Thursday, November 28, 2013

Jumaat, Cinta dan Duit Dari Blog

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Salam Jumaat kawan-kawan. Sekejap sahaja hari Jumaatkan? Rasa baru sahaja jumaat, hari ini jumpa lagi dengan Jumaat, Hari Jumaat adalah penghulu segala hari. Hari ini kita digalakkan buat amal lebih daripada hari-hari biasa, dan hari ini juga terdapat satu masa yang khusus penerimaan doa daripada Allah S.W.T jika kita berdoa. Waktunya dirahsiakan Allah S.W.T. supaya hambanya berusaha mancarinya.

Ada ulamak yang kata akhir waktu malam(masa Tahjud - bukan masa bangun tengok bola yea) dan masa waktu petang sebelum terbenam matahari dan macam-macam pendapat ulama lagi. Tahniah kepada kerajaan Negeri Johor kerana dah jadikan Hari Jumaat mulai awal tahun 2014 sebagai hari cuti mereka. Macam negeri Kelantan,Terengganu,Kedah. Alhamdulillah syukur kepada Allah S.W.T. Rahmat yang besar untuk mereka.

anak bertudung comel
Comel tak saya?? Jom jaga aurat kita.
Cinta
Siapa bercinta kat sini? Tidak ada orang yang tidak ada perasaan tersebutkan? Walaupun budak kecil sekali pun. Inilah hebatnya perasaan cinta yang Allah S.W.T bagi kepada setiap kita. Walaupun orang tersebut jahat macam mana pun,dia mesti ada perasaan cinta. Cinta akan datang tanpa kita minta. Bagi pasangan yang sedang bercinta, jaga pasangan anda baik-baik. Jangan sampai melanggar batasan agama.

Jika kita dah sama-sama suka elok dipercepatkan sahaja perkahwinannya. Kerana  bercinta selepas kahwin lagi bermakna dan baik di sisi agama. Bila Allah S.W.T suka,insyallah cinta tersebut akan diberkati sehingga akhir hayat. Bercinta sekejap untuk kenal hati budi masing-masing lepas tu ikat dah berkahwin.Itu lagi TERBAIK. Hidup kita dan pasangan akan lebih diberkati kerana kita tidak lagi melanggar tata susila semasa ingin berjumpa dengan pasangan. Jaga hubungan kita dengan Allah S.W.T. Allah pasti akan jaga kita.

Selamat bercinta.. Selamat mendirikan rumah tangga kepada pasangan yang akan melangsungkan perkahwinan mereka pada musim cuti sekolah ini. Tahniah dan syabas saya ucapkan. Kepada yang belum usaha dan doa banyak-banyak, insyallah Allah S.W.T akan buka jalan.

Duit dari Blog
Hasil dengan berblog atau menjadi blogger amatlah beruntung, ada yang jadikan blog sebagai kerjaya tetap mereka. Cuma ramai juga yang jadikan blog sebagai aktiviti part time mereka. Bagi saya,kita berhak membuat pilihan bergantung kepada pendapatan yang kita perolehi.

Banyak peluang buat duit di internet dan kita boleh sertainya. Mengikut kemampuan dan masa yang kita ada. Mana-mana kerja formula utama kena rajin buat kerja, rezeki tidak datang dengan mudah. Kita perlu berusaha juga. Lepas berusaha baru bertawakal kepada Allah S.W.T yang Maha Memberi Rezeki. Macam mana dengan buat duit melalui surveys kawan-kawan. Dah dapat hasil ker? jika dah alhamdulillah, jika belum kena usaha yea, Pendaftaran PERCUMA sahaja buat duit melalui surveys.

 Insyallah masyuk juga dengan buat surveys. Jobdirumah hari minggu ini nak siapkan juga. Siapa berminat boleh sertai Jobdirumah  ini sebelum harganya dinaikkan menjadi RM100. Boleh tahan nak beli nanti jika harga macam tu, baik beli sebelum harganya dinaikkan bulan December ini. Boleh buat Pendaftar Jobdirumah disini. Lepas ini harap-harap tak naik lagi jobdirumah ini.


Wednesday, November 27, 2013

Kejayaan Dengan Buat Duit Surveys

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Kejayaan dengan buat duit surveys. Semalam saya ada cerita tentang 2 Cara Buat Duit di Internet. Satu tentang buat survey dan satu lagi tentang buat jobdirumah.

anak kecil bertudung
Comelkan bila bertudung macam saya..
Hari ini saya nak buat cerita ringkas tentang kejayaan mereka-mereka yang dah berjaya dengan peluang buat duit melalui survey ini. Berikut adalah contoh mereka-meraka yang dah berjaya dengan buat duit melalui surveys.

Dapat Duit Poket Dengan Buat Surveys
Ada berani tak nak berjaya??

Kejayaan akan datang bila kita rajin berusaha dan tidak putus asa. Jangan mudah mengalah, kerana syaitan suka dengan orang yang mengalah dan berputus asa.

Ini pun contoh mereka yang berjaya juga..
Bagi saya, dalam mencari kejayaan dalam buat bisnes di internet ini. Yang paling penting adalah sikap kita untuk berjaya. Kita kena rajin bekerja dan buat usaha. Tidak ada kejayaan yang akan datang dengan kita "duduk diam dan dapat duit". Pokok pangkalnya kena rajin dan berusaha dengan berterusan. Selamat menjana duit poket dengan buat survey sacara PERCUMA kawan-kawan. Buat sehabis baik insyallah berjaya!!. Saya lebih suka buat kerja dalam jobdirumah.


Tuesday, November 26, 2013

2 Cara Buat Duit di Internet

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
2 cara buat duit di Internet. Apa kaitan pula dengan gambar dibawah inikan? Sahaja nak berkongsi gambar. Bagus sekiranya ramai wanita di dunia bertudung. Cantik dipandang dan dapat pahala jika kita bertudung dengan cara yang dianjurkan oleh Islam. Lebih selamat kepada yang memakai tudung dan orang yang melihatnya.

gadis bertudung
gadis bertudung - saya pun nak buat juga macam ni.. 
Hari ini saya nak kongsi antara 2 cara buat duit di internet. Kedua-dua cara ini insyallah selamat. Kepada yang berminat boleh cuba. Rugi jika tak cuba, ianya boleh tambah duit poket kita.

1) Buat duit dengan 8Share- Caranya mudah sahaja. Anda daftar secara PERCUMA 8Share ni. Lepas daftar anda boleh kongsikan apa-apa iklan yang terdapat dalam 8share ni. Lepas tu daripada perkongsian yang anda buat. Jika ada yang membacanya. Anda akan diberikan komisen atas apa yang anda kongsikan. Mudah bukan? Pendaftarannya PERCUMA, setelah berdaftar anda akan diberikan RM1 terus di dalam akaun anda. Cuba buat 8share tersebut baru tahu.--> Daftar 8Share PERCUMA (klik sini)

2) Buat jobdirumah- Jobdirumah ini anda kena daftar dan dikenakan bayaran. Selepas pendaftaran anda akan diberikan setiap hari senarai kerja yang boleh dibuat menerusi email. Pihak jobdirumah akan bagi tutorial cara dan video untuk anda dapat kerja bagi bayaran tersebut. Yang ini pun dibayar dengan RM dan juga USD. Boleh cuba jobdirumah disini--> Pendaftaran Jobdirumah.
Jika nak baca dengan lebih lanjut. Anda boleh baca apa yang saya tulis tentang dapat duit poket dengan jobdirumah ini.

Selamat menjana pendapatan dan buat duit di internet yea. Sambil-sambil layan FB, blog dan tengok movie kat PC boleh juga menjana duit poket tambahan. Mana tahu boleh pergi tengok bola dengan hasil duit dari internet yang diusahakan tersebut.


Monday, November 25, 2013

Dapat Duit Poket Dengan Buat Surveys(Soal Selidik)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Rasanya setiap hari jika kita berkerja dan masuk pejabat, kita akan buka internetkan? Internet ini dah jadi macam benda penting di pejabat hari ini, pernah tak kadang-kadang. Bila buka PC internet tak ada line. Satu pejabat akan kata, "internat tak dapat la", "ko ada internet?" dan macam-macam lagi.

Saya dapat internet..
Itulah fungsi internet di pejabat,tambahan lagi mereka yang bekerja buat coding? Yea, buat kod. Kira macam kerja Pengaturcara dan ada yang cakap Programmer. Mereka-mereka ini hari-hari kerja tengok coding sahaja.Tak jumpa code terus google di internet. Penting internet kepada mereka.Hahaha..macam terasa pula saya. Siapa suruh kerja macam ini kan. Tak apa,dah ini adalah salah satu sumber rezeki.Kerja jangan tak kerja.

Oklah, saya nak cerita tentang peluang buat duit dari internet . Sebelum ini saya ada cerita cara buat duit poket melalui program jobdirumah. Kali ini nak kongsi cara buat duit dengan Surveys dan hasilnya akan dapat duit. Buat surveys ini kira mudah cakap bahasa,kita jawap soal selidik dan kita akan dapat bayaran. Mudah bukan? 

Yang penting kena ada internet juga, tak ada internet mana boleh buat Surveys  ini. Bayaran yang diberikan ada dalam bentuk RM(Ringgit Malaysia) dan ada juga dalam bentuk USD. Bergantung kepada rezeki Surveys tersebut. Do Surveys, Get Rewards. Buat Surveys dapat ganjaran.

Dapat Duit Poket Dengan Buat Surveys..BEST KAN?


Saya ada letakkan contoh mereka-mereka yang dah berjaya. Jom tambah duit poket dengan buat Surveys . Saya ada kerja nak buat, nanti boleh cerita lagi. Kena rajin tau,tak rajin tak dapat apa-apa jika tak manfaatkan internet yang kita ada sekarang. ;-) Selamat buat surveys. Buat jobdirumah pun berbaloi-baloi untung dia.


Saturday, November 23, 2013

Siapa Ayahku? - Mambina Kembali Institusi Kekeluargaan Kita.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Malam tadi sempat tengok rancangan Semanis Kurma TV9, tajuknya " Siapa Ayahku?-Mambina Kembali Institusi Kekeluargaan Kita". Ianya mengupas isu kekeluargaan berkaitan Anak Luar Nikah. Memang menarik topik yang dibincangkan. Rasanya masa saya kecil-kicil dahulu jarang sangat nak jumpa kisah tentang anak luar nikah ini. Nak cari seorang contoh macam ini pun susah,inikan pula nak tengok contoh yang ramaikan.Susah dulu nak jumpa ke anak luar  nikah.

Namun hari ini, jika kita tengok dan selidiki,masalah ini boleh dikatakan senang sekali kita jumpa dalam masyarakt hari ini. Jika bukan dalam keluarga,mungkin dalam keluarga terdekat kita akan ada kes ini. Jika tak ada,mungkin dalam kampung atau dalam taman perumahan kita, kita akan jumpa dengan kes-kes sebegini. Dunia dah nak kiamat? Takut jika difikirkan benda-benda macam ini boleh jadi pada diri sendiri, atau orang-orang yang kita sayang. Semoga Allah jauhkan kita semua dari benda-benda tak baik macam ini.

Dalam kupasan Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood dan Ustaz Wan Akashah pasangan suami isteri tersebut bersama seorang lagi penel yang juga ustaz, rasanya mereka bertiga banyak menunjukkan puncanya kerana kelemahan institusi kekeluargaan hari ini, senang cakap dalam keluarga sibuk dengan hal masing-masing sehingga terabai semuanya. Ibu bapa sibuk dengan kerja,persatuan dan sebagainya,anak pula dengan belajar dan kawan-kawannya sehingga menyebabkan nak jumpa pun jarang-jarang anak beranak.Masing-masing sibuk dan akhirnya tak ada keharmonian dalam keluarga dan menyababkan anak-anak mencari apa yang mereka suka dan lebih suka bersama kawan-kawan. Akhirnya macam-macam boleh jadi bila meraka yang masih mentah itu bersama. Walaupun bergaji RM 10 000 sebulan pun, jika keluarga kita musah. Tidak ada nilai wang RM10 000 tersebut.

Jadi nak bagi ibubapa yang sedar akan perkara ini merake yang pertama sekali kena berubah,belajar macam mana nak wujudkan balik nilai kasih sayang dalam keluarga,macam mana nak jadi ibubapa yang terbaik untuk anak-anak dalam dunia yang tanpa sempadan dan semakin mencabar ini. Sesuatu perlu dilakukan.Masih belum terlambat jika kita mahu keharmonian keluarga kita kembali terjalin dan selamat.

Penel From Smart To Wise Parenting Convention
Penel From Smart To Wise Parenting Convention

Macam mana nak wujudkan suasana RUMAHKU SYURGAKU. Alhamdulillah ada satu konvensyen akan diadakan pada bulan 12 nanti bersempena cuti sekolah ini. Konvensyen " From Smart To Wise Parenting Convention " akan mengumpulkan pakar-pakar dari pelbagai bidang untuk berkongsi idea-idea, tips-tips dan pengalaman bagi membantu para ibubapa untuk mengukuhkan dan mambina  kembali institusi kekeluargaan yang semakin rapuh ini.

Barisan Penel From Smart To Wise Parenting Convention
Barisan Penel From Smart To Wise Parenting Convention
Antara pakar-pakar yang akan berkongsi tips dan panduan ini ialah  Prof Muhaya Muhammad yang merupakan pakar motivasi yang terkenal di negara kita, Dr.Irfan Khairy jutawan internet dan beberapa orang ahli penal yang berkaliber akan membentangkan perkongsian ilmu bagi menggarap dan menyuburkan kembali kekuatan institusi kekeluargaan kita.Bagi mengetahui forum  ini dengan lebih lanjut,anda boleh rujuk klik>> di sini " From Smart To Wise Parenting Convention" . Bagi mereka yang bergelar ibu bapa atau bakal menjadi ibu bapa, saya sarankan jangan lepaskan peluang keemasan ini. Peluang hanya datang sekali.Sama-sama kita gunakan peluang ini untuk keharmonian keluarga kita. Kita kena berubah demi keluarga.

Thursday, November 21, 2013

Pendekatan Unik Prof Dr Rozieta Shaary

SAAT sukar pernah ditempuhinya apabila rumah tangga yang dibina puluhan tahun dilanda badai pada lewat 1990-an. Apabila merenung mata anak, wanita berasal dari Parit, Perak ini bertekad untuk bangkit melawan takdir.

Ketika itu juga, beliau diuji dengan kesakitan teruk, disyaki angkara sihir, dan tekanan dalam perniagaan sehingga menduga kewibawaan dirinya.

Pernah bertanyakan kepada Pencipta, mengapa perlu melalui kesakitan yang perit sedangkan dirinya tidak sekuat mana. Namun, tiada istilah putus asa dalam kamus hidupnya menyebabkan beliau bangkit melawan dugaan ini.

Prof Dr Rozieta Shaary, 53, berkata petunjuk daripada Allah sangat hebat apabila dia bermimpi menyaksikan orang ramai memenuhi ruang sambil menyaksikan kepetahan seorang wanita berucap di pentas dan setiap ucapannya menjadi perhatian.

Dalam mimpi itu, beliau teringin melihat wajah wanita yang berucap dan terkejut mendapati ia mirip dirinya. Ternyata mimpi itu menaikkan semangatnya untuk menceburi perniagaan berasaskan bidang motivasi dengan menonjolkan nilai kasih sayang sebagai aspirasi.

Hari ini, sesudah lebih 20 tahun, beliau masih terkenang kegigihan lima anaknya yang pernah menjual aiskrim dan air tin untuk membeli buku dan belanja sekolah.

Terbukti pengorbanan diri dan anggota keluarganya berbaloi, terutama selepas beliau memperoleh pentauliahan sebagai pakar dalam ‘Neuro Semantics and Neuro Linguistic Programming’ (Practioner NLP).

Berkelulusan doktor falsafah dalam kajian pembangunan sosial dan modal insan dari Universiti Camden, Amerika Syarikat, wanita ini berjaya melahirkan ribuan pakar dalam program pembentukan kecemerlangan diri bagi golongan korporat dan pelajar.

Antara kemahiran dimanfaatkannya ialah teknologi terkini dalam komunikasi seperti accelerated learning, subliminal dynamic, neuro-linguistic programming, sains minda dan sains tenaga hingga menjadikan program kendaliannya ceria tetapi berkesan, dinamik dan kaya dengan ilmu.

Rozieta mengakui, bukan mudah untuk berada pada tahap sekarang jika tidak memiliki kekuatan tersendiri kerana ada banyak syarikat motivasi hebat di negara ini.

Pun begitu, beliau bertuah kerana suaminya sanggup berhenti kerja dan menyertainya membangunkan perniagaan itu dan pasangan ini turut mendapat kepercayaan syarikat korporat dan jabatan kerajaan.

Antara syarikat dan agensi yang pernah mendapatkan khidmat syarikatnya ialah Perodua, Proton, Esso, Shell, Sime-Darby, Puspakom, Petronas, Telekom Malaysia dan Jabatan Pembangunan Wanita.

“Pendekatan yang kami gunakan unik tetapi memberi impak besar kepada golongan korporat, ibu bapa dan pelajar sama ada melalui kursus, seminar mahupun penulisan kerana saya sendiri memperkenalkan elemen ‘kasih sayang’ sebagai elemen paling berkesan.

 Konvensyen MEGA Ibu Bapa Penyayang 2013

“Tidak dinafikan, pelaburan di bidang intelektual bukan mudah seperti tanggapan segelintir pihak kononnya golongan seperti kami hanya menjual ‘air liur’.

“Sebenarnya, untuk muncul sebagai penceramah atau pakar motivasi, ia memerlukan ilmu untuk membangun potensi diri supaya muncul sebagai modal insan yang akhirnya mampu memberi sumbangan besar kepada negara.

“Untuk itu, saya menggunakan pendekatan ‘UQ’ iaitu darjah sejagat bersifat universal dan kesatuan merangkumi tahap kebijaksanaan minda, emosi serta aspek ketuhanan.

“Saya cuba menerapkan mesej kasih sayang sebagai medium teragung untuk memberi kesedaran dan penyatuan dengan merujuk kepada Allah sebagai pencipta alam,” katanya.

Rozieta berkata, dalam soal perniagaan, manusia tidak seharusnya mencari untung semata-mata, sebaliknya perlu menerap elemen sebagai ‘katalis’ atau penambahbaikan yang mempunyai kaitan antara hidupan dengan alam.

Sebagai contoh, katanya, bahan pencemaran dibuang ke sungai atau laut akan dimakan hidupan sebelum dinikmati manusia sebagai sumber makanan. Akibatnya, manusia menerima padah kerana kehadiran toksik dalam hidupan.

Penulis buku ‘Raising Happy Kids’ ini mengakui pada awal pembabitannya dalam bidang berkenaan, beliau melaluinya sendirian dengan serba kepayahan. Suaminya ketika itu masih bertugas sebagai jurutera di sebuah syarikat.

Namun, berkat kesungguhannya membuatkan syarikatnya, AL Advancement of Human Potential Sdn Bhd yang beroperasi di Kota Damansara, Selangor sering dijemput mengadakan ceramah di majlis atau seminar.

Selain menjadi kolumnis majalah dan akhbar, beliau sering muncul dalam program radio dan televisyen.

Melihatkan kesungguhan membangun syarikat, suaminya meninggalkan kerjaya asal untuk menyertainya bagi mengukuhkan syarikat pada 1999.

Lebih manis lagi, tiga daripada lima anaknya, Sumayyah, 31, memiliki ijazah dalam bidang perniagaan dan pemasaran dari universiti di Australia; Shaimaa, 30, graduan dalam bidang montessori dari United Kingdom; Umair, 29, berkelulusan kejuruteraan elektrik di Jepun membantu melonjakkan perniagaan itu secara kolektif.

Hanya anak keempat, Anas, 27, bekas penuntut bidang rekaan grafik di Universiti Putra Malaysia (UPM) bertugas di tempat lain manakala si bongsu, Sofiyyah, 16, masih menuntut di tingkatan empat.

“Yang membanggakan, menantu kami turut membantu perniagaan dengan kepakaran masing-masing.

“Berkat kesatuan hati didorong kasih sayang keluarga, kami berjaya mencanai nilai positif yang kemudian diterapkan dalam kehidupan sebelum dipraktikkan kepada orang ramai,” katanya.

PROFIL:
NAMA: Prof Dr Rozieta Shaary
JAWATAN: Pengarah Eksekutif AL Advancement of Human Potential Sdn Bhd
ASAL: Parit, Perak
SUAMI: Mohd Marzuki Mohamed

PENDIDIKAN: Ijazah Kedoktoran Kajian dan Pembangunan Sosial, Universiti Camden, Amerika Syarikat

Temui Prof Dr Rozieta Shaary di Konvensyen MEGA Ibu Bapa Penyayang 2013. Maklumat Konvensyen boleh rujuk disini >> Konvensyen MEGA Ibu Bapa Penyayang 2013

sumber: hmetro

Tuesday, November 19, 2013

Hari Kanak-kanak Sedunia -Hebatnya

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Siapa yang perasan hari ini muka depan google malaysia ada gambar kartun kanak-kanak?. Sebenarnya hari ini, 20 November setiap tahun adalah hari kanak-kanak sedunia yang telah diwartakan oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu dan UNESCO.

Hari kanak-kanak seluruh dunia diwujudkan adalah sebagai suatu hari untuk persaudaraan seluruh dunia kepada kanak-kanak dan saling memahami antara mereka. Yang mana dicadangkan pada hari tersebut diadakan program yang tertumpu kepada mempertingkatkan idea dan objektif untuk Piagam dan Kebajikan untuk kanak-kanak seluruh dunia.

Hari Kanak-kanak
Hari Kanak-kanak..masa kecil dulu tak ingat pula ada ke tak?
Di Malaysia, Perayaan Hari Kanak-Kanak SeDunia telah mula disambut pada 8 Oktober 1959 bertempat di Stadium Negara Kuala Lumpur iaitu sebaik sahaja PBB mengistiharkannya sebagai hari untuk persaudaraan sejagat dan kefahaman dikalangan kanak-kanak seluruh dunia. Pada awalnya, Majlis Kebajikan Kanak-Kanak Malaysia (MKKM) telah diamanahkan untuk menganjurkan majlis sambutan ini mulai tahun 1960 sehinggalah tahun 1994. Tugas ini kemudiannya diambil alih oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia (JKMM) sejak tahun 1995.

Hari kanak-kanak seluruh dunia ini disambut berbeza-beza di setiap negara. Contohnya di negara-negara Islam termasuklah Afghanistan, Algeria, Amiriah Arab Bersatu, Arab Saudi, Bahrain, Bangladesh, Brunei, Jordan, Kuwait, Lebanon, Libya, Maghribi, Malaysia, Maldives, Mali, Mauritania, Mesir, Oman, Pakistan, Palestin, Qatar, Republik Sudan, Sudan Selatan, Syria, Tunisia dan Yaman, di sambut pada setiap 4 Julai.

Sementara di Jepun ianya di sabut pada 5 Mei setiap tahun, Perayaan hari kanak-kanak di Jepun dikenali sebagai "Kodomo no hi". Pada hari ini juga mereka akan menonjolkan pedang dan perisai samurai, serta anak patung pahlawan. Dua lambang yang penting pada Hari Kanak-Kanak di Jepun ialah ikan kap dan pokok bunga iris.[ sumber:wikipedia ]

Dengan adanya hari kanak-kanak ini,dapatlah kiranya diberikan perhatian kepada pembangunan dan sahsiah jati diri kanak-kanak. Sebenarnya nilai-nilai pengajaran ini hendaklah diberikan setiap hari kepada kanak-kanak agar mereka mampu menjadi manusia yang berguna kepada agama,bangsa dan negara apabila mereka dewasa kelak. Ini kerana,kanak-kanak inilah yang akan mencorakkan keadaan negara kita 30-40 tahun akan datang. Tanpa didikan yang sempurna daripada ibu bapa dan masyarakat,kehidupan meraka akan rosak, ibu bapalah yang akan mencorakkan kehidupan anak-anak mereka.

Bagi mempertingkatkan pengatahuan ibu bapa sebagai pembimbing kepada anak-anak, satu Konvensyen MEGA IBU BAPA PENYAYANG 2013 akan diadakan.
Konvensyen yang dikenali juga dengan " From Smart To Wise Parenting Convention " akan mengumpulkan pakar-pakar dari pelbagai bidang untuk berkongsi idea-idea, tips-tips dan pengalaman bagi membantu para ibubapa untuk mengukuhkan dan mambina kembali institusi kekeluargaan.

Konvensyen ini akan memaparkan ikon-ikon negara yang diiktiraf masyarakat antarabangsa seperti Prof. Dr. Rozieta, Prof. Dr. Muhaya, Dr. Irfan Khairi dan Jurulatih Kehidupan, Sharmini Hensen. Perkongsian ilmu ini janganlah dilepaskan,kerana ianya datang bukan dengan mudah. Bagi mengetahuinya boleh rujuk maklumat Konvensyen MEGA IBU BAPA PENYAYANG 2013 disini.

Monday, November 18, 2013

Hidup Sederhana

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Hidup Sederhana,Mudah cerita kita hidup dengan ringkas kot. Malam semalam ada ustaz mengajar di surau,menarik juga tajuk yang di kupas. Tentang hidup sederhana.

Islam tak larang kita kaya raya,jadi jutawan mahupun hartawan. Ramai dikalangan masyarkat kita hari ini yang menjadi jutawan dan hartawan. Cuma Islam menggalakan kita hidup sederhana. Bukan tak boleh cuma ini lagkah terbaik.Walaupun kita berpendapatan RM10 000 dan boleh tengok perlawanan bola sepak secara live di London pun kita digalakkan hidup sederhana.

hidup sederhana,hidup sederhana dalam Islam,
Nasihat tips hidup sederhana fb Irfan Khairi.

Kenapa Islam menggalakan kita buat macam ini:-
1)Nak jaga hati kita supaya jangan bangga diri dan hidup takbur. Bukan Allah S.W.T sahaja tak suka, malah manusia pun tak suka jika kita meninggi diri. Rasa hebat,ada macam-macam, boleh buat macam-macam. Walaupun orang nampak suka dengan kita, tetapi akan ada orang menyampahnya kan. Jadi nak selamat hidup sederhana walaupun kita ada macam-macam.

2)Jika kita tidak pilih hidup sederhana, kita akan ada ramai musuh,semua penyamun,perompak dan macam-macam pe.. lagi akan jadi musuh kita, daripada hidup gembira sebab kita ada macam-macam, hidup kita huru hara pula. Ada sahaja masalah,sibuk dengan harta dan dunia yang sementara,sehingga tak ada masa untuk beribadat kepada Allah Tuhan Yang Memelihara dan Yang Memberi Rezeki kepada kita.

3)Hidup sederhana akan buatkan hidup kita selamat dari pembaziran yang tak tentu hala. Lagi baik kita gunakan rezeki yang Allah S.W.T bagi tersebut untuk di sedekahan kepada orang miskin,anak yatim dikampung atau di negera kita, ramai anak-anak yatim yang berjaya sehingga meraka mampu berbakti kepada masyarakat dan negara. Anak-anak ini juga mempunyai impian untuk berjaya. Jika susah nak cari,ambil masa tengok BersamaMu TV3. Ramai orang-orang susah yang memerlukan bantuan kita. Ambil no akaun mereka, masukkan bantuan kewangan kepada mereka yang memerlukan. Bersedekah dengan cara sembunyi menghapuskan kemurkaan Allah S.W.T. Insyallah hidup kita akan bertambah berkat.

Banyak lagi yang ustaz tersebut sampaikan tentang hidup sederhana, hanya berkongsi sedikit sebanyak untuk tatapan bersama. Salam Tazkirah ;-)

Tuesday, November 12, 2013

Untung Jadi Peminat Bola Sepak Tottenham

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Untung Jadi Peminat Bola Sepak Tottenham. Siapa yang minat bola sepak angkat tangan? Saya pun minat bola juga.

Dah..dah.. boleh jatuh tangan. Nanti ada orang perasan pula.Tiba-tiba ada yang angkat tangan tak ada sebab apa-apa.

Saya masih ingat masa sekolah menengah,sekolah saya boleh masuk partandingan akhir bola sepak peringkat negeri. Kira jika menang boleh jadi wakil negeri nanti bila lawan bola untuk peringkat negara. Hebatkan boleh sampai keperingkat ini, sebelum ini tak ada dalam sejarah sekolah saya boleh sampai ke peringkat ini.

Untung Jadi Peminat Bola Sepak Tottenham
Peluang tak datang banyak kali ni..
Boleh sampai ketahap ini mungkin disebabkan kehebatan penyerang kot,sebab bila dapat bola kat kaki dia,alamat insyallah boleh masuk gol, mamat ini pandai menggelecek sikit. Tak mustahil la jika ada bola di kaki dia semua orang akan dapat berita gembira lepas itu. Penjaga gol tak kurang hebat juga, jarang sekali bola masuk dalam gawang gol kami. Ditambah dengan pertahanan yang badan sasa-sasa lagi, jadi tak mustahil cukup lengkap pasukan sekolah kami boleh sampai ke tahap itu pada masa tersebut. Tapi yang paling saya respect,rasanya sebab jurulatih(cikgu saya) yang pandai mengatur strategi dan pasukan hingga boleh sampai ke tahap ini. Kesimpualannya, semuanya hebat-hebat dan mempunyai kekuatan masing masing-masing.Tahniah sekolahku. Semua orang bangga pada masa tu.

Apa yang bestnya, bila sekolah kami dapat capai ketahap tersebut, akhirnya kami berjaya dan dapat jadi wakil negeri ke perlawanan peringkat negara. Masa tu pihak sekolah dapat banyak tajaan dari badan-badan koprat di negeri saya. Hampir RM10 000 sekolah dapat masa tu. Alhamdulillah,yang bestnya kat sini, penyokong pasukan bola kami, "tukang sorak" pun tumpang tempiasnya, Jadi penyokong tak payah berlari-lari dalam padang sampai berpeluh kejar bola kan?Sakit-sakit jatuh pun tak kena. Paling tinggi pun sorak kuat-kuat sahaja,sampai pecah suara pun ada. Mereka juga dapat banyak tajaan, dapat makan minum macam-macam,dapat baju,dapat tidur kat hotel 4bintang macam pemain juga dan tak kurang dapat duit juga. Jadi penyokong bagi semangat pun dapat macam pemain bola juga. Best bila ingat masa tu.

Inilah yang dikatakan untungnya jadi peminat bola sepak. Jadi pemain tak payah cerita la, sebab tu sekarang sukan bola sepak merupakan salah satu cara untuk buat duit juga, ada pemain bola sepak bergaji puluhan ribu dollar. Malah ada yang sampai jutaan dollar. Semuanya kerana bola sepak.

Jadi nak kenang masa tu lagi, saya nak berkongsi dengan kawan-kawan yang tempisnya datang dari tajaan syarikat gergasi AIA dan Team bola sepak Tottenham nak bagi peluang kepada kita untuk menyaksikan sediri secara lagsung perlawanan bola sepak di UK London. Sepasang(dua orang) tiket pergi balik,penginapan  4H/3M dan peluang untuk melancong ke Bandar London akan diberikan. Bukan senang nak dapat peluang ini. Jika nak pergi tengok bola Tottenham secara live di London dengan tajaan, boleh ramai-ramai kita dapatkan maklumatnya. WIN A VIP FOOTBALL IN UK-London.
Dapat pergi nanti jangan lupa bagitahu saya juga, nak kirim jersi bola ori satu. ;-)

Monday, November 11, 2013

Pilihan Berani Untuk GAGAL

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Kita boleh memilih. "Pilih apa yea?" pasti ada yang bertanya. Pilih apa sahaja untuk diri kita. Ada yang nak berjaya tapi memilih untuk gagal. Malah ada yang nak gagal, kerana ini juga pilihan mereka. Mereka pilih untuk gagal. Jarang kita dengar satu orang yang memilih untuk gagal tetapi dia berjaya. Yang paling banyak kita dengar orang yang pilih berani untuk gagal

Pilih berani untuk gagal macam mana pula?. Berani gagal ini contohnya macam kita buat kek. Masa kita buat kek pastinya peringkat permulaan akan ada kesilapan. Kek terlebih tepung dan jadi keras, kek terlebih air jadi lembik, kek terlebih suhu jadi hangit dan macam-macam lagi.

Tetapi bila diperbetulkan akhirnya kek tersebut berjaya kita buat dengan cukup sempurna,tak lembik,tak keras dan tak hangit dah. Tahniah untuk diri kita, kita BERJAYA. Alhamdulillah.. Yeahhh!!!

Berani Untuk GAGAL, bunga kertas warna warni
Akhirnya BERJAYA juga.
Macam itulah nak berjaya, apa sahaja kerja yang kita buat, kita kena cuba lagi dan lagi. Sampai bila, sampai kita BERJAYA. Jika kita nak berjaya,kita kena selalu ada semangat untuk BANGUN selepas kita JATUH. Walaupun kita jatuh 10 kali pun,jika kita bangun pasti kita akan berjaya. Semua orang yang berjaya mereka pernah gagal dan mereka bangun dengan semangat untuk berjaya. 

Jika tak ada semangat ini,pastinya hari ini tak akan ada orang boleh naik kapal terbang. Sebab apa? sebab mamat yang reka kapal terbang tu kata dia gagal sebab kapal terbang pertama yang dia reka tak boleh terbang. Akhirnya setelah dicuba berkali-kali akhirnya kapal terbang tersebut BOLEH TERBANG. Mesti melompat gembira dia bila kapal terbang tersebut berjaya terbang dan mendarat dengan selamat.

Jika anda ingin berjaya dalam perniagaan internet juga. Anda boleh bongkar tentang [+]"Rahsia Usahawan Internet Tersohor Malaysia". Dapatkan panduan sebenarnya di dalam penulisan ini. 

Nak dapat RM10 000 pun macam ini juga, bermula dengan sedikit. Lama-lama boleh jadi RM10 000. Ada ker zaman sekarang orang nak bagi duit RM10 ribu mudah-mudah. Ada kena cari dan usaha insyallah jumpa. Nampanya ada berita baik hari ini, Insyallah nanti saya kongsikan. Nak sambung buat kerja dulu. Jobdirumah saya nak kena siapkan juga malam ini. Biasala nak dapat RM 10 000. Jika nak cuba dan berjaya dengan jobdirumah, boleh baca di Jobdirumah ini


Monday, November 4, 2013

Kisahku Dengan Jobdirumah

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Kisahku dengan Jobdirumah, ingin berkongsi cerita kisahku dengan jobdirumah. Pada mulanya saya agak keberatan juga untuk menyertai program jobdirumah ini, bukan apa risau takut jobdirumah penipu. Tetapi setelah yakin dengan jobdirumah saya join program Jobdirumah. Jobdirumah adalah ahli Persatuan Usahawan Internet Malaysia (PUIM),yang didaftarkan atas nama Kliks Solution  yang merupakan pengurus kepada program Jobdirumah.com

Komesin Jobdirumah dibayar terus ke dalam akaun bank setelah anda menyelesaikan tugasan yang diberikan. Alhamdulillah setakat ini bayaran jobdirumah masuk dalam akuan saya.

Bayaran Jobdiruah masuk  bila buat kerja
Bayaran Jobdirumah masuk bila buat kerja...
Telah ramai pengguna internet di Malaysia yang menggunakan jobdirumah ini sebagai Mesin Jana duit poket mereka. Ada dikalangan mereka yang dah dapat RM1000 dalam masa satu minggu sahaja. Macam tak percaya kan? Tetapi itulah hakikatnya. Kepada yang ingin menyertai jobdirumah ini, anda boleh membuat pendaftaran disini >> Jobdirumah

Setelah mendaftar dengan jobdirumah, anda akan diberi panduan dan tips dalam bentuk penulisan dan video bagaimana anda nak buat pendapatan sampingan secara online dengan jobdirumah. Setiap hari anda akan mendapat puluhan tawaran kerja di dalam email anda. Anda hanya perlu memilih kerja mana yang sesuai dengan kebolehan dan kemahiran yang anda miliki, menarik bukan?

Jika banyak yang anda buat, maka banyak juga bayaran yang anda akan mendapat. Ini kerana terdapat tawaran kerja di dalam jobdirumah dibayar dengan nilai USD. Andai anda dapat USD50 untuk satu tugasan, lebih kurang RM 158. Jika anda dapat 5 ke 10 tugasan dalam satu minggu banyak bukan?

Anda  belum daftar Jobdirumah? Daftar sekarang di - Jobdirumah

Semoga jobdirumah ini menjadi langkah mula anda untuk mendapatkan duit poket tambahan secara online. Bagi mendapatkan hasil yang lumayan ini, satu perlu anda ingat, anda perlu fokus dan rajin buat kerja, Jika malas anda tak akan dapat seperti yang diharapkan. Saya percaya,jika anda mengikut panduan yang diberikan oleh pihak jobdirumah ini, anda akan dapat lebih lagi daripada apa yang saya dan anda jangkakan. Selamat berusaha bersama Jobdirumah.

Sunday, November 3, 2013

Macam Mana Nak Turunkan Berat Badan?

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Macam mana nak turunkan berat badan. Pastinya ramai antara kita yang risau dengan berat badan sendirikan? Masa berat badan ok tak ada risau sangat,tapi bila berat badan semakin hari semakin meningkat menyebabkan kita risau giler-giler. Macam mana nak turunkan berat badan yea? Jika tak jaga berat badan risau juga takut macam-macam penyakit yang datang. Badan makin besar,ketul-ketul disana sini semakin menonjol kerana berat badan semakin naikkan? Risau macam mana nak turunkan berat badan ini. Terdapat beberapa cara untuk menurunkan berat badan kita.
Macam Mana Nak Turunkan Berat Badan
Macam mana nak turunkan berat badan saya ni?
Masalah berat badan yang berlebihan ini sebenarnya berpunca daripada diri sendiri,kita yang tak kawal pemakanan harian, ambil makanan yang berlemak dan berkalori tinggi. Kalau macam ini mudah sangat berat badan kita naik bila tak jaga makanan yang diambil. Tak ambil makanan yang seimbang juga boleh menjerumuskan diri kita kepada masalah berat badan yang berlebihan ini. Saya ingin berkongsi tips untuk menurunkan berat badan dengan anda agar menjadi lebih baik dan selamat. Untuk mengetahuinya anda boleh baca sendiri ebook yang ditulis oleh Saudara Hafiz Wasa bakar lemak pantas. << Di Sini.

Macam mana nak turunkan berat badan yang diinginkan ini sangatlah perlu, ini kerana jika anda tersilap langkah dengan tidak mengamalkan penjagaan berat badan yang berkesan ini, dikhuatiri banyak penyakit akan datang "berkawan" dengan kita. Jadi untuk menyelamatkan anda dengan masalah penyakit yang berpunca daripada masalah berat badan yang berlebihan ini, saya sarankan anda membaca sendiri ebook ini,kerana di dalamnya terdapat banyak tips penjagaan dan pengawalan berat badan daripada terus meningkat. Antara kandungan buku tersebut ialah:

1) Bagaimana untuk merangka diet yang sesuai untuk diri sendiri.
2) Apakah aktiviti yang boleh dilakukan untuk membakar lemak dengan pantas dan berkesan.
3) Bagaimanakah untuk meningkatkan metabolisma diri bagi mengawal kenaikan berat badan anda DAN BANYAK LAGI tips yang beliau kongsi.

Jadi, kalau ada sesiapa yang nak kuruskan badan.

Dapatkan ebook ini –> Panduan Bakar Lemak Pantas Hafiz Wasa.

Ada antara kita yang tertipu dengan mengatakan nak kurus jangan makan nasi, dapat kurus jika kita tak makan nasi. Macam-macam pendapat yang diberikan agar jangan makan nasi untuk menurunkan berat badan anda. Sebenarnya ini SALAH, anda perlu makan nasi tetapi dengan jumlah yang terkawal. Nasi adalah sumber karbohidrat yang penting untuk badan anda,tambah-tambah lagi kita yang dari kecil lagi dibesarkan dengan makan nasi. Macam mana nak turunkan berat badan dengan tidak makan nasi?Bahaya ini.

Bagi mengetahui lebih lanjut macam mana nak turunkan berat badan ini,saya sarankan anda baca sendiri buku tersebut untuk dijadikan panduan bagi menurunkan berat badan yang diidamkan. Semuanya diceritakan dengan lengkap didalam panduan tersebut.Bagi mengetahuinya anda boleh baca sendiri Ebook Panduan Bakar Lemak Pantas ini. << Klik Sini


Darah Nifas Keluar Lebih Dari 40 hari

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Telah menjadi kebiasaan bagi wanita yang melahirkan anak akan diikuti dengan keluar darah dalam tempoh tertentu. Inilah yang dikenali dengan post-natal bleeding atau darah nifas. Nifas dari segi bahasa berasal daripada perkataan “na fi sa” yang bermaksud melahirkan. Darah nifas dari segi etimologi ialah darah yang keluar dari rahim wanita sesudah bersalin. Pastinya saat melahirkan anak ini adalah waktu yang paling gembira untuk setiap wanita, kenapa tidak kerana dengan kelahiran anak ini akan mengertkan lagi ikatan percintaan antara suami,isteri dan juga anak tersebut.

Tempoh Nifas
Bila bermulanya darah nifas? Menurut mazhab Syafi’i, darah nifas ialah darah yang keluar setelah melahirkan. Sekiranya bayi masih belum keluar kesemuanya, maka belum lagi dikatakan darah yang keluar ialah darah nifas tetapi dianggap darah penyakit. Oleh sebab itu, sekiranya wanita yang belum melahirkan tetapi amat sukar menunaikan ibadah solat disebabkan sakit melampau dan sebagainya, maka hendaklah dia melaksanakan solat sambil baring atau sekadar yang termampu

Darah nifas wanita selepas bersalin
Darah nifas wanita selepas bersalin
Ulama sepakat mengatakan bahawa tiada tempoh minimum bagi nifas, walaupun sekadar satu titik darah sahaja yang keluar atau sedetik, tetap dikira darah nifas. Namun mereka berselisih pendapat dalam menentukan tempoh maksimum bagi nifas. Perselisihan tersebut boleh dibahagikan kepada dua pendapat seperti berikut:
1. Jumhur ulama mengatakan bahawa tempoh maksimum ialah 40 hari berdasarkan hadis yang diriwayatkan daripada Ummu Salamah r.ha., beliau berkata: “Pada masa Rasulullah, wanita yang melahirkan berhenti nifas setelah 40 hari.” (Riwayat Abu Daud)
2. Sekiranya seseorang wanita itu mengalami nifas dalam tempoh 40 hari, maka itu adalah darah nifas. Namun jika darah masih keluar selepas tempoh 40 hari, maka itu bukan lagi darah nifas sebaliknya itu dikira istihadah dan wajib bagi wanita tersebut mandi dan mengerjakan solat seperti biasa.
3. Al-Ja’fariyyah pula berpendapat tempoh nifas yang paling lama ialah 10 hari.
4. Mazhab Syafi’i pula mengatakan bahawa tempoh maksimum adalah 60 hari. Pendapat ini berdasarkan pengalaman dan pengamatan Imam Syafi’i yang mendapati terdapat wanita yang mengalami nifas sehingga menjangkau 60 hari. Hadis Ummu Salamah pula menunjukkan tempoh kebiasaan nifas bagi wanita, bukan tempoh maksimum.
Oleh sebab itu, mengikut pendapat mazhab Syafi’i, wanita yang masih keluar haid selepas hari ke-40 hingga hari ke-60, itu adalah nifas. Namun sekiranya ada darah yang keluar selepas 60, maka itu adalah darah penyakit (istihadah) dan wajib bagi wanita tersebut mandi dan mengerjakan ibadat seperti biasa.
Anas r.a. pula berkata: “Rasulullah telah memberikan waktu bagi wanita yang sedang nifas selama 40 hari kecuali jika wanita tersebut melihat dia telah suci sebelum waktu itu.” (Riwayat Ibn Majah)

Bersalin Caesar
Terdapat sesetengah wanita yang tidak dapat bersalin normal disebabkan komplikasi tertentu sehingga terpaksa dibedah. Dalam kes seperti ini, al-Lajnah al-Da’imah li al-Buhuth al-Ilmiyyah wa al-Ifta’ menyatakan bahawa hukum bagi wanita yang bersalin dengan kaedah Caesar adalah sama dengan wanita yang keluar nifas selepas bersalin normal. Apabila ada darah keluar, maka hendaklah ia meninggalkan solat dan puasa. Sebaliknya andainya tiada darah yang keluar, maka hendaklah ia mandi, mengerjakan solat dan berpuasa seperti biasa. (Fatawa al-Mar’ah al-Muslimah)

Keguguran
Bagi wanita yang keguguran, jika bayi yang dikandungnya telah cukup sifatnya, darah yang keluar itu adalah darah nifas. Namun sebaliknya, jika janin masih dalam keadaan segumpal darah atau daging, maka darah yang keluar itu hanyalah darah haid.

Tiada nifas
Ulama telah sepakat menyatakan bahawa wajib mandi bagi wanita yang telah kering daripada nifasnya. Cara-cara mandi adalah sama dengan mandi wajib setelah haid yang sedia maklum dalam kalangan wanita. Cuma yang membezakan adalah niat, atau boleh juga berniat dengan niat yang umum iaitu mengangkat hadas besar.
Namun bagi wanita yang mempunyai darah nifas, adakah wajib mandi? Jawapannya ialah ya, wajib bagi mereka mandi wiladah (mandi sebab melahirkan).
Bagi wanita yang bersalin kembar, masa nifasnya dikira bermula daripada kelahiran anak kembarnya.

Darah yang Keluar sebelum melahirkan
Sekiranya ada darah yang keluar sebelum melahirkan, menurut al-Lajnah al-Da’imah li al-Buhuth al-Ilmiyyah wa al-Ifta’, sekiranya darah yang keluar tidak diikuti oleh rasa sakit akibat kontraksi, maka darah tersebut bukan darah haid. Oleh sebab itu, ibadah sepatutnya diteruskan seperti biasa. Namun sekiranya darah yang keluar diikuti oleh kontraksi yang menyebabkan rasa sakit hampir melahirkan, maka darah itu darah nifas. (Fatawa al-Mar’ah al-Muslimah)

Keadaan-keadaan Nifas
1. Wanita yang mengalami nifas kurang daripada tempoh 60 hari (mengikut mazhab Syafi’i) dikira nifas. Apabila didapati darah telah berhenti sebelum 60 hari, maka janganlah tergesa-gesa mandi melainkan telah pasti tiada darah yang keluar.
2. Wanita yang mengalami nifas lebih daripada 60 hari secara terus-menerus. Maka dalam tempoh 60 hari itu dikira nifas. Darah yang keluar selepas 60 hari itu merupakan darah penyakit (istihadah).
3. Darah nifas terputus-putus. Keadaan ini dialami oleh sesetengah wanita yang mengalami nifas untuk beberapa hari, berhenti beberapa hari dan kembali keluar dari lagi kemudiannya. Oleh itu, sekiranya darah yang keluar itu dalam tempoh 60 hari, maka darah yang keluar setelah berhenti seketika itu tetap darah nifas.

Hukum-hukum bagi wanita yang berada dalam keadaan nifas.
Hukum wanita yang dalam keadaan nifas adalah sama seperti wanita yang berada dalam keadaan haid. (Rujuk Solusi isu 12)
Suami tidak boleh menggauli isterinya selama mana isteri masih dalam nifas. Namun bagi suami yang tetap menggauli isterinya dalam tempoh itu, tiada kafarah dikenakan sebagaimana yang ditetapkan terhadap suami yang menggauli isterinya semasa bulan Ramadan.
sumber: SOLUSI

PS: Jauhi Merokok Bagi Wanita Mengandung.


Friday, November 1, 2013

JobdiRumah Bayaran Komisen Kali Pertama Dari jobdirumah.com

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
JobdiRumah Bayaran Komisen Kali Pertama Dari jobdirumah.com,berita gembira bagi saya setelah menyertai Program Jobdirumah ini akhirnya saya mendapat Bayaran Komisen kali pertama dari Jobdirumah.com ini. Rasanya tidak sia-sia apa yang saya usahakan untuk program jobdirumah ini setelah mendapat hasilnya. Mula-mula rasa macam tak percaya bila buka email hari ini dapat email dari AgenAffiliate.com yang berbunyi " your Affiliate Payment has been sent ". Jadi saya buka email tersebut untuk mendapatkan kepastian. Tengok dalam akaun bank pun dah ada juga. Terima kasih kepada pihak Jobdirumah kerana membantu saya buat duit poket dari internet ini.

Alhamdulillah saya dapat Bayaran Komisen Kali Pertama Dari jobdirumah.com berjumlah RM25 untuk permulaannya. Kita kena fokus dan rajin dalam buat bisnes internet ini, sama juga dengan kerja-kerja lain, jika kita tidak rajin dan fokus dalam membuat sesuatu pekerjaan. Maka pekerjaan tersebut tidak akan mendatangkan hasilnya.

Bayaran Komisen Kali Pertama Dari jobdirumah.com
RM 25 Bayaran Komisen Kali Pertama Dari jobdirumah.com..ada lagi ni???
Jadi untuk program jobdirumah ini pun sama juga, kena ada minat dan kesungguhan untuk berjaya dan menyiapkan kerja yang diberikan. Jika kita tak buat,kita tak akan mendapatkan hasilnya. Daripada usaha yang dibuat akan melahirkan rasa cinta kepada kerja tersebut.

Bagi yang belum menyertai program jobdirumah ini lagi, saya sarankan anda semua menyertainya. Sambil buat kerja harian kita, anda juga dapat buat kerja melalui jobdirumah ini bila ada masa terluang. Pasti berhasil jika kita berusaha.

Jika anda berminat dengan progaram Jobdirumah ini, anda boleh mendaftar disini >> Jobdirumah (Klik sini)

Bagi yang belum bekerja juga pun boleh menyertai program jobdirumah ini. Insyallah jobdirumah akan bayar hasil kerja anda tanpa perlu anda berasa risau, ini kerana program jobdirumah ini  merupakan ahli Persatuan Usahawan Internet Malaysia (PUIM),yang didaftarkan atas nama Kliks Solution  yang merupakan pengurus kepada program Jobdirumah.com. Jadi mereka adalah sebuah syarikat yang sah dan program jobdirumah bukan penipu. Bukan seperti rokok tiruan ini.

Bagi anda yang mencari-cari cara buat duit di internat ini, saya menyarankan supaya anda menyertai program Jobdirumah ini. Anda boleh buat duit melalui progaram Jobdirumah ini. Semoga anda berjaya.