Thursday, February 27, 2014

Biar Betul Susu Badan Ibu Bahaya Untuk Bayi?

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Biar Betul Susu Badan Ibu Bahaya Untuk Bayi? Bila cari info tentang penyususan ibu kepada anak saya jumpa satu artikel tantang susu ibu. Masa mula-mula baca agak terkejut juga. Katanya ada kajian yang dilakukan bahawa susu ibu bahaya untuk bayi. Anak-anak yang minum susu ibu boleh jadi gemuk dan boleh cenderung menjadi lelah dan sebagainya. Rasa terkilan juga. Cuma sebelum ini banyak artikel yang kata kebaikan susu ibu kepada anak-anak. Tetapi bila baca artikel bahaya pula susu ibu kepada anak rasa macam tak betul pula.

Kebaikan Susu Ibu
Kebaikan Susu Ibu

Kata orang bukti dari Al-Quran tak pernah menipukan. Jika susu ibu tak baik untuk bayi. Mesti Allah S.W.T dah bagitahu dalam Al-Quran tentangnya. Jika kita rujuk Al-Quran terdapat ayat-ayat Al-Quran tentang Penyususan Susu Ibu kepada anak.

Saya sertakan beberapa petikan ayat Al-Quran tentang Susu Ibu dan yang berkaitan dengannya. Semoga ianya berguna untuk ibu bapa dan anak-anak.

Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan).” (Surah Luqman: ayat 14)

"Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap, iaitu bagi orang hendak menyempurnakan penyusuan itu: dan kewajipan bapa pula ialah memberi makan dan pakaian kepada ibu itu menurut cara yang sepatutnya. Tidaklah diberatkan seseorang melainkan menurut kemampuannya. Janganlah menjadikan seseorang ibu itu menderita kerana anaknya, dan (jangan juga menjadikan) seseorang bapa itu menderita kerana anaknya dan waris juga menanggung kewajipan yang tersebut (jika si bapa tiada). Kemudian jika keduanya (suami isteri) mahu menghentikan penyusuan itu dengan persetujuan (yang telah dicapai oleh) mereka sesudah berunding, maka mereka berdua tidaklah salah (melakukannya). Dan jika kamu hendak beri anak-anak kamu menyusu kepada orang lain, maka tidak ada salahnya bagi kamu apabila kamu serahkan (upah) yang kamu mahu beri itu dengan cara yang patut. Dan bertaqwalah kamu kepada Allah, serta ketahuilah, sesungguhnya Allah sentiasa melihat akan apa jua yang kamu lakukan."Surah Al-Baqarah, ayat 233 )

"Dan Jika mereka menyusukan (anak-anakmu) untukmu, maka berikanlah pada mereka upahnya; dan mesyuaratlah di antara kamu (segala sesuatu dengan baik; dan jika kamu menemui kesulitan, maka perempuan lain boleh menyusukan (anak itu) untuknya"
 (Surah At-Thalaq, Ayat 6)

Jika kita lihat dalam Al-Quran Allah S.W.T macam perintahkan para ibu memberi susu kepada anak-anak. Jika tak mampu baru boleh ambil langkah lain seperti bagi upah kepada orang lain untuk menyusukan anak kita atau pun guna cara biasa kita guna hari ini dengan bagi susu formula.

Di bawah ini saya sertakan pertikan artikel tersebut untuk tatapan bersama. Ingat susu ibu adalah susu yang terbaik untuk anak-anak kita. 

Susu Badan Ibu Bahaya Untuk Bayi.
Biasa kita dengar kajian kesihatan buktikan bahawa susu ibu banyak kebaikan bukan sahaja untuk ibu malah juga lebih banyak khasiat untuk bayi. Namun kali ini kajian kesihatan terbaru temui bahawa susu ibu tidaklah sebaik mana.

Anak yang minum susu ibu dilihat lebih cenderung alami kegemukan dan obese serta lebih cenderung alami masalah lelah berbanding mereka yang minum susu tepung.

Bukanlah nak katakan susu ibu seratus peratus tidak baik untuk kesihatan anak kerana masih menyediakan nutrisi dan tingkatkan imuniti dalam badan bayi, hanya dinasihatkan agar menyusu paling lama sekadar 6 bulan - Boleh baca di sini artikel tersebut.

Dapatkan buku panduan untuk Rahsia Anak Soleh (klik sini). Anak adalah anugerah daripada Allah S.W.T kepada kita semua. Jika baik didikan yang kita berikan. Maka baiklah anak kita nanti. Namum jika salah didikan yang kita berikan. Rosaklah anak-anak kita. Semoga panduan ini dapat membatu kita semua dalam mendidik anak-anak yang boleh menjadi penyejuk mata kepada kita semua. Amin.

Wednesday, February 26, 2014

Jana RM800-RM1,000 Secara Part Time Dari Rumah

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Jana RM800-RM1000 Secara Part Time Dari Rumah. Beberapa hari lepas, ada kawan tanya saya. "Macam mana saya buat duit dengan blog?". Saya bagitahu dia, sebenarnya banyak peluang untuk kita boleh buat duit dengan blog ini. Salah satu caranya ialah dengan kita buat Affiliate.

Apa itu Affiliate? Affiliate ini mudah cerita, kita tolong jual barang orang lain macam jual ebook, ubat-ubat atau barang-barang lain. Hasil dari pertolongan yang kita jual ni. Orang tersebut akan bagi upah kepada kita mengikut persetujuan yang mereka dah tetapkan.

Berubahlah Untuk Kemajuan Diri Sendiri

Contohnya macam ni. Syarikat A nak jual buku. Kita jadi ejen pemasaran kepada jualan buku tersebut. Katalah buku tersebut dijual dengan harga RM20 sebuah. Syarikat A dah bagitahu bahawa setiap jualan buku tersebut. Mereka akan bagi 50% komisen kepada sesiapa sahaja yang " tolong " jual buku tersebut. Kita pun mulalah menjualnya. Jika ada rezeki kita, Abu pun beli buku tersebut dengan harga RM20. Duit tersebut akan masuk dalam akaun syarikat A dan setelah beberapa ketika, Syarikat A akan bagi RM10 kepada kita. Sebabnya kita berjaya jual buku tersebut. Dan mengikut syarat yang diberikan tadi. Sesiapa yang berjaya jual buku tersebut akan dapat 50% komisen hasil jualan buku tersebut. Jadi dapatlah RM10 kepada kita hasil jual buku tersebut. Boleh faham tak? hehehe..

Mudah bukan nak buat duit dengan Affiliate. Mudah tak ada mudah sangat, susah pun tak ada susah sangat. Cuma kita kena tahu cara yang betul. Ramai antara kita yang BERJAYA buat duit dengan Affiliate ini. Namum tak kurang juga ramai yang GAGAL.

Saya nak berkongsi dengan kawan-kawan yang teringin nak buat duit dengan Affiliate ini. Caranya anda kena berguru. Macam masa kita mula-muala belajar nak naik basikal. Kita tengok mudah sahaja orang naik. Kita pun naiklah. Mesti tak berjaya. Sebab apa, kita tak ikut cara yang betul. Nak belajar kena tahu dan berguru. Baru kita akan capat pandai dan berjaya. Tak gitu..

Saya nak kongsi cara berguru dari pakar Affiliate ini. Ianya PERCUMA sahaja. Tak perlu bayar satu sen pun untuk anda tahu macam mana nak buat duit dari Affiliate ini. Jika berminat, anda boleh daftar  disini dan buat pendaftaran. Masukkan hari yang anda nak sertai seminar percuma tersebut, email dan waktu yang ada sedia untuk mengatahui macam mana nak buat duit dengan Affiliate. Ianya PERCUMA dan secara Online. Jom sertainya. Tempat adalah terhad. Siapa cepat dia dapat.

Jika berminat dengan seminar PERCUMA secara ONLINE ini. Anda boleh daftar di sini. --> Seminar Buat Duit dari Affiliate

Bagi anda yang dah sertai dan ingin serius menjana pendapatan melalui progaram affiliate ini. Saya sarankan anda dapatkan tips melalaui " Panduan Kursus Affiliate " ini. Di dalamnya terdapat cara dan tips yang berkesan serta cara sebenar nak belajar buat duit dengan progaram affiliate Tak salah laburkan modal untuk pulangan yang berganda. Belajar ilmu yang berguna untuk memajukan diri.

Selamat berusaha dan mulakan dengan cara yang betul.


Belajar selagi kita sihat,
Usaha selagi kita mampu,
Belasah saja selagi kita minat,
Dapat duit jangan sampai tak ingat.

Cara-Cara Nak Menjimatkan Air Di Dalam Dan Di Sekitar Rumah

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Cara-Cara Nak Menjimatkan Air Di Dalam Dan Di Sekitar Rumah. Sedikit perkongsian cara-cara nak menjimatkan air di dalam dan di sekitar rumah. Semoga dengan perkogsian tips ini dapat mambantu kita semua semasa proses catuan air sekarang ni.

Air bersih satu keperluan

Jimat air di Tandas
1. Gunakan tandas yang mempunyai keupayaan curahan yang rendah (contohnya memilih sistem curahan yang berkeupayaan sebanyak 6 liter atau kurang) atau letakkan sebotol air ke dalam tangki curahan  untuk mengurangkan air yang dicurah.
2. Kurangkan kekerapan curahan dalam sehari.
3. Sentiasa melakaukan pemeriksaan untuk mengenal pasti sebarang kebocoran.  Masukkan pewarna ke dalam tangki curahan dan memeriksa sekiranya terdapat air berwarna yang meleleh keluar ketika dan selepas curahan.

Jimat air di Bilik Mandi
4. Kurangkan masa mandian dan gunakan pancuran mandian bertekanan rendah.
5. Letakkan sebuah baldi berhampiran dengan pancuran ketika mandi untuk mengumpul air yang berlebihan.  Air ini boleh digunakan untuk mencurah tandas atau menyiram taman.
6. Tutup pancuran mandian ketika bersabun.

Jimat air di Sinki
7. Jangan biarkan air mengalir ketika mencuci muka, menggosok gigi atau bercukur.  Cara terbaik ialah menggunakan air di dalam bekas.
8. Baiki sebarang paip yang bocor atau yang sentiasa menitiskan  air.

Jimat air di Taman
9. Siram taman dan pokok bunga ketika senja atau awal pagi untuk mengelakkan kehilangan air melalui penyejatan akibat daripada kepanasan.
10. Jangan menyiram pokok bunga secara berlebihan dan elakkan penyiraman ketika musim hujan.
11. Ubahsuai pemercik di taman supaya kadar air yang digunakan tidak berlebihan.  Jika kawasan taman yang kecil, gunakan baldi atau salur getah.
12. Sentiasa memeriksa dan mengubah suai pemercik mengikut cuaca.
13. Elakkan penggunaan baja yang berlebihan dan gunakan baja nitrogen berasaskan air.
14. Pilih landskap taman yang tidak memerlukan air yang banyak.
15. Pastikan ketinggian rumput di taman  lebih kurang 6 sm kerana rumput yang sederhana panjang dapat menyimpan air dengan lebih berkesan.
16. Gunakan penyapu untuk membersihkan kawasan luar rumah dan tepi rumah serta elakkan daripada menjirus air untuk membersihkan sampah sarap.
17. Sebaik mungkin gunakan bekas tadahan bagi menyiram taman.

Jimat air di Dapur
18. Jangan gunakan air yang mengalir untuk mencuci pinggan dan mangkuk, gunakan air yang ditadahkan di dalam sinki.
19. Pastikan paip ditutup dengan ketat untuk mengelakkan air terus menitis.
20. Simpan sebotol air di dalam peti sejuk atau gunakan ais jika memerlukan air sejuk
21. Cuci sayur-sayuran, buah-buahan atau makanan di dalam sinki yang berisi air dan elakkan air mengalir
22. Pastikan mesin basuh penuh muatan cucian kerana setiap cucian akan menggunakan air yang sama walaupun pakaian hanya sedikit sahaja.

Jimat air di Garaj
23. Gunakan baldi untuk mencuci kereta dan elakkan penggunaan salur getah.
24. Elakkan tumpahan minyak kerana minyak memerlukan air yang banyak dan sabun untuk membersihkannya.

Cara-cara jimat air lain
25. Pastikan anda sentiasa menghadiri perjumpaan dan perbincangan mengenai air di kawasan anda.
26. Sentiasa melakukan pemeriksaan terhadap sistem paip dalaman di rumah untuk mengelakkan sebarang kebocoran.
27. Maklumkan sebarang kerosakkan paip kepada pihak berkuasa dengan serta merta.
28. Galakkan aktiviti-aktiviti kesedaran dan penjimatan air di sekolah yang berhampiran kawasan rumah anda.
29. Bekerjasama dengan pihak kerajaan dalam penjimatan dan pemuliharaan air.
30. Gunakan air tadahan hujan untuk kegunaan di garaj, di taman dan sekiranya boleh untuk curahan tandas simbah.

Semoga panduan cara-cara nak menjimatkan air di dalam dan di sekitar rumah ini berguna untuk kita semua semasa menghadapi krisis air. Banyakkan doa pada Allah S.W.T agar masalah ini dapat di atasi dengan turunnya hujan seperti yang kita inginkan. Amin.

Sumber

Gambar Sekitar Catuan Air Di Selangor

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Jika diikutkan hari ini bermulanya proses catuaan air di beberapa tempat di Selangor. Jika kita tengok kepada jadual yang dikeluarkan oleh pihak SPAN. Hari ini tarikh bermulanya proses catuan air tersebut.
Berikut adalah beberapa gambar yang ingin dikongsi bersama sejak berlakunya proses catuan air ini. Semoga ianya boleh dijadiakn iktibar kepada kita semua. Betapa pentingnya air dalam kehidupan kita. Mana tak penting kan. 70% lebih air yang terdapat dalam badan kita. Di bumi ini juga terdapat lebih 70% kawasan yang diliputi air.

Orang ramai beratur nak ambil air
Orang ramai beratur nak ambil air

Anak-anak pun ambil air juga
Satu kawasan datang ambil air

Kawasan Empangan pun dah hampir kering
Boleh baca cerita dan gambar seterusnya tentang Sekitar Proses Catuan Air Di Selangor. Semoga ianya bermanfaat untuk kita semua.

Tuesday, February 25, 2014

Catuan Air di 71 Kawasan Selangor bermula Khamis ini

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
KUALA LUMPUR: Sebanyak 71 kawasan membabitkan 60,185 akaun di kawasan Hulu Langat, Kuala Langat dan Sepang akan mengalami catuan air berjadual hanya bermula Khamis ini hingga 31 Mac depan.

Pengarah Eksekutif, Pembangunan Teknikal SYABAS, V Subramanian berkata pengagihan air berjadual susulan penutupan Loji Rawatan Air (LRA) Cheras Batu 11 dan Bukit Tampoi.

Beliau berkata demikian pada sidang media Notis Pengagihan Air Berjadual di Hulu Langat, Kuala Langat dan Sepang di sini, hari ini.

Catuan Air di Selangor
Catuan Air di Selangor
Kawasan terbabit dibahagikan kepada dua zon yang akan bergilir-gilir menerima pengagihan air selang dua hari mengkikut jadual.

Giliran mendapat air selama dua hari akan bermula dengan kawasan di Zon 1 Kuala Langat dan Sepang serta Zon 2 Hulu Langat pada 27 Februari ini.

Selepas itu, kawasan di Zon 1 Hulu Langat serta Zon 2 Kuala Langat dan Sepang akan mendapat air untuk dua hari bermula pada 1 Mac nanti.

Pada hari dijadualkan mendapat air, bekalan air disediakan pada jam 4 petang sehingga ditutup semula pada jam 9 pagi dua hari selepas itu.

Bagi zon yang dijadualkan tiada air, bekalan air kepada pengguna dijangka mula terhenti pada jam 9 pagi pada hari dijadualkan tiada air sehingga jam 4 petang dua hari selepas itu.

Subramanian berkata, pengumuman SYABAS itu sekali gus menafikan kenyataan Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim bahawa catuan air akan dimulakan hari ini.

Beliau berkata, ini kerana sebarang keputusan membabitkan rancangan pengagihan air berjadual perlu mendapat kelulusan Surahanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN).

"Pelan berkenaan mendapat kelulusan SPAN semalam, jadi memerlukan notis sekurang-kurangnya dua hari, justeru kenyataan Khalid bahawa catuan air bermula hari ini menimbulkan kekeliruan kepada masyarakat khususnya pengguna terbabit," katanya.

Jadual Catuan Air di 71 kawasan Selangor

WILAYAH HULU LANGAT
Zon 1

  •     Taman Juara Jaya
  •     Taman Bukit Belimbing
  •     Taman Sungai Besi Indah 1,2 & 3
  •     Taman Harmoni Indah
  •     Taman Puncak Utama, Seri Kembangan
  •     Taman Putra Budiman
  •     Taman Balakong Jaya
  •     Taman Seri Timah
  •     Taman Tanming Jaya
  •     Kawasan perindustrian Balakong
  •     Taman Industri Selesa Jaya, Seri Kembangan
  •     Taman Industri Balakong
  •     Taman Tanming Permai
  •     Taman Industri Lifong
  •     Taman Tanming Ria
  •     Taman Sungai Besi Indah Zon 1
  •     Juta Mines Kondominium, Seri Kembangan
Zon 2
  •     Kawasan Perindustrian Cheras Jaya
  •     Taman Impian Ehsan Seri Kembangan
  •     Taman Desa Karunmas Seri Kembangan
  •     Kampung Baru Balakong
  •     Taman Kasturi Cheras
  •     Taman Sri Indah Cheras
  •     Taman Bukit Emas
  •     Taman Cheras Jaya
  •     Taman Impian Indah
  •     Taman Taming Indah
  •     Taman Sejati
  •     Taman Seri Sungai Long
  •     Taman Bukit Sungai Long
  •     Rumah Kenangan Cheras
  •     Taman Dutamas
  •     Taman Setia Kasturi Cheras
  •     AEON Cheras Selatan
  •     Taman Industri Balakong Jaya
  •     Taman Setia Balakong
  •     Taman Sinaran
  •     Kawasan Perniagaan Desaria, Seri Kembangan
  •     Dataran C180 Balakong
WILAYAH KUALA LANGAT & SEPANG
Zon 1

  •     Kampung Olak Lempit
  •     Kampung Bukit Changgang
  •     Kampung Labohan Dagang
  •     Selangor Dredging
  •     Taman Changgang Jaya
  •     Kompleks Perabut Olak Lempit
  •     RTB Bukit Changgang
  •     Bandar Sri Ehsan
  •     Bandar Mahkota
  •     Bandar Sungai Emas
  •     Taman Arked
  •     Taman Ambar
  •     Taman Sri Dagang
  •     Taman Langat Murni
  •     Taman Langat Utama
  •     Taman Murnimas
  •     Taman Seri Telok Datok
  •     Taman Sri Cheding
  •     Sekolah Tamil Sungai Sedu
Zon 2

  •     Kota Warisan
  •     Warisan Bestari
  •     Taman Bunga Raya
  •     Taman KLIA Indah
  •     Tiara Heights
  •     Taman Ixora
  •     Taman Dahlia
  •     Taman Seroja
  •     Taman Mawar ( Mawar 1, Mawar 2, Mawar Perdana, Emas Villa )
  •     Taman Kenanga
  •     Taman Desa Vista
  •     Taman Desa Bestari
  •     Salak Permai

Sumber: Syabas
Sumber: Harian Metro


Monday, February 24, 2014

Macam Mana Nak Lulus Ujian Memandu JPJ Dengan Sekali Ambil?

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Macam Mana Nak Lulus Ujian Memandu JPJ Dengan Sekali Ambil?. Bila ingat tentang ujian memandu pasti antara kita akan teringat kenangan masa kita ambil lesen kereta dulu. Ada yang berkali-kali masuk ujian komputer nak dapatkan syarat untuk proses seterusnya. Yang paling biasa kita dengar, ada antara kita yang terpaksa berkali-kali kena buat ujian memandu dengan JPJ dan tak lepas-lepas.

"Jika ada antara kita yang tak ada lesen memandu lagi, berita baik untuk anda, sebuah buku yang akan membantu anda untuk lulus ujian lesen memandu dengan sekali ambil sahaja telah di terbitkan. Saya cadangkan anda beli ebook disini-->> Jom Belajar Memandu (klik sini). Insyallah anda akan berpeluang untuk lulus ujian lesen memandu dengan cepat"


Macam Mana Nak Lulus Ujian Memandu JPJ Dengan Sekali Ambil, Jom belajar Memandu,
Macam Mana Nak Lulus Ujian Memandu JPJ Dengan Sekali Ambil?
Percaya atau tidak saya pernah jumpa beberapa "orang lama-lama" yang memandu tanpa ada lesen memandu?. Rupanya mereka memandu tanpa ada lesen. Saya pernah jumpa beberapa orang macam tu. Walaupun mereka memandu nampak mahir, tetapi mereka tak ada lesen. Kenapa jadi macam ni? Jawapnya sebab tak lepas ujian memandu. :-). Pakcik-pakcik..

Mereka-mereka yang ada kereta, tak semestinya mereka ada lesen. Sebaliknya juga mereka yang ada lesen, tak semestitinya mereka tahu memandu. Anda percaya tak?

Kenapa ini terjadi? saya akan berikan contohnya di sini.
1) Bawa kereta tak ada lesen
a) Cuba sekali tetapi tak berjaya - Pak Bono(bukan nama sebenar) Beliau telah berusaha pergi ambil lesen memandu kereta, tetapi gagal dalam cubaan pertama. Lepas tu rasa susah dengan ujian yang macam-macam cara. Beliau ambil keputusan untuk memandu tanpa ada lesen. Beliau tak tahu cara mudah nak lulus ujian memandu kereta sebab tak ada yang membantu.

b) Fobia dengan peperiksaan- Mak Temah(bns). Last ambil peperiksaan masa SPM. Lepas SPM oleh kerana minat berniaga kecil-kecilan di kampung dan jodohnya cepat beliau berkahwin. Oleh kerana sibuk dengan perniagaan dan keluarga tak ambil lesen memandu. Sebab yang besar sekali takut dan fobia dengan peperiksaan. Beliau dah tak nak masuk peperiksaan. Katanya peperiksan terakhir adalah SPM. Tak ada peperiksaan lagi dah. Pergi beli barang di pasar dan hantar anak sekolah bawa kereta tanpa ada lesen memandu.

2) Ada lesen tetapi tak tahu memandu - Masalah ini normal kita dengar, ramai juga yang mengalami masalah ini. Biasanya terjadi kepada golongan wanita, mereka bayar dengan bayaran yang tinggi untuk lulus ujian memandu. Bila dah dapat lesen masuk jalan raya rasa  fobia, nak berselisih dengan lori besar
 pun dan berpeluh dan basah tangan yang memegang steering. Akhirnya lesen disimpan sekadar hiasan sahaja di dalam dompet.

Sebenarnya banyak lagi cerita yang kita dapat dengar tentang kisah lesen memandu ini, setiap orang ada kisah tersendiri.

Kisah Saya Ambil Lesen Memandu.
Oleh kerana saya bukan datang dari keluarga yang senang. Jadi saya tak ambil lesen memandu awal. Lepas belajar sekolah menengah saya masuk universiti.

Masa di universiti pun saya tak ada lesen memandu lagi. Nak bawa motor atau kereta memang saya tak ada semua tu. Pergi kuliah kadang-kadang naik bas universiti sediakan dan kadang-kadang tumpang kawan-kawan. Macam tulah perjalan saya saya di universiti.

Masa tahun akhir di unversiti, saya kena praktikal di Jabatan kerajaan berdekatan dengan kampung saya tinggal. Nak pergi naik bas memang susah nak sampai bila waktu kerja jam 8.00pagi dah kena punch kad. Stesen bas nak ke pejabat tersebut jauh juga. Nak berjalan memang tak daya. Mesti berpeluh baru sampai.

Bila dah jadi macam tu saya ambil keputusan ambil lesen motor. Alhamdulilah motor abang ada satu di kampung, bila dah lulus lesen motor. Saya pergi praktikal dengan motor. Masa tu nak ambil lesen motor tak ada mahal lagi macam sekarang. Sekarang nak bayar proses macam-macam itu ini dah beratus-ratus nak kena bayar. Dulu tak banyak macam ini.

Bila dah ada lesen motor. Abang bagi tahu nak sponsor saya ambil lesen kereta. Alhamdulillah rezeki datang bergolek. Jadi bila dah ada lesen motor saya tak perlu lagi nak buat peperiksaan komputer. Lagi senang prosesnya. Jadi saya minta persetujuan penyelia praktikal saya di pejabat tersebut. Saya minta nak ambil lesen kereta. Sebabnya mingkin akan ada hari yang saya tak dapat datang praktikal kerana akan ada ujian memandu dengan JPJ pada hari bekerja. Alhamdulillah beliau izinkan. Katanya sekali aje tau, sambil tersenyum sinis.. Lega rasa.

Setelah berdaftar dan memenuhi syarat untuk belajar kereta. Saya mula belajar kereta. Jurulatih saya seorang pak cik yang agak berumur. Dari penampilannya jika dia bekerja mugkin dah dekat nak pencen rasanya. Beliau ajar saya dengan baik. Beliau selalu menekankan cara nak lulus ujian memandu dengan JPJ. Beliau bagitahu tips-tips yang berguna dan minta saya ingat apa-apa yang perlu buat masa test JPJ nanti. Ada tempat kena buat macam tu, dan ada tempat kena buat macam ni. Pesanan tersebut saya masih ingat lagi bila lihat adik-adik yang naik kereta perlahan sahaja bila memandu kereta sekolah memandu di atas jalan raya.

Alhamdulillah bila tiba hari untuk ujian memandu saya berjaya dengan sekali test sahaja. Syukur. Ucapan terima kasih saya kepada pak cik yang mengajar saya. Ibu bapa dan abang saya. Alhamdulillah Allah bagi lulus.

Wanita paling ramai tak lulus ujian memandu kereta.
Saya masih ingat lagi semasa hari ujian memandu JPJ. Saya lihat sebuah kereta terpaksa ditunda dengan lori  penunda kereta. Bila bertanya-tanya dapatlah jawapannya. Seorang kakak terlanggang penghalang jalan depan tempat turun bukit tersebut. Macam mana terjadi saya tak dapat nak pastikan sangat. Rasanya lepas turun bukit beliau tertekan minyak dan bukannya tekan brek kereta. Bila dah laju gabra inilah jadinya. Ringkas cerita, penghalang jalan tu jadi mangsa kereta tersebut.

Alhamdulillah saya pun gabra juga, tetapi pesanan jurulatih saya dan tips yang diberikan membuatkan saya dapat lepasi semua ujian tersebut dengan jayanya. Bagi saya masa ujian memamdu tersebut JPJ sebelah saya ini macam hantu, senyap dan diam tak kata apa-apa. Dah lah bermisai takut rasa, cuak betul pandu kereta masa tu. Saya lepas dengan sekali ambil sahaja ujian lesen memandu.

Macam Mana Nak Lulus Ujian Memandu JPJ Dengan Sekali Ambil?
Jika anda tak ada lesen memandu lagi atau pun rasa teringin nak ambil lesen memandu. Saya nasihatkan anda ambil segera. Sekarang ini proses nak dapatkan lesen memandu setiap tahun semakin sukar, dengan bayarannya yang semakin meningkat pula dan macam-macam lagi. Ada juga yang menyediakan pakej pasti lulus dengan bayaran yang melampau tinggi. Saya nasihatkan jangan ambil pekej tersebut. Jangan buang duit anda.

Jangan bazirkan duit  yang melampau dan masa anda untuk dapatkan lesen memandu. Sebenarnya mudah sahaja nak dapatkan lesen memandu. Anda cuma perlu tahu cara paling senang dan mudah nak lulus ujian memandu dan anda lakukannya. Insyallah anda akan dapat lulus ujian memandu dengan sekali ambil sahaja. Semua panduan tentang lulus ujian memandu dengan sekali ambil sahaja terdapat dalam ebook panduan tersebut. Dapatkan ebook ini untuk lulus dengan sekali ambil sahaja.
Boleh dapatkanya di sini-->> Jom Belajar Memandu. (klik sini)

Thursday, February 20, 2014

Kerja Dekat Rumah Siapa Tak Sukakan?

Assalamualikum dan Salam Sejahtera
Kerja dekat rumah,siapa tak sukakan? Cuba tanya kawan-kawan pejabat kita. Kenapa mereka datang kerja disini sekarang. Pasti kita akan terima jawapan sebab di kampung atau di bandar mereka tinggal tak ada peluang pekerjaan yang bersesuaian dengan kelulusan yang mereka ada. Jika tak, pasti mereka dan mungkin termasuk kita juga nak kerja dekat dengan rumah kita.

Trend Bekerja Di Rumah, jobdirumah, Kerja dekat rumah siapa tak sukakan,
Trend Bekerja Di Rumah
Memang seronok dapat kerja di tempat sendiri. Dekat dengan ibubapa, kampung halaman, saudara mara dan mungkin dengan insan tersayang sakali. Jika ibu bapa atau saudara mara sakit tak sampai beberapa minit kita dah boleh sampai berjumpa mereka jika kita bekerja dekat dengan rumah.

   "Peluang bekerja di rumah didedahkan. Berpeluang mendapat RM500-RM1000 setiap minggu. Dengan kekosongan 10 ribu jawatan. Dapatkan maklumat lanjut di Portal Jobdirumah. Anda tidak perlu bersesak dijalan raya,buat kerja di rumah sahaja"

Tinggal di tempat sendiri pastinya kos hidup pun tidak tinggi berbanding dengan tinggal di bandar-badar besar terutamanya seperti di Kuala Lumpur, Selangor, Pulau Pinang dan Johor Baharu. Jika tinggal di Kuala Lumpur, sewa bilik sahaja dah boleh cecah RM300. Jika sewa rumah susah nak cari yang harga bawah RM500. Tambahan lagi jenis rumah yang berdekatan dengan pasar raya dan kemudahan awam seperti LRT dan sebagainya. Nak dapat RM500 tak dapatlah sekarang ni. Itulah hakikat yang perlu setiap orang daripada kita tanggung untuk berada atau bekerja di bandar-bandar besar.

Jika perbelanjaan rumah dah macam tu, belum masuk cerita bil elektrik dan bil-bil lain lagi. Bayaran pengawal kawasan taman perumahan, bayaran pengangkutan anak-anak nak ke sekolah lagi dan macam-macam nak bayar lagi.

Sebab itulah kita tengok, kebanyakan daripada rakan sekerja atau pun saudara mara kita yang dah pencen bekerja di bandar-bandar besar, mereka akan berhijrah atau buat rumah di kampung-kampung asal mereka. Kata mereka "pencen duduk kampung lagi best. Tak perlu nak peningkan kepala tinggal di bandar".

Bagi mereka-mereka yang dapat kerja tetap dan duduk di kampung adalah rahmat yang besar bagi mereka. Tak perlu nak fikir nak bayar bil yang pelbagai dengan menetap di bandar-bandar. Pergi kerja dan balik kerja jalan tak sesak, tak kena bayar tol yang banyak dan pelbagai lagi keselesaan yang ada. Belanja pasar pun rasanya tidak semahal dengan kita berbelanja pasar di bandar. Harga barang-barang keperluan di kampung jauh lebih murah daripada harga barang-barang di pasar di bandar.

Kepada yang masih mencari kerja dan berhasrat untuk tinggal di bandar. Saya rasa baik kita cuba cari kerja-kerja yang ada di kawasan kita tinggal dahulu. Jika tak ada baru boleh berkira-kira untuk bekerja di bandar dan kena rancang juga kos hidup kita di bandar. Dengan kadar gaji yang diberi kena campur tolak tambah bagi juga dengan kos tempat tinggal, makanan, pengangkutan dan lain-lain lagi. Jika ok bolehlah berkira-kira nak mulakan hidup bekerja di bandar. Jika tak ok cari kerja sampingan dahulu sebelum dapat kerja yang kita inginkan.

Satu peluang pekerjaan yang boleh diceburi oleh mereka-mereka yang nak cari kerja tambahan atau pun yang ingin bekerja di kampung adalah dengan memohon kerja di dalam Portal Jobdirumah. Jobdirumah ini adalah portal kerja online. Kita daftar dan mohon kerja dalam jobdirumah. Bila kerja dah selesai kita akan dibayar upah seperti yag dijanjikan dari pihak majikan yang memberi kerja kepada kita. Jangan risau, Jobdirumah telah didaftarkan dibawah Persatuan Usahawan Internet MALAYSIA (PUIM) oleh Syarikat Kliks Solution. Tidak ada penipuan di dalam jobdirumah. Saya pun dapat macam-macam kerja melalui Portal Jobdirumah ini. Jika anda berminat. Boleh rujuk di Portal Jobdirumah ini.

Persatuan Usahawan Internet MALAYSIA (PUIM)
Persatuan Usahawan Internet MALAYSIA (PUIM)
Lagi dekat dengan rumah. Lagi selesa kita bekerja. Kitalah bos dan pekerjanya. Buat kerja ikut masa yang kita ada. Selamat berusaha kawan-kawan. Dapatkan peluang bekerja di Portal Jobdirumah hari ini.

Doa Abu Darda Radiallahu Anhu(R.A)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Doa Abu Darda Radiallahu Anhu(R.A). Beberapa hari lepas semasa blogwalking saya ada terbaca cerita kawan yang rumahnya kena masuk pencuri. Rasa tergerak hati untuk berkongsi doa dan amalan yang diajarkan oleh Baginda Nabi Muhammad S.A.W kepada Hadrat Abu Darda R.A. Doa ini adalah merupakan doa pelindung kepada Diri, Keluarga dan Harta daripada malapetaka. Doanya hendaklah dibaca selepas solat Subuh dan Selepas Solat Asar. 

Doa Abu Darda Radiallahu Anhu(R.A), Doa Pelindung dari malapetaka dan musibah
Doa Abu Darda Radiallahu Anhu(R.A) - Doa Pelindung dari malapetaka dan musibah

Maksud Doa Abu Darda R.A
Ya Allah! Engkaulah Tuhanku. Tidak ada Tuhan melain Engkau. Hanya kepada-Mu aku bertawakal.
Engkaulah Tuhan 'Arasy Yang Maha Agung.

Apa saja yang dikehendaki Allah pasti terjadi dan apa saja yang tidak dikehendaki-NYa, pasti tidak akan terjadi. Tidak ada daya dan kekuatan melainkan dengan izin Allah. Yang Maha Tinggi lagi Maha Agung.

Aku sedar bahawa Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu dan sesungguhnya ilmu Allah meliputi segala sesuatu.

Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kejahatan dirku dan kejahatan sekalian yang melata, yang segala roh mereka dalam dalam gengaman-Mu. Sesungguhnya Tuhan ku di atas jalan yang lurus (adil)


Kisah Di sebalik Doa Yang di ajarkan oleh Rasulullah S.A.W kepada Hadrat Abu Darda R.A.
Talha R.A. meriwayatkan:
"Seorang telah datang kepada Abu Darda R.Adan memberitahu bahawa rumah beliau terbakar. Abu Darda R.A.. menjawab: "Tidak, rumah saya tidak terbakar". Kemudian seorang lagi datang dan memberitahu bahawa rumahnya terbakar. Kemudian, ada seorang lagi datang dan memberitahu perkara yang sama dan Abu Darda R.A. memberi jawapan yang sama.

Pada kali yang ke empat seorang datang dan memberitahu Abu Darda R.A "Wahai Abu Darda R.A! api telah naik tinggi tetapi apabila sampai ke rumah tuan, api telah padam".

Abu Darda R.A. menjawab: "Saya yakin bahawa Allah S.W.T. tidak akan membakar rumah saya. Rasulullah S.A.W telah mengajar saya suatu doa yang mana jika dibaca selepas subuh si pembaca akan terselamat dari semua bala dan musibah hingga ke petang. (Saya telah membaca kalimah-kalimah ini selepas subuh). Oleh itu saya yakin rumah saya tidak akan terbakar."

[Riwayat Ibnu Sunni. Di petik dari Al Azkar Imam Nawawi,
Bab Bacaan Pada Waktu pagi dan Petang.
Ibnu Sunni ialah Imam Abu Bakar Ahmad bin Muhammad bin Ishak As Sunni]

Doa ini juga boleh dibaca pada setiap kali kita keluar dari rumah atau Bersafar.

Betapa yakinnya Hadrat Abu Darda R.A. kepada doa yang diajar kepada beliau oleh Rasulullah S.A.W. Kita pun kena amalkan doa ini juga. Tak perlu lagi risau ada pencuri dan macam-macam ancaman lagi dalam dunia sekarang. Oleh sebab kelemahan yakin kita kepada janji-janji Allah S.W.T  kepada kita. Banyak kita habiskan duit ringgit kita untuk menjaga dan mengawal rumah dan taman perumahan kita daripada segala macam benda hari ini. Semoga ianya bermanfaat untuk kita semua. Amin. Wallahualam.

Wednesday, February 19, 2014

Tips Nak Dapatkan CPUV Earning Nuffnang

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Tips Nak Dapatkan CPUV Earning Nuffnang. Boleh dikatakan ramai antara kita yang letak iklan Nuffnang dalam blog. Ada juga yang tak letak dan letak iklan lain. Tak kisah ikut mana yang lebih kita suka untuk letak iklan dalam blog masing-masing. Bagi yang letak iklan Nuffnang, CPUV Earning ataupun Buffered Earning (BE) yang paling ditunggu-tunggukan. Memang seronok bila dapat hasil dari duit yang kita hanya menulis dalam blog. Kata orang buat duit dengan menulis (klik disini) blog.

Ada sesetengah kita yang earning CPUV lebih tinggi dari earning CPC. Mesti ada yang keliru antara CPUV dan CPC ni. CPUV earning dikira berdasarkan unique visitors yang datang berkunjung ke blog kita. Manakala, CPC earning pula akan dikira berdasarkan per klik iklan di blog kita. Blogger yang berstatus gliteratti akan menerima 25 sen setiap kali iklannya diklik, manakala blogger berstatus ordinary akan menerima 15 sen per klik untuk iklannya.

I Love Nuffnang, Tips Nak Dapatkan CPUV Earning Nuffnang,
I Love Nuffnang
Cerita nak dapatkan CPUV Earning Nuffnang macam mana pula? Saya nak berkongsi sedikit sebanyak apa yang saya tahu cara-cara untuk mencerahkan peluang naik dapat CPUV Earning Nuffnang.

Setiap kerja yang kita buat memerlukan usaha. Tanpa usaha dan ianya akan jadi angan-angan sahaja. Jadi nak dapatkan CPUV Earning Nuffnang juga memerlukan usaha yang berterusan.

Cara Pertama, cuba tingkatkan trafik pada blog kita. Cara ini sebenarnya paling berkesan. Ini kerana pihak Nuffnang mahukan ramai pengunjung yang akan lihat iklan mereka. Jika blog kita kurang trafik maka iklan mereka sukar untuk dilihat pengunjung.

Cara kedua, rajinkan diri untuk blogwalking ke blog lain. Jika kita blogwalking ke blog orang lain. 80-90% mereka akan balas balik berkunjung ke blog kita. Jika ada bloglist lagi senang nak blogwarking. Jika ada dalam senarai bloglist kita yang update entry baru, kita berkunjung dan tinggalkan komen pada blog tersebut. Dengan meninggalkan komen pada blog lain. Mereka akan tahu kita telah datang membaca dan berkunjung ke blog mereka, Insyallah mereka akan buat kunjung balas.

Cara ketiga, sertai segmen/GA/contest. Jika  kita rajin kita sendiri yang buat semua ini, jadi penaja/sponsor untuk contest pun boleh juga. Dengan menyertai segmen mahupun menjadi penganjur kepada sesebuah contest akan meningkatkan jumlah pengunjung masuk ke blog kita. Ini kerana bagi mendapatkan CPUV Earning Nuffnang memerlukan blog kita mendapat unique visitor yang tinggi. Jadi kena maintainkan jumlah trafik yang datang ke blog kita. Blog yang maintain trafiknya lebih disukai pihak advertiser bagi meletakkan iklan mereka dalam blog kita.

Cara keempat adalah dengan buat ping entry blog kita. Banyak tempat-tempat yang percuma untuk kita ping entry blog. Boleh pilih yang mana rasa senang dan tak susahkan diri nak masukkan entry mahupun kena bayar untuk ping di tempat tersebut. Antara ping blog yang saya selalu guna adalah pingbusuk, pingates dan juga blogpingtool. Dengan buat ping blog ini juga dapat tingkatkan trafik ke blog kita.

Cara kelima adalah cara yang paling selamat pada saya. Iaitu kita kena mahirkan diri dengan teknik SEO. Bagi blog-blog otai yang dah hebat dalam SEO mudah sahaja mereka nak dapatkan trafik yang tinggi masuk ke dalam blog mereka. Teknik ini memerlukan usaha yang berterusan dan kita kena belajar mahirkan diri kita dengan SEO. Jika kita nak maju dalam dunia blog, teknik SEO adalah langkah selamat untuk maintainkan blog kita supaya ada pengunjung. Jika kita tak pandai dengan teknik SEO ini blog kita susah untuk maju kedepan. Jadi nak tahu SEO kena belajar dan teruskan usaha mencuba. Tak ada benda yang kita nak tahu kita akan terus tahu, semuanya kena belajar dan ambil masa.Saya nasihatkan anda belajar dahulu Asas SEO. Anda boleh lihat buku Panduan Asas SEO (klik sini).

Baiklah, semoga perkongsian tips dan panduan untuk mendapatkan CPUV Earning Nuffnang ini berguna. Dah dapat banyak CPUV Earning Nuffnang nanti jangan lupa berkongsi dengan saya juga. Tips dan panduan ini berguna juga untuk kita dapatkan hasil duit dari blog bagi program A,B,C,D,E dan sampailah ke Z program yang kita sertai.

Yang penting dalam dunia blog ini kita kena rajin berusaha dan belajar. Ingat 'Yang pipih tidak akan datang melayang, yang bulat tidak akan datang bergolek'. Semuanya memerlukan usaha dan kesungguhan kita.

Tuesday, February 18, 2014

Wordless Wednesday - Jimat Elektrik Bulan Feb 2014

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Hari ini Wordless Wednesday Jimat Elektrik Bulan Feb 2014 nak kongsi cerita bil elektrik bulanan saya bawah RM20. Alhamdulillah tercapai lagi hasrat bulan ini bil elektrik bawah RM 20 dan seperti bulan Jan 2014 boleh lihat disini. Diucapkan ribuan terima kasih kepada kerajaan Malaysia kerana membayar bil elektrik bulanan saya. Terima kasih juga kepada pihak Panduan JIMAT Elektrik dengan perkongsian tips dan panduan tersebut saya dapat jimatkan elektrik di rumah saya.

Jimat Elektrik Bulan Feb 2014, Panduan Jimat elektrik
Panduan Jimat Elektrik yang berkesan.

Jika nak tahu macam mana saya dapat mengurangkan bil elektrik bulanan saya. Boleh lihat Panduan Jimat Elektrik ini. Tak rugi memilikinya. Selamat berusaha kawan-kawan.

Jimat elektrik, jimat duit poket kita.

Monday, February 17, 2014

Berusaha Baru Dapat Hasilnya

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Berusaha baru dapat hasilnya. Ada yang tanya saya, macam mana saya dapat duit melalui internet atau pun menjana pendapatan online di internet. Jawapan saya mudah sahaja "anda kena berusaha". Biasa kita dengar pepatah melayu 'Yang pipih tidak akan datang melayang, yang bulat tidak akan datang bergolek'. Kira mudah cakap nak dapat semua tu perlukan usaha yang gigih dan berterusan.

Berusaha baru dapat hasilnya, semut yang rajin,jobdirumah,
Semut yang rajin berusaha..
Jika kita lihat mereka-meraka yang dah berjaya dalam apa sahaja bidang di dunia ini.Kejayaan mereka bukan dibina dalam masa 2-3 hari atau 2-3 bulan. Mungkin mereka nak berjaya ke tahap yang kita nampak sekarang bertahun-tahun mereka berusaha untuk mencapai ke tahap tersebut. Apa yang penting kena berusaha dan jangan mudah putus asa. Jika kita putus asa dan malas berusaha. Kita tidak akan dapat apa-apa. Malahan usaha yang kita curahkan sebelum ini pun akan menjadi sia-sia dan tidak bernilai.

Cuba kita bayangkan jika orang pertama yang buat kapal terbang dahulu kata usaha beliau untuk bina kepala terbang gagal setelah kapal terbang yang dibina jatuh mahupun tidak boleh terbang dan beliau pun berhenti dari membinanya. Adakah hari ini kita boleh naik kapal terbang. Jawapnya TIDAK. Kita tak akan boleh naik kapal terbang jika beliau berhenti dari proses mencuba nak cipta kapal terbang tersebut. Tanpa rasa penat dan putus asa dengan usaha yang berterusan akhirnya kapal terbang tersebut berjaya diterbangkan. Alhamdulillah kita hari ini dapat naik kapal terbang dan nak pergi mana-mana pun cepatkan.

Begitu juga dalam dunia perniagaan offline mahupun online. Kedua-duanya memerlukan usaha yang berterusan dan fokus yang tinggi. Jika kita buat kerja sekadar hangat-hangat tahi ayam sahaja, pastinya usaha kita akan gagal dan kita akan berhenti berusaha. Jangan jadikan kegagalan kita sebagai titik akhir untuk kita berhenti berusaha. Teruskan usaha kita, insyallah kejayaan pasti akan mengiringi kita.

RM 300 Pendapatan dari Jobdirumah

Nak hasilkan pendapatan dengan jobdirumah pun macam tu juga kawan-kawan. Jangan kita berhenti apabila kita tak dapat kerja yang kita pohon. Usaha lagi, baiki lagi setiap kelemahan dan kekurangan kita. Ikut panduan dan tutorial video yang diberikan. Insyallah lambat laun kita akan dapat hasilnya. Bila dah dapat, tak berhenti peluang kerja yang akan kita perolehinya. Akan ada sahaja kerja yang akan mengajar kita.

Cuma tak ada jalan pintas untuk kita berjaya. Kita kena berusaha untuk majukan diri kita. Insyallah kawan-kawan pun akan dapat hasilnya selepas menyertai jobdirumah ini. Teruskan usaha dan jangan putus asa. Kejayaan tidak akan bersama dengan kita jika kita tidak mahu berusaha. Hanya mereka yang berusaha akan dapat hasilnya. 

Selamat menjana pendapatan online kawan-kawan. Beminat dengan jobdirumah. Boleh daftar disini.--> Pendaftaran Jobdirumah.

Selamat berusaha dan jangan putus asa. Pasti kejayaan akan bersama kita.

Sunday, February 16, 2014

JobdiRumah Bayaran Komisen Kali Keenam Dari jobdirumah

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
JobdiRumah Bayaran Komisen Kali Keenam Dari jobdirumah. Alhamdulillah ada rezeki lagi dengan Program Jobdirumah. Kali ini dapat dua bayaran komisen sekali. Jika dilihat kepada tarikh dalam jobdirumah bukan pada hari yang sama. Rezeki dari jobdirumah masih ada lagi. Bagi anda yang belum sertai jobdirumah dah ingin mendapatkan sumber rezeki tambahan dengan program jobdirumah. Saya sarankan anda sertainya. Insyallah anda juga mampu untuk memperolehi rezeki dari jobdirumah.

JobdiRumah Bayaran Komisen Kali Keenam Dari jobdirumah, bayaran jobdirumah,
Baru perasan ada komisen masuk lagi..Alhamdulillah.
Sedikit penerangan tentang jobdirumah kepada kawan-kawan semua. Jobdirumah adalah portal cari kerja bagi mereka-mereka yang nak tambahkan pendapatan mereka melalui internet. Di dalam jobdirumah ini terdapat hampir 10 ribu peluang pekerjaan dari seluruh dunia.

Kenapa portal ini ada?
Portal jobdirumah ditubuhkan bagi membantu mereka-mereka yang nak cari duit tambahan. Ramai juga majikan yang ingin mencari pekerja namun mereka tidak inginkan pekerja yang tetap. Mereka hanya mahu cari pekerja yang boleh siapkan kerja mereka dan mereka akan bagi bayaran selepas kerja tersebut selesai. Habis bayar maka mereka tak perlu lagi nak bayar gaji bulanan pekerja mereka. Jika ada kerja kosong mereka akan cari pekerja yang nak buat kerja tersebut balik. Macam tulah lebih kurang dengan apa yang saya faham tentang jobdirumah ini.

Bagi kita yang nak cari kerja dalam portal jobdirumah ini. Kita kena mohon kerja tersebut apabila kita rasa kita mampu untuk mambuat tugasan atau kerja tersebut. Bila dah mohon, majikan akan tengok kebolehan kita. Jika kita terpilih kita akan diberikan kerja tersebut dan kita harus menyiapkan kerja atau tugasan tersebut. Apabila dah siap hantar kerja tersebut kepada majikan dan kita akan memperolehi bayaran hasil dari kerja yang dibuat. Nak kerja baru kena mohon balik. Setiap hari pihak jobdirumah akan hantar kerja kosong kepada kita melalui email. Dari situ kita boleh pilih kerja yang kita rasa sesuai. Ada rezeki kita, dapat kerja tersebut. Tak ada rezeki mohon kerja lain pula. Jangan risau, ada banyak kerja dalam Portal Jobdirumah.

Baru-baru sertai jobdirumah rasa susah juga. Tetapi sebenarnya mudah bila ikut betul-betul panduan dan video tutorial yang pihak jobdirumah bagi. Jika kita ikut panduan tersebut. Amat mudah nak dapat kerja dalam portal jobdirumah ini. Baca berkali-kali panduan yang diberikan dan ikut panduan tersebut. Insyallah anda akan dapat hasilnya.

Bagi anda yang berminat nak cari pendapatan tambahan. Saya sarankan anda sertainya. Sambil-sambil layan internet, blog, facebook dan twitter tu. Buat kerja dalam portal jobdirumah pun berbaloi-baloi juga.

Jika berminat nak tambahkan pendapatan dengan jobdirumah. Anda boleh daftar cepat-cepat disini. --->> Pendaftaran Jobdirumah.

Selamat menjana wang dengan Portal Jobdirumah kawan-kawan. Dapat duit melalui kerja sampingan memang seronok.

Bersama menjana pendapatan online.

Thursday, February 13, 2014

Buat Kerja Sampingan Selepas Waktu Pejabat

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Buat kerja sampingan selepas waktu pejabat. Beberapa hari lepas ada kawan tanya saya, adakah saya ada buat kerja sampingan selepas waktu pejabat. Saya kata ada buat sikit-sikit, ikut suka hati juga. Sejam dua buat, lepas tu berhenti dan sambung balik pula masa lapang. Berhenti pula, sambung balik pula. Kadang buat, kadang tak buat, tapi banyak masa saya buat jika tak ada kesibukan dengan hal-hal lain yang lagi penting. Sabtu ahad tak pergi mana saya buat. Dia hairan, apa kerja yang saya buat? Jual burger bakar ker? Ker jual pasar malam.

Buat Kerja Sampingan Selepas Waktu Pejabat, part time job, kerja sampingan, kerja sambilan,
Buat Kerja Sampingan Selepas Waktu Pejabat

Saya tanya kenapa? dia kata sebab saya boleh buat kerja ikut suka hati saya, macam masa saya kerja tu agak bebas. Sejam dua buat, sejam dua tak buat. Pelik! Saya senyum sendiri, saya kata saya ni jenis yang tak ada masa juga. Tapi saya cuba juga buat kerja sampingan nak tambah pendapatan keluarga dan nak suka-suka. Dapat duit tambahan, siapa tak sukakan? Semua orang nak kan? Saya kata, saya buat jobdirumah.

Jobdirumah ini portal kerja sampingan saya. Saya bebas bekerja ikut masa yang saya ada. Saya dapatkan kerja dalam portal jobdirumah tersebut kemudian buat kerja dari rumah. Kira buat kerja sampingan selepas waktu pejabat macam tu. Jadi bila ada masa free kat rumah, saya akan buat kerja, cari kerja dan siapkan kerja yang saya dapat dalam portal jobdirumah tersebut. Bila dah siap saya akan hantar kerja-kerja tersebut dan majikan yang bagi kerja akan bayar saya mengikut persetujuan yang dah ditetapkan sebelum saya buat kerja tersebut. Mudahkan??

"Macam kalau aku nak join juga?"tanya beliau dengan agak minat. Jika nak sertainya mudah sahaja. Masuk dalam portal jobdirumah lepas tu daftar  sekali untuk seumur hidup. Selepas daftar dengan sedikit bayaran mereka akan bagi pengesahan. Pihak jobdirumah akan bagi panduan bertulis dan video tutorial tentang macam mana nak dapatkan kerja dalam portal niaga jobdirumah ini. Kena baca betul-betul panduan tersebut dan ikut apa yang meraka ajar dalam panduan yang mereka bagi tu. Insyallah kita akan dapat job dalam jobdirumah tu. Setiap hari jobdirumah akan hantar email kekosongan kerja kepada kita,macam-macam kerja ada dalam tu.

Nasihat saya,cuba dapatkan kerja yang mudah-mudah dahulu, bagi biasakan diri dengan kerja-kerja dalam jobdirumah. Bila dah biasa dan mahir boleh buat kerja-kerja yang agak mencabar sedikit. Kerja mudah murah sikit, kerja susah mahal sikit bayarannya. Insyallah bila dah mahir nanti kerja susah pun mudah sahaja nak buat. Boleh dapat balik modal kita daftar sebelum ini. Sekejap sahaja.

Kerja-kerja dalam jobdirumah tak ada susah sangat, sebenarnya kebanyakkan majikan bagi kerja terebut sebab mereka nak kurangkan kos yang terpaksa mereka tanggung. Nak kena sediakan perabot, ruangan pejabat, peralatan pejabat bagi seseorang pekerja yang mereka ambil. Jadi nak jimat dan kurangkan kos tanggungan mereka, mereka bagi kerja ni kat siapa-siapa yang sedia untuk buat kerja secara online. Kerja ada, cari kita yang sanggup buat kerja secara online, dah siap kerja mereka bayar upah kepada kita. Mereka tak perlu bayar kos tanggungan mereka, bil elektrik dan sewa macam-macam dapat dikurangkan dan mereka dapat untung lebih dari penjimatan tersebut. Betul tak??

Bijaknya ko..saya ketawa sahaja. Jika anda berminat nak buat jobdirumah juga. Boleh daftar kat Portal Jobdirumah. Banyak kerja yang terdapat dalam jobdirumah ini. Hampir 10 ribu kekosongan kerja yang ada dalam jobdirumah setiap hari. Jika kita nak dapatkan  4-5 kerja mudah sahaja insyallah. Bergantung kepada usaha dan fokus kita.

Jika berminat. Boleh daftar cepat-cepat dengan jobdirumah di sini-->> Daftar Jobdirumah.

Buat kerja sampingan untuk tampung kos yang semakin meningkat. Jika rajin berusaha insyallah kita akan dapat pulangannya. Selamat berusaha dengan jobdirumah.

Wednesday, February 12, 2014

Ramai Pekerja Malaysia Rancang Berhenti Kerja

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Ramai Pekerja Malaysia Rancang Berhenti Kerja. Inilah berita yang terdapat dalam utusan online beberapa minggu lepas. Kenapa boleh jadi macam ini yea. Mesti ada beberapa sebab perkara ini boleh terjadi. Boleh baca ceritanya di bawah ini mengikut apa yang saya ambil daripada utusan online.



SINGAPURA 22 Jan. - Hampir tujuh daripada 10 (66 peratus) pekerja di Malaysia merancang berhenti daripada pekerjaan sekarang dalam tempoh 12 bulan akan datang untuk memajukan diri dalam kerjaya masing- masing.

Demikian didedahkan oleh satu tinjauan Game-Changer #3 Laporan Dunia Pekerjaan Randstad 2013/ 2014 yang dikeluarkan hari ini.

Laporan itu menyebut sikap pekerja Malaysia itu sama dengan pekerja di Singapura (70 peratus) berbanding pekerja di tempat lain seperti di Australia (57 peratus), China (61 peratus), New Zealand (63 peratus) dan India (64 peratus).

Pengarah Randstad Malaysia, Jasmin Kaur berkata, hasil tinjauan itu memberikan petunjuk kepada majikan untuk membaiki cara mereka menarik bakat, strategi melayan dan mengekalkan pekerja dan yang paling penting ialah menangani kadar pemberhentian kerja yang tinggi.

Beliau berkata, perangkaan itu menunjukkan bahawa memajukan kerjaya merupakan perkara penting kepada pekerja Malaysia, namun hanya seorang dalam empat pekerja (39 peratus) menerima latihan dan peluang memajukan diri dalam pekerjaan semasa.

"Hanya 35 peratus diberikan latihan kepimpinan untuk mendaki tangga berikutnya dalam kerjaya mereka.

"Berdasarkan kedudukan ini, pemilik perniagaan di Malaysia harus melabur dalam strategi pengurusan bakat yang menyediakan program pembelajaran dan latihan memajukan diri pekerja," kata beliau.

Jasmin Kaur berkata, majikan boleh juga menaikkan pangkat pekerja berpotensi tinggi untuk memain peranan kepimpinan dan membantu mereka membentuk rancangan pembangunan kerjaya yang boleh memberi mereka semangat untuk terus bekerja dengan sesebuah syarikat. - BERNAMA
 Sumber
-------------------------------
Bagi  saya bagus sekirannya kita ingin bekerja sendiri kerana, bekerja sendiri kita akan bebas untuk berbuat apa sahaja. Namun sebelum itu haruslah kita kaji terlebih dahulu peluang perniagaan yang bakal kita buat tersebut. Jika ianya sama atau lebih dengan gaji yang kita perolehi sekarang, saya sarankan kita boleh memulakan perniagaan berhenti kerja dan mula bekerja mahupun berniaga sendiri.

Namun jika pendapatan yang bakal kita perolehi daripada hasil bekerja sendiri itu lebih rendah. Kita harus berjaga-jaga kerana kita tidak tahu macam mana keadaan tahap ekonomi akan datang. Takut nanti apa yang kita buat sekadar "hangat-hangat tahi ayam sahaja". Selepas kita menghadapi masalah dalam perniagaan terbabit kita akan mundur dan putus asa. Ini akan menyusahkan diri kita dan orang lain.

Apa yang saya sarankan,cuba dahulu perniagaan tersebut secara kecil-kecilan dan dalam keadaan kita masih bekerja. Apabila perniagaan tersebut berjaya, baru kita boleh ambil keputusan untuk meninggalkan pekerjaan makan gaji kita dan meneruskan perniagaan tersebut. Jika tidak, jangan cuba mancari masalah dengan terlebih dahulu berhenti kerja tanpa membuat perancangan yang baik untuk perniagaan yang bakal kita ceburi tersebut.

Seperti saya, saya juga ingin berhenti kerja dan buat perniagaan sendiri, prosesnya masih berjalan dan belum tentu bila lagi masanya. Saya harus belajar dan berusaha mendalami perniagaan tersebut sehingga saya rasa, pendapatan yang saya perolehi dengan berniaga tersebut sama atau hampir sama dengan gaji yang saya perolehi sekarang, dan selepas itu barulah saya akan berhenti dari kerja makan gaji dan bekerja sendiri, Namun tahap tersebut belum tercapai. Jadi saya bekerja seperti biasa iaitu makan gaji ;-)

Cuma sekarang disamping buat kerja jangka panjang iaitu berniaga, saya juga buat kerja sampingan dengan Jobdirumah. Hasilnya cukup memuaskan berkadar dengan usaha yang saya buat. Saya bebas buat kerja sampingan tersebut mengikut masa yang saya inginkan. Jika ingin mengetahui lebih lanjut lagi. Anda boleh lihat maklumatnya di sini dan juga di sini  atas apa yang saya telah perolehi apabila buat kerja sampingan dengan jobdirumah ini.

Jika anda bercadang mencari peluang menjana pendapatan tambahan tanpa menggangu waktu kerja anda. Saya sarankan anda menyertai Portal Jobdirumah ini. Insyaallah ia mungkin akan menjadi sumber alternative anda bagi menjana duit poket tambahan yang dilakukan secara part time.

Jika anda berminat, saya galakkan anda menyertainya. Pendaftarannya masih lagi dibuka.
Daftarlah segera di sini. --->> Pendaftaran Jobdirumah.

Ramai yang telah berjaya, jangan tunggu sehingga peluang ini tertutup. Lakukan perubahan untuk diri dan keluarga anda. Selamat menjana pendapatan tambahan dengan Portal Jobdirumah.

Tuesday, February 11, 2014

Kerja Sambilan Macam Mana Memulakannya

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Kerja Sambilan Macam Mana Memulakannya.Tahun 2014 bagi saya merupakkan tahun cabaran. Berbanding dengan tahun-tahun sebelumnya. "Kenapa cabaran tu?" tanya Mail Upin Ipin, ada juga Mail dalam entry kali ini.
"Tercabarlah sebab tahun ini belanja saya semakin naik. Jika dulu bayar bil elektrik kongsi ramai-ramai tak pun orang lain yang bayar.Tapi tahun ni kena bayar seorang sebab dah duduk asing. Bil air pun sama juga. Barang dapur dan lain-lain lagi. Meningkat tak ko rasa Mail?" tanya saya pula.. Menggaru kepala Mail.. "Meningkat-meningkat" jawap Mail ringkas.

Mail Dua Seringgit
Mail Dua Seringgit
Itu belum benda-benda lain lagi kan. Tak perlu nak senaraikan semua. Jadi nak tampung semua tu. Saya bertekad memulakkan kerja sambilan  bagi menambah pendapatan diri dan keluarga. Kerja biasa buat macam biasa. Waktu pejabat masuk pejabat dan buat kerja. Balik dari pejabat kena buat kerja sambilan. Tapi nak kerja apa kan? Nak berniaga burger. Nak kena bagi masa sediakan bahan dan peralatan lagi. Nak berniaga buah. Macam-macam juga nak buat. "Ko buat kerja sampingan apa Mail?" saya bertanya. Aku berniaga macam-macam. Salah satunya aku jual kepak ayam dua seringgit. Eh..ehh..bukan-bukan. 2 kepak 3 ringgit (RM3). Biasa aku dapat jual dalam sehari 30-40 kepak ayam. Dapatlah dalam RM45 ke RM50 lebih satu hari. Itu belum kira hari minggu lagi. Kalau hari minggu lagi banyak,sebab orang cuti. Mereka suka makan kepak ayam aku buat.

Saya terfikir sendiri, bijak betul Mail ni. Diam tak diam satu hari dia dapat RM50. Banyak juga tu. Itu belum masuk jualan hari minggu lagi. Bijak-bijak kawan aku ni. " Ko buat apa pula?" tanya Mail. Saya jawap, "aku buat Jobdirumah, ko tahu ker apa tu jobdirumah Mail. Jobdirumah ini sesuai untuk mereka-mereka yang nak cari duit tambahan. Caranya mudah sahaja, daftar  dengan Portal Jobdirumah ni. Lepas tu kita akan diberi panduan berupa tutorial bertulis dan video. Setiap pagi jobdirumah akan hantar email kepada kita untuk kita mohon apa sahaja kerja yang kita pandai buat melalui kerja yang ditawarkan. Lepas dapat kerja, buat kerja dan kita akan dibayar atas  kerja yang kita buat. Bayaran bergantung kepada kerja yang kita buat, jika kerja senang murah sikit, tapi jika kerja susah mahal banyak..kikiki.. Ko paham ker Mail?" tanya saya lepas bagi penerangan serba sedikit kepada Mail. "Pahammmmm..jawapnya panjang.

"Nanti ajar aku macam mana nak buat yea" minta Mail. "Yealah sahabatku". " Bagus-bagus. hari ini aku belanja ko kepak ayam. Boleh makan tanpa bayaran..

 Kerja Sambilan Macam Mana Memulakannya, jobdirumah
Antara Bayaran Jobdirumah saya.
Kepada kawan-kawan yang nak sertai jobdirumah ini juga, saya sarankan kawan-kawan sertainya. Banyak peluang kerja kosong yang ditawarkan dalam jobdirumah ini. Nak buat kerja ni kena bagi masa. Ambil kerja yang senang-senang dulu untuk permulaan ini. Kawan-kawan tahu, ada kerja yang saya buat hanya perlu like facebook dan Share facebook sahaja. Bayaran yang diberikan memang diluar jangkaan. Ada macam-macam kerja dalam jobdirumah ini. Banyak peluang untuk tambahkan pendapatan harian kita ada dalam jobdirumah ini.

Jika tak cuba dan rasainya kita tak akan tahu dan dapat hasilnya. Jika belum berdaftar lagi dengan jobdirumah, boleh daftar disini cepat-cepat. --->> Daftar Jobdirumah.

Selamat berusaha kawan-kawan. Semoga bertambah rezeki dengan jobdirumah ini. Gambar kat atas tu pendapatan saya dengan jobdirumah yang saya terima minggu lepas. Alhamdulillah ada rezeki dengan jobdirumah lagi. Daftar dengan segera bagi mendapatkan pendapatan sampingan kawan-kawan dengan jobdirumah. Boleh daftar disini-->> Daftar Jobdirumah.

MINI GIVEAWAY! HAPPY BIRTHDAY TENGKUBUTANG

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Hari ini bagi mengeratkan perhubungan silaturahim sesama rakan blogger. Saya nak sertai Mini Giveaway Happy Birthday Tengkubutang. Syaratnya mudah. Bersama mambantu rakan-rakan blogger. Boleh baca maklumat Giveaway ini disini.

MINI GIVEAWAY! HAPPY BIRTHDAY TENGKUBUTANG
Sedikit kata-kata ingin saya titipkan kepada Tengku Butang Sempena sambutan Hari kelahiran beliau ini :-)

Dikala sang suria mulai memancarkan sinarnya
Disaat itu pula rembulan berhenti bercahaya
Membuat kita lupa bahwa kita semakin dewasa
Seiring berjalanya waktu
Bagai panah yang dilepas dari busurnya
itulah usia kita.
yang selalu bertambah dan takkan pernah kembali.

Sesuatu yang telah terjadi dimasa lalu.
Takkan mungkin berulang kembali.
Walaupun kadang ingin kita ulangi,
Suatu kejadian yang terlalu indah untuk dilupakan

Sahabatku TengkuButang……
Tiada kata yang lebih berharga dihari ulang tahun mu
Selain kata
Selamat Ulang Tahun
Tiada doa yang mampu ku pohon
Selain doa
Semoga panjang umur dan berkekalan kebahagiaan.
Tiada harapan yang boleh kurangkai dengan indah
Selain harapan
Kedewasaan untuk bersamamu menuju kejayaan
Untukmu, sahabatku TengkuButang. 

Selamat Hari Lahir TengkuButang.
Selamat Hari Lahir TengkuButang.







Sunday, February 9, 2014

Zara Zya Namanya Semakin Dikenali.

Assalamualikum dan Salam Sejahtera
Nama Zara Zya semikin bersinar dalam arena lakonan di tanah air kita, Baru-baru ini dalam Anugerah Meletop ERA (AME) banyak juga anugerah yang beliau terima, Jika diikutkan dah lama Zara Zya berada dalam arena seni tanah air. Namun bakatnya semakin menyerlah apabila berjaya membawa watak yang baik dalam cerita yang diminati ramai iaitu Love You Mr Arrogant TV3. Selepas sahaja cerita love you mr arrogant nama Zara Zya semakin banyak meniti dibibir peminat seni tahah air. Tahniah di ucapkan kepada Zara Zya. Semoga bertambah berjaya lagi untuk tahun-tahun akan datang.

Zara Zya dikenali ramai dalam cerita Love You Mr Arrogant, Zara Zya, Love You Mr Arrogant,
Zara Zya dikenali ramai dalam cerita Love You Mr Arrogant
Berikut merupakan senarai Pemenang di dalam Anugerah Meletop ERA (AME). Tahniah diucapkan kepada para menerima Anugerah Meletop ERA (AME). Anugerah Meletop ERA (AME) ini berlangsung dengan cukup meriah sekali di Stadium Putra, Bukit Jalil.

Berikut merupakan senarai penuh pemenang AME bagi 17 kategori yang dipertandingkan.

Top Top Meletop (Lelaki)
Zizan Razak

Top Top Meletop (Wanita)
Zara Zya

Lagu Meletop
Bahagiamu Deritaku (Hafiz Suip)

Penyanyi Meletop
Hafiz Suip

Grup / Duo Meletop
Dato' Siti Nurhaliza & Hafiz Suip

Program Radio Meletop
Johara Pagi Era

Penyampai Baru Radio Meletop
Nabil (Era fm)

Filem Meletop
KL Gangster 2

Bintang Filem Meletop
Aaron Aziz (KL Gangster 2)

Program TV Meletop
Maharaja Lawak Mega 2012

Bintang TV Meletop
Jep (Super Spontan 2013)

Bintang Siber Meletop
Zizan Razak

Couple Meletop
Nabil Ahmad & Zira

Artis Baru Meletop
Zara Zya

Fesyen Meletop
Zizan Razak

Artis Serantau Meletop
Sleeq

Anugerah WeChat Meletop
Zizan Razak

Bagi peminat Zara Zya yang ingin mengetahui cerita Zara Zya dengan lebih dekat lagi. Boleh lihat di facebook beliau. Facebook tersebut mungkin Facebook Zara Zya sendiri ataupun dibuat oleh peminat Zara Zya. Boleh lihatnya di sini. Facebook ZaraZyaOfficial


Thursday, February 6, 2014

Duit Bayaran Jobdirumah dan Komisen Masuk Lagi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Duit Bayaran Jobdirumah dan Komisen Masuk Lagi. Alhamdulillah semalam masuk dah hasil kerja sebelum ni. Boleh baca sini. Cepat juga Mrs S buat bayaran. Kira hantar sebelum ini ada yang minta dibaiki sikit-sikit. Saya dah baiki semua yang beliau minta tersebut. Mrs S berpuas hati. Lepas tu beliau kata nanti beliau akan SMS saya bila dah bayar. Alhamdulillah dapat SMS dari Mrs S, bayaran pun diterima dengan GEMBIRA. Syukur Alhamdulillah ada rezeki bulan ini.

Duit Bayaran Jobdirumah dan Komisen Masuk Lagi, budak gembira
Sukanya dia..
Rasanya ini kerja kedua yang Mrs S bagi kepada saya, bila  kali pertama saya hantar kerja yang mula-mula bayarannya cuma RM150 sahaja masa tu. Dapat kerja kedua ini naik lagi RM300 pula. Kerja ke-3 tak tahu lagi. Ada lagi akan menyusul katanya. Tengok nanti macam mana. Saya tunggu info daripada Mrs S. Tak sangka pula ada kerja yang akan menyusul lagi. Bila kita buat betul-betul, mereka akan cari kita lagi, sebabnya dah YAKIN dengan kebolehan kita. Kata orang buat kerja sehabis baik, bagi 101% insyallah akan jadi ok kerja tersebut.

Bila macam ni, rasa makin seronok buat kerja dalam Jobdirumah ini. Ada sahaja kerja yang dapat. Mula-mula rasa  susah juga. Tetapi bila ikut tips-tips serta panduan yang diberikan nampaknya tak sia-sia saya buat pelaburan pertama dalam Portal Jobdirumah ni. Berbaloi-baloi rasanya.

Duit Bayaran Jobdirumah dan Komisen Masuk Lagi, bayaran jobdirumah
Atas bayaran kerja yang bawah bayaran komisen..

Bagi kawan-kawan yang masih belum dapat kerja dalam jobdirumah, jangan berputus asa, cuba baca berkali-kali panduan yang diberikan dan tengok betul-betul tutorial video yang pihak jobdirumah bagi. Insyallah jika ikut dan buat betul-betul akan dapat kerja yang kita inginkan.

Saya pun mula-mula rasa susah juga. Tapi bila dah nampak jalan yang betul, Alhamdulillah mudah rupanya nak buat semua ni. Cuma perlukan FOKUS dan Kesungguhan kita. Jika rajin dan fokus atas kerja tersebut.Insyaallah boleh dapat punya.

Bagi yang belum sertai Program Jobdirumah ini lagi. Saya sarankan kawan-kawan sertainya. Saya biasa buat kerja-kerja tersebut pada hari minggu dan waktu malam bila dah selesai kerja-kerja lain. Insyallah banyak peluang kerja yang terdapat dalam Portal jobdirumah ini. Menurut mereka, ada 10 000 kerja kosong yang boleh dibuat dari rumah kita. Cuma atas kerajinan kita nak atau tak nak.

Jika berminat, boleh daftar cepat-cepat di sini--->> Pendaftaran Jobdirumah

Pendaftaran masih lagi dibuka.Selamat berusaha kawan-kawan. Jobdirumah boleh dijadikan tempat mencari kerja sampingan di rumah. Salam Jumaat. ;-)