar,kain,stokin,kasut anak-anak juga jika anak masih kecilkan. Kadang-kadang yang dah besar pun sama tak berapa pandai nak menguruskan diri lagi. Lepas siap semua nak kena hantar mereka ke sekolah jika mereka tak pergi sekolah dengan bas. Macam-macam kerenah dan telatah anak-anak sekolahkan. Sebab itu bila sekolah cuti ibu bapa dah ada banyak masa berbanding hari persekolahan biasa.

Bila cuti sekolah ini,pasti banyak aktiviti yang telah dan akan kita laksanakan. Awal-awal cuti sekolah anak-anak dah bagitahu nak pergi berjalan makan angin. Cuti-cuti Malaysia yang glamor kita guna hari ini. Cuti-cuti Malaysia ini termasuk pergi balik kampung, menghadiri majlis perkahwinan saudara mara, melancong tempat-tempat peranginan di dalam dan luar negara, Tak kurang juga ada dikalangan mereka yang tinggal di kampung datang melawat ke bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur dan sebagainya. Sebab katanya Kuala Lumpur banyak tempat yang boleh dilawati. Bagi yang tinggal di bandar pastinya nak pergi tempat-tempat yang damai macam balik kampung atau ke pulau-pulau peranginan di dalam atau di luar negara. Bagi yang berkemampuan dan dipilih Allah S.W.T meraka manfaatkan cuti sekolah ini dengan pergi buat umrah. Pasti seronok pegi ke Mekah dan Madinah kan. Dapat melawat tempat-tempat yang bersejarah di dalam Islam. Dapat buat ziarah di Makam Nabi S.A.W dan para sahabat. Pastinya jika kita di pilih Allah untuk ke sana, gunakan masa kita dengan sebaiknya semasa berada di sana. Solat di sana Allah akan ganjarkan dengan seratus ribu kali ganda berbanding kita bersolat di tempat kita. Macam-macam amal lagi dapat buat disana. Manfaatkan sebaiknya, jangan kita sibuk dengan nak pergi ke pasar-pasar di sana.Nanti rugi masa dan wang yang kita habiskan untuk buat umrah. Lagi rugi jika kita langgar adab-adab semasa buat umrah disana.

Semasa cuti sekolah ini,jika kita pergi bercuti amatlah penting kita manjaga kesihatan dan keselamatan diri kita dan anak-anak kita. Jika meninggalkan rumah dalam jangka masa yang lama kunci rumah dengan baik. Jangan nanti balik dari bercuti semua barang licin dalam rumah kita. Saya cadangkan masa bercuti ini kita minta jiran berdekatan dengan rumah kita melihat juga rumah yang kita tinggalkan, bagitahu juga kepada balai polis berdekatan agar mereka dapat mengawasi rumah kita semasa ketiadaan kita. Tapi cara yang terbaiknya sebelum meninggalkan rumah, baca dulu doa keluar rumah dan Ayat Kursi 3x sebagai pendiding dan penjaga rumah kita. Insyallah Allah S.W.T. akan memelihara rumah yang ditinggalkan sepanjang kita bercuti di tempat lain. Allah Maha Pemelihara. Kita usaha dan bertawakal,sebab semua benda yang berlaku,berlaku dengan izin Allah S.W.T sahaja.Selamat bercuti kawan-kawan. Jaga diri dan jaga keluarga juga semasa bercuti.


Wordless Wednesday - Buat Baik Jangan Buat Jahat

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Hari ni nak berkongsi Wordless Wednesday dengan kawan-kawan blogger. Semoga perkongsian ini mamberi manfaat.


Kalau tak boleh buat BAIK, Jangan pula buat Jahat sebab tak buat jahat tu pun, kira dah cukup BAIK. Sentiasa la kita buat amal-amal yang baik. :-) Semoga kita diberi taufik dan hidayat untuk berbuat baik. Amin.


Thursday, May 23, 2013

Makan di Restoran Killiney Kopitiam Cyberjaya

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Minggu lepas makan tengahari kat Restoran Killiney Kopitiam, Cyberjaya. Oleh kerana kawan-kawan pejabat nak makan sini saya pun join juga makan kat sini. Sebenarnya ini kali kedua makan kat sini. Awal-awal Restoran Killiney Kopitiam, Cyberjaya buka dah pernah makan juga. Restoran Killiney Kopitiam Cyberjaya ini berada dibagunan Shaftsbury Square Cyberjaya. Bagunan Shaftsbury Square  ini berdekatan dengan Multimedia Development Corporation (MDeC)  Cyberjaya. Restoren ini terletak di ground floor bagunan tersebut.Mengadap dengan bagunan Shaftsbury Square Cyberjaya ini ada bagunan Syarikat T-System,bagunan warna pink :-).

Restoran Killiney Kopitiam, Cyberjaya ni tidak berapa luas sangat kawasan makan dia berbanding dengan restoran-restoran lain berdekatan dengan Restoran Killiney Kopitiam, Cyberjaya ini. Meja makan untuk pelanggan makan di situ rasanya tak sampai 11-13 meja makan. Saya tak pasti pula pada waktu malam Restoran Killiney Kopitiam, Cyberjaya ini dibuka atau pun tidak. Jika dibuka mungkin bilangan meja makannya bertambah. Sebabnya depan Restoran Killiney Kopitiam, Cyberjaya ini ada jalan kenderaan keluar masuk ke bagunan Shaftsbury Square ini. Kawasan meja makannya yang tak berapa banyak membuatkan kadang-kadang bila kita dah sampai lambat ke Restoren tersebut pada waktu makan tengahari terpaksa juga  batalkan niat nak makan kat sini. Tak ada rezeki kat situ sebenarnya. Allah S.W.T dah tetapkan macam tu kan. Jika ada rezeki kita disitu Allah S.W.T akan mudahkan ada meja kosong dan boleh la nak oder makan makanan kat situ kan..kan.. Rezeki setiap kita semuanya telah di tentukan oleh Allah S.W.T. Kita cuma usaha, Allah S.W.T yang beri kita rezeki.

Restoran Killiney Kopitiam, Cyberjaya
Restoran Killiney Kopitiam, Cyberjaya 

Nak cerita sikit sejarah Restoran Killiney Kopitiam, Cyberjaya ni setakat yang saya tahu. Restoran Killiney Kopitiam, Cyberjaya telah di rasmikan oleh Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Dato' Razali Ibrahim. Pada  1 Ogos 2012. Masa tu saya dah mula berkerja di kawasan Cyberjaya ni. Restoran Killiney Kopitiam ini ada hampir 20 cawangan di Malaysia jika saya tak silap. Pernah tengok juga pemilik dia masuk Malaysia Hari Ini (MHI) kerana Restoran Killiney Kopitiam ni ada mambuat sumbangan derma kepada Tabung Wira Lahad Datu Media Prima. Hasil daripada jualan mereka akan di sumbangkan sedikit kepada tabung tersebut.

Sebenarnya makanan dan masakan di restoren ini best juga. Macam-macam ada, masa makan tu saya makan nasi " Thai Chili Fish with Rice ". Sedap ikan dia goreng ada sos masam-manis,ada daun salad/ulam sikit dan nasi putih.  Banyak dia boleh tahan juga.Makan nasi tu kenyang sampai ke petang. Harga Thai Chili Fish with Rice RM 8.00. Maaf gambar tak ada. Dah separuh makan baru teringat nak ambik gambar.Jadi tak ada gambar Thai Chili Fish with Rice tu..huhuhu. Gambar yang kat bawah ni gambar nasi saya makan masa awal-awal datang makan kat Restoran Killiney Kopitiam, Cyberjaya ni.

Restoran Killiney Kopitiam Cyberjaya
Paprik Chicken / Seafood with Rice

 Restoran Killiney Kopitiam Cyberjaya
Senarai Menu Nasi

 Restoran Killiney Kopitiam Cyberjaya
Senarai Menu Air
Servic kat sini keseluruhannya ok, pelayan-pelayan dia kebanyakannya lelaki dan mereka ni bagus-bagus. kat sini ada service tax sikit. Kat sini juga ada kemudahan wifi bagi yang nak acces internet. Kira kedai ni boleh datang lagi jika datang ke kawasan bagunan Shaftsbury Square Cyberjaya ni. Itu pun jika ada rezeki kat sini. Jika tak ada kena pergi menapak cari kedai lain sekitar bagunan ini juga. Raiting dia, saya boleh bagi jika ada yang nak pergi makan kat sini. 7/10. Cuma kalau dapat di besarkan kawasan makan dengan di tambah meja lagi baik saya rasa. Atau mungkin ini strategi perniagaan Killiney nak bagi meje makan tempat Restoran mereka sentiasa penuh. Restoren ni agak panas.ada kipas banyak sikit ok juga. :-)

Jika ada yang berkesempatan lalu kawasan sini boleh la singgah makan kat sini. Harganya berbaloi dengan makanan yang di sajikan. Nak tahu info lebih lanjut tentang Restoran Killiney Kopitiam ini boleh kawan-kawan melawat ke website mereka di sini . Jom pakat pegi makan disana.
Ada yang pernah makan di mana-mana Restoran Killiney Kopitiam tak?


Friday, May 17, 2013

COMBO GIVE AWAY BY INTAN

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Hari ini saya nak join segmen Combo Give Away by Intan yang dianjurkan oleh Intan.


Combo Give Away by Intan ini saya join sebab nak raikan Give Away dari rakan-rakan blogger. Sama-sama saling membantu sesama bloggger.

Antara syarat-syarat GA ini saya kena TAG dua rakan blogger juga. Jadi kat sini saya nak TAG Sifu saya dalam pengenalan Blog dan Nuffnang ini pertamanya Blog Hutan Kabut dan yang keduanya Blog BoniKacak yang hensem ini. Jom kawan-kawan join GA ini. Nak tahu lebih lanjut tentang GA ini,kawan-kawan boleh ke sini untuk mengtahui syarat-syaratnya.


Thursday, May 16, 2013

Bayar Jadi Percuma

Assalamualikum dan Salam Sejahtera.

Salam Jumaat juga saya ucapkan kepada kawan-kawan di alam maya. Malam tadi terbaca cerita anak dan ibu, bila baca kisah ni terharu rasanya bila mengenangkan banyak jasa ibu kepada kita. Tapi semuanya dah tak mampu nak balas kecuali mampu sedekahkan pahala dan doa sahaja buat ibu tercinta.
Saya masukkan di blog ini sebagai renungan kita bersama di hari Jumaat yang penuh berkat ini.


Si anak memberikan sehelai kertas kepada si ibu,

1) Tolong pergi kedai : RM4.00
2) Tolong jaga adik : RM4.00
3) Tolong buang sampah : RM1.00
4) Tolong kemas bilik : RM2.00
5) Tolong siram bunga : RM3.00
6) Tolong sapu sampah : RM3.00
     Jumlah : RM17.00

Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.

Percuma, jasa ibu bapa, pengorbanan ibu bapa
Percuma

1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA
2) Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA
3) Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA
4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA
5) Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu -PERCUMA 
Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku : PERCUMA.

Si anak menitiskan air mata lantas memeluk ibunya

Apa pun yg kita buat tidak akan mampu membalas jasa ibu kita... The Great Women in our Life.

Wallahu a’lam


Pemakanan Ibu Mengandung

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Hari ini saya nak berkongsi tips pemakanan ibu mengandung. Semoga prkongsian tips pemakanan ibu mengandung ini berguna untuk ibu-ibu dan bakal-bakal ibu dalam pemilihan dan penjagaan pemakanan harian mereka sebelum menerima kahadiran cahaya mata nanti.


Semasa mengandung, anda bukan sahaja perlu meningkatkan jumlah pemakanan anda, tetapi yang lebih penting ialah apa yang dimakan. Kebiasaannya, wanita mengandung memerlukan penambahan 300 kalori/hari daripada biasa terutamanya semasa trimester terakhir di mana bayi membesar dengan pantas. Penambahan 300 kalori sehari tersebut penting diperolehi daripada makanan yang berkhasiat supaya ia boleh menyumbang kepada pembentukan dan perkembangan bayi.

Pemakanan Ibu Mengandung, mengandung, hamil,


Mengapa pemakanan sihat penting semasa mengandung

Pernahkah anda terfikir mengapa berat badan anda bertambah 10-15 kg (secara purata) semasa anda mengandung sedangkan berat bayi yang baru lahir hanya ¼ daripada itu? Walau pun ianya berbeza bagi setiap individu wanita yang mengandung, faktor-faktor di bawah menyumbang kepada pertambahan berat badan:

Berat bayi : 2.5 - 3 kg
Penyimpanan protein, lemak dan nutrien lain yang berlebihan : 2.75 - 3 kg
Penambahan darah : 1.5 – 2 kg
Penambahan cecair badan yang lain : 1.5 - 2kg
Pembesaran payudara : 0.75 – 1 kg
Pembesaran uterus (rahim) : 0.75 – 1 kg
Cecair amniotik (air ketuban) : 0.75 – 1 kg
Plasenta (uri) : 0.5 – 0.75 kg
Selain daripada penambahan berat bayi, faktor-faktor lain juga penting untuk memastikan fisiologi ibu berubah mengikut keperluan ibu mengandung. Corak penambahan berat semasa mengandung bagi individu juga berbeza. Jika anda mula mengandung semasa berat badan berlebihan, berat anda mungkin akan turun sedikit pada awal trimester manakala penambahan akan berlaku bagi ibu yang kurus atau mengandung anak kembar.

Makanan semasa mengandung

Semasa mengandung, apa sahaja yang anda makan dan minum merupakan sumber utama nutrien bagi bayi anda. Pemakanan anda berkait rapat dengan kesihatan bayi sehinggakan kebanyakan doktor menasihatkan supaya tidak mengambil sebarang risiko dengan makan makanan yang berkemungkinan memudaratkan bayi seperti alkohol.

Sama ada anda mengandung atau tidak, diet yang sihat merangkumi protein, karbohidrat, lemak, vitamin, mineral dan air yang mencukupi. Jika anda mengamalkan pemakanan mengikut sistem piramid makanan, ini menunjukkan yang anda berpotensi untuk menjadi individu yang sihat.

Penting bagi ibu mengandung untuk memvariasikan makanannya bagi memperoleh semua keperluan nutrisi ibu dan bayi. Makanan yang perlu dimakan semasa mengandung ialah:

Buah-buahan dan sayur-sayuran – target untuk makan 5 hidangan sehari termasuk sebagai snek, jus dan salad.
Makanan berkanji – roti, nasi, pasta, ubi kentang. Banyakkan bijirin penuh (wheat, whole grain)
Makanan berprotein tinggi – Daging, ayam, ikan, telur, kekacang (soya). Banyakkan makan ikan sekurang-kurangnya 2 kali seminggu.
Makanan berkalsium tinggi – Susu, yoghurt, cheese.
Makanan berserat tinggi – Jadikan sayur, buah, bijirin dan kekacang sebagai makanan kegemaran kerana ia boleh mengelakkan sembelit.

sumber


Tuesday, May 14, 2013

Wordless Wednesday-Sabar Dan Solat Kunci Kejayaan

Assalamualikum dan Salam Sejahtera.

Ketika masalah datang, Allah S.W.T  tidak meminta kita memikirkan jalan keluar sehingga penat. Allah S.W.T hanya meminta kita Sabar dan Solat.


Sabar Dan Solat Kunci Kejayaan, solat, sabar,
Sabar Dan Solat Kunci Kejayaan
Jom sama-sama kita menjaga amalan solat kita. Semoga solat menjadi pembela dan pembantu kita di Alam Akhirat nanti Insyallah. AMIN.


Monday, May 13, 2013

Buffering Earnings Pertama sejak Bersama Nuffnang

Assalamualikum dan Salam Sejahtera.

Apa khabar kawan-kawan. Saya harap semuanya sihat. Hari ini saya nak bercerita sedikit pengalaman Buffering Earnings pertama sejak Bersama Nuffnang. Pengalaman pertama, rasa teruja juga mula-mula diberi penghormatan oleh Nuffnang untuk menerima Buffering Earnings dari mereka.Tak sangka pula dapat Buffering Earnings ini. Terima kasih kepada Nuffnang kerana memberi penghormatan kepada blog saya. Buffering Earnings ini juga di kenali sebagai CPUV( Cost-per-unique-visit ) Campaign.

Buffering Earnings pertama Nuffnang, CPUV Campaign, Buffering Earnings,
Buffering Earnings Pertama Nuffnang

Alhamdulillah rezeki Buffering Earnings pertama ini menjadi pembuka semangat kepada saya untuk terus bersama  Nuffnang. Walaupun tak banyak kira saya berterima kasih juga kepada Nuffnang kerana Buffering Earnings ini. Harap-harap akan masuk lagi Buffering Earnings daripada Nuffnang dalam blog Pokok Manggis Depan Rumah ini.

Buffering Earnings saya ini kira kecil la jika nak dibandingkan dengan mereka-mereka yang dah berjaya bersama Nuffnang ini. Banyak lagi kena belajar dan berusaha jika nak berjaya macam otai-otai Nuffnang yang dah berjaya mencipta nama dalam dunia online ini. Saya mula mengenali Nuffnang ini melalui blog Hutan Kabut. Terima kasih kepada pemilik blog ini kerana mamberi pengenalan kepada saya tentang dunia online Nuffnang. Jom terjah blog Hutan Kabut.

Macam mana nak bagi Buffering Earnings selalu masuk dalam blog kita yea? Boleh berkongsi tips disini.

Sunday, May 12, 2013

Buang Delta Search

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Saya nak berkongsi tips komputer dengan kawan-kawan. Saya baru perasan dalam  browser google chrome saya. Bila buka sahaja new tab satu laman web lain terbuka. Nampaknya komputer saya dah kena trojan dan kuncu-kuncunya. Saya lebih suka guna browser google chrome berbanding browser lain. Mungkin disebabkan browser google chrome ini lebih mesra pengguna jika dibandingkan dengan browser-browser  lain yang agak kurang mesra pengguna. Pendapat saya sahaja,tapi masing-masing ada kelebihan tersendiri. Biasanya sebelum ini, kosong sahaja bila buka new tab tersebut. Ini tak pasai-pasai terbuka laman web " Delta Search ". Apalah dia Delta Search ni. Sakit mata rasa bila buka new tab keluar Delta Search ni.

Delta Search new tab, Delta Search
Delta Search bila buka New Tab

Setelah di google jumpa juga penyelesaiannya. Nak buang delta search ini, kena masuk dalam  " Control Panel\Programs\Programs and Features " di komputer kita, lepas tu  cari " Delta Chrome toolbar " dan " Delta Toolbar ". Lepas lepas tu " Uninstall " kan dia. Kira mudah cerita buang benda ni dari komputer.

Delta Search, Delta Chrome toolbar, Delta Toolbar,
Delta Chrome toolbar, Delta Toolbar, - Buang yang warna merah

Alhamdulillah dah tak ada masalah " Delta Search " lagi dalam komputer. Masalah ini terjadi disebabkan ada yang install apa-apa software dalam komputer ni. Lepas tu semasa install tak perasan delta search ini masuk sekali masa install software tersebut. Jadi lepas buang di Control Panel tersebut. Laman web Delta Search dah tak ada bila buka New Tab pada google chrome komputer saya. Semoga tips ini dapat membantu kawan-kawan yang mengalami masalah yang sama juga.  Ada tak yang kena delta Search ini??


Saturday, May 11, 2013

Bloglist June-Sept 2013

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Hari ini saya nak join segmen yang NOORKHUZIEEN anjurkan. Jika kawan-kawan nak join juga. Boleh ke laman di sini yea.



pokok2u,


Sama-sama tolong menolong sesama blogger. Semoga tersenarai juga saya dalam bloglist ini. Terima kasih NOORKHUZIEEN.





Friday, May 10, 2013

Nasi Lemak Sambal Bawang

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Pagi tadi lepas kemas-kemas rumah dan mandi, Saya dan isteri nak bersarapan di luar. Biasanya isteri masak sahaja jika hari minggu untuk sarapan,tapi hari ni sabtu, rasa nak pegi pasar terus lepas sarapan.  Kebiasaannya saya pergi seorang sahaja ke pasar,hari ini isteri nak pergi juga,katanya ada nak beli hadiah untuk ziarah jiran yang baru dapat baby boy hari ini. Tak berapa tahu sangat kedai-kedai kawasan sini, kami berhenti di sebuah kedai yang ada kawan sekerja isteri cakap kedai tu sedap sarapan dia. Dah masuk kedai tu tengok ada nasi goreng, mee dan bihun goreng serta kuih muih. Tengok tak berapa berkenan sangat, lepas tu saya dan isteri pun minta nasi lemak dengan telur goreng (telur mata kerbau pun ada yang panggil). Isteri makan nasi lemak dengan telur rebus.

Nasi Lemak, Nasi Lemak Sedap, Nasi Lemak sambal bawang
Nasi Lemak Sedap

Bila sampai nasi lemak tu ada telur goreng,kacang goreng, timun dan sambal. Lepas baca doa kami pun makan. Bila makan alhamdulillah rezeki kami hari ini nasi lemak bersambalkan bawang sahaja. Sambal yang disediakan penuh dengan bawang,setelah di cari-cari jumpa la sebelah ikan bilis dalam sambal nasi lemak saya. Sebelum ini pernah juga kena macam ni. Tapi sambal dia walaupun tak ada ikan bilis bersama kacang goreng tersebut ada juga dimasukkan sekali ikan bilis yang dah digoreng. Berbeza dengan sambal nasi lemak ini. Dalam kacang goreng dia tak ada ikan bilis pun.

Kadang-kadang kasihan juga kat orang kita bila berniaga macam ni. Kami dan orang lain yang datang memang nak makan nasi lemak, pelanggan bayar sebab tu pelanggan datang makan di situ. Tapi bila kena macam ni rasanya lain kali dah tak pergi makan nasi lemak kat situ. Nak makan nasi lemak sambal ikan bilis, tapi yang dapat nasi lemak sambal bawang.

Kepada kita yang berniaga, berniaga la dengan jujur dan ikhlas, masak la seperti kita masak tu untuk bagi keluarga kita makan. Bukan sekadar masak ala kadar nak mandapatkan keuntungan semata.InsyAllah  jika kita masak elok, pasti akan bertambah pelanggan di kedai kita. Ada siapa-siapa yang pernah makan nasi lemak sambal bawang juga?



Thursday, May 9, 2013

Amalan Dan Doa Ketika Mengandung

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Amalan Dan Doa Ketika Mengandung. Salam Jumaat saya ucapkan. Hari Jumaat yang berkat ini kita digalakkan berselawat sebanyak-banyaknya di samping mengenangkan jasa-jasa Baginda Rasulullah S.A.W kepada kita dan semua umat ini. Kerana dengan pengorbanan dan susah payah Baginda Rasulullah S.A.W dan para sahabat Nabi S.A.W.  kita mendapat hidayat dari Allah S.W.T.

Saya nak berkongsi amalan dan doa ketika mengandung kepada ibu-ibu dan bapa-bapa. Disamping menjaga pemakanan semasa mengandung, kita juga hendaklah mengamalkan doa-doa bagi mendapatkan anak yang soleh dan solehah. Kerana di dalam Islam terdapat ribuan rahmat dan keberkatan di dalamnya jika kita mengamalkan agama Islam ini dengan sempurna.
Amalan Dan Doa Ketika Mengandung, doa, amalan semasa hamil, kehamilan, Doa Ketika Mengandung
google : ibu mengandung

Sewaktu mengandung, sebaik-baiknya kita membaca surah-surah di dalam Al-Quran untuk dijadikan amalan harian.
Ia juga baik diamalkan sewaktu membesarkan anak-anak.

1. Surah Yusuf: Utk mendapatkan anak yang comel/cantik
2. Surah Luqman: Utk mendapatkan anak yang bijak/pintar/pandai

3. Surah Maryam: Utk mendapatkan anak yang soleh
4. Surah An-Nahl ayat 78: Utk memudahkan bersalin (dengan izin Allah SWT)
5. Surah Al-Fatihah

6. Surah Yaasin
7. Surah Ayatul Kursi
8. Surah Al-Araaf ayat 189
9. Surah Al-Imran ayat 38: Doa memohon anak yang baik

10. Surah Al-Imran ayat 8-9: Doa memohon rahmat
11. Surah Ibrahim ayat 40: Doa agar anak tetap mengerjakan solat
12. Surah Al-Baqarah ayat 128: Doa agar anak patuh kepada Allah SWT
13. Surah Yassin ayat 22 – 23: Untuk menjaga aqidah/memberi hidayah kepada anak

14. Surah As-Sajdah ayat 7-9: Doa agar anak menjadi orang yang soleh dan baik
15. Surah Al-Furqan ayat 74: Doa agar dikurniakan anak yang menyejukkan/menyenangkan hati ibu bapa/doa untuk mendisiplinkan anak/doa untuk kebahagiaan sekeluarga.

Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada kita semua. Sama-sama kita berselawat di hari Jumaat yang penuh berkat ini. Sebagai ibu bapa juga kita hendaklah mendidik anak-anak menadi insan yang berguna di dunia dan di akhirat. Dengan ilmu dan cara didikan yang betul akan melahirkan anak-anak yang berguna untuk kita diri kita dan keluarga serta agama. Kita hendaklah mendidik anak-anak yang lahir menjadi insan yang mulia disisi Allah SWT. Dapatkan Panduan Didik Anak Pintar dan Cerdas <<---disini. Anak-anak adalah anugerah Allah yang tidak ternilai harganya kepada para ibubapa. Sayangi anak-anak. Didiklh mereka menjadi insan yang berguna apabila dewasa kelak. Dapatkan panduan Didik Anak Pintar dan Cerdas <<----disini.
Wallahualam.

Wednesday, May 8, 2013

Berkebun Di Bandar

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Hari ini saya nak berkongsi cerita tentang berkebun di bandar, ada siapa-siapa yang  buat kebun di bandar??. Jika tak ada pun berkebun di bandar.ada tak??? Bila cerita tentang berkebun teringat zaman kanak-kanak  dahulu. Tinggal di kampung keliling rumah tanah aje, depan rumah tanah,tepi rumah tanah,kanan kiri semua ada tanah. Bila ada tanah pasti ada pokok, tak pun paling kurang ada rumputkan. Itu la suasana kampung yang saya hari ini dah sikit-sikit tak dapat rasa. Sebab sekarang dah tak duduk di kampung.Nak berkebun macam dulu lagi-lagi tak dapat. Terpaksa cari jalan berkebun di bandar.

Bagi yang tinggal di kampung nak makan sayur yang ditanam sendiri tak ada masalah. Bersihkan sedikit tanah tepi rumah,buat batas ,semai benih sayur lepas tu jangan bagi ayam atau itik kacau insyAllah ada rezeki boleh makan sayur tersebut. Perkara ini susah sikit bagi mereka yang tinggal di bandar-bandar besar.Nak nampak tanah pun susah kan depan rumah. Bagi yang tinggal di rumah teres insyallah ada sedikit ruangan tanah yang pemaju pembinaan rumah sediakan.Kalau yang dapat rumah tepi agak selesa sedikit sebab ruangan tanah rumah tepi yang agak luas berbanding dengan rumah-rumah di bahagian tengah dan sebagainya.Sebab itulah rumah tepi mahal berbanding dengan rumah-rumah lainkan. Bagi yang tinggal di rumah flat atau pangsapuri lagi susah nak tengok tanah kan. Kanan kiri,depan belakang, atas bawah semua ada tanah simen. Bagi yang tinggal di banglo tak payah cerita.Insyallah ada ruangan tanah juga.

Bagi yang hendak berkebun untuk mereka yang tinggal di rumah teres insyAllah ada caranya. Ruangan tanah di rumah tersebut dimanfaatkan dengan menanam sayur-sayuran yang biasa dimakan dan perlukan. Kita boleh manfaatkan ruangan tersebut dengan menanam pokok lada, pokok serai, pokok pandan, pokok ulam raja, pokok terung, kacang bendi, lengkuas, kunyit dan sebagainya. InsyAllah akan dapat hasilnya. Kata orang tua-tua "Tak rugi jika berbudi kepada tanah" , InsyAllah akan mendapat hasilnya bila tanaman tersebut mengeluarkan hasil. Rugi jika tidak dimanfaatkan ruangan tanah tersebut dengan membiarkan ruangan tersebut ditumbuhi rumput dan lalang sahaja. Bila tumbuh rumput lama-lama ada haiwan yang berbisa akan menghuni tempat tersebut. Bahaya untuk diri, keluarga dan jiran-jiran sebelah rumah. Jadi manfaatkan ruangan tanah tersebut dengan sebaiknya.

Serai Kangkung dan Pandan
Serai Kangkung Pandan
Bagi yang tinggal di rumah flat atau di pangsapuri pula. Jika nak berkebun tidak ada masalah. Terutamanya suri rumah sepenuh masa, Pastinya perkahwinan akan lebih bahagia jika masa di isi dengan sebaiknya. Kata orang "hendak seribu daya tak hendak seribu dalih kan. Nak berkebun di kawasan pangsapuri tak menjadi masalah. Beli pasu banyak-banyak,beli tanah dan masih boleh ditanam apa sahaja sayur-sayuran di depan atau di beranda rumah. Kalau tak nak beli pasu, boleh juga gunakan tin-tin kosong yang besar atau pun plastik beg yang tahan untuk menanam pokok-pokok kegemaran kita. Tak kira la, pokok sayur atau pokok bunga asalkan dapat manfaatkan ruangan hadapan rumah tersebut. Boleh nanti bila balik dari kerja kita dapat melihat,mambaja atau menyiram tanaman tersebut. Sekurang-kurangnya dapat meredakan tekanan perasaan di pejabat dan dapat mengisi masa lapang apabila balik dari rumah dengan melihat pokok-pokok sayur dan bunga-bunga yang ditanam di rumah. Jika tak mahu menanam dengan pasu dan tanah. Boleh juga berkebun di bandar dengan kaedah hidroponik. Beli alat hidroponik  dan  ikut arahan yang di beritahu insyallah berhasil juga tanaman tersebut. :-)

Hidroponik_wikipedia
Hidroponik_wikipedia
Semoga panduan berkebun di bandar ini boleh di praktikkan dalam kehidupan. Disamping dapat manfaatkan masa lapang dan ruangan tanah yang terdapat di rumah ianya juga dapat menyihatkan tubuh badan dan menjimatkan perbelanjaan harian insyallah.

Ada siapa-siapa yang berkebun di bandar? boleh kongsi di sini.


Wordless Wednesday - Hargai Jasa Ibu Bapa

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Apabila IBU atau BAPA kita menghembuskan nafas terakhir. Maka hilanglah sudah satu keberkatan dari Allah S.W.T terhadap kita, iaitu DOA dari Ibu Bapa terhadap anak-anaknya.

Hargai Jasa Ibu, ibu
Hargai Jasa Ibu
Cintailah Ibu Bapa selagi ada, Mohonlah kemaafan dari mereka atas dosa-dosa kita terhadap mereka, Ziarahilah mereka selalu, telefon dan hubungi mereka jika berjauhan, bertanyakan khabar berita, Doakan mereka setiap kali doa dipanjatkan kepada Allah S.W.T.

Sayangi Ibu Bapa kita, Kerana hilangnya pasti tiada ganti..

Kisah Anak Soleh